Teman Bicara

Monday, May 24, 2010

Main Peranan : Banyaknya Jalan Berjuang

'Nti tak nak ke join kami? Usrah di sini memang mantap' seorang sahabat membuka peluang.
'Maksud saudara?'masih tidak dapat menangkap maksudnya yang samar.
'Maksud ana, jemaah lah. Boleh kita bertukar maklumat. Kalau nti tak kuat lagi, boleh buat underground jek. Tak perlulah turun kempen'
Padat, dapat menangkap maksudnya.
'Saya ingin tumpu pada tugas saya, akh' saya cuba menarik benang. Penuh berhalus, agar tidak terserak tepungnya.
'Iya lah, itu kerja dunia. Bilanya mau dibuat kerja akhirat?'
Ini masalah orang kita. Seronok sangat agaknya mengasingkan sesuatu dengan menggunakan istilah. Saya hanya tersenyum, tanpa memberi jawapan. Namun saya tau, dia dapat meneka keputusan saya.


Situasi Kem Perang

Barisan hadapan tentera perang terdiri daripada tentera berkuda, kemudian diikuti dengan barisan memanah... di belakang sekali ialah tentera yang berjalan kaki. Ada pula beberapa wanita yang turut sama ke medan perang, bertugas sebagai jururawat tentera, mahupun bertugas untuk penyediaan bekalan makanan tentera. Persoalannya, nilaian amal dan pengorbanan manakah yang menyebabkan beratnya timbangan neraca pahala?


Yang di hadapan sekali, mungkin nampak berani tapi, membuta tuli. Lebih parah lagi jika ada yang ujub diri...
Yang di belakang sekali, mungkin nampak pengecut tapi, mungkin terikat dengan amanah untuk mengawasi pertahanan barisan belakang.
Yang tersirat, usah dinilai mengikut apa yang tersurat.


Pilihan Diri, Berdasarkan Kapasiti

Dalam sebuah pasukan perang, mungkin saya dan anda bukanlah si pemacu kuda, bukan juga si pemanah setia. Tapi kita ini jururawat tentera, atau si tukang sedia santapan mereka. Mungkin kita tidak digelar pejuang namun, kitalah yang melahirkan pejuang-pejuang tersebut.

Bertindak mengikut kapasiti masing-masing. Jika pandai menarikan pedang, silalah mengasahnya dulu sehingga tajam sebelum diguna. Jika pandai mengenderai kuda, silalah pastikan arusnya tidak menongkah. Bukan sekadar mengikut sesedap rasa. Itu bukan pejuang, itu menyembelih diri namanya..


Perang dan Dunia Hari Ini

Jika dulu mereka berperang dengan pedang, hari ini kita berperang dengan lidah dan tinta. Kawan, kuasa siapa yang paling kuat dalam arena tinta? Sudah tentu lah kuasa seorang pendidik... Ayuh, bangkitkan lebih ramai pejuang. Mungkin bukan nama kita yang disanjung-sanjung sebagai pejuang berani... Hei, kawan. kamu berjuang kerana nama?

'Jika saya memperlihatkan siapa diri saya, saya mungkin tidak berada di kedudukan yang saya kecapi hari ini. Bukanlah pangkat dan gelaran ini yang saya mahukan namun, pangkat dan gelaran in lah yang saya perlukan untuk suara saya digemakan sehingga ke atas. Dengan pangkat ini lah, saya melahirkan pejuang-pejuang yang lebih hebat dari saya. Ya, saya merebut pangkat untuk tujuan khusus seperti itu; melahirkan pejuang'
Kata seseorang dari kalangan pejuang yang bijak...

Nah... Siapa kata kerja dunia ini, hanya untuk dunia?

Allah... Jadikan urusan duniaku sebagai jambatan menuju akhiratmu...


Buat para pejuang....



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



[+/-] Teruskan pembacaan...

