Teman Bicara

Wednesday, December 31, 2008

Aku mahu pinjam.

Sudilah kawan,
Pinjamkan aku ibumu

Sudilah kawan,
Pinjamkan aku ayahmu

Sudilah kawan,
Pinjamkan aku tempat tinggalmu

Sudilah kawan,
Pinjamkan aku senyummu

Sudilah kawan,
Pinjamkan aku tawamu


Aku punya ibu
Aku punya ayah
Sungguh, aku punya segala

Kapan ya ia sirna?

Persetankan mereka...
Aku bukan kawanmu
Itu katamu


Lalu, siapa yang sudi pinjamkan aku?


p/s: For Palestin. We do care, don't we?

[+/-] Teruskan pembacaan...

Sunday, December 28, 2008

TAG- yang terlewat

Citttt... Punya lah lama mamat nih, si inche lisam mengetag ana, baru terperasan. tu lahhh... dok sibuk sangat melayan dunia luar. Ekceli, ana memang sepi sket dari dunia maya sebab;

persediaan praktikum + program + laptop masuk bengkel = buat2 sebok


Layan sket tag beliau;

1.What is the relationship of you and him/her?
Tereksident meet him at iluvislam.com; discover beauty of Islam.


2.Your 5 impressions towards him/her.

1) Cool (kasi upsket dulu)
2) LOVEEEE to makan kerepek a.k.a merepek
3) Doc. Speciality in LOVE... MUAHHAHAHAHA (kalah ori doc cam hafizadam)
4) Blom kawen tp bila cakap pasal rumah tangga, memang tip top.. hehe
5) suka gelak2 ... bukan gelek2 ekk... ^^


3.The most memorable things he/she had done for you.
Dia backup ana, masa ana kena serang hardcore giler2 kat thread. Terharu~
siyes woooo... tak maen2..


4.The most memorable things he/she have said to you?
Bila dia mentrademark kan ana nyer gelak; hohohohoho~
Then, 'ampunkan daku penungu gua.. ampunkan daku penunggu gua... ' ^^
Ingat lagi ambo nih tau.. ^^


5.If he/she become your lover, you will...
Errrr... dah buang sumer falsafah cinta tuh ker? hohoho...


6.If he/she become your enemy, you will...
m-16 .... here i come bebeh... muahhhahahahaha...

7.If he/she become your lover, he/she has to improve on...
Dun need to answer... to think bout the statement ... 'IF BECOME MY LOVER'...
HUAAAA... ngeri2... ngeeee... ^^


8.If he/she become your enemy, the reason is...
he stop talking jerk.. hehe



9.The most desirable thing to do on him/her is?
m-16? muahahahahaha....


10.The overall impression of him/her is...
Being a jerk... but i love it


11.How do you think the people around you will feel about you?
Btoii ka nih budaknya? yang cakap pasal agama, yang perangai cam lampor, yang dok bukak kitab aurat, yang dok gila kat conan, yang dok gah kat depan jadi fesi, yang dok menangeh tak tentu hala? hehe... ^^
Yup, thats me, my frennzz... ^^


12.The character of you for yourself is?
Laklok... haha


13.On contrary, the character you hate of yourself is?
Laklok gak... muahahahahaha


14.The most ideal person that you wanna be is?
A little girl with full respect to her mummy n daddy, to teachers, frenz...
Fully commit on duty, take responsibilities without annoying.
A good servent... as slave of iman... huhu
(read from bottom to top... muahahahaha-maleh nak taip balek)


15.For the people who care about and likes you, say something about them.
Thanx but i m not the best for u coz... i m just not normal.
Love? What the h*** is that?


16.Ten people to tag:

1. kambing
2. kambing
3. kambing
4. kambing
5. kambing
6. kambing
7. kambing

8. kambing

9. kambing

10. kambing



17.Who is no. 2 having a relationship with?
with no. 3


18.Is no. 3 a male or a female?
Dua2 pon ada. Kekeliruan gender? o_0


19.If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
Yupp... another kambing


20.How about no. 5 and 8?
Anak ambing ke-2 bakal lahir


21.What is no. 1 studying about?
Grass


22.Is no. 4 single?
Tidak. Beliau hidup berkumpulan.


23.Say something about no. 6.
i ike u... terutamanya lamb chop... hehe


[+/-] Teruskan pembacaan...

Tuesday, December 16, 2008

Khalifah Camp; Melahirkan Keperibadian Khalifah

Waktu yang mana kebanyakan manusia sedang bermalas-malasan di katil, melayari porno di internet, membuka kedai kopi sambil memakan daging saudara sendiri, berjaya ana manfaatkan dengan lebih efektif. Mengembara ke pekan Ampang, mencari secebis ilmu yang bukan buku tempat ia bertapuk. Hanya pengalaman, tenaga dan masa modal untuk meraih ilmu ini.

'Kau jadi fesi, eya' kata seorang sahabat beberapa minggu lalu.

Benar kata orang, memburu ilmu bukan mudah. Pelbagai halangan yang mendatang untuk memungkinkan kegagalan ana bertandang ke Kem Perah, FRIM untuk berkongsi ilmu dan turut menuntut ilmu. Hampir sekali ana menghubungi pihak pengurusan, membatalkan penyertaan sebagai salah sorang tenaga kerja. Tapi Allah sayangkan ana, menarik setiap urat berselirat agar mencintai ilmu. Berangkat ke Ampang kerna gerak kerjanya bermula di sana, di Khalifah Institute. Mendengar namanya saja sudah gah, bermatlamat melahirkan Khalifah yang layak bergelar Khalifah. Bukannya seperti Khalifah yang tidak sedar dirinya Khalifah yang melata dalam dunia ini. Dengan ilmu yang cetek dan ingat2 lupa, langkah diteruskan jua. Terpaksa membongkar kembali neuron2 lapuk di kepala, memerah ilmu yang tersepok tanpa amal di sudut sel-sel otak yang 99% daripadanya sedang lena, seperti kata Albert Einstain. Shaping Process? Inner Speach? Reward and Punishment? Law of Creations? Semuanya bertabur dalam debu otak yang berkarat kerna kurang rajin untuk bekerja, berfikir.


Syukur sahabat-sahabat penggerak kerja membantu. Saling berbincang tentangnya bersama tambahan ilmu baru, itu yang terlekat ke hati. Bergerak ke kem bersama satu matlamat yang pasti, BERGEMBIRA MENYEDUT DAN MENCURAH ILMU. Itu enjoy yang ana harapkan.


HARI PERTAMA

Implementasi modul yang telah dirancang menampakkan hasil yang sungguh memberangsangkan. MOdul Generasi Perubah yang berbentuk Treasure Hunt mendapat perhatian yang luar biasa. Walau baru bertukar-tukar nama, ukhwah antara peserta terbina utuh dengan semangat bersaing yang membara. Setiap kumpulan diberi peta untuk menyelongkar lokasi harta karun. 15 minit lamanya mereka bertarung tanpa dapat diselesaikan. Akhirnya para fesi memprovok mereka dan tercetus idea baru dikalangan peserta, ingin mencantum peta yang diperoleh setiap kumpulan. Tindakan mereka membawa kepada kemenangan bersama, harta karun dijumpai. Harta karun yang berupa sehelai kad untuk setiap peserta yang terukir perkataan ISLAM di atasnya. Sesi perbincangan dengan fasilitator masing-masing merungkai makna tersirat aktiviti tadi. Kadang manusia terlalu ghairah untuk bersaing antara satu sama lain sehingga terlupa satu perkara bahawa jika matlamat sudah sama, mengapa tidak berpadu tenaga? Mengapa perlu bersaing jika boleh bekerjasama? Perkataan ISLAM yang diletakkan membawa simbolik kepentingan menjaga iman dan akad antara manusia dan Tuhan. Betapa diri memerlukan ISLAM untuk membawa perubahan kepada kejatuhan empayar Islam kembali ke puncaknya. Jika sejarah memaparkan kegemilangan empayar Islam kerna mujahidnya bermatlamat syahid, berakhlak Khalifah, berfikiran muslim, maka untuk menjunjung kegemilangan masa lampau, item-item tersebut perlu untuk dipasak ke hati.



Apabila malam melabuh tirai, modul kedua pula bermula. Modul yang menguji rasa takut dalam diri, rasa bertanggungjawab, keutuhan ukhwah antara kumpulan, kebijaksanaan membuat keputusan, kekuatan menahan badai cabaran. Mereka ditempatkan dalam kumpulan masing-masing dan mata ditutup. Hanya berpandukan tali dan suara fesi masing-masing, mereka bergerak meredah hening malam. Gangguan-gangguan dari distraktor tidak pernah sunyi. Jika ada yang terleka, pasti sudah diculik dan dipisahkan dari ahli kumpulan. Sama ada ahli kumpulan yang lain ambil peduli mahupun tidak, bergantung kepada keprihatinan masing-masing terhadap sahabat sekumpulan.


HARI KE DUA

Modul Inner Speach sebagai tirai pembuka hari kedua. Kewujudan kata hati yang mampu menjadi perisai dalam setiap lenggok laku, juga mampu menjadi barah mempamer perilaku negatif didedahkan kepada para peserta. Bagaimana seharusnya kata hati dikawal? Apa impaknya? Apa pula tindakan untuk menterjemahnya dalam perilaku positif? Modul yang berupa permainan mendapat sambutan hangat. Salah seorang ahli ditutup matanya sedang sahabat-sahabat yang lain memberi arahan untuk melukis sesuatu dai atas kertas, dengan mata yang tertutup. Sahabat-sahabat terbahagi kepada dua kelompok, kelompok yang memberi arahan yang betul kepada si buta dan satu lagi kelompok yang berperanan sebagai distraktor. Di atas situasi tersebut, si buta perlu memilih jalannya sendiri berdasarkan ilmu, naluri dan kepekaannya. Begitu situasi kehidupan. Setiap perkara dalam kehidupan bakal menetus kata hati (atau juga dikenali sebagai inner speach, bisikan hati, rasa hati) sama ada yang baik mahupun yang negatif. Jikatangan mahu mencuri, pasti hati berditik bahawa tindakan itu salah. Pelengkapnya, juga ada kata hati yang negatif, ingin meneruskan perbuatan tersebut. Maka kata hati itu perlu dipilih untuk diterjemah kepada tindakan. Memetik kata2 sis Azra, apabila timbulnya kata hati negatif, perlu untuk kita terus melenyapkannya dengan kata hati positif. Lama kelamaan, kecenderungan untukterbit kata hati positif akan bertambah, maka minsetting akan sentiasa positif dan diterjemah dalam bentuk perlakuan. Kebijaksanaan mengawal kata hati mampu membentuk peribadi, pemikiran dan perlakuan yang positif juga.Kaedah ini berkesan untuk melupus prejudis dansu'uzhon dalam hati.


