Teman Bicara

Tuesday, November 17, 2009

Berniaga Dengan Allah : Tukang gunting

"I nak pendekkan sedikit, rambut ni. Nak trim sekali. Jomlah ikut. Customer service kedai tuh, superb tau. I pernah cuci rambut di situ, memang berbaloi"

"Pemiliknya, Islam atau bukan?" menjawab, tanpa menoleh. Mata masih tercantap pada papan kekunci yang ditekan-tekan.

"U ni, diskriminasi betul. Apa haramkah hukumnya menjalin hubung niaga dengan orang bukan Islam?" mencebik, tanda tidak puas hati.

Ana menggeleng, hanya di hati. Bukan itu puncanya ana menolak. Keperluan fardhu kifayah yang sering dipandang sepi oleh masyarakat kita. Jika merujuk kepada keperluan masyarakat terhadap seorang doktor wanita, masih ada kelonggarannya tika waktu darurat yang melibatkan nyawa dan keselamatan. Namun, keperluan seorang tukang gunting rambut wanita, muslim?



"cikgu, di sekitar sini, memang tiada tempat menggunting rambut yang sesuai, ya?" pernah ana bertanya ketika masih di bangku sekolah.

"Maksud Khoira?" bernada pelik, datang dari seorang guru yang ana kasihi. Wajah keibuannya cukup mententeramkan jiwa.

"Bila nak menggunting rambut, bukankah perlu membuka tudung? Katakanlah pada waktu itu ada pelanggan lelaki masuk. Atau mungkin, suami si tukang gunting menyinggah. Tak kan pula si tukang gunting tergamak memperambat mereka keluar"

Ini bukan soal diskriminasi, berbezanya agama, mahupun isu menjaga periuk nasi. Tapi, ini soal membudayakan agama dalam masyarakat.

"Habis, adakah kamu berhajat untuk belajar sehingga ke menara gading kemudian, berkhidmat sebagai tukang gunting. Dengan kelulusan yang kamu miliki, tidak kah ia menjadi satu kerugian?"

Ana menghela nafas, berat melepaskan. Memikul amanah dan harapan, atau memenuhi keperluan masyarakat.

Betapa besarnya jasa seorang tukang gunting rambut muslimah. Beliau membantu para muslimah lainnya, menjaga aurat sehabis baik. Juga, membantu para isteri untuk menambat hati suami. Setiap satunya dihitung sebagai ibadah, membuah pahala dariNya. Jadi, kalau mungkin suami kebosanan dengan rambut yang panjang mengurai, mungkin perlu dipotong sedikit untuk menampakkan kelainan. Begitu juga sebaliknya. Rawatan rambut juga perlulah dilakukan secara berkala, agar rambut sihat dan bermaya. Si suami turut senang hati ingin membelai.

Mendirikan masjid itu sunnah, juga dikira ibadah. Maka barang siapa yang memudahkan urusan saudaranya dalam proses membina baitul muslim maka, perlakuannya turut dikira ibadah serta diganjar pahala. Jika berhias untuk suami itu Allah hitung sebagai ibadah maka, tidakkah manusia yang menolong memperhiaskan seorang isteri itu juga dikurnia pahala?

Ana percaya, para isteri solehah diluar sana amat ingin merapikan 'mahkota wanitanya' itu namun, tidak tahu arah mana ingin dituju. Maka barangsiapa yang ingin dapat 'jackpot' pahala, silalah membuka kedai gunting rambut yang khusus untuk para muslimah. Boleh juga disediakan perkhidmatan trim rambut, rawatan yogurt rambut, rawatan minyak panas perapian, khidmat mencuci, dan sebagainya. Si tukang gunting juga perlu lah memahirkan diri dengan teknik-teknik menggunting yang moden dan terkini, mengikut aliran fesyen semasa. Berkhidmatlah dengan matlamat yang mulia, berserta ilmu dan kemahiran. Bayangkan lah betapa hasil daya kreatif dan kemahiran anda pada seorang isteri, mampu menambat hati suaminya. Kemudian, bayangkan pula saham akhirat yang bakal anda kumpulkan, bersama sedikit imbalan dunia untuk menampung hidup... InsyaAllah, rezeki pernuh barokah yang anda peroleh..

Jangan dilihat sangat pada untungnya perniagaan itu. Ingatlah, sesiapa yang berbuat sesuatu dengan matlamat memburu redhaNya, serta memenuhi keperluan masyarakat, Allah jualah yang akan memeliharanya. Semoga impian ini menjadi satu realiti. Mungkin bukan sebagai seorang tukang gunting, tetapi sebagai seseorang yang memulakan perjuangan. Ayuh, berniaga dengan Allah.



Memetik kata-kata Salahudin Al-Ayubi;

'Berbanggalah wahai tenteraku, kita adalah onsan yang dipilih Allah untuk membebaskan Baitul Maqdis. Allah memilih kita untuk menjadi pejuang agamaNya.. Kemenangan Islam itu pasti. Persoalannya, adakah kita akan bersama-sama meraikan kemenangan tersebut dengan titik peluh kita?'


Fardhu kifayah, menunaikannya satu kewajipan individu dalam masyarakat. Jadilah orang yang dipilih Allah untuk menanggung amanah. Sesungguhnya Allah mengasihi insan yang paling banyak manfaatnya kepada manusia lain.

Kebelakangan ini, ana kerap ke sebuah kedai gunting rambut. Kadang membawa sahabat atau adik-adik. Kedai itu terletak di sudut yang tertutup, khas untuk wanita. Malah di dalam kedai tersebut, ada satu sudut yang lebih private. Menurutnya, ada sesetengahnya yang tidak selesa apabila pintu kedai dibuka, ada lelaki yang sedang berpapasan lalu. Maka, sudut itu diwujudkan untuk lebih memberi keselesaan kepada pelanggan. Selalunya, wanita yang berniqab akan memilih sudut tersebut. Cukup sempurna. Dengan kemihiran beliau yang terbina ketika bekerja dengan pemilik saloon terkemuka (yang berbangsa cina), serta kelengkapan superb dan penggunaan bahan bermutu, perkhidmatan gadis tukang gunting ini memang high class. Dan yang paling penting, tempatnya amat tertutup. Menurut gadis ini, kebanyakan pelanggannya adalah wanita yang bertudung labuh, berniqab. Tidak ketinggalan juga datin-datin, serta gadis free-hair yang inginkan privacy. Namun yang ruginya, gadis tersebut juga seorang yang free-hair. Atas keperihatinan gadis ini, ana sentiasa doakan untuknya agar ditunjukkan jalan yang benar, diberi hidayah untuk berubah. Ana juga percaya, setiap pelanggan yang bertudung dan berasa selesa dengan usaha beliau, turut mendoakan perkara yang sama baginya. Semoga dikurniakan kebaikan buat gadis tukang gunting tersebut.





0 respons: