Sejak berumur 17 tahun, lesen motor diusung ke mana-mana. HAmpir 7 sem dekat UPSI, 4 sem yang terakhir, puas lah meronggeng ke mana-mana dengan motor. JAlan berliku, jalan berlobang, jalan tak rata, bukit-bukau, selekoh tajam, selekoh tumpul....merempit, membalas rempitan mahupun merempit dalam buaian, semuanya dah dicuba dan dah dilalui...
MAka selepas Allah bertitah...
'Kun fayakuuuuunnnnn'
Kat situ pulak yang nak jatuhnya, tak der tempat lain ker?
Tau ana jatuh motor kat mana? Ana bagitau, kome jangan gelakkk... Diam2 sudahhh...
Ana jatuh kat TEMPAT PARKING MOTO
Hah kak chikkk..... ha, mu lahhhh.... Org dah cakap jangan gelak, degil plakk...
Telan lah gelak kamu tuhhhh....
Punyalah banyak tempat lain boleh jatuh motor. Kenapa? Why? Why?
Kenapa tempat parking motor? Dengan org yang lalu-lalanggg...
Sebijik2 mata mengarah ke ana. Malu tok sah nak kata lahh...
Hampir 7 sem kat UPSI, dah 2 kali ana jatuh motor kat sini....
Yerrrr..... kalo yg lelaki, musti lagi besar angkanya, kan?
Itu lelakiii.... ana nih muslimahhhh... Ingatttt tuuuuu.... Ker, dah terlupa? heh heh heh
Yang tak bestnya, dua-dua kali tuh jatuh kat tempat parking. Tatau lah apa jodohnya ana dengan tempat parking moto tuhh..
Tapi, dari satu sudut, baguss gakk... Tak der lah teruk sangat sakitnya pon. Allah MAha Mengetahui apa yang ditentukan kepada hamba-hambaNya. NAseb baik lah masa jatuh tuh, tak der manusia2 yang baru abes kelas kerr.. Abes lab kerrr... Kalo tak, mau sorok muka dalam beldi...
Dua kali ana jatuh motor, dua kali jugak ana dapat rasa kelainan antara sifat dua jantina. Masa jatuh sekali dulu, ada dua org mamat yang baru sampai kat tempat parking tu jugak. Diaorg terkejut n terus tolong. Alhamdulillah... Tapi, bila jatuh kali nih, ada minah-minah tengah lalu, pandang sebelah mata jekk... Bukannya nak tolong. Nih tolong tengok jekk...
Apa tengok2? Kalo tamau tolong, tak yah ar pandang... Sekeh kangg...
Adakah ini sifat yang ingin disemai? Ana bukan nak kata per tp selalunya, hal2 gini, lelaki yang tolong. Walau pn ana rasa kurang selesa ms dua mamat tuh tolong sbb dia lelaki tp senang hati gak sbb ada sifat belas dan nak tolong. Yang minah tuh? huhh...
Yerrr... mmg tak boleh sewenang-wenangnya membuat justifikasi sebegitu dengan hanya berlatarkan dua tragedi.. Keputusan itu bukanlah dibuat berdasarkan kedua2 peristiwa tersebut sahaja... Tgk jer mana2 kemalangan... Saper yang ramai berenti? Selain utk tgk dan menyebok serta amek no plate utk no. ekor, kaum2 ini jugak lah yang menolong (kaum adam) walau pn masa tuh, pompuan yang kemalangan. Kaum wanitanya ke mana?
'I tak boleh lah. I takut darah'
'I ngeri lah eksiden2 nihh... Nnt I teringat2... I takot jaruummm...'
Haperkebendanyerrr....?
Teringat satu kajian yang dilakukan di oversea, lupa kt mana. Ada seseorang dari ahli team yg buat kajian tuh, akan berpura2 sakit masa dekat tengah2 tempat awam utk mengkaji keprihatinan sesama ahli masyarakat. Dia buat-buat saket cam kena sawan. Keputusannya? Agak mengecewakannn... Tp, bukan semua yang buat tak peduli. Ada jugak yang bantu dia tapi, nisbah bilangan yang berlalu dan buat dek jer itu lebih ramai. Kalau buat kat Malaysia, tatau lahhh... Mungkin lebih mengecewakann..