Modul Shapping Process lebih kepada bentuk perbincangan dan pembentangan. Shapping process ialah sebuah proses yang bertarung dengan masa dalam usaha merubah suatu bentuk peribadi negatif kepada yang lebih positif. Beberapa item penting yang perlu untuk di ambil kira seperti baseline, matlamat dan reward. Bukan mudah untuk merubah peribadi seseorang mahupun perilaku sendiri yang sudah sebati. Pengaplikasian Kaedah Shapping Process menampakkan potensi untuk perubahan yang diharapkan itu bertapak kukuh.


Malam kedua di kem ini diisi dengan persembahan yang bersemangat dari para peserta. Perbentangan tentang konflik yang dialami oleh remaja bersama penyelesaiannya dalam bentuk lakonan berjaya menghangatkan suasana. Terserlah bakat terpendam peserta. Yang disangka pendiam tidak ke hadapan, rupanya punya bakat besar yang boleh digilap. Moga langkah mereka lebih ke hadapan dalam lingkungan rahmatNya. Selepas sesi teater, kami ada pillow talk. Peserta lelaki diasingkan dan dibawa ke tempat lain utnuk berbincang perihal kelakiannya. Ana dan atul memegang peserta perempuan. Berbicara soal harga diri, peribadi, soal aurat, kekeluargaan, soal boys n girls relationship. Malam tu jugak kami buat muhasabah diri bersama tempikan suara yang merobek ego-ego mereka yang terasa sudah berbuat segalanya untuk orang lain. Malam tu, peserta banjir dengan air mata dalam kesuraman malam yang tidak berlampu. Jika diteruskan, ana tidak menolak kemungkinan ada peserta yang pengsan. Selesai sesi menyentak ego, menginjak sombong, peserta diarah menulis doa yang ingin dipanjatkan kepada Khalid dengan penuh pengharapan. Peserta juga disuruh menulis sepucuk surat untuk ibu masing-masing. Surat yang lencun dengan air mata, berbaur kesal dengan keterlanjuran sikap dan kata, bernada sayu dengan pengorbanan ibu ayah yang dipandang sebelah mata. Semoga Allah merahmati mereka, memasakkan penyesalan ini buat mereka yang membuah anjakan paradigma terhadap sikap mereka terhadap keluarga.



HARI KE TIGA

Sebelum memulakan aktiviti yang menuntut kekuatan fizikal, mental dan pengekalan stamina, para peserta diminta untuk melakukan regangan sewajarnya. Alhamdulillah, semakin erat dan utuh ukwah antara peserta. Mereka makin enjoy, teruja dan bersemangat menyertai setiap aktiviti. Explore-Slota-Race bermula di starting point. Pelepasan peserta bermula seawal sembilan pagi dan dijangka tamat aktiviti pada 12 tengah hari. Di check point pertama, peserta diberi task berkenaan wudhuk. Beberapa peserta terpilih dari setiap kumpulan perlu membuat amali wudhuk, tasmi' bacaan doa wudhuk dan sebagainya. Apa yang kami nampak, tidak ramai peserta yang menghafal doa selepas wudhuk dan perkara ini diketengahkan dalam sesi perbincangan. Check point ke dua berkenaan tayamum dan Alhamdulillah, peserta tidak punya masalah besar di bahagian ini. Check point ke tiga ialah berkenaan azan. Cara azan, menjawab azan dan iqamah, doa selepas azan dijadikan tugasan. Ana menjadi penunggu di check point ke empat, tentang solat. Task yang diberikan ialah pernyataan rukun solat, bacaan sujud sahwi dan niat solat. Agak kecewa dengan beberapa peserta yang tersilap berkenaan dengan rukun solat. Husnu zhon, sekadar terlepas pandang namun mahir dari segi praktikalitinya. Ana beri mereka task tambahan seperti amali solat, anggota wajib sujud, tasmi' bacaan doa iftitah dan AlFatihah dan sebagainya. Penekanan terhadap bacaan AlFatihah dengan makhraj dan tajwid yang betul. Ana juga menekankan perbezaan antara solat muslimin dan muslimah. Check point yang terakhir ialah tasmi' doa selepas solat. Alhamdulillah, berjalan lancar.


Perjalanan pulang ke Khalifah Institute diisi dengan tidur, untuk recharge tenaga menghadapi closing ceremony. Selepas majlis, sempat ana beramah-mesra dengan ibu bapa. Ternyata ibu bapa berpuas hati dengan aktiviti yang kami utarakan. Video dan gambar dipertontonkan kepada ibu bapa berserta penerangan tentang aktiviti. Alhamdulillah, ada ibu bapa yang melahirkan rasa bangganya melihat anak sendiri menjadi tukang muazzin di sana secara sukarela, tanpa paksaan sedangkan anaknya itu tidak pernah mengalunkan azan sebelum ini. Kami berjaya meraih kepercayaan ibu bapa. Tiada apa yang lebih memuaskan hati selian melihat wajah-wajah ceria si ibu menyambut anaknya dalam dakapan, penerimaan ibu bapa terhad pusaha kami dan ukhwah erat antara tenaga penggerak program.



POST-MOTERM


Adatnya, sesi post moterm penuh ketegangan. Saling menyalakan pihak tertentu jika punya kekurangan di mana-mana malah boleh mencetus pertelingkahan. Lazimnya, suasana post moterm suram, tegang, stress, dan sebagainya. Berbeza dengan post moterm di sini, jujurnya, pertama kali ana tidak rasa tegang. Perkara positif di hlghlight kan melambung, sebelum kelemahan bersama dibentangkan. Setiap ajk yang terasa punya kepincangan mewartakan sendiri kekurangan dan memohon maaf tanpa perlu orang lain yang point out. Selama bekerja dengan insan-insan yang dalam proses mengimplementasi Khalifah Methode, ana terasa begitu dihargai dan dibimbing. Terima kasih Kak Mun yang memimpin kami, terima kasih bor Ibrahim yang sangat fleksibel dengan multi-task, terima kasih izyan kerna menjaga kebajikan makanan kami, terima kasih Adam atas video yang sangat menarik, terima kasih shahir dan kak athirah kerna menjaga keselamatan kami dengan gambar-gambar yang sangat cantik, terima kasih kak mira dan kak Fara yang menjadi tulang belakang semua orang,terima kasih Qayyum kerna membimbing kami dengan modul2 sebagai moderator para fesi, terima kasih zihah, mokhtar, azam, atul, rakan seperjuangan fesi. Special thanx to Syidi kerna permainan yang sangat-sangat menarik terutamanya War Game. I really enjoyed.



PULANG

Mengimbau kenangan di kem membuat air mata ana berderai semasa dalam perjalanan. Ukhwah, kerjasama, penghargaan, lelucon, dan sebagainya berpadu menjadi satu, air mata. Bila agaknya akan bertemu lagi? Baru berpisah, hati sudah merindu. Kemanisan ini telah lama menyepi dari berkunjung ke hati ana. Tatkala terngiang dialog dan curahan kata azimat ana buat adik-adik peserta, ia lebih menusuk ke jantung sendiri sebenarnya.

'Hidup ini memang perlu persaingan tapi bukanlah ia harus dicapai dengan menginjak orang lain'

'Bukan mudah untuk kita berkorban diri, berkorban kemenangan, berkorban target dan keinginan kita hanya untuk membantu orang lain'


'Sejak kecil mak ayah menjaga, berkorban untuk kita, bila disuruh untuk berbuat sesuatu oleh mereka, dengan kejamnya kita mengatakan ahh... Atau berkata sekejap, mengacau dan sebagainya'


'Kamu cakap mak tak faham kamu? Siapa pulak nak paham mak? Pernah kamu cuba paham mak?'


'Kamu mahukan ibu yang macam mana lagi? Mak kamu sanggup bergadai nyawa untuk kamu, beratus-ratus uratnya putus melahirkan kamu, nyawa berada di hujung tanduk sedangkan dia boleh menggugurkan kamu kalau dia mahu. Mak yang menjaga kamu, tidak seekor nyamuk pun dibiar lekat pada kamu sejak kamu kecil sedangkan dia boleh mencekik kamu semasa kamu bayi, kalau dia mahu. Bila dah besar, kamu jadi anak derhaka, melawan cakap mak, tidak menghargai mak, menuduh mak tak cuba memahami kamu. Adilkah?'



Mulut yang berkata-kata, paling hampir dengan telinga sendiri sebenarnya. Maka, mampukah ana sekadar mengendahkan bait kata sendiri? Celakalah bagi manusia yang mana perbuatannya tidak setara dengan percakapannya. Doakan ana memulakan anjakan paradigma yang berupa perubahan kepada yang lebih positif juga.Ameen.

[+/-] Teruskan pembacaan...

Friday, December 5, 2008

Debat Diraja 2008 Melabuh Tirai

Hampir seminggu berkampung di UIAM (atau IIUM - International Islamic University Malaysia) sempena Debat Diraja sesi 2008.Ana sekadar menjadi pemerhati setia debat-debat yang berlangsung. Sebanyak 64 buah pasukan daripada 18 buah universiti awam seluruh negara berentap sengit. Sebanyak lapan buah pasukan untuk setiap kategori senior dan junior terpilih untuk mara ke peringkat suku akhir, perlawanan yang bersifat kalah mati setelah ditapis dengan enam pusingan perlawanan peringkat saringan. Bayangkan, dari 64 buah pasukan, 16 pasukan (kategori Utama/ senior dan Muda/junior)sahaja yang layak ke peringkat seterusnya. Satu pendakian ke puncak jaya yang amat-amat sukar.

Berdebat bukanlah satu aktiviti yang hanya bergantung kepada kepetahan berhujah, kekritisan pemikiran, ketajaman bidasan, keterampilan wibawa, dan daya pemujukan malah turut berkait rapat dengan nasib. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Sepanjang perlawanan berlangsung, jelas kelihatan beberapa fenomena yang ana kira, sebahagian besar pendebat menyedarinya iaitu peningkatan atau penurunan kualiti atau standard suatu pasukan. Dunia debat gempar dengan kemunculan UPNM dalam peringkat suku akhir kategori muda. Satu pencapaian yang memberangsangkan. Tahniah. Sebuah pasukan yang masih dilabel sebagai 'hijau' dalam arena debat (oleh para penganalisa), UPNM menampakkan taringnya apabila berjaya untuk survive di kalangan pasukan-pasukan lain dan menempatkan diri di lapan tangga teratas. Beberapa andaian yang boleh dibuat;

1) Latihan yang konsisten bersama usaha keras membuahkan hasil.
2) Kemunculan pasukan tersebut diluar waktu kewujudan gergasi-gergasi debat.

