Teman Bicara

Monday, March 7, 2011

Mencari Kawan Untuk Anak

Sudahkan anda bertanya anak-anak, siapa kawan mereka di sekolah? Jika belum, cepat-cepatlah bertanya. Dan, cuba ingat nama mereka. Bagaimana perangai mereka dan lain-lain. Sekali sekala tanya lah khabar tentang kawan-kawan mereka.
Tapi, jangan lupa untuk sentiasa ingatkan mereka agar mencari kawan yang baik.

Selain itu, ibu bapa juga boleh berikhtiar untuk mengaturkan anak-anak mencari kawan yang baik. Agar kawan itu datang dari keluarga yang baik dan berhemah, atau yang sama-sama meminati aktiviti yang murni dan sihat
Berikut antara beberapa cara yang boleh dilakukan:

- Rapatkan anak-anak dengan saudara mara atau sepupu-sepupunya yang mempunyai akhlak yang baik dengan membayakkan ziarah-menziarahi. Kadang-kadang anak-anak boleh ditinggalkan bermalam rumah saudara agar dia dapat berkawan dengan lebih rapat lagi. Cara ini dapat menjadikannya memilih kawan yang baik disamping boleh mengeratkan ikatan silaturrahim.

-Perkenalkan dan rapatkan anak anda dengan anak kawan-kawan anda yang diketahui mempunyai akhlak yang baik. Aturkan program ziarah yang melibatkan aktiviti santai, agar mereka boleh bergaul dengan mesra. Jika ada program-program yang melibatkan keluarga seperi Hari Keluarga dan rehlah, ajaklah mereka agar mendekati antara satu sama lain. Galakkan mereka membuat ikatan susulan agar perkenalan itu berpanjangan.

-Libatkan anak-anak dengan usrah, kelab dan persatuan keremajaan yang menganjurkan program-program yang Islamik dan menarik. Galakkan mereka terlibat secara aktif agar mereka bukan sahaja memperolehi kawan-kawan yang baik bahkan dapat memberi sumbangan kepada ummah serta boleh mengasah bakat kepimpinannya.

-Galakkan anak anda menghadiri majlis-majlis ilmu dan menunaikan solat di masjid dan surau. Di sini mereka akan bertemu dengan kawan-kawan yang baik dan berakhlak.

Selamat berusaha mendidik anak-anak.

sumber : sini

0 respons: