’Air soya satu ya, mak cik’ suara lunaknya mencecah cuping telingaku.
Lalu dia membuka dompetnya, ingin membayar. Lantas dia mengeluarkan RM2.00.
’Mak cik, berikan secawan air pada anak-anak itu ya’ dia menambah.
Allah sayang pada insan yang belas dan pemurah terutama kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang sedang bertelagah, terdiam seketika. Terkesima. Gadis tersebut menghadiahkan senyuman. Semasa gadis itu berlalu, kanak-kanak tersebut masih tidak putus-putus memberi ucapan terima kasih.
Tersenyum aku mengimbau nostalgia zaman muda ku. Aku juga pernah dibelanja oleh orang yang tidak dikenali. Betapa aku menghargainya amat. Kini aku dewasa. Nilai yang diberi tidaklah sebesar mana namun ia mampu mencambah gembira dan penghargaan yang amat sangat di hati kanak-kanak kecil. Dengan hanya RM1.00, gadis tersebut dapat membuat pahala yang sangat besar. Bersedekah dengan iklas, mengembirakan hati anak kecil, dan berbelas kasihan dengan makhluk terutamanya anak kecil.
Aku mencemburinya. Aku yang terserempak dahulu dengan kanak-kanak itu tapi dia yang buat pahala. Pengajaran yang dapat ku ambil, jangan bertangguh untuk membuat kebajikan. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment