Teman Bicara

Sunday, May 24, 2009

Online Meeting : Kesengalan yang CUMIL

Malam tuh, mak ajak keluar, nak settle interview untuk thesis yang sangkut (~huhu). Balik pun dah lewat, mak lak wat kerenah, ajak makan mee kari. Makan lah jugak walau panas punggung kat kedai tuh, memikirkan online meeting yang pertama mungkin dah start. 9.30 dah pun. Sampai rumah, on laptop terus, tak sempat pun nak salin bajuk. Memang melekit badan rasa nyer. On jek lah, bukan diaorang tau pun badan nih lom mandi. Kendian, bukak skype... ^^


Rasanya dah jam 10.30pm.... Start meeting pon belum lagih. Aih~ apa jadi? Mungkin connection error kot dari kul 9 tadi. Ye ar tuh, masih ramai yang dok test2 sore. Ada yang bergendang, ada yang mendengus, bunyi nafas macam bunyi elikopter doremon... ^^
Si Thuaibah duk tepi laut agaknya,kuat tol bunyi angin dan macam ada bunyi ombak... ^^ Si nisa_88, mungkin lepak dekat depan bilik air sebab dengor lak sore kawan ye yang tengah mandi, sedap nyanyi-nyanyi memanggil hujan.. ^^ Ditambah dengan kebisingan sore apis yang mengeliat, panas punggung sebab tak sabar untuk dipecat. Gelak tak abes air liur btol budak kechek tuhh.. huhu



Bila meeting, banyak gak masalah yang timbul.. tolak tepi teknikal problem sebab menda tuh uncontrolled and unexpected. Cuma mungkin leh tukar ke medium lain pada sesi yang seterusnya..


Meeting para mod yang sangap, memang tak macam meeting. Honestly, ana suka dengan keadaan happening yang kita lalui malam tadi. Seronok. Tapi, ada beberapa kelemahan yang kita perlu perbaiki...



Peranan pengerusi majlis

Pengerusi majlis, atau orang kampung ana panggil MC, amat penting untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar. MC kena peka. Malam tadi, MC kurang berkesan kerna masalah teknikal. Takpe, pengajarannya, kena ada backup MC. MC berperanan untuk mengingatkan para ahli meeting tentang agenda dan perbincangan. Tak salah pun kadang bergurau dalam meeting namun, jangan biarkan keadaan itu berlarutan. MC kena tau, bila masa nak cut off gurauan dan celaru2 tuh. MC jugak main peranan supaya perbincangan tak jadi serabut sangat. Kena pandai bagi peluang kepada semua ahli meeting untuk mengutarakan pendapat, mengikut giliran dan kepentingan tertentu. Bila ada suara yang bertingkah, meeting akan jadi sedikit serabut. Maka, peranan MC penting dalam memastikan situasi itu terkawal. MC kena gak pandai bajet masa, nak bincang tajuk tuh sampai bila, dan bilanya perlu untuk move ke next agenda. MC juga berperanan untuk buat conclusion atas perbincangan setiap agenda, atau MC boleh jemput mana-mana ahli untuk buat conclusion. Jadi, tak der lah bertingkah kata dalam meeting. Lebih kemas.


Jika agenda terlalu banyak dalam perkadaran masa yang kurang, MC kena bijak memilih keutamaan agenda untuk dibincangkan bersama. Perbncangan ringkas, padat, tepat, bermakna, dan dalam masa yang sama fun hanya boleh dicapai melalui MC yang bijak dalam bertindak. Sebelum tutup meeting, perlu ada round table untuk memberi peluang semua ahli mengetengahkan pendapat masing2 dalam masa yang sama, dapat mengingatkan beberapa perkara yang memerlukan perbincangan lanjut. Akhir sekali, peranan MC jugak untuk mengingatkan para ahli untuk menutup majlis ilmu dengan keberkatan, seperti mana majlis ilmu itu dibuka sebelumnya....


