Teman Bicara

Friday, December 5, 2008

Debat Diraja 2008 Melabuh Tirai

Hampir seminggu berkampung di UIAM (atau IIUM - International Islamic University Malaysia) sempena Debat Diraja sesi 2008.Ana sekadar menjadi pemerhati setia debat-debat yang berlangsung. Sebanyak 64 buah pasukan daripada 18 buah universiti awam seluruh negara berentap sengit. Sebanyak lapan buah pasukan untuk setiap kategori senior dan junior terpilih untuk mara ke peringkat suku akhir, perlawanan yang bersifat kalah mati setelah ditapis dengan enam pusingan perlawanan peringkat saringan. Bayangkan, dari 64 buah pasukan, 16 pasukan (kategori Utama/ senior dan Muda/junior)sahaja yang layak ke peringkat seterusnya. Satu pendakian ke puncak jaya yang amat-amat sukar.

Berdebat bukanlah satu aktiviti yang hanya bergantung kepada kepetahan berhujah, kekritisan pemikiran, ketajaman bidasan, keterampilan wibawa, dan daya pemujukan malah turut berkait rapat dengan nasib. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Sepanjang perlawanan berlangsung, jelas kelihatan beberapa fenomena yang ana kira, sebahagian besar pendebat menyedarinya iaitu peningkatan atau penurunan kualiti atau standard suatu pasukan. Dunia debat gempar dengan kemunculan UPNM dalam peringkat suku akhir kategori muda. Satu pencapaian yang memberangsangkan. Tahniah. Sebuah pasukan yang masih dilabel sebagai 'hijau' dalam arena debat (oleh para penganalisa), UPNM menampakkan taringnya apabila berjaya untuk survive di kalangan pasukan-pasukan lain dan menempatkan diri di lapan tangga teratas. Beberapa andaian yang boleh dibuat;

1) Latihan yang konsisten bersama usaha keras membuahkan hasil.
2) Kemunculan pasukan tersebut diluar waktu kewujudan gergasi-gergasi debat.

Kategori junior/muda sepi dengan suara-suara Sazwan, Izzat, Husna, Azzam dan lain-lain yang kini melangkah ke kategori utama, membuka ruang untuk pasukan-pasukan baru mengorak langkah. Begitu juga dengan kategori Utama. Dunia debat yang sepi dengan suara Daud, Khairul Nizam, bersama angkatan gergasi yang lain (Jefri bakal menurut jejak) membuka ruang beberapa kumpulan lain melakar sejarahnya yang tersendiri. Ini lah juga yang dikatakan nasib. Namun jangan bimbang, patah tumbuh hilang berganti. Persaraan pendebat2 lagenda juga mencetus peluang kelahiran pendebat-pendebat baru yang juga bakal menjadi lagenda.


UPSI juga tidak ketinggalan mempamer wibawa, turut mewartakan kehebatan dengan pencapaiannya yang membanggakan. Jika satu ketika UPSI pernah dianggap sebagai anak ikan, kumpulan belasahan, hingusan dan sebagai saingan peringkat saringan, prestasi UPSI meningkat dan disedari apabila diberi gelaran sebagai kumpulan 'pengacau' atau distraktor. Maknanya, kewujudan pasukan UPSI mampu menggugat dan menimbulkan situasi 'tidak selamat' kepada kumpulan-kumpulan gergasi. UPSI terus meningkat naik apabila berjaya menempatkan diri di kalangan kumpulan atasan, kini bergelar 'ancaman' kepada kumpulan-kumpulan yang telah sekian lama berdiam selesa di ranking teratas. Kumpulan-kumpulan gergasi seperti UIAM, UM, UiTM, UPM, UKM, UMS dan lain-lain mula panas pnggung dengan kehadiran UPSI. Mulanya menjadi ikan bilis, UPSI mengorak langkah dengan melakar sejarah di Debat ALam Sekitar, melangkah ke peringkat suku akhir (setelah lama tidak memecah tradisi), Debat Kemerdekaan, melangkah ke pentas Final, Debat FOMCA, menempatkan diri di peringkat Separuh Akhir, dan yang terbaru, Debat Diraja, memanjangkan langkah sehingga ke Separuh Akhir juga. Bagaimana agaknya nasib UPSI di IKIM di saat para senior mula menjalani praktikum merata Malaysia? Apabila diwawancara, ayat lazim yang terpacul dari mulut mereka 'Kami percaya junior kami. Kalah dan menang itu rezeki. Yang penting, usaha, komitmen, pengorbanan'


Roda kehidupan. Kadang di atas, kadang di bawah. Jika kini munculnya pasukan2 yang mula menunjuk belang, wujud juga pasukan-pasukan yang semakin kehilangan taring. UM tersekat di suku akhir, UiTM menerima nasib yang sama (sedangkan gemilangnya sejarah mereka di pentas Final. UIAM kategori Muda terkandas setakat saringan, begitu juga UMS yang pernah melakar sejarah gemilangnya yang tersendiri. Penganalisaan terhadap fenomena ini membuah beberapa andaian;

1) Kumpulan belasahan yang dahulunya berada di bawah, tidak rela untuk terus dibelasaah seterusnya mula mengasah taring sendiri.
2) Kekangan-kekangan tertentu dalam sesebuah pasukan mempengaruhi prestasi
3) Kehilangan orang penting yang menjadi tunjang kekuatan kumpulan
4) Sekadar tak ada rezeki. Bukankah berdebat juga melihat kepada nasib? Jika asyik bertemu gergasi dengan gergasi, tentunya sukar untuk menempatkan diri. Jika sering bertemu dengan anak ikan, laluan untuk ke puncak agak mudah dan clear. Tidak mengapa lah, mungkin rezeki mereka akan tampil di lain sidang, InsyaAllah.


Menyingkap pengalaman bersama pasukan debat UPSI yang bertateh mendaki tangga, tidak dinafikan pengorbanannya bukan sedikit. Malangnya, ana tidak bersedia untuk terus berkorban. Melihat keghairahan pasukan Muda yang saling bersaing memperbaiki diri, teringat nostalgia sejak mula berkecimpung dalam dunia debat. Teruja, bersemangat, rela berkorban. Sifat gila debat mengatasi segala kecelaruan minda. Sanggup mempertaruhkan apa sahaja untuk berdebat. Berendam air mata saban hari, bukan penghalang jitu untuk maju mengorak langkah. Namun benarlah orang kata, kadang kita mula berundur di saat hanya tinggal selangkah sahaja mengecap kejayaan. Kepasifan ana dalam dunia debat menjadi tanda tanya. Jika dahulu, ana orang yang menepati masa setiap kali sesi latihan, tiba-tiba sukar menjengah muka. Nama kian tenggelam, bakat kian kusam. Merajuk? Tidak sekali. Mungkin terasa letih bergelumang sesuatu yang ana 'gila' dengannya terus mengetepi perkara wajib. Ya, akademik ana ketepikan. Result jatuh merudum, masa untuk belajar kian berkurang. Dekan? Jauh panggang dari api. Nak maintain pointer pn sukar, semacam cuba menggapai awan. Amat sukar mengagih minat dan tumpuan. Bukan salah debat dengan pengaruh hujahnya tetapi salah ana yang tak mampu membahagi masa. Gila debat lebih mendominasi kewarasan berbanding rasional menuntut untuk masa depan. Keputusan diambil, maka ana perlu memilih perkara wajib atau kedua-duanya menjadi debu.


Namun apabila sudah terkena virus gila debat, pergilah ke ceruk mana dunia, pasti diri mencuri ruang untuk melepas gian. Cerita dunia debat tetap menjadi halwa telinga, isu semasa tetap ana korek semahunya, gaya bersuara sudah sebati dengan fiil debat (berdasarkan komentar sahabat2).. Tetap tersisip rapat naluri debat sehingga sahabat-sahabat sekeliling tetap merasakan aura debat dari diri walau sudah lama ia tidak dipraktikkan. Itu sajalah pengubat rindu lara. Biar sakit menanggung sengsara, mengelak musibah yang lebih besar hendaknya.


Semoga dunia debat terus berseri dengan seninya yang tersendiri. Semoga pendebat2 kian berkualiti dengan hujahnya yang memagut hati, fakta yang evergreen...
Berkenaan pertandingan, adat jika ada menang dan kalah. Memetik kata2 sahabat, kehebatan itu bukan terletak pada menang kalah tetapi sejauh mana kita mengorak langkah, memperbaiki wibawa diri dan pasukan masing2. Akhir kata, Yang berada di atas, tidak akan terus berada di atas. Usah selesa dengan kedudukan sekarang kerna ia akan silih berganti. Itu lah adat bertanding.


Sekian, kata-kata dari seorang yang tidak bertanding kerna sudah ada saingannya yang sengit, diri sendiri.


p/s: Ini adalah Entry yang lambat.. ~aicheeh :inis:

3 respons:

dah lame tak berdebat ni. bertahun2 dah tinggal.

kalo menyingkap kenangan berkecimpung dengan dunia debat ni, sbnrnye hy tidak disengajakan. tp alhmdllah, walaupun hy bdg terjun, penah melangkah ke final dolu2. tp xlame, lepas tu lebih prefer pd pengurusan debat shj.

mgkin kite pernah berada bersama di satu tmpt brlangsungnya debat, tp mase tu slg xmengenali lg...hihihi

fuh,pertandingan debat.apakah antara tajuk2 debat yang diketengahkan?
oh ya,UPNM tu universiti apa ya?maaf,universiti sudah bercambah macam cendawan,tak tahu nama univ2 muda!

to inche lysam

hoho... mungkin kte pernah gaduh tarik rambut dalam parlimen tak? hehe...


to y4ku24

ada 50 tajuk kena prepare sebelum perlawanan. UPNM tuh nama asal dia ATMA, dia jadi Uni Pertahanan N------- Malaysia
(------ = tak tau)