Teman Bicara

Tuesday, December 16, 2008

Khalifah Camp; Melahirkan Keperibadian Khalifah

Waktu yang mana kebanyakan manusia sedang bermalas-malasan di katil, melayari porno di internet, membuka kedai kopi sambil memakan daging saudara sendiri, berjaya ana manfaatkan dengan lebih efektif. Mengembara ke pekan Ampang, mencari secebis ilmu yang bukan buku tempat ia bertapuk. Hanya pengalaman, tenaga dan masa modal untuk meraih ilmu ini.

'Kau jadi fesi, eya' kata seorang sahabat beberapa minggu lalu.

Benar kata orang, memburu ilmu bukan mudah. Pelbagai halangan yang mendatang untuk memungkinkan kegagalan ana bertandang ke Kem Perah, FRIM untuk berkongsi ilmu dan turut menuntut ilmu. Hampir sekali ana menghubungi pihak pengurusan, membatalkan penyertaan sebagai salah sorang tenaga kerja. Tapi Allah sayangkan ana, menarik setiap urat berselirat agar mencintai ilmu. Berangkat ke Ampang kerna gerak kerjanya bermula di sana, di Khalifah Institute. Mendengar namanya saja sudah gah, bermatlamat melahirkan Khalifah yang layak bergelar Khalifah. Bukannya seperti Khalifah yang tidak sedar dirinya Khalifah yang melata dalam dunia ini. Dengan ilmu yang cetek dan ingat2 lupa, langkah diteruskan jua. Terpaksa membongkar kembali neuron2 lapuk di kepala, memerah ilmu yang tersepok tanpa amal di sudut sel-sel otak yang 99% daripadanya sedang lena, seperti kata Albert Einstain. Shaping Process? Inner Speach? Reward and Punishment? Law of Creations? Semuanya bertabur dalam debu otak yang berkarat kerna kurang rajin untuk bekerja, berfikir.


Syukur sahabat-sahabat penggerak kerja membantu. Saling berbincang tentangnya bersama tambahan ilmu baru, itu yang terlekat ke hati. Bergerak ke kem bersama satu matlamat yang pasti, BERGEMBIRA MENYEDUT DAN MENCURAH ILMU. Itu enjoy yang ana harapkan.


HARI PERTAMA

Implementasi modul yang telah dirancang menampakkan hasil yang sungguh memberangsangkan. MOdul Generasi Perubah yang berbentuk Treasure Hunt mendapat perhatian yang luar biasa. Walau baru bertukar-tukar nama, ukhwah antara peserta terbina utuh dengan semangat bersaing yang membara. Setiap kumpulan diberi peta untuk menyelongkar lokasi harta karun. 15 minit lamanya mereka bertarung tanpa dapat diselesaikan. Akhirnya para fesi memprovok mereka dan tercetus idea baru dikalangan peserta, ingin mencantum peta yang diperoleh setiap kumpulan. Tindakan mereka membawa kepada kemenangan bersama, harta karun dijumpai. Harta karun yang berupa sehelai kad untuk setiap peserta yang terukir perkataan ISLAM di atasnya. Sesi perbincangan dengan fasilitator masing-masing merungkai makna tersirat aktiviti tadi. Kadang manusia terlalu ghairah untuk bersaing antara satu sama lain sehingga terlupa satu perkara bahawa jika matlamat sudah sama, mengapa tidak berpadu tenaga? Mengapa perlu bersaing jika boleh bekerjasama? Perkataan ISLAM yang diletakkan membawa simbolik kepentingan menjaga iman dan akad antara manusia dan Tuhan. Betapa diri memerlukan ISLAM untuk membawa perubahan kepada kejatuhan empayar Islam kembali ke puncaknya. Jika sejarah memaparkan kegemilangan empayar Islam kerna mujahidnya bermatlamat syahid, berakhlak Khalifah, berfikiran muslim, maka untuk menjunjung kegemilangan masa lampau, item-item tersebut perlu untuk dipasak ke hati.



Apabila malam melabuh tirai, modul kedua pula bermula. Modul yang menguji rasa takut dalam diri, rasa bertanggungjawab, keutuhan ukhwah antara kumpulan, kebijaksanaan membuat keputusan, kekuatan menahan badai cabaran. Mereka ditempatkan dalam kumpulan masing-masing dan mata ditutup. Hanya berpandukan tali dan suara fesi masing-masing, mereka bergerak meredah hening malam. Gangguan-gangguan dari distraktor tidak pernah sunyi. Jika ada yang terleka, pasti sudah diculik dan dipisahkan dari ahli kumpulan. Sama ada ahli kumpulan yang lain ambil peduli mahupun tidak, bergantung kepada keprihatinan masing-masing terhadap sahabat sekumpulan.


HARI KE DUA

Modul Inner Speach sebagai tirai pembuka hari kedua. Kewujudan kata hati yang mampu menjadi perisai dalam setiap lenggok laku, juga mampu menjadi barah mempamer perilaku negatif didedahkan kepada para peserta. Bagaimana seharusnya kata hati dikawal? Apa impaknya? Apa pula tindakan untuk menterjemahnya dalam perilaku positif? Modul yang berupa permainan mendapat sambutan hangat. Salah seorang ahli ditutup matanya sedang sahabat-sahabat yang lain memberi arahan untuk melukis sesuatu dai atas kertas, dengan mata yang tertutup. Sahabat-sahabat terbahagi kepada dua kelompok, kelompok yang memberi arahan yang betul kepada si buta dan satu lagi kelompok yang berperanan sebagai distraktor. Di atas situasi tersebut, si buta perlu memilih jalannya sendiri berdasarkan ilmu, naluri dan kepekaannya. Begitu situasi kehidupan. Setiap perkara dalam kehidupan bakal menetus kata hati (atau juga dikenali sebagai inner speach, bisikan hati, rasa hati) sama ada yang baik mahupun yang negatif. Jikatangan mahu mencuri, pasti hati berditik bahawa tindakan itu salah. Pelengkapnya, juga ada kata hati yang negatif, ingin meneruskan perbuatan tersebut. Maka kata hati itu perlu dipilih untuk diterjemah kepada tindakan. Memetik kata2 sis Azra, apabila timbulnya kata hati negatif, perlu untuk kita terus melenyapkannya dengan kata hati positif. Lama kelamaan, kecenderungan untukterbit kata hati positif akan bertambah, maka minsetting akan sentiasa positif dan diterjemah dalam bentuk perlakuan. Kebijaksanaan mengawal kata hati mampu membentuk peribadi, pemikiran dan perlakuan yang positif juga.Kaedah ini berkesan untuk melupus prejudis dansu'uzhon dalam hati.


Modul Shapping Process lebih kepada bentuk perbincangan dan pembentangan. Shapping process ialah sebuah proses yang bertarung dengan masa dalam usaha merubah suatu bentuk peribadi negatif kepada yang lebih positif. Beberapa item penting yang perlu untuk di ambil kira seperti baseline, matlamat dan reward. Bukan mudah untuk merubah peribadi seseorang mahupun perilaku sendiri yang sudah sebati. Pengaplikasian Kaedah Shapping Process menampakkan potensi untuk perubahan yang diharapkan itu bertapak kukuh.


Malam kedua di kem ini diisi dengan persembahan yang bersemangat dari para peserta. Perbentangan tentang konflik yang dialami oleh remaja bersama penyelesaiannya dalam bentuk lakonan berjaya menghangatkan suasana. Terserlah bakat terpendam peserta. Yang disangka pendiam tidak ke hadapan, rupanya punya bakat besar yang boleh digilap. Moga langkah mereka lebih ke hadapan dalam lingkungan rahmatNya. Selepas sesi teater, kami ada pillow talk. Peserta lelaki diasingkan dan dibawa ke tempat lain utnuk berbincang perihal kelakiannya. Ana dan atul memegang peserta perempuan. Berbicara soal harga diri, peribadi, soal aurat, kekeluargaan, soal boys n girls relationship. Malam tu jugak kami buat muhasabah diri bersama tempikan suara yang merobek ego-ego mereka yang terasa sudah berbuat segalanya untuk orang lain. Malam tu, peserta banjir dengan air mata dalam kesuraman malam yang tidak berlampu. Jika diteruskan, ana tidak menolak kemungkinan ada peserta yang pengsan. Selesai sesi menyentak ego, menginjak sombong, peserta diarah menulis doa yang ingin dipanjatkan kepada Khalid dengan penuh pengharapan. Peserta juga disuruh menulis sepucuk surat untuk ibu masing-masing. Surat yang lencun dengan air mata, berbaur kesal dengan keterlanjuran sikap dan kata, bernada sayu dengan pengorbanan ibu ayah yang dipandang sebelah mata. Semoga Allah merahmati mereka, memasakkan penyesalan ini buat mereka yang membuah anjakan paradigma terhadap sikap mereka terhadap keluarga.