Kategori junior/muda sepi dengan suara-suara Sazwan, Izzat, Husna, Azzam dan lain-lain yang kini melangkah ke kategori utama, membuka ruang untuk pasukan-pasukan baru mengorak langkah. Begitu juga dengan kategori Utama. Dunia debat yang sepi dengan suara Daud, Khairul Nizam, bersama angkatan gergasi yang lain (Jefri bakal menurut jejak) membuka ruang beberapa kumpulan lain melakar sejarahnya yang tersendiri. Ini lah juga yang dikatakan nasib. Namun jangan bimbang, patah tumbuh hilang berganti. Persaraan pendebat2 lagenda juga mencetus peluang kelahiran pendebat-pendebat baru yang juga bakal menjadi lagenda.


UPSI juga tidak ketinggalan mempamer wibawa, turut mewartakan kehebatan dengan pencapaiannya yang membanggakan. Jika satu ketika UPSI pernah dianggap sebagai anak ikan, kumpulan belasahan, hingusan dan sebagai saingan peringkat saringan, prestasi UPSI meningkat dan disedari apabila diberi gelaran sebagai kumpulan 'pengacau' atau distraktor. Maknanya, kewujudan pasukan UPSI mampu menggugat dan menimbulkan situasi 'tidak selamat' kepada kumpulan-kumpulan gergasi. UPSI terus meningkat naik apabila berjaya menempatkan diri di kalangan kumpulan atasan, kini bergelar 'ancaman' kepada kumpulan-kumpulan yang telah sekian lama berdiam selesa di ranking teratas. Kumpulan-kumpulan gergasi seperti UIAM, UM, UiTM, UPM, UKM, UMS dan lain-lain mula panas pnggung dengan kehadiran UPSI. Mulanya menjadi ikan bilis, UPSI mengorak langkah dengan melakar sejarah di Debat ALam Sekitar, melangkah ke peringkat suku akhir (setelah lama tidak memecah tradisi), Debat Kemerdekaan, melangkah ke pentas Final, Debat FOMCA, menempatkan diri di peringkat Separuh Akhir, dan yang terbaru, Debat Diraja, memanjangkan langkah sehingga ke Separuh Akhir juga. Bagaimana agaknya nasib UPSI di IKIM di saat para senior mula menjalani praktikum merata Malaysia? Apabila diwawancara, ayat lazim yang terpacul dari mulut mereka 'Kami percaya junior kami. Kalah dan menang itu rezeki. Yang penting, usaha, komitmen, pengorbanan'


Roda kehidupan. Kadang di atas, kadang di bawah. Jika kini munculnya pasukan2 yang mula menunjuk belang, wujud juga pasukan-pasukan yang semakin kehilangan taring. UM tersekat di suku akhir, UiTM menerima nasib yang sama (sedangkan gemilangnya sejarah mereka di pentas Final. UIAM kategori Muda terkandas setakat saringan, begitu juga UMS yang pernah melakar sejarah gemilangnya yang tersendiri. Penganalisaan terhadap fenomena ini membuah beberapa andaian;

1) Kumpulan belasahan yang dahulunya berada di bawah, tidak rela untuk terus dibelasaah seterusnya mula mengasah taring sendiri.
2) Kekangan-kekangan tertentu dalam sesebuah pasukan mempengaruhi prestasi
3) Kehilangan orang penting yang menjadi tunjang kekuatan kumpulan
4) Sekadar tak ada rezeki. Bukankah berdebat juga melihat kepada nasib? Jika asyik bertemu gergasi dengan gergasi, tentunya sukar untuk menempatkan diri. Jika sering bertemu dengan anak ikan, laluan untuk ke puncak agak mudah dan clear. Tidak mengapa lah, mungkin rezeki mereka akan tampil di lain sidang, InsyaAllah.


Menyingkap pengalaman bersama pasukan debat UPSI yang bertateh mendaki tangga, tidak dinafikan pengorbanannya bukan sedikit. Malangnya, ana tidak bersedia untuk terus berkorban. Melihat keghairahan pasukan Muda yang saling bersaing memperbaiki diri, teringat nostalgia sejak mula berkecimpung dalam dunia debat. Teruja, bersemangat, rela berkorban. Sifat gila debat mengatasi segala kecelaruan minda. Sanggup mempertaruhkan apa sahaja untuk berdebat. Berendam air mata saban hari, bukan penghalang jitu untuk maju mengorak langkah. Namun benarlah orang kata, kadang kita mula berundur di saat hanya tinggal selangkah sahaja mengecap kejayaan. Kepasifan ana dalam dunia debat menjadi tanda tanya. Jika dahulu, ana orang yang menepati masa setiap kali sesi latihan, tiba-tiba sukar menjengah muka. Nama kian tenggelam, bakat kian kusam. Merajuk? Tidak sekali. Mungkin terasa letih bergelumang sesuatu yang ana 'gila' dengannya terus mengetepi perkara wajib. Ya, akademik ana ketepikan. Result jatuh merudum, masa untuk belajar kian berkurang. Dekan? Jauh panggang dari api. Nak maintain pointer pn sukar, semacam cuba menggapai awan. Amat sukar mengagih minat dan tumpuan. Bukan salah debat dengan pengaruh hujahnya tetapi salah ana yang tak mampu membahagi masa. Gila debat lebih mendominasi kewarasan berbanding rasional menuntut untuk masa depan. Keputusan diambil, maka ana perlu memilih perkara wajib atau kedua-duanya menjadi debu.


Namun apabila sudah terkena virus gila debat, pergilah ke ceruk mana dunia, pasti diri mencuri ruang untuk melepas gian. Cerita dunia debat tetap menjadi halwa telinga, isu semasa tetap ana korek semahunya, gaya bersuara sudah sebati dengan fiil debat (berdasarkan komentar sahabat2).. Tetap tersisip rapat naluri debat sehingga sahabat-sahabat sekeliling tetap merasakan aura debat dari diri walau sudah lama ia tidak dipraktikkan. Itu sajalah pengubat rindu lara. Biar sakit menanggung sengsara, mengelak musibah yang lebih besar hendaknya.


Semoga dunia debat terus berseri dengan seninya yang tersendiri. Semoga pendebat2 kian berkualiti dengan hujahnya yang memagut hati, fakta yang evergreen...
Berkenaan pertandingan, adat jika ada menang dan kalah. Memetik kata2 sahabat, kehebatan itu bukan terletak pada menang kalah tetapi sejauh mana kita mengorak langkah, memperbaiki wibawa diri dan pasukan masing2. Akhir kata, Yang berada di atas, tidak akan terus berada di atas. Usah selesa dengan kedudukan sekarang kerna ia akan silih berganti. Itu lah adat bertanding.


Sekian, kata-kata dari seorang yang tidak bertanding kerna sudah ada saingannya yang sengit, diri sendiri.


p/s: Ini adalah Entry yang lambat.. ~aicheeh :inis:

[+/-] Teruskan pembacaan...

Sunday, November 23, 2008

Melihat Dengan Akal I

Menyusuri bumi Allah penuh permai. Terkadang mata melilau ke serata penjuru alam. Terpukau dengan keajaiban ciptaanNya, tak berhenti lidah bertahmid. Lalu, setakat itukah? Bukankah Allah menciptakan sesuatu, punya hikmah dan petunjuk di sebaliknya? Lalu, ia akan ditemui oleh mereka-mereka yang mahu memikirkan.


Tidakkah kau perhati?
Si semut tak jemu menompok rezeki.
Sedia menanti musim dingin yang bakal menjengah muka.

'Wahai sang semut. Bukankah hari masih muda? Musim dingin masih bertatih merangkak datang'

'Gusar aku, wahai manusia. Mana tau datangnya terawal, bisa kacau rutinku. Maka aku bersedia sahaja'

Berbondong-bondong suara tawa meluru keluar, memecah hening senja.

'Sang semut, mana mungkin datangnya terawal. Bukankah ia dalam perangcangan yang Khalid? Telah ada aturan alam tentangnya, melalui perkiraan perjalanan bulan dan bumi. Aku sedia maklum jika kau terlepas pandang'

'Tidak wahai khalifah Allah. Aku tidak lupa akan itu. Hanya bersedia untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang ada. Boleh jadi Allah merencananya agar tampil awal tahun ini' katanya sebelum meminta diri untuk meneruskan kerja.


Ayuh melihat si pungguk.
Tidak jemu merenung rembulan.
Terus berharap tanpa putus asa.

'Wahai pungguk, apakah mungkin rembulan berada dalam dakapanmu? Lama sudah kau menanti sedang ia tetap saja menjauh'

'Berhenti berharap bermakna aku tidak punya peluang langsung untuk merasa gemilangnya sinar sang rembulan. Selagi aku tetap berharap, maknanya aku punya matlamat. Usaha sajalah untuk menggapainya'


Ayuh gamit sang suria di sana.
Terus saja ia memberi tanpa langsung menerima.

'Sang suria, tidak jemukah dikau? Bekerja untuk memberi? Apa pula imbalan yang kau peroleh?'

'Selagi aku memberi, hidupku tetap saja bermakna. Kapan aku berhenti, hidupku tidak punya harga.'


Bagaimana pula dengan si rembulan?
Tubuhnya capek, tidak bermaya.

'Kau tidak punya cahaya. Apa perlukah kau bersusah memantul cahaya si mentari?'

'Biar dalam keterbatasan yang nyata, aku tetap menyumbang semampuku'


Intai pula ke bawah, merenung tempat kaki berpijak.

'Wahai si tanah, tidak letihkah dirimu diinjak, dipijak? Dihentak, dirosak? Dinista semahunya?'

'Makna kehidupanku terletak pada erti berdiam. Ianya fitrahku. Tabah itu memang intim denganku. Berbudi denganku nescaya, akan ku balas budinya.'



Dan kita, Khalifah dunia. Ketua pentadbir entiti alam maya. Terus, bisakah kita menyerah kalah? Tidak malukah kita pada mereka? Entiti yang tak punya akal itu?

