100th post....
Semakin jauh kaki menjelajah dunia kerjaya, hati semakin tunduk pada perkara 'tanggungjawab'. Mula memahami betapa menerima dan menolak sesuatu kerna apa yang menunggu disebaliknya, bukan kerna apa yang terbentang di depan mata. Fenomena alam kerjaya yang segenap penjurunya melibatkan hubungan dengan manusia membuat pundak ini semakin sukar untuk bernafas. Penyakit manusia alam pendidikan, jawatan adalah satu mimpi ngeri. Kerna masing-masing sudah maklum, jawatan hadir bersama pertanggungjawaban. Jika tidak ditunaikan, hukuman dunia sudah cukup terasa ngerinya. Masyarakat memaki semahunya, rakan sekerja lebih ramai merai sama. Yang sudi menjadi teman tangis, boleh dihitung dengan jari.
Sepanjang hidup 24 tahun (menjelang Julai), tidak terkira banyaknya misi 'lari dari tanggungjawab' dilaksanakan. Sering ana menolak jawatan, kerna ragu akan kemampuan diri. Lebih selesa bekerja di belakang tabir. Namun, bukan selamanya mampu bertahan sebagai tukang sorak belakang sahaja....
Penyelaras Kelas Rancangan Khas
Setiausaha Panitia
Bendahari JK Kebajikan
AJK Bimbingan Kaunseling
AJK Pusat Sumber
AJK Kelab Guru dan Staff
AJK Jk Penyelia Tingkatan
Guru Kelas
... dan semacam bagai lagi perkara yang perlu dibahagi dan dikerat-keratkan bahu ini untuk menopangnya.
Melihat sudut positif, penganugerahan tanggungjawab ialah tanda percayanya mereka ke atas kreadibiliti, kemampuan, kekemasan kerja ...
Itu sekadar langkah mulanya..
Mahu merasa azab dunia pendidikan? Ayuh, terjun dan menyelamlah... Untung nasib, timbul tercungap-cungap. Untung iman, melabur alam di sana...
Sahabat...
doakan kudrat kerdil ini mampu menongkat belikat lalu, berdiri mendongak memandang Tuhanku;
'Allah, telah aku bersukar semahunya mengguna nikmatMu hanya untukMu'

1 respons:
Jawatan tidak diminta, jika diberi jangan ditolak. namun menolak juga ada kebaikan disana. Try to say no, mengikut buku2 motivasi. tetapi jika selalu say no, melambangkan kita tidak ingin membangunkan potensi diri. Wasatiah dalam setiap kerja buat..
Cg Tg
Post a Comment