Teman Bicara

Showing posts with label Seminit Bermanfaat. Show all posts
Showing posts with label Seminit Bermanfaat. Show all posts

Monday, March 7, 2011

Virus Cinta Virus Benci

Tersebutlah sebuah kisah, di sebuah bangunan syarikat pengendalian urusniaga, seorang General Manage Azmi M Karim, sedang memeriksa portfolio yang baru sahaja disiapkan oleh seorang berjawatan Manager, Ahmad Kasim. Kebetulan pada hari itu, pendingin hawa bilik milik Azmi rosak. Maka dia meminta Ahmad untuk membuka tingkap pejabatnya yang berada di tingkat 11 sementara dia memeriksa portfolio Ahmad.

Ahmad begitu yakin bahawa Azmi akan terpukau melihat hasil kerja yang begitu mantap, kerana ini kali kedua Ahmad yang baru sahaja naik pangkat menghantar portfolionya. Tapi keyakinannya mula rapuh bila melihatkan bosnya membulatkan mata dan mengerutkan dahi. Azmi dengan serta merta menghentam fail ke arah meja dihadapan Ahmad. Ahmad menundukkan kepala dan membongkokkan badan. Dia takut dan hairan.

" Eh, apa yang aku salah buat? Aku dah buat ikut format, aku hantar sebelum [I]deadline[/I], aku dh susun maklumat dengan kemas? "

Sejenak berfikir, timbul prasangka bahwa maklumat yang diperolehinya untuk portfolio itu salah.

" Ini mesti salah diorang ni! Maklumat semua aku dapat dari diorang, " bisik Ahmad.

Fikiran Ahmad terhenti, terdengar suara umpama ngauman singa yang ingin menyerang.

" Apa ini!!? Mana kamu dapat maklumat ini!!? Sejak bila syarikat kita membeli barangan ini sebanyak tiga puluh ribu unit!!? "

" Ini!!, Ini!, Ini! Semuanya salah! "

Jari telunjuk Azmi melompat-lompat di atas kertas portfolio tadi.

" Buat balik semua! Dan saya nak tengok dokumen ini diatas meja saya hari Khamis nanti! "

Ahmad keluar selepas meminta maaf atas kesilapannya dan keluar dari pejabat Azmi. Dia berjalan dengan langkah yang laju dan hentakan yang kuat. Dia berasa begitu malu dan marah.

" Celaka, siap korang. Memang nak sabotaj aku. Ah! "

Sampai saja di pejabatnya, dia terus menuding-nuding jari sambil berkata dengan jelas dan lantang,

" Salim! Kamsah! Mana kamu dapat maklumat yang kamu bagi hari itu!!? Kamu dua sengaja beri maklumat palsu ke apa!!? Dengki aku naik pangkat ke apa!!? "

" Aku nak korang check balik dan bagi aku maklumat tu by pagi esok!! Dan aku nak korang pastikan kali ni maklumat tu semuanya betul!! "

Sebaik saja suara Ahmad senyap, terdengar dentuman kuat pintu biliknya dari luar pejabat. Mulalah mereka yang terdengar membuat andaian masing-masing.

Salim dan Kamsah saling berpandangan, kedua-dua berasa hairan. Dan masing-masing mula merasa kurang selesa kerana kedua-duanya mula menuduh selain diri masing-masing kerana kesalahan maklumat.

Keadaan menjadi suram....

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Petang itu Ahmad hendak pulang ke rumah dan menuju ke arah tempat letak kereta. Masih lagi menyimpan rasa marahnya terhadap orang bawahannya. Terkumat-kamit bibirnya tentang kesalahan Kamsah dan Salim. Perasaannya semakin "panas" kerana dia tersekat dalam kesesakan lalu lintas yang hampir setiap hari dilalui olehnya.

Di rumah, isteri Ahmad, Salwa merasa letih dan sedikit malas. Dia duduk di sofa di kawasan ruang tamu sambil melihat skrin televisyen yang hitam. Anak perempuan kecilnya berasa aneh melihat ibunya melihat televisyen yang belum dibuka.

" Ummi tengok apa tu? Kenaae ummi tak on tv? Ummi sedih tak jumpe remote ke? " anak comel itu bertanya.

Salwa senyum dan memeluk dan bertanya kembali kepada anaknya,

" Nisa nak pegi makan di luar tak malam ni? Nak makan kat KFC? Atau kedai Mak Teh? Kan Nisa suka makan nasi goreng di kedai Mak Teh? "

Anak kecil itu senyum tanda setuju, dan berlari masuk ke bilik untuk bermain dengan patung kura-kuranya dan kucing yang dibelanya.

Salwa senang hati melihat gelagat anaknya. Salwa bercadang untuk menonton televisyen sementara menunggu kepulangan suaminya dari kerja. Baru saja tangan Salwa mencapai remote control, terdengar bunyi deruman enjin dihadapan rumah. Salwa membatalkan niatnya tadi dan terus berjalan menuju ke pintu. Salwa senyum sambil menyandarkan bahu kanannya di pintu sementara menunggu suaminya keluar dari kereta. Melihatkan suaminya menghampirinya, Salwa ingin menyampaikan hajatnya untuk makan malam di luar.