>Wallahu'alam


[+/-] Teruskan pembacaan...

Thursday, November 20, 2008

Adakah Cantik Itu Perlu?

'Buat apa?' sahabat menegur, panjang lehernya menjengah ke skrin laptop.

'Edit blog sikit. Saja bagi make-up' menjawab, tak acuh. Lebih tertumpu pada skrin di hadapan.

'Sebenarnya, apa tujuan kau memperindah blog?'

Agak tersentak.

'Kenapa tanya macam tu?' bertanya kembali.

'Ya lah, perlu kah? Banyak masamu dihabiskan ke arahnya. Bukankah itu pembaziran?'

'Nyatakan padaku, apa takrif pembaziran?' tetap tidak menjawab soalan.


'Ringkasnya bermaksud, melakukan sesuatu yang tidak mahupun kurang berfaedah'

'Jadi bagimu laku ku itu kurang berfaedah? Kurang yang bagaimana? Lebih pula bagaimana?'

Mungkin sahabatku itu terasa menyesal bertanya. Mengharapkan jawapan, dia pula yang ditanya.

'Maksudku, cukuplah sekadar biasa-biasa sahaja. Tak perlu rasanya kau terlalu menghabis masa menyolekkan blogmu. Apa yang penting adalah isinya. Betapa banyaknya blog-blog bermanfaat yang tidak dihias langsung. Sekadar menggunakan template asal yang disediakan. Orang memandang aspek isi'

'Aku bersetuju. Kau benar, sahabatku' jawabku.

Tersenyum.

'Maka rasanya, tidak perlulah kita mandi, berbedak, berwangi-wangian di rumah kerna yang penting, hati kita, agama dan iman kita, kan?' aku bertanya kembali.

'Apa Maksudmu?'

'Ia lah, tidak perlu kita menghias diri yang penting, apa yang ada dalam diri, kan? Iman, akhlak dan sebagainya, kan?'

'Aku tidak bermaksud begitu' katanya.

'Namun itulah perumpamaan yang sesuai. Yang penting isinya maka kita abaikan rupanya'


TUJUAN

Semuanya berbalik kepada tujuan dan matlamat. Sebenarnya pertanyaan sahabat ana itu mengukuhkan kembali tujuan ana menulis. Apa tujuan ana menulis sebenarnya? Matlamat asal ana adalah untuk menyampaikan apa yang boleh disampaikan, menerima apa yang boleh diterima. Ya, memang ana akui betapa terlalu banyak blog-blog manfaat yang biasa-biasa sahaja rupanya namun mantap isinya. Apa yang menjadi perhatian ana, blog-blog sebegini menjadi tumpuan segolongan manusia, golongan pemburu ilmu. Tahniah.

Namun apa yang ana perhatikan, blog-blog seperti ini agak kurang tarikannya kepada golongan pertengahan sedangkan muhasabahnya amat berguna kepada semua golongan. Ana sering berkunjung ke sebuah blog yang ana rasakannya isinya amat bermanfaat, banyak unsur-unsur muhasabah namun amat kurang pelawat. Ada beberapa aspek yang menjadi penyumbang kepada fenomena tersebut.

-Rupanya yang kurang menarik
-Bahasanya yang kurang diteliti


HIDUP PADA MEMBERI

Erti hidup pada memberi, kata Ustaz Hasrizal. Memang tidak dinafikan, akan ada yang berkata asalkan kita menulis, kita dah memberi dan berkongsi. Persoalannya, adakah memberi namanya jika yang ingin diberi itu tidak menerima? Tujuan menulis ialah untuk berkongsi namun berkongsikah jika kurang yang ingin melawat?

Maka tidaklah menjadi sesuatu yang sia-sia usaha memperindahkan blog kerna ia punya tarikan yang tersendiri untuk pelawat-pelawat menyinggah seterusnya mengambil manfaat daripadanya. Begitu juga dengan keindahan bahasa yang digunakan. Tarikan-tarikan seperti ini mampu menjadikan penyampaian kita lebih efisien dan berkesan. Ana langsung tidak bermaksud bahawa blog ana ini ramai pelawatnya atau pembaca setia. apa yang ana ketengahkan di sini, ini adalah usaha ana untuk menarik pembaca. Hasilnya tidak perlulah dipersoalkan kerna Allah melihat usaha, bukan hasil kepada usaha. Sejauh mana kita berusaha untuk berkongsi dan memastikan perkongsian kita itu diterima.


CANTIK YANG BAGAIMANA?

Pentakrifan cantik adalah berbeza untuk setiap orang. Ada yang berkata, yang simple itu cantik. Atau yang berwarna-warni itu cantik. Mahupun yang berkata, yang unik itu cantik. Maka, mana satu yang perlu kita turuti?

Berbalik kepada tujuan dan kumpulan sasaran. Sepanjang pengamatan ana, formal dan simple manjadi pilihan golongan-golongan pemburu ilmu yang mungkin terbiasa dengan keformalannya. Namun bagi golongan pertengahan, remaja serta awal dewasa, mereka lebih tertarik kepada warna (namun tidak begitu mengacau mata).


KONSEP

Sebagai seorang bakal pendidik, sekaligus bertindak sebagai penyampai ilmu, tanggungjawab yang paling besar ialah berusaha memastikan ilmu yang diberi itu sampai kepada kumpulan sasaran. Maka pelbagai usaha perlu di lakukan untuk memastikan isi, kaedah dan medium penyampaian mudah duterima oleh audience. Meletakkan konsep santai dalam menyampai, halus dalam menemplak dan punya kumpulan sasaran yang bersifat 'muda' maka ana mengambil keputusan untuk berkata, cantik itu perlu.(dari konteks ana)

p/s: Ana mengharapkan komen dari sahabat-sahabat tentang wajah baru blog ana. Ana akui sedikit fancy dengan rambu-rambu. Jika ia menyukarkan pembacaan dan melambatkan loding, harap dimaklumkan. Syukran.

[+/-] Teruskan pembacaan...

Monday, November 17, 2008

Sebelum dan Sesudah

Bismillah...


Dugaan tahun akhir ini memang agak mencabar. Mencabar kekuatan jasmani (sedikit) dan rohani(banyak). Rasa macam nak terpisah roh dari jasad dek kerna haru sangat berdepan dengan beberapa unexpected things yang menyebabkan kepala bikin bingar. :hilo:Nampak macam sakit sungguh melalui tahun akhir, kan? Namun percayalah, nikmatnya merasai sakit itu lebih terkesan di hati. Memang tidak dinafikan, kerja tak jemu datang tanpa diundang dan pergi. Amanah tak terkejar dek masa. Aduyaii~ Tapi, apanya yang seronok? Mari melihat kegilaan budak2 sem 7 ana menghadapi tekanan cinta tanggungjawab yang maha hebat. :devilishgrin:



Ini kegilaan sebelum final exam. Sedia maklum, jadual sangat pack. Exam start hujung2 minggu pertama dan awal2 minggu ke dua (rujuk sini), dua paper major dalam sehari. Apa yang anda fikirkan bila dikatakan jdual exam amat2 ketat? Nota yang berlambakan di atas katil hingga menjadi bantal? :antok:Atau nescafe pekat sepekat sabun daia untuk stay up? Atau rebusan nota2 kuliah utnuk ditelan? Jika itu tanggapan anda maka, anda normal silap....:siga:

Menjelang minggu study week...:astig:















Koleksi yang habes di baca sepanjang study week

























Sinilah asalnya buku2 tuh, dalam kotak bawah katill...


Yah... itu dia. Sempat menghabiskan beberapa
verses buku Detective Conan siap dengan mengulang baca berpuluh kali tak termasuk buku mengarut shin chan, tangkap lentok dengan internet dan sebagainya. Memang terharu bercampur gembira dengan kehidupan seperti itu. Kotak2 komik yang terletaknya di bawah katil, dibongkar semula untuk dihadam sesedap-sedapnya... huhu :scream:
Kejam btol ana menzalimi diri ana... Dont try this at home, mama and papa kids... :tsk:

Akhirnya, bangkit dari kegagalan perkahwinan olok-olok maka ana bertekad untuk mengubah cara hidup. Maka, ana minta kebenaran bercuti daripada CEO Company team iluvislam.com melalui HR department YG sepanjang menjelang peperiksaan. Sebabnya? Bercuti internet atau sekali bukak laptop, tak tutup-tutup. Maka, terjadi lah ini....



Apa tuh?
Sign melarang...

'Dilarang
-Bukak laptop
-Pergi CC
sampai abes exam'

Siap nak suruh member simpankan laptop, sealed sekali. Inilah akibatnya addicted to Shinichi internet.
Habes exam, kegilaan yang lain pulak menjengah. :devilishgrin:


Gula2 susu kegemaran

cloud9 nih orang nak blanja, sentap jer lahh.. hehe

Memang sedap ar nih. Satu plastik besar, tinggal separuh jek. Member2 siap sambar lagikk ~huhu


'Apa kejadahnya nih? Nak menjual ker?' kata kawan ana.

'Suka ati ar...' jawab balik.

'Bak siket' katanya lagi. Sedap2 sound orang, pastu mintak pulak. :galit:

Bagilah jugak khidmat menghempok sampai koma sebungkus dua, nak menyedapkan hatinya. Member punya pasal, layaaannnnn... :tsk:


Sebenarnya, ia nak dibawa balik ke rumah, untuk pak we jiran sebelah kanan adik2 terchenta. Tapi, keropok yg satu beg plastik besar tuh, baru beberapa hari landing kat rumah, dah tinggal separuh. Agak2 sempat tak nak bawak balik secebis dua ke rumah bila balik 2 minggu lagik?

Ok lah... saja nak mengahapdate blog sbb dah berhabuk. Tengah baut research sket utk artikel akan datang, InsyaAllah...

p/s: skang nih layan komik n anime online lak. Sehat btol hidup wahai para da'ie... :puppyeyes:

[+/-] Teruskan pembacaan...

Saturday, November 1, 2008

.:: Berhikmah Dalam Muhasabah ::.



‘Tidak salah jika kamu ingin melempiaskan kata hati, berundung duka mengenang sesuatu’


‘Jadi?’ balasku... Kaget sebentar.

‘Yang salahnya ialah jika kamu berduka kerna hal dunia’

‘Apakah kesedihan dihenyak rasa bersalah itu dikira hal dunia?’

‘Aku sendiri tidak tahu, sahabatku. Ayuh, komentarkan apa yang menyesak kalbumu’

Senyap bagai malaikat lalu. Bunyi jarum yang jatuh ke lantai pun ku kira jelas kedengaran.