Sunday, May 23, 2010

Melayari Bahtera Rumahtangga

Ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada sahabat, Khairulisam dan isteri, ieda. Maaf lah, tak dapat turun terengganu untuk meraikan. Namun yakinlah, nama kalian sentiasa dalam sisipan doaku.

Dedicate lagu pertama untuk lisam..^^




Ini pula untuk keduanya...




Tentu ramai yang dah beri pelbagai nasihat buat kalian, apalah sangat kiranya sepatah dua dari saya. Tapi, nak juga saya tekankan frasa dalam lirik di atas..

'Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu'


Semoga bahagia, urusan dunia menjadi jambatan menuju akhiratNya...


[+/-] Teruskan pembacaan...

Wednesday, April 14, 2010

Temuduga : perlu SUPER teliti dan berhati-hati




Mr: Ya, sila duduk.
Agak berdebar kerna beberapa badai melanda sebelum kaki melangkah masuk ke bilik temuduga. Ujian, yang membuat saya lebih kuat.
Mr: Sila nyatakan secara jelas, Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Eya: Usaha yang berterusan untuk mengembangkan potensi individu secara bersepadu dan menyeluruh dari aspek jasmani, rohani, emosi, dan intelek.
Mr: Ya, memang benar. Tapi, awak tertinggal beberapa part FPK.
Ah, sudah. Memang lazimnya, kami menghafal keywords saja. Mula berpeluh, terasa merenik lembut.
Mr: Ia adalah 'Bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara'

Tu dia... sekali dia mintak sebijik dengan skema. Saya hanya tersenyum, mengaku khilaf diri. Melihat wajahnya tersenyum, tanda menerima diri yang tidak sempurna. Terasa selamat dan sudah mampu bertenang.

Mr: Tolong takrifkan frasa 'berketerampilan' yang dimaksudkan dalam FPK.
Agak menggerunkan usul yang dipinta.
Eya: Berketerampilan ialah wibawa yang terbentuk hasil kemahiran-kemahiran luar akademik yakni kemahiran insaniah seperti kemahiran komunikasi, kemahiran interpersonal, public speaking, kepimpinan, berpasukan dan sebagainya.
Mr: Sebenarnya, berketerampilan ialah sifat mendorong diri melakukan sesuatu atas inisiatif tanpa disuruh atau sebarang arahan atau dengan kata lainnya 'willingly to do something'
Mungkin itu skema jawapan yang diberikan kepadanya namun Saya memang pasti, bukan itu jawapan yang tepat. takrif yang diberikannya adalah maksud 'proaktif', itu mindsetting saya sejak dahulu. Namun, terima saja. Dia masih tersenyum, menerima lompang persediaan kendiri.

Mr: Bagaimanakah anda boleh melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi 4 aspek yang anda sebutkan tadi, JASMANI, ROHANI, EMOSI, DAN INTELEK?
Eya: Contohnya, saya sebagai guru sains... Semasa P&P, saya boleh melakukan eksperimen dan aktiviti yang melibatkan olah tubuh, menjurus kepada perkembangan aspek jasmani. Kemudian, tajuk 'Cell as a unit of life' yang saya ajar, saya masukkan unsur emosi apabila menyampaikan kepada mereka tentang jenis-jenis sel yang wujud; sel tumbuhan dan haiwan. Semasa menerangkan aspek sel haiwan serta contoh haiwan yang terangkum, saya turut menggalakkan sifat menyayangi dan belas kasihan terhadap haiwan. Tambahan, saya turut memasukkan unsur rohani dengan menerangkan haiwan-haiwan tersebut adalah anugerah yang perlu untuk dipelihara. Malah, bawah sub-topik 'cell organization', saya boleh menggambarkan betapa kompleksnya kejadian manusia yang melibatkan berjuta sel, yang mebentuk organ dan terbinanya sistem. Dan kesemua sistem tersebut dikawal oleh satu bahagian kecil yang dipanggil otak. Keunikan kejadian manusia, saya kaitkan dengan kebesaran kejadian Pencipta kepada manusia. Juga, aspek intelek tentu saja saya terapkan melalui perkongsian maklumat-maklumat tersebut dengan pelajar saya...
Nampak wajahnya berpuas hati dengan rancangan mengajar ideal yang saya terangkkan panjang lebar.

Mr:Terangkan kepada saya... Tonggak PIPP
Eya: PIPP ...Pelan Induk Pembangunan Pendidikan bertunjangkan 6 teras; membina negara bangsa, membentuk modal insan, memperkasa sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pedidikan, memertabatkan profesion perguruan, mewujudkan institusi pendidikan bertaraf dunia.

Mr: Nyatakan pula konsep NKRA...
Eya: NKRA stand for ... National Key Results Area. Terdapat 6 bidang keberhasilan Utama negara... Usaha untuk mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah secara total, AKSES PENDIDIKAN BERKUALITI DAN KEMAMPUAN, meningkatkan taraf hidup rakyat miskin tegar, memperkasa prasarana luar bandar, serta menaikkan taraf pengangkutan awam di kawasan bandar...
Mr: Terangkan 6 sub di bawah tungjang ke-3 NKRA; Akses pendidkan
Eya: Terdapat 6 sub-NKRA dalam akses pendidikan iaitu - Prasekolah (mensasarkan peningkatan penyertaan sebanyak 20% pada tahun 2012), Literasi dan Numerasi (mensasarkan 100% pelajar tidak buta huruf selepas 3 tahun di peringkat sekolah rendah melalui 3 Tapisan Utama di bawah Program LINUS), Sekolah Berprestasi Tinggi (dengan sasaran 100 buah sekolah SBT pada tahun 2012), Bai'ah Pengetua atau New Deals (berdasarkan Performance Base Assessment- para pengetua diberi imbuhan kewangan atau bukan kewangan), Penyaluran Elektrik 24 jam di sekolah pendalaman, dan Penyertaan bidang Vokasional dan kemahiran (dengan penyertaan 100% pada tahun 2015)

Mr: PPSMI bakal dimansuhkan. Anda setuju atau tidak dengan keadaan ini serta terangkan situasi yang pernah anda alami apabila berdepan dengan isu ini.
Eya: PPSMI adalah salah satu dasar kerajaan yang memandang ke hadapan dalam usaha melahirkan pelajar yang mampu bersaing dengan arus pendidikan global. Namun, apa yang membimbangkan ialah penerapan PPSMI ini telah menambah jurang pendidikan antara pelajar bandar dan pelajar luar bandar. pelajar bandar yang sememangnya membudayakan Bahasa Inggeris dalam pergaulan harian, merasakan dasar PPSMI bukanlah satu perkara asing buat mereka. Berbeza pula dengan pelajar luar bandar yang sememangnya lemah dalam subjek sains dan matematik serta tidak pula mahir berbahasa Inggeris. Penerapan PPSMI dalam sistem seolah membuka satu lagi jurang yang dalam untuk mereka tempuhi. Mereka berdepan dengan kesukaran yang berlipat kali ganda. Jadi bagi saya... PPSMI bukanlah sesuatu yang merugikan cumanya, perlu diimplemen pada tempat yang tepat. Tidak salah rasanya jika ia diteruskan, tanpa perlu diwajibkan...

