Teman Bicara

Monday, August 24, 2009

Istiqomahkan Tarbiyah Islami

Sepanjang sesi konvokesyen, juga waktu kembali ke Tanjung Malim untuk memulangkan jubah, ana berhasrat melepaskan rindu yang tidak tertanggung kepada kolej tercinta. Suasana yang terpelihara, dengan alunan zikir munajat serta ayat Quran yang sentiasa berkunjung tiba, bisa mententeramkan hati yang kadang terpesong dari landasan. Sepak terajang dunia luar yang menggila membuat ana kian menghargai detik-detik lepas sebagai pelajar.


Seawal jam 5.30 pagi, bunyi tahrim dari pembesar suara surau Al-Falah bergema. Jika ana terlajak tidur dan lupa mengunci jam, ana tidak khuatir langsung. Yakin, tahrim yang cukup kuat itu mampu menggerakkan seluruh urat sendi untuk beribadah. Terkadang bangun seawal 4.30 pagi atas urusan tertentu, tahrim menjadi halwa telinga untk kekal bertenaga. Suasana sepertiga malam yang kaku, sejuk, sunyi. Dengan seluruh makhluk yang mash lena bermimpi, gema tahrim yang maha hebat mampu menggetarkan hati-hati yang berjaga demi Tuhannya. Alangkah rindunya. Menetap di Kolej Za'ba merupakan salah satu memori yang paling indah dalam hidup ana. Solat lima waktu, yang sentiasa bergema laungan azan. Malah, pernah juga laungan azan subuh dibuat sebanyak dua kali, untuk beberapa waktu. Gema azan yang pertama, bertujuan untuk mengejutkan urat-urat bersimpul yang enak berselimut. Laungan ke dua, menandakan masuk waktu subuh.


Ana juga merindui alunan zikir munajat, mahupun nasyid-nasyid yang dipasang di hujung minggu, tika fajar saddiq menyinsing. Terkadang ia juga dipasang ketika program-program islami sedang berlangsung. Oh, hati sedang merindu. Sentiasa ana ternanti-nanti laungan azan yang mengasyikkan. Menarik hati-hati untuk berkumpul dan berpadu, memegang panji kebenaran dan menyahut jihad fisabilillah. Lalu, berduyun-duyun manusia keluar dari pembaringan, menuju Allah. Alunan suara zikir kanak-kanak yang sering diputarkan sebelum waktu mahgrib melangkah, sering mengiringi langkah ana menuju Al-Falah. Aduh, rindu nya. Jika pun kaki tidak melangkah, akan ana nikmatinya dari beranda rumah. Ya, betapa ramai penghuni kolej yang kelihatan bersidai di tingkap-tingkap bilik, pintu rumah, mahupun di anjungan untuk menikmati kesyahduan ayat-ayat Allah. Kemudian, beriktiqaf untuk menadah ilmu dari khalifah-khalifah yang dipilih Allah. Para ustaz mengambil giliran untuk menyampaikan tazkirah di Al-Falah. Jika tiada sesi tazkirah, tadarus pula mengambil tempat. Bersama sahabat-sahabat sefikrah, sambil saling memberi kekuatan untuk beramar makruf nahi mungkar.


Pabila Ramadhan menjelang, pesta ibadah dirai bersama. Saling bersedekah, serta berbuka dengan penuh berkah. Sederhana, tapi penuh makna. Bersama teman-teman, sirna kepenatan berpuasa sehari suntuk. Solat terawikh berjemaah, menjadi agenda utama dalam bulan mulia. Keasyikan bacaan syeikh UPSI, membawa hati ini terawang ke atas, berterbangan bebas antara langit dunia dan langit syurga. Sunggu mempesona. Tadarus di bulan Ramadhan, merupakan kesempatan yang wajib direbut. Sambil menambah pahala berteleku di hadapan QalamNya, boleh juga menambah ilmu tajwid hasil musyawarah dengan sahabat dan naqibah. Oh, rindunya. Kemudian, pulang bersama moreh yang disediakan oleh mereka-mereka yang galak memburu redhaNya, terutama di bulan pernuh barakah ini.


