Teman Bicara

Tuesday, August 12, 2008

DAKWAH : Sejauh mana langkah anda?

Brother lim bertanya 'Siapa yang pernah berdakwah di sini?'
Hampir kesemua peserta program Friendly Comparative Religion mengangkat tangan. Masing2 tersenyum mungkin gembira kerna dapat menyumbang sesuatu untuk agama. Brother Lim bertanya buat kali ke-2 'Siapa yang pernah berdakwah di sini?'
Masih ramai yang mengangkat tangan dengan muka yang kian hairan... Tidak cukupkah bertanya sekali sahaja, desis hati. Buat kali ke-tiga, Brother Lim bertanya..

'Siapa yang pernah berdakwah di sini?'

Kali ini, hanya 2 atau tiga orang yang mengangkat tangan. Tidak sampai 1/5 dari jumlah keseluruhan peserta. Masing2 menundukkan muka, malu pada diri sendiri.Mengapa situasi berubah?



Sebelum bertanya buat kali ke-3, Brother Lim meletakan satu garis pemisah untuk memudahkan kami mengukur sumbangan kami kepada agama tercinta.

'Dakwah = menyeru kepada agama suci Allah dikalangan insan2 yang belum mendapat hidayah yakni mereka2 yang non-muslim'

'Islah = menyeru dalam usaha memperbaiki diri dan sahabat2 dikalangan mereka2 yang telah pun berada di bawah lembayung Islam yakni dikalangan orang2 Islam. Masing2 memperbaiki diri'

Setelah garis pemisah itu dibentangkan, kami terkedu. Sejauh mana usaha dakwah kami selama ini. Ana menjurus kepada diri ana sendiri.

Pernahkah ana berdakwah?
Pernahkah ana mengeluarkan ayat 'jom, masuk Islam'?
Pernahkah ana berkata 'ucapkanlah dua kalimah syahadah'?

Brother Lim merupakan seorang muslim yang sudah agak lama kembali kepada fitrah iaitu agama Islam. Dengan wajah sugul dan kesal beliau berkata...

'Saya dan keluarga tinggal di sebuah kampung yang majoriti penduduknya beragama Islam. Namun, tidak satu pun perkataan 'Islam' pernah disebut di hadapan ibu saya sehinggalah ibu saya meninggal di luar dari agama Islam. Tatkala orang2 kampung menuju ke syurga, ibu saya akan menahan mereka dan menuntut haknya kerna tidak pernah diajak untuk menganut agama yang suci ini'

Cuba kita cermin diri kita...

Sejauh manakah langkah kita dalam menyampaikan mesej Islam kepada saudara2 kita yang bukan Islam?
Sudah kah kita menunaikan hak mereka untuk diajak menganut agama Islam?

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang dari segala yang salah ( buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikin ialah orang-orang yang berjaya.
(al-Imran; 104)


Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah dari suatu perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah ke atas sesuatu bala bencana yang ditimpakan ke atas mu. Sesungguhnya demikian itu adalah dari perkara-perkara dikehendaki yang diambil berat melakukannya.
(LuQman; 17)


Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan kerna sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
(Adz-Zariyaat; 55)



Beberapa pengajaran dapat diambil dari seminar tersebut. Antaranya ialah approach yang berbeza untuk setiap penganut yang berbeza berdasarkan latar belakang kepercayaan mereka sendiri. Atas sebab itu lah perlunya kita mengkaji latar belakang agama dan kepercayaan mereka. Apa yang menarik mengenai kaedah yang diketengahkan di sini, jalan dakwah yang dilakukan bermula dengan mencari persamaan antara agama si pendakwah (Islam) dengan agama sasaran dakwah.