Mr: Terdpat segolongan rakyat yang memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan sebagainya... Malah, dasar Memertabatkan Bahasa Melayu sedang rancak dijalankan. Pada pendapat anda, mengapakah MBM ini perlu?
Saya perlu berhati-hati dengan soalan ini kerana tidak ingin menyetuh sensitiviti. Penemuduga ini bukan pula berbangsa Melayu.
Eya: Saya tidak menafikan, negara kita penuh gemilang dengan kewujudan kaum yang varias dan pelbagai malah, aspek itulah yang menjadi kebanggaan kita. Namun, untuk melahirkan satu bentuk perpaduan yang utuh, kesemua kaum ini perlu disatukan di bawah satu identiti nasional yakni, identiti kebangsaan yang mana, Bahasa Melayu adalah salah satu daripadanya selain Rukun negara, Lagu kebangsaan, Janji Ketaatan, Bendera dan sebagainya... Tambahan, perpaduan itu hanya boleh disuburkan melalui komunikasi dan hubungan interpersonal yang melibatkan kaum. Maka, Bahsa Melayu lah yang akan menjadi medium perhubungan dan membentuk ikatan setia antara rakyat yang pelbagai.
Mr: Selain daripada wadah hubungan perpaduan, bagaimana pula martabat Bahsa melayu itu diangkat?
Aduh, emang tidak paham soalan yang diajukan. Kurang teratur juga penggunaan Bahasa Melayu penemuduga ini. Nampak seperti saya terpinga tidak ngerti, mungkin juga dia menyedari kekangan kosa kata Bahasa Melayu nya menjadi punca dahi saya berkerut, dia terus menyambung...
Mr: Dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu, penterjemahan hasil karya ilmuan ke dalam bahasa melayu dan aplikasinya dalam proses P&P..
Nampak hebat penerangan beliau... oh, bacaan dalam teks skema rupanya... ^^

Mr: Nyatakan salah satu Teori Pembelajaran berasaskan aspek Psikologi dan implementasinya di dalam kelas...
Aduh, berpeluh juga. Teori Psikologi ini dipelajari pada Tahun ke-2, sem pertama. Ingat lagi kah?
Eya: Teori Pelaziman Pavlov. Teori ini menekankan aspek simulasi dan rangsangan. Apabila simulasi diberi kepada pelajar, rangsangan pula akan diterima dari pelajar. Ia berlaku berulang kali sehingga pelajar menjadi mahir dan terbiasa dengannya. Salah satu contoh implementasi ialah set induksi di dalam kelas. Sebenarnya, ramai guru yang mengaplikasi teori ini namun, mereka sendiri tidak menyedarinya. Di awal sesi, guru memberi rangsangan kepada pelajar seperti simulasi video, gambar, atau pertanyaan dan pelajar memberi tindak balas ke atas rangsangan tersebut.
Mr: Pada pendapat anda, adakah teori itu penting dan perlu untuk terus diaplikasi di dalam kelas?
Eya: Eh, perlu... (suara penuh confident). Ia merupkan salah satu kaedah yang mencambah konsep pembelajaran konsturktivisme dengan memberi peluang kepada pelajar untuk membina sendiri konsep mereka berdasarkan prior-knwoledge dan digabungkan dengan maklumat baru yang mereka peroleh. Ia membantu pelajar menjana daya fikir kreatif, kritis dan inovatif mereka dan lebih kepada student centred, rather than teacher centred.

Mr: Apa pula ciri-ciri seorang guru cemerlang?
Eya: Pada pendapat saya, anatara ciri penting seorang guru cemerlang ialah...
1) Menguasai konten - Kekangan ini biasanya dihadapi oleh guru baru yang masih tidak mahir dengan silibus, kaedah pengajaran bersesuaian, terutamanya guru yang sememangnya bukan optionist. Guru-guru ini perlu meluangkan lebih banyak masa untuk mebiasakan diri dengan subjek yang diajar, aras keperluan pelajar terhadap subjek, dan sebagainya...
2) Sesi Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan - Kadang kita terlalu memikirkan kuantiti waktu kita bersama pelajar, langsung meminggirkan kualiti waktu P&P kita yang sepatutnya. Seorang guru yang hanya menyampaikan ilmu kepada pelajar, bukanlah seorang guru yang lengkap tanpa memikirkan sama ada ilmu yang disampaikan tersebut diterima oleh pelajar atau tidak. Jadi seharusnya beberapa bentuk penilaian formatif perlulah dibuat selepas selesai sesi penyampaian P&P untuk menguji sama ada maklumat tesebut sampai kepada pelajar atau pun tidak. Itu lah gunanya 'Refleksi' yang sebenarnya... Sering kita tulis di buku laporan mengajar, tanpa kita memahami kepentingan refleksi tersebut.
3) Menepati masa - Mungkin banyak lagi sifat yang boleh diambil sebagai contoh namun saya memilih faktor ini kerana masa adalah satu-satunya perkara yang tidak boleh dikutip kembali dan ia menentukan untung-rugi kita. Guru yang tidak menepati masa (dengan sengaja) memberikan gambaran diri yang tidak efisien, profesional dan tidak berdisiplin sedangkan sifat menepati masa merupakan salah satu sifat bidang profesional. Guru yang mengambil mudah soal masa akan hilang wibawa, dipandang tidak beketerampilan dan dianggap cuai...