Tapi Ahmad, dari pintu keretanya lagi sudah merasa hairan kenapa isterinya dalam keadaan baju tidur berdiri menyandar di pintu hadapan rumah. Terus lantang suaranya bagai menjerit

" Kenapa ni dok tercegat dekat pintu dengan baju tidur!? Tak malu ke jiran semua tengok!? Masuk! Pergi masak! Abang dah lapar ni! Jangan banyak cakap! "

Salwa tergamam dan terus memalingkan badannya berjalan ke arah dapur tanpa berkata apa-apa. Hatinya merajuk.

Nisa keluar dari biliknya dan terus mencari Salwa di dapur. Nisa menarik baju Salwa di paras pinggangnya dan bertanya dengan nada suara yang comel,

" Ummi, malam ni Nisa nak makan di kedai Simpang Tigalah, dah lama Nisa tak makan mee sup. Mee sup situ sedaaaap"

Salwa menjawab dengan nada suara tegas, tanpa melihat ke arah mata si kecil yang comel,

" Tak jadi, duduk diam-diam, ummi sibuk, jangan main di dapur, main kat luar "

Nisa melepaskan jarinya dari kain ibunya dan memeluk erat patung kura-kuranya. Nisa takut, dia dapat merasakan aura kemarahan ibunya. Dia berjalan ke ruang tamu, dan melihat ayahnya, dia juga takut melihat muka ayahnya, secara tidak sedar, dia dapat membaca hati ayahnya yang tidak tenang. Nisa hampa dan berjalan kembali ke dalam bilik.

Dalam perjalanannya, kucingnya menggesel-geselkan kepalanya di kaki Nisa. Nisa membalas geselan kucing itu tadi dengan menghasilkan bunyi seperti kucing yang marah. Nisa mengendahkan kucing itu tadi dan terus baring di atas katilnya dan tidur.

Tamat Cerita

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lihatlah, bagaimana perasaan benci dan marah boleh berjangkit-jangkit.
Bagaimana perasaan benci dan marah boleh menyebabkan fitnah. Bagaimana perasaan benci boleh mempengaruhi seorang anak kecil.

Cuba bayangkan bagaimana jalan cerita ini jika setiap perasaan benci ditukarkan menjadi sayang. Iaitu saling memaafkan, saling memahami, dan saling bersikap lembut.

Sudah tentu Ahmad tidak ditengking oleh Azmi.


Sudah tentu Kamsah dan Salim ditegur akan kesalahan mereka dengan tidak meninggikan suara serta tuduhan dan andaian.

Sudah tentu Salwa dipeluk erat suaminya sebaik saja masuk ke rumah.

Sudah tentu Nisa dapat merasakan mee sup di kedai makan di simpang tiga.

Dan sudah tentu kucing Nisa dibelai-belai sehingga tertidur manja.

Lihatlah. Bagaimana perasaan sayang juga boleh berjangkit-jangkit! Bagaimana perasaan sayang boleh menghentikan perjalanan kitaran benci.

Rasulullah ada bersabda:

" Awasilah diri kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam. "

[HR Abu Said Al-Khurdi ]

" Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur, Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut, tetapi (yang saya maksudkan) ialah ia mengikis agama. "

[HR Al-Baihaqi]

Pilihan sentiasa ditangan kita. Sama ada untuk marah atau tidak. Apa gunanya melantangkan suara seperti hilang kewarasan? Cukuplah dengan suara yang tegas. Contohilah sikap para Rasul, para para Nabi, dan para Sahabat. Beringat-ingatlah kita, perasaan marah dan benci itu datangnya dari syaitan, dan perasaan sayang itu adalah dari rahmat Allah.

Contoh dari Hadis (kisah) untuk dijadikan teladan

Abu Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan:

" Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya. Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.

Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: "Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi."

Rasulullah lantas menjawab: "Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan."

Rasulullah kemudian bersabda lagi: "Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah. "

Sesungguhnya Allah dan juga rasulnya juga yang lebih mengetahui.

Bersama kita beramal seperti seorang muslim sehingga kita layak untuk melaungkan tanpa keraguan:
" Saksikanlah, aku seorang Muslim! "

sumber : sini

[+/-] Teruskan pembacaan...

Sunday, March 21, 2010

Mari Berfikir

Wahai diri,

Sesungguhnya pemikiran itu ada lima sasaran :

1. Berfikir tentang bukti-bukti kebesaran Allah, hal ini dapat menimbulkan Tauhid dan Yaqin.

2. Berfikir tentang anugerah-anugerah Allah, hal ini dalam menumbuhkan Mahabbah dan Syukur.

3. Berfikir tentang janji-janji Allah, ia menumbuhkan kecintaan Hari Akhirat.

4. Berfikir tentang ancaman Allah, ia menimbulkan rasa gentar bermaksiat.

5. Berfikir tentang kekurangan diri sendiri dalam mengabdi, sedangkan terlalu banyak Allah telah memberi kebaikan kepadanya. Ini akan membuahkan rasa malu terhadap Allah.