‘Sahabat, tiada insan yang mampu mendabik dada mengaku kesempurnaannya’ sambungnya bila tiada suara yang menjawab.

‘Tapi aku benci diriku yang sering leka, kerap terlajak laku lalu mencemar hati insan di sekelilingku’

‘Kau gusar mengenang silapmu?’


‘Tentu sekali’

‘Kau tahu Tuhan sifatNya Maha Pengampun?’

‘Aku sedia maklum. Namun yang pasti, aku sendiri tidak mampu maafi diri ini’

‘Maksudmu?’

‘Bila saja aku terkenang lenggok laku ku yang penuh dengan kebrobokannya, aku jadi penasaran. Dihimpit rasa bersalah, rasa berdosa’

‘Kau tahu mengapa Allah jadikan kepala kita hanya mampu menoleh sekilas ke belakang? Tidak berpusing 360º?’

-Senyap –

‘Kau tahu mengapa Allah jadikan leher kita sakit jika terlalu lama merenung ke belakang?’

- Masih senyap-

‘Kau tahu mengapa Allah jadikan mata kita letaknya di depan? Bukan di belakang?'

- Tetap saja senyap. Sekadar terdengar helaan nafas singkat-

‘Allah jadikan kepala kita sebegitu kerna tidak salah jika kamu ingin merenung diri, muhasabah kehidupanmu untuk pembetulan akan datang. Untuk kau perbaiki di hari muka. Malah Allah cintakan hambaNya yang gemar sekali bermuhasabah kerna dari situ ia mencambah azam untuk tidak mengulangi salah silap. Ironinya, mengapa Allah tidak jadikan kepala kita mampu berputar 360º, kan? Bukankah lebih mudah untuk kita menoleh?’

Mengangguk. Ah... bukannya dia melihat aku mengangguk. Sekadar mendengar suara di talian hubung.

‘Jika kita menoleh ke belakang terlalu lama, leher kita akan sakit, bukan? Hidayahnya, Allah mahu tunjukkan kepada hamba-hambaNya yang berfikir, betapa sakitnya diri bila terlalu mengenang masa lalu. Allah cintakan hambaNya yang sering merenung diri, mengambil pengajaran setiap perilakunya yang hodoh di masa silam. Namun, cukup setakat itu. Mengambil pengajaran agar tidak diulang. Usah dikenang selalu sehingga kau menyakiti dirimu sendiri, diseksa rasa menyesal sehingga tidak menikmati kehidupanmu’

‘Salahkah aku mengenang dosa?’

‘Tiada salahnya, sahabat. Tidak mengapa jika kamu ingin menoleh ke belakang, melihat dan mengabil iktibar daripadanya. Namun jika kamu menoleh terlalu lama, lehermu akan sakit, bukan? Begitu juga jika kamu terlalu asyik menghitung kesilapan, kekuatanmu menghadapi hari esok turut pudar. Semangatmu luntur. Sakit hatimu tak akan terubat. Jiwamu akan punah, tanpa harapan. Cuma penuh dengan penyesalan dan putus asa, rasa berdosa. Sahabat, pandanglah ke hadapan dan nikmatilah seribu satu rahmat yang Allah bentangkan buat kita. Namun, jangan lupa untuk menoleh sekala agar tetap kita sedar taraf kita sebagai hambaNya’

Tersedu mendengar bait kata kebesaran ciptaan Tuhan.

‘Allah tempatkan mata kita di hadapan, kan? Maka, pandanglah ke hadapan. Telusuri hari-harimu yang mendatang bersama kesyukuran. Rancanglah hidupmu bersama iman dan takwa. Usah dikenang waktu lalu yang mustahil untuk kita pungut kembali cebisan nostalgianya’katanya menutup bicara.

Dialah sahabat bagiku. Menempelak aku dengan caranya yang halus. Namun kesannya menusuk pangkal hati. Butir bicaranya yang bersahaja mampu menghembus pergi nestapaku lalu menguntum senyum tanda menerima. Menerima lompong-lompong diri seterusnya bersedia memperbaiki kelompongan itu.

‘Kenanglah dosa beriring rahmat Tuhan’



[+/-] Teruskan pembacaan...

Wednesday, October 29, 2008

Kecelaruan Fenomena UPSI

PRK baru abes, masa untuk menetapkan kabinet. UPSI memang penuh dengan kejutan. Memikirkan situasi hari ini, rasa seriau menghadapi dunia politik akan datang yang tentunya akan dipimpin oleh mahasiswa2 yang kini sedang bergelar penuntut. Penuntut apa? Penuntut ilmu formal, penuntut ilmu salah...

Ambik masa sikit nak bentangkan situasi PRK UPSI sejak kaki menjejak ke sini. Penat menjadi pemerhati senyap, sbb nak menghormati orang lain... (psss.... hausmate ana MPP gak - senyum ^_~)


Tahun pertama di UPSI...

Semangat berkobar2 nih. Banyak dengar cerita tentang pilihanraya kampus yang dikatakan hampir menyamai pilihanraya negara. Perang poster, mengundi, kempen, menifesto dan sebagainya. Tup2 dengar, tahun nih tak der pilihanraya. ~kecewa.

Sekadar mendengar 'bed time story' dari senior2 tentang kehebatan pilihanraya zaman mereka. Masa tuh, bukan setakat MPP jek kena bagi menifesto, nak jadi ahli Jawatankuasa Mahasiswa Kolej pn ada pilihanraya; Kolej Za'ba lahh..


Tahun ke-2...

Pun sama gak. Tak der pilihan raya, menang tana bertanding. Masa nih dah cerdik sikit. Dengar macam2 dari senior. Tak dapat kebenaran bertanding lah, dikecam oleh pihak atasan.. dan sebagainya. ~hampa lagi.


Tahun ke-3...

Tahun nih semangat sikit sebab dengarnya, mmg ada pilihanraya. Masa nak pilihanraya, perang poster... berlambak di sana sini. ~senyum. Masa nih baru menyedari kewujudan 2 puak di Universiti. Tak kesah lah, asal pegang tanggungjawab. Bermula pilihanraya yang ini, permainan kotor mula nampak. Cukup sekadar tengok jer kat flyers, program orang lain pn dikatakan program dia. Kejahilan pihak2 yang bertanding makin terserlah. Ramai yang menang tanpa bertanding, ramai pula calon yang jadi mangsa keadaan. Barisan kepimpinan yang tidak duduk satu line dengan pentadbiran, tak der sorang pn yang menang kerusi. Apekah? Malah, pelajar-pelajar ditakut-takutkan dengan isu posting, blacklist, kecaman peribadi dan sebagainya. Maklumlah, baru pertama kali menghadapinya, ketar jugak lah lutut mahasiswa di sini. Bila berkempen, siap orang boleh tanya... ko pembangkang ker? (sbb takut terundi 'pembangkang', nanti kena black list - err.. ana tak bertanding ek)


Tahun ke-4...

Ha... Tahun nih dah mula cerdik sikit. Semangat nak mengundi, semangat pulak mempromosi sahabat2 yang dipercayai. Berkempen di dalam kuliah, siap hantar sms dan sebagainya. Tambahan pulak rekod ana di kalangan kawan2 agak bersih jadi, mudah untuk mereka menerima calon2 yang ana sokong. Memang semangat tahun nih...

Sepanjang PRK, mahasiswa terpecah kepada 2 golongan; golongan yang selesa di tempat duduk, golongan yang nak merebut tempat duduk (kerusi). Mungkin sbb dah dua tahun duduk di kerusi tersebut, badan pun dah serasi. Sekali kena libas, itu yang terasa panas. Bermula lah golongan2 jahil ini menebarkan jarum2 dakyah mereka sehingga lebih terpamer kejahilan mereka...
Siap fitnah-memfitnah gelapkan duit lagi..huhu
Yang bekas MPP dulu gelap duit ribu2, main tutup2 cerita lak...~aduyaii
(ana tak cakap pihak mana betul, pihak mana yang salah. Cumanya, penyerangan berbentuk peribadi amat2 lah tidak ilmiah)

Maka, kebijaksanaan mahasiswa memilih pemimpin kian terserlah apabila barisan kepimpinan yang berkuasa selama 2 tahun, semakin nampak pincangnya di mata mereka. Janji tinggal habuk, peranan macam kain buruk. Bukannya menjadi penyampai suara mahasiswa ke pihak atas tetapi menjadi lembu cucuk hidung pihak atas untuk menyampaikan arahan kepada mahasiswa. Hilang fungsi, baik taik diri. Program mereka pula? Hebat sangat agaknya pergi ke Kemboja, seronok2 kat sana guna duit mahasiswa. Melancong ke Beijing, makan angin kat sana.....haha
Sungguh, tak nampak pun apa kebaikan yang dibawa. Maka, bila PRK kali ini berlangsung, satu gelombang besar-besaran menelan anak-anak ikan orang atasan...hua hua hua


Bab keputusan, bab pembentukan kabinet, boleh jengok sinih secara lebih detail.

muslimin sejati

UPSI kini



Ana tak mau ulas lanjut. Sekadar secara surface jek. Tapi, ana nak ketengahkan beberapa point penting utk beberapa golongan...


1)Golongan pemerhati

- Teutama yang duduk kat sebelah kerusi, tak bertanding, tak berkempen, tak bermenifesto, namun gigih menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Nasihat ana, tak guna kokok berdedai2, ekor bergelumang najis. Punyalah kuat bersuara di blog, tapi, guna anonymous. Kalau rasa anda di pihak yang betul, buat apa mahu takut? Malah jika dikumpulkan manusia2 yang sama side dengan anda, tak mustahil satu lagi gelombang perubahan boleh berlaku. Baru lah namanya pejuang. Kuat bertekak dalam blog, kat luar senyap dalam batu...huhu. Mari kita sama-sama berjuang. Contoh pejuang? Muslimin sejati (yang mmg satu UPSI tau identitinya), Hambaallah (siap letak gambar lagi).... Pengecut sejati? Dr. Luv...haha

- lagi, kalau nak menghentam tuh, tak kesah lah nak hentam kaw2 nyer pn. Yang penting, tunjukkan keihklasan anda menyatakan kebenaran dengan memberitahu pandangan secara ilmiah. Jangan lah main bahasa kasar, hoii... hoii... kalau nak sedap lagi, nyatakan sekali siapa yang mengutuk itu. Baru adil bagi mereka yang dikutuk, kan?
(tidak lah ditujukan khusus kpd sesiapa)

Medan maya nih medan kebebasan bersuara... (bebas sangat ker?). Tapi, berlaku adil lah. Jika antum rasa nak mengutuk peribadi orang, maka dengan beraninya mendedahkan identiti sendiri untuk rujukan lanjut. Baru lah ilmiah...har har har


2) Golongan Bakal Memerintah

- Kini, anda dipilih mahasiswa untuk memulakan gerak kerja. Yang penting, ingat objektif utama, untuk bekerja. Ana tak kesah saper yang duduk kerusi YDP as long as dia jalankan tugas, pihak pro-kebajikan ker, pro-kualiti ker... Kalau dua2 pihak tak jalankan tugas, turun ar dari kerusi tersebut.

