Teman Bicara

Monday, May 24, 2010

Main Peranan : Banyaknya Jalan Berjuang

'Nti tak nak ke join kami? Usrah di sini memang mantap' seorang sahabat membuka peluang.
'Maksud saudara?'masih tidak dapat menangkap maksudnya yang samar.
'Maksud ana, jemaah lah. Boleh kita bertukar maklumat. Kalau nti tak kuat lagi, boleh buat underground jek. Tak perlulah turun kempen'
Padat, dapat menangkap maksudnya.
'Saya ingin tumpu pada tugas saya, akh' saya cuba menarik benang. Penuh berhalus, agar tidak terserak tepungnya.
'Iya lah, itu kerja dunia. Bilanya mau dibuat kerja akhirat?'
Ini masalah orang kita. Seronok sangat agaknya mengasingkan sesuatu dengan menggunakan istilah. Saya hanya tersenyum, tanpa memberi jawapan. Namun saya tau, dia dapat meneka keputusan saya.


Situasi Kem Perang

Barisan hadapan tentera perang terdiri daripada tentera berkuda, kemudian diikuti dengan barisan memanah... di belakang sekali ialah tentera yang berjalan kaki. Ada pula beberapa wanita yang turut sama ke medan perang, bertugas sebagai jururawat tentera, mahupun bertugas untuk penyediaan bekalan makanan tentera. Persoalannya, nilaian amal dan pengorbanan manakah yang menyebabkan beratnya timbangan neraca pahala?


Yang di hadapan sekali, mungkin nampak berani tapi, membuta tuli. Lebih parah lagi jika ada yang ujub diri...
Yang di belakang sekali, mungkin nampak pengecut tapi, mungkin terikat dengan amanah untuk mengawasi pertahanan barisan belakang.
Yang tersirat, usah dinilai mengikut apa yang tersurat.


Pilihan Diri, Berdasarkan Kapasiti

Dalam sebuah pasukan perang, mungkin saya dan anda bukanlah si pemacu kuda, bukan juga si pemanah setia. Tapi kita ini jururawat tentera, atau si tukang sedia santapan mereka. Mungkin kita tidak digelar pejuang namun, kitalah yang melahirkan pejuang-pejuang tersebut.

Bertindak mengikut kapasiti masing-masing. Jika pandai menarikan pedang, silalah mengasahnya dulu sehingga tajam sebelum diguna. Jika pandai mengenderai kuda, silalah pastikan arusnya tidak menongkah. Bukan sekadar mengikut sesedap rasa. Itu bukan pejuang, itu menyembelih diri namanya..


Perang dan Dunia Hari Ini

Jika dulu mereka berperang dengan pedang, hari ini kita berperang dengan lidah dan tinta. Kawan, kuasa siapa yang paling kuat dalam arena tinta? Sudah tentu lah kuasa seorang pendidik... Ayuh, bangkitkan lebih ramai pejuang. Mungkin bukan nama kita yang disanjung-sanjung sebagai pejuang berani... Hei, kawan. kamu berjuang kerana nama?

'Jika saya memperlihatkan siapa diri saya, saya mungkin tidak berada di kedudukan yang saya kecapi hari ini. Bukanlah pangkat dan gelaran ini yang saya mahukan namun, pangkat dan gelaran in lah yang saya perlukan untuk suara saya digemakan sehingga ke atas. Dengan pangkat ini lah, saya melahirkan pejuang-pejuang yang lebih hebat dari saya. Ya, saya merebut pangkat untuk tujuan khusus seperti itu; melahirkan pejuang'
Kata seseorang dari kalangan pejuang yang bijak...

Nah... Siapa kata kerja dunia ini, hanya untuk dunia?

Allah... Jadikan urusan duniaku sebagai jambatan menuju akhiratmu...


Buat para pejuang....



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



0 respons: