Teman Bicara

Thursday, November 20, 2008

Adakah Cantik Itu Perlu?

'Buat apa?' sahabat menegur, panjang lehernya menjengah ke skrin laptop.

'Edit blog sikit. Saja bagi make-up' menjawab, tak acuh. Lebih tertumpu pada skrin di hadapan.

'Sebenarnya, apa tujuan kau memperindah blog?'

Agak tersentak.

'Kenapa tanya macam tu?' bertanya kembali.

'Ya lah, perlu kah? Banyak masamu dihabiskan ke arahnya. Bukankah itu pembaziran?'

'Nyatakan padaku, apa takrif pembaziran?' tetap tidak menjawab soalan.


'Ringkasnya bermaksud, melakukan sesuatu yang tidak mahupun kurang berfaedah'

'Jadi bagimu laku ku itu kurang berfaedah? Kurang yang bagaimana? Lebih pula bagaimana?'

Mungkin sahabatku itu terasa menyesal bertanya. Mengharapkan jawapan, dia pula yang ditanya.

'Maksudku, cukuplah sekadar biasa-biasa sahaja. Tak perlu rasanya kau terlalu menghabis masa menyolekkan blogmu. Apa yang penting adalah isinya. Betapa banyaknya blog-blog bermanfaat yang tidak dihias langsung. Sekadar menggunakan template asal yang disediakan. Orang memandang aspek isi'

'Aku bersetuju. Kau benar, sahabatku' jawabku.

Tersenyum.

'Maka rasanya, tidak perlulah kita mandi, berbedak, berwangi-wangian di rumah kerna yang penting, hati kita, agama dan iman kita, kan?' aku bertanya kembali.

'Apa Maksudmu?'

'Ia lah, tidak perlu kita menghias diri yang penting, apa yang ada dalam diri, kan? Iman, akhlak dan sebagainya, kan?'

'Aku tidak bermaksud begitu' katanya.

'Namun itulah perumpamaan yang sesuai. Yang penting isinya maka kita abaikan rupanya'


TUJUAN

Semuanya berbalik kepada tujuan dan matlamat. Sebenarnya pertanyaan sahabat ana itu mengukuhkan kembali tujuan ana menulis. Apa tujuan ana menulis sebenarnya? Matlamat asal ana adalah untuk menyampaikan apa yang boleh disampaikan, menerima apa yang boleh diterima. Ya, memang ana akui betapa terlalu banyak blog-blog manfaat yang biasa-biasa sahaja rupanya namun mantap isinya. Apa yang menjadi perhatian ana, blog-blog sebegini menjadi tumpuan segolongan manusia, golongan pemburu ilmu. Tahniah.

Namun apa yang ana perhatikan, blog-blog seperti ini agak kurang tarikannya kepada golongan pertengahan sedangkan muhasabahnya amat berguna kepada semua golongan. Ana sering berkunjung ke sebuah blog yang ana rasakannya isinya amat bermanfaat, banyak unsur-unsur muhasabah namun amat kurang pelawat. Ada beberapa aspek yang menjadi penyumbang kepada fenomena tersebut.

-Rupanya yang kurang menarik
-Bahasanya yang kurang diteliti


HIDUP PADA MEMBERI

Erti hidup pada memberi, kata Ustaz Hasrizal. Memang tidak dinafikan, akan ada yang berkata asalkan kita menulis, kita dah memberi dan berkongsi. Persoalannya, adakah memberi namanya jika yang ingin diberi itu tidak menerima? Tujuan menulis ialah untuk berkongsi namun berkongsikah jika kurang yang ingin melawat?

Maka tidaklah menjadi sesuatu yang sia-sia usaha memperindahkan blog kerna ia punya tarikan yang tersendiri untuk pelawat-pelawat menyinggah seterusnya mengambil manfaat daripadanya. Begitu juga dengan keindahan bahasa yang digunakan. Tarikan-tarikan seperti ini mampu menjadikan penyampaian kita lebih efisien dan berkesan. Ana langsung tidak bermaksud bahawa blog ana ini ramai pelawatnya atau pembaca setia. apa yang ana ketengahkan di sini, ini adalah usaha ana untuk menarik pembaca. Hasilnya tidak perlulah dipersoalkan kerna Allah melihat usaha, bukan hasil kepada usaha. Sejauh mana kita berusaha untuk berkongsi dan memastikan perkongsian kita itu diterima.


CANTIK YANG BAGAIMANA?

Pentakrifan cantik adalah berbeza untuk setiap orang. Ada yang berkata, yang simple itu cantik. Atau yang berwarna-warni itu cantik. Mahupun yang berkata, yang unik itu cantik. Maka, mana satu yang perlu kita turuti?

Berbalik kepada tujuan dan kumpulan sasaran. Sepanjang pengamatan ana, formal dan simple manjadi pilihan golongan-golongan pemburu ilmu yang mungkin terbiasa dengan keformalannya. Namun bagi golongan pertengahan, remaja serta awal dewasa, mereka lebih tertarik kepada warna (namun tidak begitu mengacau mata).