- Janganlah kalut sangat jawatan apa yang disandang. Semuanya ada hikmah. Mungkin yang tak dapat jadi YDp, telah disuratkan begitu kerna Allah MAha Mengetahui, mungkin nta sendiri yang tak mampu pegang jawatan tersebut. Bagi yang dapat pegang MT, jangan nak bergembira kerna semakin tinggi jawatan, semakin tinggi tanggungjawab. Ketahuilah bahawa jawatan ini kesannya sampai ke akhirat kelak, akan dituntut haknya oleh kami semua.

- Apa yang ana harapkan, jawatan yang ditetapkan itu, benar2 mengikut sistem keadilan. Yang layak, pegang lah jawatan tuh. Fight for it (ramai ker yg rs dirinya layak?)... Yang rasa tak layak, undur lah senyap2, tak yah gaduh2, tak yah jadi boneka.

Sendiri muhasabah diri.. Yang penting, antumm semua berada dalam sebuah kapal. Jika ada dua nakhoda maka berderailah kapal di pukul arus yang menggila. Mangsanya? Anak2 kapal yang ramai nihh...


Peringatan keras dari ana;

i) Jaga amanah, tunaikan janji yang dibuat dulu.
ii) Jangan buat sesuatu ikut nafsu. Nak sesuatu kerna nafsu. Biarlah rasional dalam membuat
keputusan.
iii) Tanya balik pada diri, untuk apa antumm bertanding dulu? Untuk apa pula antumm
memegang jawatan sekarang?
iv) MUla bekerja SEKARANGGGGGGGGGG..... JANGAN ASYIK NAK GADOH2...


Bagi yang rasa kedudukannya tergugat, ketahuilah kegagalan anda sebelum ini mencarik kepercayaan para mahasiswa. Yang rasa diri mendapat sokongan, ketahuilah anda memegang tugas yang berat untuk menggalas kepercayaan yang diberi. Jika anda gagal melaksanakan tanggungjawab, kepercayaan itu juga akan turut sirna.

Berjuang kerna Allah. Selamat berjuang wahai para mujahid dan mujahidah...
Kami tetap sokong yang hak.


[+/-] Teruskan pembacaan...

Tuesday, October 28, 2008

Penutup Pintu Hati : Salah Siapa?

'Aku benci Islam. Islam agama keganasan'
'Pegi mampos lah, Islam. Agama yang cantik, konon. Cantik sangat ke?'
'Biar aku diugut mati, tak kan sekali aku memilih Islam'

Luahan kata seorang sahabat non-muslim benar-benar menampar hatiku. Bias merahnya terpamer ke muka. Rasa tercabar di saat agama suciku diletak setaraf dengan telapak kakinya. Terasa darah mendidih.

'Apa maksud awak, Ann?' masih cuba mengawal emosi.
Dia sekadar berdiam dan berlalu. Istighfar lah wahai hati.

************************************************************************

Selesai sudah sesi ceramah tentang cabaran mualaf dari brother Lim Jooi Soon. Aku bersiap-siap ingin pergi.

'Eya, you dari UPSI, kan?' kak aleeya menghampiri.
Sekadar mengangguk lemah. Kepenatan menghenyak sisa kudrat yang tak seberapa.

'You kenal Anngela?'masih ingin memancing minatku.

Aku gagahkan telinga menadah setiap butir bicaranya. Cube menyelami rasa sekeping hati yang pernah dihentak hingga jatuh berderai.

'Angela ini masih sedang mencari. Sering merayau ke sana sini di dunia maya. Akak ada terserempak dengannya di usrah online'

Terkejut. Sekadar memandang, meminta penjelasan lanjut. Sirna sudah kantuk yang mengendeng di mata.

'Akak terserempak dengan dia di sana. Dia sedang cuba mencari rasa percaya'

Terasa keluhan di hujung nafas. Matanya memandang sayu.

'Kamu tahu apa feedback insan2 yang menggelar diri sebagai da'ie di situ?'

Menggeleng.

'Mereka menghambat Anngela keluar dari sana' terasa kurang percaya. Benarkah ia terjadi?


'Kau siapa? Sini tempat orang Islam. Kau bukan orang Islam'
'Berambus kau dari sini'
'Kau kafir, masuk neraka'

Aku beristighfar dalam hati. Ingatan melayang pada perbualan dengannya tempoh hari.

'Tidak hairanlah' desisku.

'Akak cuba mententeramkan dia. Akhirnya dia keluar dari perbincangan tersebut. Dia dihentam dan dikritik semahunya' menggeleng lagi.

********************************************************************


Katakan padaku, salah siapa ini wahai para da'ie? Mulia sangatkah kita berbanding mereka? Jika pintu hatinya tertutup untuk menerima Islam, siapa yang harus dipersalahkan?

Wahai para da'ie yang mulia...

Telah ana katakan, kita tidak layak menghukum.
Menghukum yang bagaimana?
Menghukum yang seperti ini...

Memetik kata-kata Brother Lim, kadang keindahan Islam itu tersorok di celah-celah kebusukan perangai orang kita. Bagaimana ia nak menarik hati-hati yang sedang gigih mencari?

Artikel saudara effysaiful ini amat baik untuk direnung bersama...

Jenguk juga di sini..

Sekian, dari insan yang tak sempurna juga.



[+/-] Teruskan pembacaan...

Saturday, October 18, 2008

Di Ambang Perjuangan

Sedang tangan leka menari menyudahkan kerja yang terbengkalai, mulut tak henti bercerita. Bukannya gemar sangat mulut ini bersuara, sekadar usaha menghembus pergi rasa jemu yang kian membelenggu. Projek berkumpulan yang telah sekian lama tersepuk hampir reput, kami kuak semula untuk diselesaikan. Jika tidak, alamat terbanglah markah final year jawabnya. Kadang hilai tawa yang sederhana berjaya mengusir gundah seketika cuma. Tiba-tiba, terpacul pertanyaan dari salah seorang sahabat yang sedang sama bekerja,

'Tesis kau macam mana, eya?’

Bagai halilintar membelah bumi, gemanya terpasak ke hati. Sekadar senyum sebagai jawapan kepada persoalan yang ingin aku pinggirkan sebentar. Sabarlah duhai hati, pujuk jiwa.

Sekembalinya ke kolej, terasa ingin menghambur air mata. Aku tahu di atas sana ada Pendengar setia, namun jiwa ku inginkan seseorang yang sealiran fitrah saat ini. Pada siapa ingin dikongsi beban yang tergalas ini? Ibu? Tidak sekali-kali. Enggan aku mengundang resah di hatinya. Ayah? Juga tidak mungkin. Jika hatinya galau, aku tidak mahu sekali menjadi puncanya. Itu perinsipku. Semua kutelan sendiri, sejak zaman persekolahanku. Walau sehebat mana badai melanda, tempiasnya tidak kuizin mereka merasa. Meraka sendiri tepu dengan amanah mereka.

Tika ini lah teruji, sahabat di saat tawa bergema dan tika tangis bertamu. Hanya satu nama yang melintas di ufuk fikiranku. Lalu, ’trooottt....trootttt.....’

'Helo.... Assalamualaikum....’

Mendengar sahaja gemersik suaranya yang bagaikan salju putih menebari terik gurun Sahara, hatiku jadi sebak. Langsung tak mampu berkata-kata. Mendengar esak tangisku yang berlarutan, dia memberi ruang untukku meredakan emosi. Ya, itulah selayaknya seorang sahabat, cuba memahami keperluan sahabatnya sendiri. Laluku lepaskan padanya segala kekusutan yang membungkam jiwa. Ku mohon dia mendoakan agar dipermudahkan segala urusanku. Sahabat ku menolak, menidakkan permintaanku. Terkesima dengan gelagatnya yang ku rasa sekadar ingin mengguris hati. Jiwa kacau. Air mata yang hampir kering, tumpah kembali. Oh, sahabat. Mendengar esak tangisku yang kian mendesah, ujarnya dalam kesyahduan beriring keikhlasan ...

'Eya, ujian dari Allah itu adalah tarbiah untuk kita berdepan dengan hidup. Semakin kuat iman, semakin berat ujian, semakin tinggi darjat kita di sisiNya. Aku tidak mahu mendoakan agar darjat kau dikurangkan di sisi Maha Pencipta. Doaku agar kau tabah berdepan ujian lalu darjat kau kekal tinggi bersamaNya dengan ujian yang berat itu’


Terpempan. Sahabat yang bukan sahaja memikirkan duniaku malah turut menjaga akhiratku. Nikmat Tuhan yang hanya untuk aku, kerna dia sahabatku. Di saat terasa lirihnya bahu menggalas bebanan, sahabat lah tongkat menopang semangat. Padanya aku benamkan seluruh rahsia kerna aku yakin ia tetapkan terkunci rapat.

Agak sakit sebenarnya saat peperiksaan kian menderap hampir. Tugasan datang bertimpa-timpa. Menuntut waktu dan usaha serta pengorbanan segalanya. Saat ini juga satu-persatu ujian bertandang, mencabar kesabaran, menguji iman. Suara yang molek menjadi serak basah. Demam yang bertandang hingga kini masih tak kebah. Tarbiah dari Tuhan.... Minggu depan aku masih punya tanggungjawab untuk dilunaskan. Dua test aku ketinggalan. Bukan sengaja ingin memonteng, kudrat yang tak seberapa tidak mampu lagi dikerah untuk bertandang ke kelas tatkala ujian diadakan. Telah aku maklumkan kepada pensyarahku seadanya. Semoga Allah memudahkan urusan mereka yang membantuku menunaikan amanahku.

Sedang mata ralit membelek skrin di hadapan, hati tiba-tiba mendesah. Rasa ingin menangis melihat jadual peperiksaan.