Untuk mewujudkan suasana yang lebih nyaman, faktor perbezaan perlulah ditolak ke tepi terlebih dahulu. Keadaan yang selesa boleh dibina dengan mencari titik2 persamaan yang menggabungkan faktor kebijaksanaan komunikasi dan reverse psychology.Kaedah ini amat berkesan untuk membina suasana santai dan nyaman untuk meneruskan perbincangan. Pertembungan perbezaan anutan yang dibentangkan secara tiba-tiba boleh menghasilkan suasana panas dan menyebabkan si sasaran dakwah cepat melatah serta menutup pintu hati mereka untuk meneruskan proses komunikasi. Pendekatan dakwah secara non-verbal juga penting dalam usaha 'memancing perhatian' si sasaran dakwah dan pendekatan berbeza diperlukan untuk setiap latar belakang kepercayaan yang berbeza.

contohnya;

- bagi penganut agama buddha, perilaku non-verbal untuk memancing perhatian ialah dengan berperwatakan baik, profesional, berilmu dan berjaya dalam lapangan yang diceburi. Personaliti yang berjaya dan hebat di mata mereka bersama peribadi yang mulia dengan tutur kata dan air wajah yang manis secara tidak langsung memancing perhatian mereka.

- bagi penganut agama hindhu, mereka amat berbesar hati jika kita mendekati dan berlaku sopan dengan keluarga mereka terutama ibu mereka. Mereka akan sangat gembira dan bersikap lebih terbuka terhadap sesiapa yang dapat membina silaturrahim dengan ibu mereka.

Itu sebagai contoh...

Selain itu, Kami turut didedahkan dengan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh muallaf dan ana amat tersentuh dengan kejadian yang menimpa beberapa sahabat muallaf. Sedang kami duduk bersama dan berbincang, tiba-tiba Brother Lim menerima satu sms dan dibacakan di hadapan kami. Seorang ayah memohon bantuan Brother Lim untuk meng'consult'kan anak perempuannya yang ingin convert. Asalnya gadis tersebut revert to Islam dari agama Hindhu namun ingin kembali kepada kegelapan dengan meninggalkan agama suci ini. Puncanya? Cabaran yang menggila tanpa pimpinan sesiapa...

huh.. apa peranan masyarakat setempat?
Apa peranan institusi agama di tempatnya?

Tepuk dada tanya iman...

p/s: ana ada video ceramah utk setiap slot Friendly Comparative Religion. Saper nak, leh bagi alamat n nama penuh. Dalam ms 3 mggu, ana hantar sbb tak proses lg n tgh busy dgn keje. Ana berbesar hati utk share dgn syarat ia tidak di upload di dunia maya dan tidak diguna untuk tujuan komersial serta... penyebarannya terkawal. Ini permintaan dari penceramah.

8 respons:

nti niey btoi2 cg ke?nice article.....tp,ana ragu,apa pula yg dimksdkan dgn daie?

ana bakal guru... InsyaAllah..

erkk.. yg daie tuh, Wallahu'alam. Tp dr segi literalnya, pendakwah. cumanya, dr definisi tersebut, ana tak pasti dakwah mn yg dimaksudkan. Cumanya title daie selalunya sinonim dgn pendakwah2 bebas.. lebih tertumpu kpd mereka yg berdakwah kpd non-muslim..

Hanya Allah yg lebih mengetahui.. ^^

Da'i adalah orang yang melakukan dakwah. Mungkin persoalan yang timbul pula nanti apakah mereka yang hanya melakukan 'islah' boleh digelar da'i?

Sebagai seorang yang sudah lama bergerak dengan IIS dan kenal rapat Bro. Lim mungkin boleh bantu menjelaskan. Apabila penceramah membezakan dakwah dan islah hanyalah bertujuan supaya hadirin dapat nampak sebentar betapa kita telah terabai satu lagi tanggungjawab iaitu menyampaikan Islam pada bukan Islam. Bukan bertujuan nak re-define perkataan dakwah atau menghalangnya perkataan dakwah daripada digunakan untuk kerja-kerja islah.

wallahua'lam :)

huhu.... syukran2 atas penjelasan tuh. Maka maknanya, istilah tuh digunakan utk kedua2 gerakan dakwah dan islah. Asalnya mmg itu tujuan beliau memperkenalkan perkatan islah

This comment has been removed by the author.
This comment has been removed by the author.

salam cikgu_eya boleh bg ceramah tu??

Muhamad Zamir Aizat B Noor Azmin
5 JLN 61 Rantau Laut.
Perumahan Petronas Rantau Laut,
24300 Kerteh,
Terengganu.

InsyaAllah...

ana blom abes proses lagi videonya..
ana akan cuba siapkan secepat mungkin dgn condition laptop yang nazak nih..huhu