Teman Bicara

Thursday, October 8, 2009

Sedekah Setiap Hari

Tertarik dengan kata-kata yang berkumandang di IKIM.fm, dalam perjalanan ke Sekolah Kebangsaan Selekoh. Memetik butir kata seorang ustaz yang bertugas di konti,

'Amalkanlah pemberian sedekah setiap hari. Namun permasalahan orang kita, pemikiran mereka terlalu jumud apabila istilah sedekah disinonimkan dengan menginfakkan harta semata-mata. Jika benar hukumnya begitu, adakah si miskin tidak layak untuk bersedekah?

Bersenyum juga dikira sebagai sedekah

Mengeluarkan kata yang menyenangkan juga dikira sedekah

Mengalihkan duri di laluan turut dihitung sedekah

Meleraikan dua mukmin yang bertelagah, juga adalah sedekah'


Dan sebaik-baik sedekah ialah kepada ahli keluarganya sendiri. Coretan buat renungan diri.


p/s: Untung juga mengajar di sekolah rendah mahupun di prasekolah. Setiap hari, ada sahaja murid yang bertelagah, bergusti dan sebagainya. Boleh lah meleraikan, sudah dikira sedekah ... ^^

1 respons:

sedekah yg bagaimana yang dimaksudkan Rasulullah sbg sedekah jariah yang mampu membantu mereka yang telah mati tatkala terputusnya segala amalan?

Jika insan menyedari akan kepentingan sedekah ini, nescaya mereka akan berlumba2, selain mencari 2lagi penyambung amalan..

Yang punyai 2penyambung amalan,
Tg