Malam tadi, MC punya masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Meeting menjadi agak carca merba, kerna MC gagal berhubung dengan ahli. Situasi itu telah membuktikan kepentingan MC dalam sesuatu majlis. Pengajaran yang dapat diambil, sediakan backup plan next time. Semoga kita terus bergembira dengan meeting yang happening dalam masa yang sama, penuh isi... ^^



Peranan ahli

Menjadi ahli agak mudah, berikan kerjasama kepada MC. Kadang sifat gila kita sengaja mengada-ngada menonjolkan diri, (sama lah ana pon... opsss...silap. Ana terutamanya ^^) bila MC memberi arahan untuk kembali kepada perbincangan, patuhilah. Dalam meeting, MC yang paling berkuasa. Mematuhi arahan MC amat penting untuk memastikan perjalanan meeting lancar dan teratur.... Pabila MC minta untuk beri pendapat ker, baca doa makan ker, beri tazkirah mahupun memberi pelempang, sila patuhi dengan gumbira dan bangganya... ^^ Atau MC suruh wat conclusion, buat jek. so, clean n clear lah meeting kita, tiada jerawat jambu batu... ^^



Penyusunan agenda

Agenda yang disenaraikan untuk dibincangkan dalam meeting mestilah disesuaikan dengan peruntukan masa. Short and sharp, mengikut kepentingan. List agenda jugak perlulah bermula dengan agenda yang paling penting, kepada yang kurang penting. Agenda utama, dan sampingan. Barulah masa dapat diolah dengan baik oleh semua ahli.Selain itu, semua ahli juga perlu maklum tentang penyusunan agenda. Agenda yang diberi, perlu untuk dirujuk semasa meeting. Baru lah tidak lost... (tapi situasi lost malam tadi, bukan sebab tak master agenda tapi sbb lost connection ~lalala) so, penting untuk meletakkan agenda yang lebih aula di awal meeting... ^^



Setakat ini, hanya itu sajalah point penting yang ana dapat senaraikan, berdasarkan behavior meeting dan ahli2 herbivor meeting malam tadi. Kecuali apis, iman dan lisam yang karnivor, sebab dah kena lempang dengan MakNgah ~lalala Nisa_88 plak omnivor sebab menyanyi-nyanyi panggil hujan malam tadi (Aper kaitan? hahaha....)

Semoga next meeting kita berjalan dengan lebih lancar... ^^

Tapi kalau ustaz abdul kadir nak ajak anak dia join meeting pon, tak der masalah. Ana on jekk... ^^

Nak anak..huhu ~lalala


p/s: saper nak tambah nasik ayam, sila tambah... ^^

6 respons:

ape kaitan meeting ngan nak anak? haih..
bak kate pakpis..kalo nak anak, beranak laa..
mungkin skrg ni musim mengawan agaknye..
sumer mod ili dipenuhi hormon nak kawen..ekeke

meeting smlm best gak..
cume yang tak tahan, asyik lost je..
penat duk koling2 balik..

lepaih ni kene pakat p garden cafe kt karangkraf laa..^^,

oitz2... ingat senang2 ker nak wat anak. Umo tak cukp ilmu aper tah lagik.... uhuk3

Lisam lost ker?
haha~
cian, tak der yang sudi nak pimpin~ aihh~

haha! mod mmg terkenal dgn kesengalannya..so tkleh elak..akak duk kt umah sorang2 menahan gelak..siap tutup mulut lg..adeih..korang mmg best~ siapkan anak ustaz nangis pun leh jadik issue~ huhu..

btw, mmg sedih gak time tu, tertekan sbb tk leh join meeting, isk2..siap kena uninstall skype, restart dan install balik, tu pun sore tk leh kuar..last2 tkleh nak buat conclusion sbb host lak yang missing in action, semuanya kelu tnpa kata dan yup..

the worst part in this meeting adalah ending die, tak best..='(

haha... xpe2, jadik pengajaran buat kita.

Kak Niza nak tau kesimpulannya?
Kesimpulannya; benda ciptaan manusia mmg hampeh, banyak kurang nya.

Per katakalau ramai mod online YM er, per ker, kita cuba medium lain lak. Buat cuba2. Nanti bila meeting sebenar, kita dah tau mana yang terbaik. Tak lah pisang berbuah banyak2 kali... ^^

kesimpulan yang sangat tepat, haha! betul3..

btw,kalu tak silap, meeting hari tu disertai almost 16 mods~ jumlah yang agak besar, tak mustahil lah kalau ada masalah..^_^

yup3..lenkali leh buat rehearsal..akak dah bukak paltak, eya dah ada ke belum..huhu

mmg arw... sekali ramai yang online. so far, mungkin skype pilihan yang terbaik ...

ana tak der lagi paltak. Sat g uat ar.... tak donlod lagi.