Teman Bicara

Friday, September 19, 2008

Kuantiti Vs Kualiti

Peluh yang merenik di dahi terus diseka perlahan. Kepenatan yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Bersama sebuah beg balik kampung di sisi dan sebuah beg komputer riba yang tergantung di bahu, cukup sukar rasanya meneruskan perjalanan. Langkah kaki yang longlai diteruskan jua bersama sisa semangat yang hanya bertongkat kesabaran. Perjalanan dari Teluk Intan ke Tanjung Malim tidak lah begitu meletihkan sebenarnya namun, apabila kudrat tak seberapa dikerah bekerja di bulan penuh mulia ini, terasa dugaan kian menghenyak pecahan kepingan sabar. Sebaik kaki melangkah di muka pintu sebuah bas,

Pakcik, ke Bidor berapa ye?
sekadar bertanya untuk menghebus pergi lelah sementara.
Rm4.40
jawabnya tanpa secalit senyum.

Terkedu. Terkesima. Namun tangan tangkas menyerahkan jumlah yang ditetapkan tadi sedang fikiran ligat berputar memikirkan sesuatu.

Kalau tak silap aku, masa aku balik kampung 4 hari lepas, harga masih Rm3.40. Bila masa pula boleh naik RM1 nih?
desisku kehairanan.

Sedang leka memerhati hiruk-pikuk jalinan jalan raya di jendela, mata tercantap pada sesuatu di hadapan bas.
Apa yang mampu aku lakukan? Sekadar menggeleng lemah. Bila mana harga minyak dunia meningkat, semua benda pakat naik sama. Bila harga minyak turun, tak turun-turun pulak kos sara hidup. Beginikah?

Bila sebut tentang harga, alasan yang diberi cukup mudah; kos penyelenggaraan semakin tinggi... Bukan menafi kuasa peniaga dan bukan juga berniat menutup periuk nasi mereka. Terlalu asyik memikir tentang harga, kuantiti, sesetengah mereka lupa tentang kualiti. Jika harga perkhidmatan meningkat sejajar dengan kualiti perkhidmatan, tidaklah terasa sangat bahang yang mencetus di dada. Realitinya, harga tetap melambung naik sedangkan kualiti pula sebaliknya. Apa yang lebih menyedihkan, sesetengahnya tidak langsung memikirkan aspek kualiti dan menyebabkan kualiti tersebut terus merudum.

Mata yang melilau di sekitar jalan raya beralih tempat. Kini, permandangan dalam bas pula bakal diadili. Sampah sarap pencemar mata bersepah. Bungkusan choki choki menyemak pandangan. Nun di sana, sebuah bangku bersama kakinya yang patah masih ada hayatnya di dalam bas ini.

Kerusi yang telah patah kakinya. Baru sebentar tadi digunkan oleh seorang kanak-kanak sekolah.


Menggeleng lagi. Suasana yang kurang kondusif bersama pekerja yang langsung tidak mesra alam kian menyesakkan perasaanku. Bertambah lemah rasanya semangat juang yang hanya tinggal serpihnya sahaja. Dalam suasana yang tidak begitu menyelesakan, pandanganku terarah pada sesuatu.











Tahukah kalian apa itu? Di manakah letaknya ’benda’ itu? Kedudukannya langsung tidak mesra pengguna. Brek manual itu terletak di bumbung bas, amat tidak strategik lokasinya.



Sedang asyik menilai, berbondong-bondong budak sekolah naik dan melintas di hadapanku. Aku tersengeh sendiri kerna dapat mengagak pemandangan yang bakal terbentang di hadapanku.

Memang tepat tekaanku.


Pelajar sekolah rendah yang terpaksa memanjat tingkap bas untuk menekan loceng kerna tak sampai

Telah aku katakan, ia tidak mesra pengguna. Bukan tidak berniat untuk membantu namun faham-faham saja lah, ketinggianku ini bukannya boleh di harap sangat pun. Aku juga bakal menghadapi masalah yang sama jika memang perlu untuk aku berbuat demikian. Untung sahaja aku ingin turun di stesen terakhir. Jika tidak, tentu kerusi yang aku duduki ini bakal menjadi mangsa pijak kakiku. Nasib kau baik, encik kerusi.

4 respons:

huhu..sori mencomment disini..
just nak bitaw, sekeping posto anda telah terlekat diblog ana...
sila tuntut sekarang sblm tamat tempoh...^^

Huhu..salam.nak ngomen..
sistem pengangkutan kat negara kita nih masih g pada tahap yg kurang memuaskan..contohnya..macam aku,sebagai pengguna tegar bas Rapid KL,Metro bus,Sj bus , dan seangkatan dengannya,aku dok perhati depe suma tak pentingkan pun keselamatan pengguna..sumbat seboleh mungkin..ade kes hari 2 masa g times,ade org 2 jatuh dari pin2 bas..terpancut2 darah die...dahla keadaan jem masa 2..tunggu ambulans berjam2..nasib bek ade van bek hati antokan..mm hati kering la pakcik bawak van 2..PINN!!!PINN!!...laju gile dlam keadaan jem 2..haaa..tgk kesan die penyumbatan beramai2 dalam bas 2...
sian ko eya..huhu.bas lama mmg g2 kn?sabar eh...

begitu rupanya sistem pengangkutan dimalaysia... terlalu lama tidak menggunakan sistem pengangkutan awam..

memang perit...

ooohhh.... tak juga, umar. ada yang bagus tp jumlahnya mungkin amat sedikit. tak rami yang ambik berat soal kualiti perkhidmatan.