2 paper major dalam satu hari? Apakah? Memang aku sedia maklum tentangnya apabila pihak pengurusan mengeluarkan draft jadual peperiksaan namun sangkaku ada pihak yang telah berurusan untuk menganjak tarikh..... Inilah akibatnya jika saling menolak tanggungjawab. Akhirnya, masing-masing lepas tangan. Siapa yang rugi?


Oh Tuhan, kuatkan semangatku.... Tak study satu habuk pun lagi nih...

p/s: Memetik kata-kata sahabatku...

'Eya, jika boleh ingin aku menanggung segala deritamu kerna ketahuilah bahawa aku perlukannya untuk menghapus dosa-dosa silamku....’



P/p/s: Ingatlah bahawa di saat kita merasa beratnya ujian, ketahuilah, ramai lagi manusia di luar sana yang menanggung bebanan yang lebih mencabar. Andai berasa diri serba kurang, pandanglah ke bawah sekala untuk melihat manusia lain yang lebih dihimpit kedhaifan. Moga dapat dijinak nafsu yang sentiasa ingin menang.

[+/-] Teruskan pembacaan...

Tuesday, October 14, 2008

Semarak Cinta Berpaksi Paksa

Helaan nafas terasa berat menekan pundak hati, sedang fikiran serabut dengan persoalan. Aku kah yang bersalah? Jika hati sudah menolak, mengapa perlu mengocak gelojak rasa? Atas dasar apa aku harus menggalasnya? Monolog dalaman di sudut hati yang sendu. Tatkala sukma bersalut nestapa, nafsu kian mendiri takhta di sebalik akal yang waras.

'Ahhhh... Tinggalkan saja rundung nestapa itu. Buat sahaja semahumu...' bisikan syaitan terasa mendesah kalbu.

'Jangan begitu, sahabat. Dia tanggunganmu, dirimu harapannya. Kau harus sedar kenyataan itu' meningkah bisikan suci dari fitrah roh manusia.

Antara derita dan bahagia, antara cinta dan nestapa. Leraian air mata menjadi pendamping setia.


'Oh Tuhan.. Haruskah aku berdepan dengan persimpangan ini?' kalbu merintih mengharap sejalur sinar mengintai di sebalik gundah.

Melihatnya saja hati jadi mual, mata terasa berpinar. Jika diri sudah membenci, mampukah ku turut takdir Ilahi? Tertulis sejak azali, aku diciptakan untuknya. Itu ketetapan dan itu pilihanku, dahulu. Ya, memang dia pilihanku, dahulu.

'Hati boleh berubah, bukan? Bukan salahku jika hati beralih arah' datang lagi bisikan jiwa.

'Semudah itu kau melepas tangan? Lalu menidakkan pilihanmu dahulu?'

'Bukan salahku bila hati sering berbolak. Itu hak hati ku..' jerit batinku lagi.

'Maka, kembalikan arah hatimu padanya' bisikan fitrah masih cuba memujuk.

'Tetapi bagaimana?'

'Kenali dia, dekati dia dan cintailah dia' pujuk lagi sang fitrah.

Aku menghela nafas lagi.

'Kenali dia?' menelan liur.

'Mampukah aku?' tingkah hati.

Istighfar menghembus gusar hati, itu harapanku. Lalu langkah ku hayun tertib, mendekati.

Terasa sebu di dada. Isi perut membuak-buak, seolah berebut ingin keluar. Aku menjauh.

'Aku tidak mampu...' rintih hati. Sayu mengakui kelemahan diri.

'Cuba lagi, jangan mudah menyerah di pertengahan' meningkah bisikan itu lagi.

'Jangan paksa aku. Aku berhak membuat keputusanku sendiri !!!!' jeritan batin yang pincang. Membentak.

'Paksa? Tiada siapa yang memaksa kau memilihnya dahulu. Itu pilihan kau dan tanggungjawab kau kini untuk menggalasnya'

Terasa hati melirih sendu, merenik mutiara di kelopak mata.

'Apa yang aku harus lakukan, Tuhan? Aku tidak mampu...'

Lalu Tuhan menjawab,

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya
(Al-Baqarah, 286)

Lamunanku tersentak. Takdir ini untukku kerna aku mampu berdepan dengannya, itu kata Tuhanku.

'Dari paksa timbul cinta, sahabat....' menjelma lagi bisikan itu.

Aku menapak lagi ke sisinya. Bebola mata bertaut, sekadar sepi mewarnai pertemuan bersejarah itu. Aku soroti pandanganku ke segenap inci dirinya. Redup memandang, menikmati keindahannya. Aku telusuri fitrahnya, menyingkap rahsia keunikannya. Terasa ada damai bertapak di hati, ada cinta merecup di sukma. Terasa getar bahagia.

'Ya, inilah rasa yang pernah ku nikmati dahulu, hampir terlupa aku nikmatnya cinta'

Cinta mengusir pergi gumpalan gundah yang bertingkah di jiwa. Aku terus ralit bersamanya. Menyingkap helaian waktu bersama lembaran kisah yang terbentang di depan mata. Tiap bait ayat aku perhalusi dengan bijaksana. Berteman akal dan iman, nafsu telahku ranapkan. Aku memandangnya penuh syahdu, mengharap simpati agar sempat membaiki diri. Tidak akan aku mengadapmu bersama hati yang sebal lagi, itu pendirianku.

'Aku cintakan kau' kataku sambil tangan terus menyelak helaian di hadapanku.

Terukir senyum sejak sekian lama hati membungkam. Terasa berat tanggungjawab yang digalas namun pabila ia beriring cinta, yakinlah, dunia akan jadi milik kita. Walau sebeban gunung dihimpit ke atas pundak ku, demi cinta, akan ku harung jua. Aku cintakan kau, ILMU.




Ini adalah tanggungjawab ana yang utama. Buku-buku ini lah yang terpaksa ana rebus untuk dihadam isinya....huhu... konon








Subjek Kimia Kordinatan nih dah abes blajar dan dah abes kuliah (minggu lepas) tapi sampai skang ana tak tau aper yg ana dah blajaq... sades btoii
Hari khamis nih nak test nih.. aduyaaaiiii....






Ini pulak tanggungjawab ke-2 penting,tesis. Hancor tesis maka hancor lah transkrip. Tesis ini memang menjadi beban amanah di bahu... huhu




































Ini pulak bahan yang perlu dihadam kerna minat dan jugak tanggungjawab sebagai khalifah. Waduh2... kok banyak sekali....







Ini pn sebab minat yang mendalam untuk berkongsi ilmu, menyampaikan peringatan dan pengajaran, berkongsi cerita suka duka sebagai hamba Allah, serta berenang di lautan maya yang sangat luas ini. Namun kesibukan mutakhir ini mengakibatkan ia sedikit berhabuk... hohoho
La ni dah lap habok dahh...hehe




Gambar nih diletakkan atas permintaan inche hafizadam... sekian...






[+/-] Teruskan pembacaan...

Sunday, October 12, 2008

Da'ie: TIDAK LAYAK MENGHUKUM

Bismillah...
Setiap mukmnin itu apabila terlafaz syahadah dari hatinya maka akan terbeban satu tugas di pundak, menyampaikan risalah Allah kepada seluruh umat. Memang itu lah selayaknya peranan kita sebagai hambanya. Sekalung tahniah buat mereka yang menggunakan segala sumber yang ada untuk berdakwah. Dunia internet tanpa sempadan waktu dan ruang ini turut menjadi wadah dalam penyebaran dakwah...


Dalam lautan maya yang amat luas ini, sudah tentunya kita akan bertemu pelbagai jenis 'ikan' yang mempunyai latar belakang yang berbeza, pemikiran yang berbeza, pembawakan yang beraneka ragam dan sebagainya. Adatlah jika wujudnya perbezaan, pertembungan antara dua atau lebih fahaman yang berbeza antara pihak-pihak tertentu. Pertembungan dari sudut ideologi adalah suatu yang lumrah. Unsur musyawarah, perbincangan ilmiah, tolak ansur dan pertukaran pendapat secara terbuka sering berlaku dan menimbulkan keterbukaan pemikiran yang lebih bersifat positif.

Namun apabila perbezaan, pertembungan, kecelaruaan dari sudut agama, satu isu yang ana kira sebagai isu sensitif,unsur negatif sering timbul sebelum perbincangan lanjut boleh dijalankan. Dewasa ini, ana terserempak dengan sebuah blog yang membincangkan tentang pandangan pemiliknya berkenaan agamanya, agama Islam. Berdasarkan pengamatan ana secara surface nya, penulis merupakan seorang muslim yang hanya pada nama tapi tidak pada iman. Kesimpulan ini adalah kesimpulan awal yang ana buat hanya berdasarkan sebuah artikelnya yang ditulis dan menimbulkan kontroversi di kalangan bloggers yang bertandang ke blog beliau. Sebagai seorang pelajar sains, habit kami untuk membuat kesimpulan awal (juga dikenali sebagai hipotesis) kemudian membuat eksperimen, meninjau data dan maklumat untuk mengesahkan kesimpulan awal sama ada kesimpulan tersebut betul mahupun tidak, boleh diterima mahupun tidak. Itu hukum membuat keputusan. Kemudian, baru lah boleh kita merangka tindakan lanjutan untuk kembali membetulkan keadaan.

Dalam proses membuat eksperimen, ana berusaha untuk mendalami setiap bait kata pemilik blog tersebut untuk cuba meninjau asas dan dasar pemikiran beliau. Untuk itu, ana turut menyarankan kepada beliau agar menulis artikel tentang pemikirannya tentang agama yang beliau anuti, pandangannya tentang Islam serta pengamalan nilai-nilai Islam dalam hidup beliau. Mungkin dari artikelnya maka kita akan dapat menyelami dasar pemikirannya seterusnya merengka gerak keja dakwah yang sesuai dan bertepatan dengan cara beliau berfikir, taraf ilmunya dan latar belakangnya. Itu perancangan hati ana. Namun, tindakan tidak wajar beberapa manusia yang campur tangan telah merosakkan planning ana sekaligus melenyapkan peluang berdakwah kepada sesiapa pun.

'Ko ni dah sesat'
'Ko nih Islam pada nama jek. Masuk neraka lah ko...'
'Hooiii... berani ko permainkan agama aku. Ko ingat ko nih bagus sangat?'
'Sudah batal syahadah saudara. Baik mengucap balik. Memalukan Islam jek'

Itulah antara feedback yang beliau dapat hasil penulisannya yang kontroversi. Ini kah akhlak seorang da'ie? Memng tidaklah semua da'ie berbuat demikian namun yang segelintir itulah yang memberi kesan yang besar dan tanggapan yang buruk orang awam terhadap masyarakat 'pendakwah'. Seorang da'ie ialah seorang penyampai ilmu, penyampai risalah dari Allah, mesej dari Allah kepada umat manusia... Itulah selayaknya kerja sebagai khalifah.