Mr: 10% daripada pencapaian keseluruhan, terletak pada aktiviti kokurikulum. Adakah anda bersetuju dengan dasar ini? Adakah anda berasa pelajar memerlukan aktiviti kokurikulum?
Eya: Tentunya perlu. Pelajar boleh mempelajari banyak perkara di luar bidang akademik, melalui aktiviti kokurikulum. Sifat kepimpinan, kemahiran mempengaruhi pemikiran orang bawahan, kerjasama serantau, kemahiran berpersatuan, kemahiran interpersonal dan sebagainya boleh dibentuk semasa aktiviti kokurikulum.Contohnya, permainan berpasukan yang mewujudkan kerjasama erat antara pelajar. Katakan pula pasukan pemain itu kalah dalam satu pertandingan, pelajar akan belajar untuk membentuk sifat tidak menyalahkan orang lain atau salah seorang ahli kumpulan atas kekalahan tersebut. Pelajar turut belajar untuk menerima kekalahan tersebut sebagai salah satu adat bertanding, mengakuinya sebagai kesalahan pasukan dan bukan individu, serta bangkit dari kekalahan dan terus mara mengejar kejayaan yang seterusnya...Bukanlah saya bermaksud bahawa aspek-aspek tersebut tidak boleh diterapkan semasa sesi P&P, cumanya masa sesi P&P adalah terlalu terhad untuk memperkembangkan potensi ini secara menyeluruh. maka, kita memerlukan aktiviti kokurikulum untuk menampung kelemahan kekangan masa tersebut. namun seperti yang tuan nyatakan tadi, aktiviti kokurikulum hanya menyumbang 10% daripada keseluruhan keperluan. Ia memberi gambaran kepada kita bahawa penyertaan aktiviti kokurikulm memang penting namun, jangan sampai ia mengganggu sesi P&P mahupun memberi kesan negatif kepada faktor akademik. Kemahiran menyeimbangkan akademik dengan aktiviti kokurikulum juga perlu diterapkan kepada para pelajar.
Mr: Baiklah, terima kasih. anda boleh pergi.


Lebih 30 minit... Sedangkan calon-calon sebelum saya hanya mengambil masa yang sekejap untuk bertapa di dalam bilik temuduga tersebut. Semuanya bergantung kepada rezeki juga. Maka, perlu banyakkan doa dan tawakkal. Dua hari sebelum ditemuduga, Allah memberi ilham kepada saya untuk memberi penekanan kepada isu-isu tertentu. Kalau bulan januari dan februari saya masih berkelapangan untuk menonton berita, kebelakangan mac dan april ini terlalu padat untuk meneliti dunia luar. Pengetahuan dan penglibatan dalam isu semasa memang habis zero. Terlalu tenggelam dalam kerenah pelajar dan program berderet yang tidak pernah habis. Alhamdulillah, pertolongan datang melalui jalan yang tidak disangka-sangka. teringat pula petikan kata salah seorang prof saya...
'Barangsiapa yang memudahkan urusan orang lain, Allah akan membantu dalam urusannya pula'
Semoga Allah memberikan apa yang terbaik buat saya dan sahabat-sahabat...