HARI KE TIGA

Sebelum memulakan aktiviti yang menuntut kekuatan fizikal, mental dan pengekalan stamina, para peserta diminta untuk melakukan regangan sewajarnya. Alhamdulillah, semakin erat dan utuh ukwah antara peserta. Mereka makin enjoy, teruja dan bersemangat menyertai setiap aktiviti. Explore-Slota-Race bermula di starting point. Pelepasan peserta bermula seawal sembilan pagi dan dijangka tamat aktiviti pada 12 tengah hari. Di check point pertama, peserta diberi task berkenaan wudhuk. Beberapa peserta terpilih dari setiap kumpulan perlu membuat amali wudhuk, tasmi' bacaan doa wudhuk dan sebagainya. Apa yang kami nampak, tidak ramai peserta yang menghafal doa selepas wudhuk dan perkara ini diketengahkan dalam sesi perbincangan. Check point ke dua berkenaan tayamum dan Alhamdulillah, peserta tidak punya masalah besar di bahagian ini. Check point ke tiga ialah berkenaan azan. Cara azan, menjawab azan dan iqamah, doa selepas azan dijadikan tugasan. Ana menjadi penunggu di check point ke empat, tentang solat. Task yang diberikan ialah pernyataan rukun solat, bacaan sujud sahwi dan niat solat. Agak kecewa dengan beberapa peserta yang tersilap berkenaan dengan rukun solat. Husnu zhon, sekadar terlepas pandang namun mahir dari segi praktikalitinya. Ana beri mereka task tambahan seperti amali solat, anggota wajib sujud, tasmi' bacaan doa iftitah dan AlFatihah dan sebagainya. Penekanan terhadap bacaan AlFatihah dengan makhraj dan tajwid yang betul. Ana juga menekankan perbezaan antara solat muslimin dan muslimah. Check point yang terakhir ialah tasmi' doa selepas solat. Alhamdulillah, berjalan lancar.


Perjalanan pulang ke Khalifah Institute diisi dengan tidur, untuk recharge tenaga menghadapi closing ceremony. Selepas majlis, sempat ana beramah-mesra dengan ibu bapa. Ternyata ibu bapa berpuas hati dengan aktiviti yang kami utarakan. Video dan gambar dipertontonkan kepada ibu bapa berserta penerangan tentang aktiviti. Alhamdulillah, ada ibu bapa yang melahirkan rasa bangganya melihat anak sendiri menjadi tukang muazzin di sana secara sukarela, tanpa paksaan sedangkan anaknya itu tidak pernah mengalunkan azan sebelum ini. Kami berjaya meraih kepercayaan ibu bapa. Tiada apa yang lebih memuaskan hati selian melihat wajah-wajah ceria si ibu menyambut anaknya dalam dakapan, penerimaan ibu bapa terhad pusaha kami dan ukhwah erat antara tenaga penggerak program.