Menyampaikan ilmu pengetahuan bukanlah satu tugas mudah. Sebelum ilmu disampaikan, da'ie perlu mengkaji latar belakang masyarakat atau individu yang ingin disampaikan ilmu itu, pengetahuan sedia adanya, cara pemikirannya, apa yang terbuku di hatinya....
Perkara2 tersebut boleh diketahui melalui komentar dan perbincangan yang panjang...
Namun ada sesetengah da'ie yang cepat melatah apabila baru diprovok, terus menghukum sesat, bidaah, batal syahadah, masuk neraka dan sebagainya. Maka mereka yang dihukum itu akan berasa patah hati dan tidak berminat utnuk perbincangan lanjut dengan da'ie tersebut malah terus membina satu mindset negatif tentang da'ie. NYatakan kepada ana, anak murid mana yang nak duduk dengar ceramah gurunya jika hati sudah 'panas' dengan kata-kata guru?


Hanya kerna kejahilan yang sedikit, sabar yang sedkit tidak dibendung itu, kita menutup pintu2 hati mereka ini dari menerima cahaya. Salah siapa jika kita katakan mereka tidak menerima hujah dan sarana kita, wahai para da'ie?

Tugas penyampai ilmu ialah menyampaikan sehingga ilmu itu benar2 sampai, bukan menghukum...
Tugas menghukum ialah tugas Pengetua iaitu Allah... Tuhan sekalian alam. Kerna apa? Kerna kita tak tau mungkin satu hari nanti Allah berikan hidayah buat hambaNya yang kita pandang bersalah itu, dan kita yang mendukung syariat nih, belum tentu berdepan dengan pengakhiran yang baik... Semoga Allah meredhai kita semua... Ameen..



[+/-] Teruskan pembacaan...

Friday, September 19, 2008

Kuantiti Vs Kualiti

Peluh yang merenik di dahi terus diseka perlahan. Kepenatan yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Bersama sebuah beg balik kampung di sisi dan sebuah beg komputer riba yang tergantung di bahu, cukup sukar rasanya meneruskan perjalanan. Langkah kaki yang longlai diteruskan jua bersama sisa semangat yang hanya bertongkat kesabaran. Perjalanan dari Teluk Intan ke Tanjung Malim tidak lah begitu meletihkan sebenarnya namun, apabila kudrat tak seberapa dikerah bekerja di bulan penuh mulia ini, terasa dugaan kian menghenyak pecahan kepingan sabar. Sebaik kaki melangkah di muka pintu sebuah bas,

Pakcik, ke Bidor berapa ye?
sekadar bertanya untuk menghebus pergi lelah sementara.
Rm4.40
jawabnya tanpa secalit senyum.

Terkedu. Terkesima. Namun tangan tangkas menyerahkan jumlah yang ditetapkan tadi sedang fikiran ligat berputar memikirkan sesuatu.

Kalau tak silap aku, masa aku balik kampung 4 hari lepas, harga masih Rm3.40. Bila masa pula boleh naik RM1 nih?
desisku kehairanan.

Sedang leka memerhati hiruk-pikuk jalinan jalan raya di jendela, mata tercantap pada sesuatu di hadapan bas.
Apa yang mampu aku lakukan? Sekadar menggeleng lemah. Bila mana harga minyak dunia meningkat, semua benda pakat naik sama. Bila harga minyak turun, tak turun-turun pulak kos sara hidup. Beginikah?

Bila sebut tentang harga, alasan yang diberi cukup mudah; kos penyelenggaraan semakin tinggi... Bukan menafi kuasa peniaga dan bukan juga berniat menutup periuk nasi mereka. Terlalu asyik memikir tentang harga, kuantiti, sesetengah mereka lupa tentang kualiti. Jika harga perkhidmatan meningkat sejajar dengan kualiti perkhidmatan, tidaklah terasa sangat bahang yang mencetus di dada. Realitinya, harga tetap melambung naik sedangkan kualiti pula sebaliknya. Apa yang lebih menyedihkan, sesetengahnya tidak langsung memikirkan aspek kualiti dan menyebabkan kualiti tersebut terus merudum.

Mata yang melilau di sekitar jalan raya beralih tempat. Kini, permandangan dalam bas pula bakal diadili. Sampah sarap pencemar mata bersepah. Bungkusan choki choki menyemak pandangan. Nun di sana, sebuah bangku bersama kakinya yang patah masih ada hayatnya di dalam bas ini.

Kerusi yang telah patah kakinya. Baru sebentar tadi digunkan oleh seorang kanak-kanak sekolah.


Menggeleng lagi. Suasana yang kurang kondusif bersama pekerja yang langsung tidak mesra alam kian menyesakkan perasaanku. Bertambah lemah rasanya semangat juang yang hanya tinggal serpihnya sahaja. Dalam suasana yang tidak begitu menyelesakan, pandanganku terarah pada sesuatu.











Tahukah kalian apa itu? Di manakah letaknya ’benda’ itu? Kedudukannya langsung tidak mesra pengguna. Brek manual itu terletak di bumbung bas, amat tidak strategik lokasinya.



Sedang asyik menilai, berbondong-bondong budak sekolah naik dan melintas di hadapanku. Aku tersengeh sendiri kerna dapat mengagak pemandangan yang bakal terbentang di hadapanku.

Memang tepat tekaanku.


Pelajar sekolah rendah yang terpaksa memanjat tingkap bas untuk menekan loceng kerna tak sampai

Telah aku katakan, ia tidak mesra pengguna. Bukan tidak berniat untuk membantu namun faham-faham saja lah, ketinggianku ini bukannya boleh di harap sangat pun. Aku juga bakal menghadapi masalah yang sama jika memang perlu untuk aku berbuat demikian. Untung sahaja aku ingin turun di stesen terakhir. Jika tidak, tentu kerusi yang aku duduki ini bakal menjadi mangsa pijak kakiku. Nasib kau baik, encik kerusi.

[+/-] Teruskan pembacaan...

Saturday, September 13, 2008

Tag Paling Comel

Tag paling comel

Selalunya orang tag kena jawab soklan yang panjang2, yang lenguh jari nak taip. Tapi la nih comel jek. Cam biase, kena tag org gak. Tapi nak tag ramei2....
Tapi dia kata 5 org jek. (dia tuh ialah muslimin setati)

so, yg ana nak tag...

- Hafizadam
- Inche Lysam
- Seekerz
- NessaSyahirah
- IbnRashidi

so, letak pict di atas dlm blog anda semua dan terusnya, tag lagi 5 org. Yg tersenarai, sila jangan mengelak... hehe

[+/-] Teruskan pembacaan...

Friday, September 12, 2008

BUKAN TAK BOLEH KETAWA

Bukan Tak Boleh Ketawa
Ketawalah berpada-pada. Adakah kita lupa?
Para mujahideen lebih banyak tangisnya.

::(

Bukan Tak Boleh Ketawa
Ketawalah yang hanya pada tempatnya.
Jangan ketawa sehingga zikir sering dilupa.


Bukan Tak Boleh Ketawa
Ketawalah pada tepat waktunya.
Bukan ketawa tidak mengira masa.
Adakah kita lupa?
Malaikat maut sentiasa menjengah muka.

Bukan Tak Boleh Ketawa
Ketawalah dalam sederhananya.
Adakah kita lupa?
Hati yang mati puncanya banyak ketawa.

Bukan Tak Boleh Ketawa
Ketawalah untuk kesejahteraan semata.
Terlebih ketawa, akhirat kian dilupa.


Nasihat Nabi Khidir kepada Nabi Musa;
Ya Musa, jangan banyak bicara dan jangan berjalan tanpa kepentingan dan jangan tertawa tanpa sesuatu yang mentertawakan dan jangan menempelak orang yang salah dengan dosa kesalahannya dan menangislah atas dosa-dosamu sendiri, hai putera Imran.

Hendaklah kamu sedikit ketawa dan banyak menangis setelah menerima pembalasan dari amal perbuatan mereka.

Al-Hassan Basri;
Sungguh ajaib seseorang dapat tertawa pada hal yang dibelakangnya ada API NERAKA dan orang yang bersuka-suka sedang dibelakangnya MAUT.

Ibn Abbas r.a;
Siapa yang tertawa ketika berbuat dosa maka ia akan menangis ketika akan masuk NERAKA. Orang yang lebih banyak tertawa di dunia merekalah yang lebih banyak menangis di akhirat dan orang yang banyak menangis di dunia, merekalah yang banyak tertawa di akhirat.

Jaafar Bin Auf dari Mas’ud dari Auf Bin Abdullah berkata;
Biasa Nabi Muhammad s.a.w tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak menoleh kecuali dengan wajahnya (yakni tidak suka melerek)



Sungguh...
Memang terdapat sekumpulan manusia yang asyik tertawa, pagi bawa ke petang, siang bawa ke malam. Bangun sahur, tertawa. Berbuka, sambil tertawa. Supper selepas terawikh, turut tertawa. Asyik sangat bergembira, adakah pasti akhirat nanti nasib kita bagaimana?


Bangun sebelum subuh, tertawa lagi. Tidak terfikirkah kita? Ada manusia yang mendambakan ketenangan untuk bermunajat.

Waktu berbuka, tertawa. Tidak terfikirkah kita? Ada manusia yang perlukan ketenangan tanda syukur, puasanya terlaksana.

Selepas terawikh, tertawa lagi.
Terlupakah kita? Ada manusia sudah sedia di tempat peraduannya untuk melelap mata bersama niat untuk Qiam keesokan harinya.


Tertawa lagi. Adakah kita pasti? Puasa di siang harinya bukan sekadar lapar dan dahaga semata?



Maka mari berfikir;
Untuk apa kita tertawa?
Sebanyak mana kita tertawa?
Atas kebaikan apa kita tertawa?


Tiga macam perkara yang dapat mengeraskan hati;
- Tertawa tanpa sesuatu yang mentertawakan
- Makan tanpa rasa lapar
- Bicara yang tidak penting


Cukuplah sekadar senyum yang bisa menjadi penawar nestapa berbanding tertawa yang bisa merobek jiwa....


Wallahu’alam

[+/-] Teruskan pembacaan...