Teman Bicara

Wednesday, February 24, 2010

Khinzir Haram Vs Lembu Haram?

Mahu dihormati? Mari perbetul diri...


'Kamu mau ke mana, cikgu?'
Seorang pelajar Tionghua menegur. Terasa agak jangal di telinga. Jelak dan kasar. Itu persepsi mula. Atau, ayat lazim yang di guna...

'Aku punya hal, apa kamu sibuk?'

Biadap, tidak beretika, tidak menghormati guru. Mungkin itu yang tergambar di kepala para guru apabila seseorang pelajar menggunakan ayat tersebut kepadanya. Namun, adalah salah jika kita terus membuat negative pre-judgement sebegitu. Bukan niat mereka untuk berlaku kurang sopan tetapi, mereka menghadapi kesukaran dalam memilih perkataan yang sesuai untuk digunakan apabila berhadapan dengan individu yang berbeza level dengan mereka.

Contoh mudah: secara generalnya, apabila kita berbual dengan sahabat rapat, perkataan aku lebih cenderung untuk digunakan. Namun, apabila berdepan dengan kawan baru, orang yang lebih tua, mahupun pihak pentadbir, kita lebih cenderung menggunakan perkataan saya. Kegagalan mereka memahami fungsi dan kesan perkataan tersebut terhadap individu yang mendengar, menyebabkan kebanyakan mereka membuat kaedah pukul rata. Seperti mana penggunaan I dan You dalam Bahasa Inggeris perbualan yang digunakan secara pukul rata, tidak mengira aras. Malahan, perkataan tersebut tetap menjadi medium utama perbualan ibu dan anak. Namun di pihak masyarakat Melayu yang ampuh dengan nilai estetika bahasanya, penggunaan I dan You oleh anak kepada seorang ibu nampak begitu canggung dan tidak sopan. Hakikatnya, itu adalah perkara lumrah bagi masyarakat lain pula. Sementelah itu, perlulah kita cuba untuk memahami jurang bahasa mereka dan tidak melakukan sebarang negative pre-judgement yang tidak berasas.


Seorang sahabat bukan Islam menjemput anda ke rumah terbuka. Katanya, untuk merai kejayaan bersama. Anda bertandang dan bersedia untuk bersantap. Kari kepala ikan, sayur campur, steamboat, dan....tiba-tiba terlihat kerbau pendek masak tiga rasa... heh heh heh
Tanpa banyak soal, anda pun menyumpah seranah di dalam hati, menuduh si sahabat tidak peka dan sensitif dengan diri anda. Kejam sungguh, mungkin itu yang anda fikirkan. Namun, pernahkah anda terfikir bahawa anda sering berlaku kejam kepada suatu golongan? Menjemput sahabat kaum India, kari daging lembu dihidang bersama sayur kailan ikan masin. Atau, anda hidangkan nasi goreng ayam kepada sahabat Cina yang vegetarians. Mungkin ia perkara biasa buat kita kerana melihat masakan tersebut setiap hari. Namun, pernahkah difikir kondisi mereka yang tidak selesa dengan menu makan tengah hari itu? Sikap kita yang tidak sensitif dengan keadaan mereka boleh menyebabkan timbulnya perselisihan faham yang serius.



Kami juga pernah berdepan dengan situasi yang sama. Setiap Hari Raya, keluarga kami akan menyediakan beberapa juadah utama bersama dengan juadah iringan untuk jiran-jiran sekitar rumah, termasuklah yang berbangsa Cina. Namun, kami terlepas pandang untuk mengambil tahu sama ada jiran kami tersebut adalah Vege atau tidak. Sehinggalah salah seorang sahabat menyedarinya dan kami membuat tindakan susulan, untuk menyelamatkan semangat kejiranan. Saya menghormati jiran itu kerana setiap kali Tahun Baru Cina, mereka menghantar makanan-makanan ringan yang berbungkus dan bersifat general. Perbuatan tersebut menunjukkan bahawa mereka saling berbalas budi untuk mengekalkan hubungan harmoni dan pada masa yang sama, tetap mengambil berat hal sensitiviti masyarakat Islam.