Inikah sikap orang kita yang kian mencambah dalam masyarakat? Hal ko,ko punya pasal. Hal aku, jangan ko campor. Kalo tak, mmg nak cari pasal... Gitu?
Sifat beginilah yang memecahbelahkan masyarakat. Mmg lah tgk cam tak per sbb isu kecik, jatuh motor. Jika isu besar, baru nampak natijahnya, kan?
Maka berfikirlah dengan tenang dan waras.
p/s: Ana jatuh motor ari nih, yg ditengok2 sambil dibuat derk jek oleh minah2 tuhh...Tak kesah pon jatuh motor sbb lepas tuh, demonstrator kata, tak yah ganti lab...
Yesssssszzzzaaaaa !!!!!
Senang2 dia bagi tandatangan attandance... nguah nguah nguah
Teman Bicara
Wednesday, September 3, 2008
Jatuh Motor
kingdom of Adam Vs Hawa, Bunga Akhlak, Tinta Tuan Tanah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 respons:
macamane la agaknya rupa eya jatuh yer
x pernah la pulak eya jatuh time debat
jd x leh nk bygkan
mesti bounce kan?
hahah
jgn marah.salam ramadhan
pengalaman jatuh moto tu banyak gak la. tp alhmdllah xpenah lg yg teruk2. kalo stakat luka tu, luka jatuh beskal mase kecik2 lagi teruk asenye...
sekarang ni bile duk shah alam ni, slalu round2 bandar KL, slalu gak ana yang langgar org, bkn org yg langgar ana.
penah langgar kete myvi sorg awek, tp ana blah ngan selambe je. sbb time tu ngah jem, xkan nak benti lak kan? xpsl2 kene hon nnti. lumrah la duk kt bandar besar ni. kete masing2 pn dah kemik sane kemik sini dah....
p/s:seb bek xjatuh tertonggeng masuk longkang kan? hahaha.....
to nadiah
haper nihhh... blog tak der bunga, tak der daun, angin pon tak der. Semput nak bernafas. Dah tuh, nak komen pon tak leyy...
sengalllll....
to pecinta ilahi
awat blah jek lepas langgar tuh? berkenalan terus kan senangg....
Muahahahahaha....
jatuh tengah enjin menderu lagi ke atau jatuh sebab tak seimbang?
pelik tul cikgu ni..
ana tak penah jatuh motor lagi walaupun selalu merempit.. apepun, ana prefer kete sebab ade ekon.. haha
haha...
dah kater
'kun fayakunnnn....'
pelik tapi benar
salam..
Cuma tang enti marah sebab akhwat tu tak tolong ana kurang senang. Sudah termasuk kategori.......
Ana pun penah jatuh moto, banyak kali juga. Pertamanya terlanggar seorang budak perempuan naik moto kriss ketika lalu kat bazar Ramadhan..nak kejar berbuka punya pasal:)kesiannn dia..kesian juga kat ana kena marah oleh org awam kat situ. Malu tak usah nak cakapla, mau sorok muka dalam bakul moto je rasa.
Kedua bonceng dengan kawan, hujan baru balik kelas malam. Kemalangan depan garaj moto kat dalam asrama. Dilanggar dari belakang. Berdarah2 kawan ana. Ana sempat stunt macam hero filem. Sikit je cederanya.
Itulah sikit cerita. Hati2 bawa moto, anda tak melanggar org yg melanggar anda!
ngeh3...
ana bukan marah dia sbb tak tolong. Ana marah diaorg sbb dok pandang ana..
Malu wooo.... ^^
uiisshh... eksiden kat garaj.
Boleh tahan gak mustahilnya. Tp bila Allah kata nak jadik, jadik gakk...
Post a Comment