Kelebihan Kolej Aminuddin Baki yang diteraju oleh Encik Zul, majlis ilmu menjadi rutin yang wajib. Sering ana menumpang di program mereka, sedangkan ana ini anak buah Kolej Za'ba. Alhamdulliah, sahabat-sahabat JMK KAB kebanyakannya ialah kawan rapat, sentiasa update tentang perjalanan program di sana. Terima kasih kepada yang memahami pemburuan ilmu ini. Keadaan di Kampus Sultan Azlan Shah yang well secure, menjadi salah satu wadah yang sesuai untuk mentarbiyah diri. Perkukuhkan nilai islami sementara masih terpelihara dari dunia luar yang menggila. Tatkala iktikad, jiwa, dan tekad pada agamanya sudah utuh, pemahaman 'Mengapa aku memeluk agama Islam' suda kukuh, pergilah kamu berjuang di luar sana.


Adik-adik kesayangan Allah sekalian ... Lengkapkan dirimu dengan pemahaman agama yang secukupnya. Kukuhkan hatimu pada addin ini, sebelum melangkah keluar sana. Kamu ingin berperang? Silakan.... Perlengkapkan dahulu dirimu dengan senjata, ilmu, strategi perang dan, pemikiran yang kritis. Kemudian, pergilah kamu mengangkat pedang. Jangan kamu berperang dengan pedang yang tumpul, ilmu yang cetek, pengalaman dan strategi yang dangkal. Kelak kau mati percuma di medan perang.


Ketika ana kembali ke Kampus Sultan azlan Shah baru-baru ini, ana sedikit terkilan dengan fenomena baru. Lenyap. Hancur. Sedih hati ini. Rindu yang membungkam tidak terlerai. Tiada tahrim sebelum subuh, tiada suara kanak-kanak yang mengalunkan zikir munajat. Mahupun alunan nasyid yang mengasyikkan. Gema azan juga sudah tidak segah dahulu, sayup menongkah arus hedonisme yang menggila. oh, apakah? Speaker rosak? Mungkin. Atau orang atasan menekan manusia di bawah? Mungkin juga. Atau kemungkinan ia kebetulan berlaku hanya waktu ana bermusafir di sana? Boleh jadi juga. Ana mengatur langkah ke surau Al-Falah, 5 minit sebelum masuk waktu maghrib. Sayu, tiada alunan zikir yang mengiringi langkah ana ke sana. Setibanya di surau yang dirindui, gelap gelita. Sinar cahaya bagai malu ingin menjengah. Jika ingin diturut hati yang galau, ingin saja melangkah ke bahagian muslimin untuk memasang lampu, menyelak langsir dan membentang sejadah. Aduh, apa yang terjadi ni? Ana hanya mampu berteleku, menunggu waktu berlalu sambil berfikir. Sayu. Dua minit sebelum maghrib, terdengar suara muslimin di sebalik tabir. Alunan ayat suciNya bergema. Namun, sebentar cuma. Maghrib menjengah, langsung ia dimatikan. Azan maghrib mengambil tempat. Oh, bertambah sedih. I'tiqaf. Tiada tazkirah, tiada tadarus. Aduh~


Kesempatan yang ada, ana rebut. Ana berdepan dengan Presiden Rakan Surau, untuk menyuarakan fenomena yang tidak sepatutnya berlaku. Alhamdulillah, beliau memahami tanggungjawabnya. Mungkin beliau menggalas beberapa tanggungjawab yang tersangat berat, ada perkara yang beliau terlepas pandang. Janjinya, akan beliau perbaiki dan ana berpegang kepada kata-kata itu. Ana akan kembali, berharap rindu ini dapat dileraikan kelak. InsyaAllah, in Allah will. Moga tarbiyah islami itu tetap istiqomah sepanjang zaman.