KONSEP

Sebagai seorang bakal pendidik, sekaligus bertindak sebagai penyampai ilmu, tanggungjawab yang paling besar ialah berusaha memastikan ilmu yang diberi itu sampai kepada kumpulan sasaran. Maka pelbagai usaha perlu di lakukan untuk memastikan isi, kaedah dan medium penyampaian mudah duterima oleh audience. Meletakkan konsep santai dalam menyampai, halus dalam menemplak dan punya kumpulan sasaran yang bersifat 'muda' maka ana mengambil keputusan untuk berkata, cantik itu perlu.(dari konteks ana)

p/s: Ana mengharapkan komen dari sahabat-sahabat tentang wajah baru blog ana. Ana akui sedikit fancy dengan rambu-rambu. Jika ia menyukarkan pembacaan dan melambatkan loding, harap dimaklumkan. Syukran.

26 respons:

salam...

mmg slow gilax18 utk msuk blog ni dgn segala aneka hiasannya. tp bila dh msuk, fuhh..cantik giler ar. tp stakat yg ana blaja, seni amat berpengaruh pd psikologi pembaca. cthnya: font kaler pink sgtla tidak sesuai dgn b/g hitam ditambah dgn corak b/g yg "kreatif" tu. susah nk bc-bosan-out. bc kesan kaler dlm psikologi. tp ana nk blajo gk cmne nk bt line pd word yg ditype tu..bajet2 cm silap tulis plak..

p/s ana blajo cartographic, dlm map, laut (normally) kaler biru, xkn sekali2 kaler selain tu..sbb apa?human brain perception..

so, cadangannya, tulisan kaler biru?

Salam..memang mula2 masuk agak berat..myb sbb internet saya slow..tapi memang cantik aa bila masuk..

saya amik masa berhari2 nak ejas blog..penat giler sbb tanpa asas coding HTML dam CSS memang letihla sbb saya main agak je..mana nak taruh..cuba faham cara dia berfungsi..budak2 IT pun ckp benda ni membosankan..tapi saya rasa puas bila apa yg saya nak buat akhirnya menjadi..smlm sya belajar padding dgn margin..huhuhu..cikgu eya nantkan kemunculan template saya sendri yg digabung daripda beberapa template yg asal.kira saya letak nama saya la..boleh jual kalau ada org nak..hehehe.

Sbnrnya benda ni perlukan kesungguhan..patutla kalau kawan ckg kata ckg amik masa byk..ana syorkan beberapa software..kalau di ubuntu atau mana2 linux ckgu boleh edit pakai screem HTML/XML editor..sy pun sdg menggodek lagi ni..ada cita2 nak buat template Islamic.InsyAllah kalau dah mahir nnti..

Sbnrnya ada beberapa asbab knp template kita jadi berat.expecially gambar..saya ada baca kat tutorial mcmn nak bg cepat loading tp tak ingat sbb xconcern sgt.hehehe..dia kena buat size 70x70 sbg cth spy internet tak baca sendri.kalau tak dia duk buat size sbb tu jadi lmbt..gitula lbh kurang apa sy ingat..budak IT baca mesti marah sbb bahasa yg saya guna bahasa Usuluddin bukan bahasa IT..janji paham.hehehe..teruskan makeup ur blog..

Jadikan blog kita ada identiti tersendiri.biar org jatuh cinta pd pandangan pertma..baru org ingat..

kadang2 org tak baca content dia dulu..dia tengok design buruk dia terus blaah..mcm saya..hehehe..

Ok la cikgu..pjg benor saya ngomen hari ni..boleh buat satu entry ni..

hehe, tapi kan kakEya..
isi blog saya tak bermanfaat, template pun buruk, loading pun lembap..
pesal visitor 50 sehari??!!

to ustaz amin;

Ustaz, sebenarnya ana tak braper paham apa yg ustaz cakap kat atas tuh. Bukan sbb bahasa ustaz tp sbb ana tak blaja satu habuk pon. Nih semua main try n error. Nih adalah adjust dr tamplate lama. Kalu tuan punyanya tau, musti keciwa gila, totally tukar dr asal. Curi rangka jekk..hehe

to hafizadam;

1) orang sesat masuk blog ko...
-orang silap masuk ar... sbb silap taip url..hehe

2)ko pegipromote kat Iluvislam.. cheh...Siap demo dalam thread lagikk..

-akak tak pernah pn promote kt iluvislam.
(hehe... tak nak ngaku kalah)

p/s: sbb tuh akk tak letak apa2 utk kira bilangan pengunjung, traffic ka.. nanti ko jeles tgk, ko nangesss karangg..hehe ^^
(terlebih prasan plak akk ^^)

jgn gaduh2.adik ngn kakak xbaik gaduh2.hehehe..dua2 mantep..saya belajar sesuatu daripada kalian..

Kira hebat dah boleh ejas jadi camgini..mantep..saya dulu mula2 nak wat blog xtahu apa..semua main try sendiri je..skrg dah boleh ajar org lak..hehehe..bila kita dah tahu curi coding that's mean we are hackers..