POST-MOTERM


Adatnya, sesi post moterm penuh ketegangan. Saling menyalakan pihak tertentu jika punya kekurangan di mana-mana malah boleh mencetus pertelingkahan. Lazimnya, suasana post moterm suram, tegang, stress, dan sebagainya. Berbeza dengan post moterm di sini, jujurnya, pertama kali ana tidak rasa tegang. Perkara positif di hlghlight kan melambung, sebelum kelemahan bersama dibentangkan. Setiap ajk yang terasa punya kepincangan mewartakan sendiri kekurangan dan memohon maaf tanpa perlu orang lain yang point out. Selama bekerja dengan insan-insan yang dalam proses mengimplementasi Khalifah Methode, ana terasa begitu dihargai dan dibimbing. Terima kasih Kak Mun yang memimpin kami, terima kasih bor Ibrahim yang sangat fleksibel dengan multi-task, terima kasih izyan kerna menjaga kebajikan makanan kami, terima kasih Adam atas video yang sangat menarik, terima kasih shahir dan kak athirah kerna menjaga keselamatan kami dengan gambar-gambar yang sangat cantik, terima kasih kak mira dan kak Fara yang menjadi tulang belakang semua orang,terima kasih Qayyum kerna membimbing kami dengan modul2 sebagai moderator para fesi, terima kasih zihah, mokhtar, azam, atul, rakan seperjuangan fesi. Special thanx to Syidi kerna permainan yang sangat-sangat menarik terutamanya War Game. I really enjoyed.



PULANG

Mengimbau kenangan di kem membuat air mata ana berderai semasa dalam perjalanan. Ukhwah, kerjasama, penghargaan, lelucon, dan sebagainya berpadu menjadi satu, air mata. Bila agaknya akan bertemu lagi? Baru berpisah, hati sudah merindu. Kemanisan ini telah lama menyepi dari berkunjung ke hati ana. Tatkala terngiang dialog dan curahan kata azimat ana buat adik-adik peserta, ia lebih menusuk ke jantung sendiri sebenarnya.

'Hidup ini memang perlu persaingan tapi bukanlah ia harus dicapai dengan menginjak orang lain'

'Bukan mudah untuk kita berkorban diri, berkorban kemenangan, berkorban target dan keinginan kita hanya untuk membantu orang lain'


'Sejak kecil mak ayah menjaga, berkorban untuk kita, bila disuruh untuk berbuat sesuatu oleh mereka, dengan kejamnya kita mengatakan ahh... Atau berkata sekejap, mengacau dan sebagainya'


'Kamu cakap mak tak faham kamu? Siapa pulak nak paham mak? Pernah kamu cuba paham mak?'


'Kamu mahukan ibu yang macam mana lagi? Mak kamu sanggup bergadai nyawa untuk kamu, beratus-ratus uratnya putus melahirkan kamu, nyawa berada di hujung tanduk sedangkan dia boleh menggugurkan kamu kalau dia mahu. Mak yang menjaga kamu, tidak seekor nyamuk pun dibiar lekat pada kamu sejak kamu kecil sedangkan dia boleh mencekik kamu semasa kamu bayi, kalau dia mahu. Bila dah besar, kamu jadi anak derhaka, melawan cakap mak, tidak menghargai mak, menuduh mak tak cuba memahami kamu. Adilkah?'



Mulut yang berkata-kata, paling hampir dengan telinga sendiri sebenarnya. Maka, mampukah ana sekadar mengendahkan bait kata sendiri? Celakalah bagi manusia yang mana perbuatannya tidak setara dengan percakapannya. Doakan ana memulakan anjakan paradigma yang berupa perubahan kepada yang lebih positif juga.Ameen.

4 respons:

Assalamualaikum.Saya pun pnah join program yg mcm ni byk kali.Mmg bermanfaat.

Jadi fesi untuk program mcm ni bkn mudah sebab peserta ni macam2 perangai nye. T_T
Walaubagaimanapun,tahniah pd cikgu eya kerana dpt memikul tanggungjawab itu.

memang pon. Alhamdulillah, rezeki ana. Nih ada lagi satu prog esok. Bengkel solat dan bacaan Al-Quran utk budak2 umo 9-15 tahun. Harap2 sumer berjalan lancar start esok. ameenn..

Assalamualaikum Cikgu...

Bagus sekali ya program itu..harapannya menjadi Khalifah yang benar-benar Khalifah Insya'Allah..lantas terwujudnya institusi khilafah pula..

Institusi Khalifah mmg dah ada... ^^
Siap ada website lagik.... ^^

Tapi, kalau setakat p camp sehari dua, tanpa susulan peubahan, tak menjadi gak. Camp tersebut diharap menjadi pencetus, InsyaAllah.