Ya, Islam agama rasmi di negara kita. Slogan Islam di mana-mana. Sensitiviti agama kita dihebah merata, menyebabkan masyarakat lain mengambil tahu dan bertindak peka. Namun, adakah kita mengambil tahu tentang sensitivi masyarakat lain? Atau sengaja bersikap tuli telinga?

Islam agama rasmi, agama lain tetap tidak diketepi. Saling menghormati, itu senjata Islam tersebar murni. Semoga menjadi ahli masyarakat yang proaktif dan berkesan.... ^^

[+/-] Teruskan pembacaan...

Sunday, February 21, 2010

Aku Cinta WALI

Adeh... punya lah fana dengan dunia sendiri, sampai terabai dunia luar. Lagu-lagu neh telah pun porpular lama sudah. Sehinggakan seorang kanak-kanak berumur 3 tahun, menyanyi melenggok2 dengan gembiranya di hadapan saya. Namun, saya masih gagal mengesan lagu tersebut, bersama liriknya memandangkan kanak-kanak itu pekat pelatnya. Comel sungguh. Tangannya dibuat isyarat satu lalu, digoyang-goyang kiri ke kanan bila sampai part ....'hidup hanya sekali, ingat mati'

Haha... senang hatinya jadi kanak-kanak. Then, enjoy this... ^^



[+/-] Teruskan pembacaan...

Mari Sholawat

Pernah tika itu, aku berlalu di sebuah toko cd muzikal. Maklum sudah aku, pemiliknya berbangsa cina. Agamanya Buddhist mahupun Kristian,aku tidak arif langsung. Lagu yang berkumandang, menarik hatiku untuk menikmatinya seketika. Setelah bertahun waktu berlalu, aku menemukan lagu yang sama. Masih terakam pada memoriku, lirik serta muziknya.



Nah, menarik bukan... ^^

[+/-] Teruskan pembacaan...

Thursday, February 4, 2010

Jawatan itu tanggungjawab

100th post....

Semakin jauh kaki menjelajah dunia kerjaya, hati semakin tunduk pada perkara 'tanggungjawab'. Mula memahami betapa menerima dan menolak sesuatu kerna apa yang menunggu disebaliknya, bukan kerna apa yang terbentang di depan mata. Fenomena alam kerjaya yang segenap penjurunya melibatkan hubungan dengan manusia membuat pundak ini semakin sukar untuk bernafas. Penyakit manusia alam pendidikan, jawatan adalah satu mimpi ngeri. Kerna masing-masing sudah maklum, jawatan hadir bersama pertanggungjawaban. Jika tidak ditunaikan, hukuman dunia sudah cukup terasa ngerinya. Masyarakat memaki semahunya, rakan sekerja lebih ramai merai sama. Yang sudi menjadi teman tangis, boleh dihitung dengan jari.


Sepanjang hidup 24 tahun (menjelang Julai), tidak terkira banyaknya misi 'lari dari tanggungjawab' dilaksanakan. Sering ana menolak jawatan, kerna ragu akan kemampuan diri. Lebih selesa bekerja di belakang tabir. Namun, bukan selamanya mampu bertahan sebagai tukang sorak belakang sahaja....


Penyelaras Kelas Rancangan Khas
Setiausaha Panitia
Bendahari JK Kebajikan
AJK Bimbingan Kaunseling
AJK Pusat Sumber
AJK Kelab Guru dan Staff
AJK Jk Penyelia Tingkatan
Guru Kelas

... dan semacam bagai lagi perkara yang perlu dibahagi dan dikerat-keratkan bahu ini untuk menopangnya.

Melihat sudut positif, penganugerahan tanggungjawab ialah tanda percayanya mereka ke atas kreadibiliti, kemampuan, kekemasan kerja ...
Itu sekadar langkah mulanya..


Mahu merasa azab dunia pendidikan? Ayuh, terjun dan menyelamlah... Untung nasib, timbul tercungap-cungap. Untung iman, melabur alam di sana...

Sahabat...
doakan kudrat kerdil ini mampu menongkat belikat lalu, berdiri mendongak memandang Tuhanku;

'Allah, telah aku bersukar semahunya mengguna nikmatMu hanya untukMu'




[+/-] Teruskan pembacaan...