Semuanya pakai coding..bukan kena hafal pun..copy paste je..cuma kena tahu la mana nak paste yg mana nak copy..kalau cikgu eya nak jarakkan font guna code ni letter-spacing:1px; kalau nak rapatkan buat jadi negatif.. -1px ke??bila kita jarakkan tulisan mudah customer nak baca..macam kat blog saya..hehehe..perasan lak..cadangan je..

jgn takut bermain dgn code tp pastikan backup dulu..kalau tak jadi mcm sy dulu..dulu mana gheti lagi..skrg pun masih blaja..skit2 boleh la..setakat nak wat padding and margin..nak bubuh icon kat sebelah links...saya sdg siapkan template baru..jeles ngn cikgu ni..nak ejas gak..nantikan kemunculannya..

ustazz... ana nak jarakkan tulisan gak. Nak alter tang mana? Malas nak try n error dah sbb setiapkali try, kena refresh tgk hasil...
Dah lah lembab giler loading.


ooohh.... letak icon sebelah link? ada terjumpa tutorial tuh tp cam tak minat sgt lak, tatau..

Tapi ustaz, ada yg comeiii... icon Flag pelbagai negara...hehe... comeii gila ahhh...

gelap, background mcm pape jer.. tapi mmg patutpun indah2kan blog ni, supaya senang di baca.. weee

cikgu...kita murid di sini ingin bertanya..

laman saya itu bagaimana ye?..

latar belakangnya dan apa yang ada di sana tu, dari pandangan cikgu..?

murid yang mendambakan ilmu dari seorang cikgu..

to anonymous

wahhhh... menyentap. Tapi, awat menyorok diri? Kurang2 letak lah ID. Barulah jujur namanya.


to Umaralfateh

Subhanallah... Ana ini novice jer, umar. Tak der ilmu sgt pn utk dikongsi.
For me, ur blog is just nice, perfect. Sesuai dgn contennt dan sifat Umar. Ana lebih sukakan susun atur yang simple sebenarnya. Tapi ini untuk pembaca, sbb itu ana minta pandangan pembaca.

kalau boleh digabungkan xml dgn html, inshaAllah bleh wat blog yg lebih mantop.. so far ana suke blog mohd rafie iluvislam tu..

asal pink mengepink, bertuko jd itam legam la plak..huhu

ok la. dr 10 ana kasik 7.5

nak lebih? banje amam dulu....harharhar

to kahfi
weh wehhhh... dia tuh hustler. memang taiko bidang nih. ana nih anak ikan jekk... ^^

to inche lysam
oooiiitttzzz..... ajar kanak2 ribena main rasuah plakk... ^^

Salam..selama ni jadi pembaca senyap..saya tak suka warna pink..hehe..tapi yang hitam ni nice..anyway teruskan memblog!

Huhu. Syabas. Bila blogger sudah mula memikirkan tentang kemudahan dan keselesaan pembaca, menunjukkan blogger itu sedang mengambil berat dan menghargai pembacanya. Betul apa yang kamu kata. Perlu berbalik pada kumpulan sasaran. Orang tua, atau muda, internet perlahan atau laju. Semuanya perlu diambil kira.

Cuba dan terus mencuba. Uji dan terus menguji. Lain padang kan lain belalangnya?

p/s: Untuk aku, blog yang kurang benda gerak-gerak tak akan mengganggu penghayatan. Itu sudah memadai.

dah tahu ke cara nak jarakkan tulisan?? ni code dia letter-spacing:1px; letak kat post entry..

to mulabelajarhentimimpi

wahh... nama...
tapi naper link gitu?



to sang pelangi

aku suka blog mu. ceria dan simple.



to ustaz

ohh.. nnt ana cuba. tq ustaz.

Hehe..syahidah nama diberi..panggil syida..alam maya ni guna gelaran itu..hehe..

salam cegu_eya,

setuju ngan cegu~ :D
ada jugak yang ckp begitu pada saya~
tapi,saya punya jawapan sendiri

saya suka kan benda yang indah dan sejuk mata memandang. bukan sahaja pada diri, tapi juga blog :). memang benar isinya lagi penting, tapi kalau background/layout macam xmenarik, x best jugak kan :D

masing2 punya pendapat sendiri. terpulang :)
pada saya, dua2 penting. dan background yang indah dan sejuk mata memandang memanggil2 diri ini untuk menulis~ :)

sekadar pendapat hamba ^__^

anw, nice blog!~
keep on writing 4 dakwah~

syahidah

no prob


khazinatul asrar

ur blog is nice. Appearance n content.

sebenarnya nk make up blog ni nk msk web mn? teringin gak..emm..

tak yah masuk web mana2. Adjust kat tamplate jekk...

Yang pink dulu lagi cantik tp yg sekarang pun cantik.Hitam itu memikat.Hehe.

ada owang sakit mata dengan kaler pink... ~hek hek hek

salam..saje nk menyibuk..log ni cantik je..isinye pun cantek n bermanfaat..=) cume biase arr..kdg2 org len x paham ape yg kite suke buat..cthnye mcm ckgu eya abeskn mase berjam2 duk make up site nih..huhuhu..all d best..keep it up!!=)