Wahai adik-adik kesayangan Allah... akak memahami akan tanggungjawb yang tergalas di bahumu. Pemburuan ilmu, menelaah buku, penysunan program persatuan dan sebagainya. Namun, jangan lah sesekali kau lupa perkara paling asas, yang perlu kau selesaikan. Suburkan tarbiyah islami di sana, sementara kau masih punya peluang untuk berkhidmat di jalanNya. Akak sentiasa menyokongmu, selagi kau berada di landasan kebenaran, selagi kau bekerja untukNya. Siapa lagi yang boleh kau harap untuk menegakkan syiarNya di sana? Kau lah yang perlu menggalas tanggungjawab itu... Amin, Nawwar, Fathi. Akak mengharapkan kamu, dan angkatan tentera kamu. Akak tak sempat menjalin ukhwah dengan sahabat-sahabat junior yang lain makanya, kamulah yang akak lihat, berpotensi menyebarkan syiarNya di Kampus Sultan Azlan Shah. Ayuh, gerakkan bala tenteramu untuk bekerja... Bangunlah, wahai insan-insan yang dipilih Allah.



Yang benar,
permerhati senyap yang sentiasa berfikir

3 respons:

terima kasih cikgu atas peringatan..

beberapa hari tidak membuka blog...sekarang baru berkesempatan untuk membalas.

sememangna mudah untuk kita mendirikan sesuatu namun agak sukar untuk menggerakkannya apatah lagi mengistiqamahkannya..

saya memang akui keadaan disini sedikit berubah keadaannya,..

tarbiyah 'am (umum) untuk masyarakat sewajibnya menjadi agenda utama kita, dan saya juga sedikit terharu bila mana membaca tulisan cikgu betapa ketidak sempatan, ketidak mampuan , dan kealpaan saya melihat dan memikirkan tarbiyah am d kolej..

tatkala fokus berada di kampus.. lantaran sudah meninggalkan taklifan jmk..namun tiada sebabnya untuk saya mengelak dari tanggungjawab kerana tugasan ini adalah kewajiban. Kalau tidak kita siapa lagi.

InshaAllah dengan peringatan ini sedikit sebanyak mengingatkan saya, walaupun sudah tidak punyai jawatan rasmi, saya ada jawatan dari Allah , inshaAllah saya cuba bincangkan dengan adik-adik dan sahabat disini yang baru yang memegang taklifan untuk mengembalikan keindahan tarbiyah umum suatu ketika seperti sebelum ini dan lebih baik.

terima kasih,..memangnya senang mencari seorang rakan yang suka memuji namun agak sukar mencari yang sudi menegur dan mempringati. Syukran atas peringatan.

p/s ; jemput ke wacana buku : Atas Nama Kebenaran : Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam Liberal. Oleh Dr. Khalif seorang pemikir "fiqh kebangkitan Islam" dan penggerak intelektualisme + aktivisme Islam (harakah Islam). Auditorium 7 Ramadhan jam 9-12tghr.

Bismillah....

Akak tidak langsung mengingatkan adik-adik tentang tanggungjawab tersebut hanya kerna amin, fathi dan nawwar memegang jawatan tertentu. Akak memandang adik-adik sebagai seorang muslimin, yang menjadi pemimpin kepada para muslimah. Juga kerna kapasiti yang adik-adik ada untuk mengubah keadaan tersebut, iaitu hubungan dengan orang atasan, hubungan rapat dengan teraju kepimpinan sekarang, serta matlamat perjuangan adik-adik selama ini.


Terus, akak bukan sahaja melabel fenomena ini sebagai tarbiyah am, bahkan juga sebagai tarbiyah kepada adik-adik, bakal peneraju jihad agama. Semoga ia mampu mentarbiyah sifat 'lebih peka dan care terhada masyarakat sekeliling' sebelum adik-adik benar-benar terjun dalam masyarakat dan bertanggungjawab mentarbiyah masyarakat setempat pula suatu hari nani... ^^

Semoga kuat semangat... Allah bersama kamu, so do I... ^^

ah, nak menyibuk gak..

lama dah meninggalkan alam ke-hostel-an. telah lama menjalani hidup sebagai satu entiti yang sepenuhnya hidup sebagai manusiawi yang seharusnya pandai membawa diri sendiri. baik buruk, tiada siapa yang akan mempeduli dan mengingatkan diri.

dengan keadaan kehidupan ditengah-tengah lembah klang ini, life is totally different. terlalu banyak keburukan yang perlu diselidiki. terlalu banyak pilihan yang perlu difikirkan.

we have to face the future. may Allah keep us in His bless and protection always..

yay~panda!<--ini pakpis punya..haks