Semoga engkau dapat memperbanyakkan fikiran seperti ini. Dan semoga masa yang masih tersisa tidaklah dibazirkan dengan memikir perkara yang tidak menguntungkan.

Rujukan : Drs. H. Aliy As'ad. Nasha'ihul 'Ibad, Menara Kudus.

Saya curi dari blog sahabat ini...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


[+/-] Teruskan pembacaan...

Setandingkah kita?


Tersentuh dengan artikel tentang kematian sebenarnya. Perkara yang menjentik minat saya dalam artikel tersebut, saya kepilkan di sini.

SYEIKH AHMAD YASIN : KAMI MENUJU KE ARAH SYAHADAH (MATI DI JALAN ALLAH)

Anaknya Muhammad telah menceritakan bahawa tiga jam sebelum serangan ke atas beliau, beliau telah memaklumkan kepadanya terdapat pesawat peninjau kepunyaan Israel di udara. Namun bapanya membalas:

نحن نسعى إلى الشهادة وإنا لله وإنا إليه راجعون

“Kami menuju kepada syahadah , kami berasal dari Allah dan akan kembali pada Allah.”

Beliau adalah pengasas kepada gerakan HAMAS di palestin. Ketika beliau hendak menunaikan solat subuh berjemaah di masjid (beliau yang buta dan lumpuh) , pihak tentera Israel telah membunuhnya melalui serangan udara. Ini berlaku pada bulan safar tahun 1425 hijrah.


Ulasan: syeikh yang sudah tua, buta dan lumpuh namu bersemangat untuk solat subuh berjemaah di masjid. Namun mahasiswa2 islam hanya sedikit sahaja yg mampu ke masjid dan memenuhi saf hadapan. sebab apa? sebab pemuda2 sekarang sudah tua imannya, buta hatinya dan lumpuh amalannya. Yang lebih menyedihkan orang yang tak mampu berada di saf hadapan pada waktu subuh ni adalah orang yang bercakap dan berkerja utk Islam. Apa tujuan mereka sebenarnya?

Situasi lazim yang berlaku sekarang. Sekadar kuat melaung kalimah Allah, menganggap diri sebagai pejuang. Namun, masih sukar memerangi diri sendiri. Moga Allah merahmati kamu, tuan blog...

[+/-] Teruskan pembacaan...

Thursday, October 8, 2009

Sedekah Setiap Hari

Tertarik dengan kata-kata yang berkumandang di IKIM.fm, dalam perjalanan ke Sekolah Kebangsaan Selekoh. Memetik butir kata seorang ustaz yang bertugas di konti,

'Amalkanlah pemberian sedekah setiap hari. Namun permasalahan orang kita, pemikiran mereka terlalu jumud apabila istilah sedekah disinonimkan dengan menginfakkan harta semata-mata. Jika benar hukumnya begitu, adakah si miskin tidak layak untuk bersedekah?

Bersenyum juga dikira sebagai sedekah

Mengeluarkan kata yang menyenangkan juga dikira sedekah

Mengalihkan duri di laluan turut dihitung sedekah

Meleraikan dua mukmin yang bertelagah, juga adalah sedekah'


Dan sebaik-baik sedekah ialah kepada ahli keluarganya sendiri. Coretan buat renungan diri.


p/s: Untung juga mengajar di sekolah rendah mahupun di prasekolah. Setiap hari, ada sahaja murid yang bertelagah, bergusti dan sebagainya. Boleh lah meleraikan, sudah dikira sedekah ... ^^

[+/-] Teruskan pembacaan...

Thursday, October 1, 2009

Hakikat tudung

Dewasa ini, manusia (termasuk ana sendiri) hanya melihat lahiriah pemakaian tudung. Namun, hakikatnya sering diabaikan...

Tudung pada wajah
Jangan sampai wajahnya mengundang fitnah (ujian). Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk ajnabi.

Tudung pada mata
Menundukkan pandangannya dari melihat selain dari mahram yang halal. Solehah yang hakiki, TIDAK DIPANDANG, TIDAK MEMANDANG.

Tudung pada suara
Tidak dilunak-lunakkan dengan tujuan untuk mempesona seterusnya menjadi fitnah kepada hati-hati yang berpenyakit.

Tudung pada hati
Mengingati Allah dengan berzikir, tasbih, tahmid dan sebagainya. Melihat setiap kejadian berupa hikmah dan teguran dari Allah.


Kadang juga diri terlalu leka, melakukan kemungkaran dalam keadaan tidak sedar. Lebih malang lagi, jika kemungkaran yang dilakukan dalam keadaan sedar. Lagi celakalah manusia-manusia yang berilmu namun ia sekadar penghias bibir, tanpa amalan...

p/s: Papan kekunci ini paling dekat dengan jemari sendiri... Astaghfirullah...

[+/-] Teruskan pembacaan...