Buat sahabat yang belum ditemuduga, silalah bersedia seminggu lebih awal.teliti surat panggilan temuduga betul-betul, check list dan tick keperluan yang diminta untuk dibawa bersama.

- sekeping gambar berukuran passport
- surat temuduga
- IC
- Surat beranak
- result SPM
- result STPM / Diploma (jika ada)
- Transkrip akademik
- Transkrip Ijazah (bawak jer dua-dua, BM dan English Transcript)
- surat Kew 8 (minta daripada kerani pejabat, seminggu sebelum tarikh pergi untuk memudahkan mereka menyediakannya untuk anda)
- Download borang maklumat diri dan penyertaan ko-Q dari website SPP
- Senarai Tugas Guru
- Pengesahan Kelayakan Transkrip ijazah anda (original printed- dapatkan di website JPA)
- serta ... semua salinan di atas yang telah pun disahkan BERSERTA DOKUMEN-DOKUMEN ASAL

Telah saya temui beberapa kes terpencil, kelayakan temuduga ditarik balik kerana kecuaian calon yang tidak membawa dokumen asal. terpaksa rotate balik giliran untuk ditemuduga dan hilang kelebihan senioriti yang akan memberi kesan kepada anda sepanjang waktu perkhidmatan. kalau terkena dengan pegawai yang berlemah lembut, anda mungkin masih ada harapan. namun jika terkena dengan pegawai yang super tegas, anda akan menyesal kerana tidak terlalu berhati-hati. Tentulah saya merasai sipi-sipi perasaan kesal itu, sehingga terpanggil untuk menulis artikel ini sebagai peringatan kepada anda. Menggigil dan menitis jugak lah air mata ini, bila terasa terlalu berat ujian yang dipertanggungjawabkan untuk dipikul... berlaku sejurus sebelum melangkah masuk bilik temuduga sedangkan, saya merasakan sudah cukup berhati-hati dengan persediaan saya.

Sedia awal, banyakkan doa, tawakkal, solat tahajjud dan solat hajat. Pohonlah dari mereka-mereka yang mustajab doanya untuk turut mendoakan anda... Moga Allah tabahkan hati anda berdepan ujian, juga Allah permudahkan jalan anda...

Berusaha kemudian, tawakkal. Penuh pengharapan kepadaNya.

'Barangsiapa yang melepaskan saudaranya dari kesukaran atau kesempitan, Allah jualah yang akan membantunya'






[+/-] Teruskan pembacaan...

Sunday, March 21, 2010

Mari Berfikir

Wahai diri,

Sesungguhnya pemikiran itu ada lima sasaran :

1. Berfikir tentang bukti-bukti kebesaran Allah, hal ini dapat menimbulkan Tauhid dan Yaqin.

2. Berfikir tentang anugerah-anugerah Allah, hal ini dalam menumbuhkan Mahabbah dan Syukur.

3. Berfikir tentang janji-janji Allah, ia menumbuhkan kecintaan Hari Akhirat.

4. Berfikir tentang ancaman Allah, ia menimbulkan rasa gentar bermaksiat.

5. Berfikir tentang kekurangan diri sendiri dalam mengabdi, sedangkan terlalu banyak Allah telah memberi kebaikan kepadanya. Ini akan membuahkan rasa malu terhadap Allah.

Semoga engkau dapat memperbanyakkan fikiran seperti ini. Dan semoga masa yang masih tersisa tidaklah dibazirkan dengan memikir perkara yang tidak menguntungkan.

Rujukan : Drs. H. Aliy As'ad. Nasha'ihul 'Ibad, Menara Kudus.

Saya curi dari blog sahabat ini...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


[+/-] Teruskan pembacaan...