Ana rancak bercerita dengan sahabat di sebelah, Nazihah. Perihal konvokesyen kami menjadi topik utama. Suasana yang ceria, penuh gelak tawa dan tepuk tampar. Afif di belakang hanya mampu tersenyum, menggeleng kepala. Perjalanan pulang ke Teluk Intan (nazihah drive, ana jadi co-pilot saja) membawa seribu satu kenangan manis bersama. Hilai tawa terhenti, telefon berdering minta diberi perhatian.
'Salam, kak zihah. Safwan dalam perjalanan ke rumah. Baru dengar berita, rumah hangus dijilat api. Doakan safwan tabah, kak'
Masej yang berbaur duka. Moga dikuatkan semangat adik safwan, berdepan ujian yang bertimpa-timpa. Allah cintakan kamu, dik. Mata nazihah bergenang, sedang ana hanya mampu beristighfar. Cuma desah nafas yang terdengar. Sunyi. Pasrah dengan aturan qada'Nya.

Terasa ingin terbang, segera sampai di sana. Menghulur bantuan jasmani dan emosi. Berat ujian ini bagi safwan, salah seorang anak yatim di Darussakinah. Kehidupan yang mengajarnya erti berdikari. Menggalas tanggungjawab sebagai imam dalam usia yang masih hijau. Damainya safwan menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar di USIM, terkejut mendengar perkhabaran yang menguji ketabahannya. Safwan nekad bertolak dari USIM ke Teluk Intan menaiki motosikal, dengan para sahabat yang berkonvoi menaiki kereta.
Setibanya kami di Teluk Intan, kami sempat menyinggah di Darussakinah. Kendian, langsung ke rumah safwan untuk melihat-lihat keadaan rumahnya. Ini, beberapa koleksi gambar tentang keadaan di sana:
Hujan lebat, kilat sabung-menyabung. Tanpa disedari, panahan petir menyambar pokok yang terletak di sisi rumah, yang dipercayai menjadi punca kebakaran. Bermula dari sekelompok pokok, api semakin marak dan menyambar bahagian dapur rumah. Di situ terletaknya peti ais dan motor kapcai comel.
Gambar 1- Pokok yang disambar petir. Lokasi pertama kebakaran.
Gambar 2- Peti ais yang menyebabkan api semakin menggila walau kehujanan. Di atasnya itu, mungkin microwave.
Gambar 3- Motor kesayangan yang hanya tinggal rangka. Petrol boleh menyebabkan letupan maha dasyat.
'Di sinlah bilik air kami, dahulu' hiba saja.
Kesan yang tinggal selepas kebakaran. Habis terbakar semua. Namun, tidak terdapat sebarang kecederangan mahupun kemalangan jiwa. Penghuninya berada di rumah sebelah, iaitu rumah kakak safwan. Tiada sebarang harta mahupun barangan personal yang sempat untuk diselamatkan.
Sebaik tiba di tempat kejadian, ana berbual dengan ibu safwan, sebagai huluran bantuan emosi untuk meredakan hati yang rawan. Wajahnya disalut pilu. Bergenang namun tidak tertumpah air mata. Pasrah dan redha. Beliau bercerita tentang pinggan mangkuknya, katil, serta barang penting yang hangus dimamah api. Simpati. Ana faham, beliau cuba menzahirkan kesedihan. Tangan ana menggosok-gosok bahunya, tanda sokongan moral.
Wajah insan tabah yang diuji ALlah. Safwan dan ibunya, masih mampu tersenyum.
Majlis Perwakilan Pelajar USIM yang berkonvoi bersama Safwan. Mereka menyampaikan sumbangan buat keluarga tabah ini.
Sebarang sumbangan beropa keperluan harian boleh lah diserahkan melalui Rumah Anak Yatim Darussakinah, Chenderong Balai. Rumah anak-anak yatim ini adalah kelolaan Ustaz Haji Sulaiman Bin Hashim dan keluarga. Semoga beliau sekeluarga digolongkan dalam golongan insan yang mendapat keredhaan Allah, dan mampu menempah tempat di sisi-Nya kerna menyayangi anak-anak yatim ini.
Yayasan Anak Yatim Darussakinah
Lot 2272, Parit 1,
Jalan Bostam,
Kampong Belt Chenderong Balai,
36600 Teluk Intan, Perak.
Sebarang sumbangan berupa wang kepada rumah anak yatim ini boleh disalurkan melalui akaun bank Islam, 08_031 0200 18054. Daftar no 113.
Sumbangan buat Safawan, sebaiknya dimaklumkan kepada Ustaz untuk diasingkan dengan wang anak yatim. Ustaz boleh dihubungi melalui nombor : 019-5781955
Ada tikanya kita terlupa untuk mensyukuri nikmat hidup ini. Maka, tenunglah rumput di bawah. Agar kita tahu, betapa ramai manusia yang lebih mensyukuri nikmat Allah walaupun terhad. Berbanding kita, gagal mempamer syukur sedangkan nikmatnya berlipat ganda.
Semoga ALlah merahmati dan meredhai mereka.Sebelum berangkat pulang, ibu safwan memeluk erat dan mencium pipi ana. Itu tanda penghargaannya kerna keprihatinan kami. Jelas, sokongan emosi amat mereka perlukan. Buat keluarga mangsa, semoga terus tabah. Allah sayang kalian....

1 respons:
Assalamualaikum saudari/puan. Saya ingin bertanya adakah Rumah Anak-Anak Yatim Darussakinah ini masih beroperasi ditempat yang sama?.
Saya ingin menghulurkan sedikit derma yang tidak seberapa kerumah anak-anak yatim ini. Adakah nombor akaun bank ini masih sama dan atas nama ustaz haji sulaiman? Dan adakah alfadhil ustaz mempunyai akaun bank cimb? Jazakallah.
Post a Comment