Teman Bicara

Thursday, August 27, 2009

Kryptonite : Melemahkan kuasa iman?

Kryptonite merupakan serpihan dari pecahan batuan meteor yang menghentam bumi bersama-sama watak superman, Clark Kent dalam movie Smallville. Batuan hijau yang bercahaya ini merupakan sebahagian dari diri Clark, asalnya dari planet Krypton yang mengalami doomsday (letupan dasyat yang menghancurkan seluruh planet) dan menyebabkan Clark tercampak ke bumi, bersama serpihan meteor planet tersebut. Kewujudan hubungan dalaman antara Clark Kent (yang pada awalnya adalah manusia super penuh kelebihan dan kuasa) dengan kryptonite, menyebabkan beliau menjadi selemah-lemahnya apabila berhadapan dengan batu ajaib tersebut. Daya tahannya terhadap gempuran dugaan, kelajuan yang melepasi batas ruang, serta kekuatan tidak terbatas, merupakan ikon manusia super ini. Namun apabila berdepan dengan kryptonite, tidak mampu beliau bergerak walau selangkah. Kryptonite merupakan kelemahannya yang paling ketara.



Perkaitan Kryptonite dan iman






Apabila seorang muslimin mempunyai perkaitan emosi dengan seseorang, si istimewa itu bakal menjadi kryptonite baginya. Secara general, seorang ibu adalah kryptonite kepada seorang anak lelaki, seorang isteri adalah kryptonite bagi seorang suami. Apabila seorang muslimin telah tekad dengan keputusannya berdasarkan timbangan ilmu dan penglaman, kryptonite mempunyai pengaruh besar untuknya goyah dengan keputusan yang telah dibuat malah, boleh menyebabkan muslimin tersebut mengubah keputusan 180 degree. Seorang muslimin yang perkasa iman, minda, kapasiti serta ilmunya tetap tidak mampu untuk bertahan dari pengaruh kryptonite nya jika tidak diselenggara dengan baik. Pegangannya bakal dilemahkan oleh hubungan perasaan yang wujud. Semakin kuat ikatan perasaan tersebut, semakin besar pengaruh kryptonite tersebut ke atasnya.


'Nafsu di dalam diri seorang muslimin umpama api yang berdiam di dalam batu. Berdiam ia di sana, aman tersembunyi. Jangan sekali ia digeser, atau bakal membakar hangus dengan marak'


Bagi muslimin yang berjihad untuk menjaga iman, amal dan hatinya, beliau bertindak untuk menjauhi kryptonite nya. Semakin kuat hubungan emosi dan batiniah antaranya dengan kryptonite tersebut, semakin pula ia merasa perlu untuk beralih jauh. Namun, perlukah berbuat demikian? Tidak berkata-kata dengan cara lemah gemalai, bukan bermakna perlu untuk bereaksi seperti warden penjara. Jika kryptonite itu seketul batu pecahan meteor maka, jika ia hancur, tidak lah ia memberi impak langsung. Namun jika kryptonite tersebut punya sekeping hati yang baru ingin berbunga kembang, gusar jika ia retak lalu yang tinggal hanya kudup. Terkatup langsung.


Bijaksanalah dalam mengatur langkah dan laku. Semoga para muslimin di luar sana selamat dari fitnah dunia, juga para muslimah tidak menjadi punca fitnah. Allah, selamatkanlah masyarakat madani kami...









Lyrics | Kryptonite lyrics



p/s: Tak suka pun nak tengok citer neh. Lembab dan menjengkelkan... hahaha.... Maaf ya, peminat-peminat cerita Smallvlle... ^^

[+/-] Teruskan pembacaan...

Kasih yang Bermusim

Saja nak berkongsi lagu ini. Indah dan mengasyikkan namun, disebaliknya ialah kepiluan yang tidak tertanggung. Teliti lah dua rangkap terakhir lagu ini, di situ terletak intipati keseluruhannya.(click pada 'play full song here'. Atau, kalau malas bleh tgk video yang ana sertakan. Sebenarnya, tak nak letak sekali video neh sebab mum dia sexy sangat. seksa mata menengok Tapi, diletakkan juga bagi mereka-mereka yang kurang rajin atau malas nak bukak imeem.bagi yang nak jaga mata dan pahala pose, sila lah rajinkan diri click pada imeem itu ya... ^^)





My Mum is Amazing - Zain Bikha








My Mum is Amazing
By : Zain Bhikha
By: (Naadira Alli, Zain Bhikha & Linda Gcwensa)


She wakes up early in the morning with a smile
And she holds my head up high
Don’t you ever let anybody put you down
Cos you are my little angel

Then she makes something warm for me to drink
Cos it’s cold out there, she thinks
Then she walks me to school, Yes I aint no fool
I just think my Mom is amazing

BRIDGE/CHORUS
She makes me feel
Like I can do anything
and when she’s with me
there’s no where else, I’d rather be…

After School, she’s waiting by the gate
I’m so happy that I just can’t wait
To get home to tell her how my day went
And eat the yummy food, only my Mom makes

Then I wind her up cos I don’t wanna bath
And we run around the house with a laugh
No matter what I say, she gets her way
I think my Mom is amazing

BRIDGE/CHORUS

In the evening, she tucks me into bed
And I wrap my arms around her head
Then she tells me a tale of a girl far away
Who one day became a princess

I‘m so happy, I don’t want her to leave
So she lies in bed with me
As I close my eyes, how lucky am I
To have a Mom that’s so amazing

BRIDGE/CHORUS

Then I wake up in the morning, she’s not there
And I realize she never was
And I’m still here in this lonely orphanage
With so many just like me

And as my dreams begin to fade
I try hard to look forward to my day
But there’s a pain in my heart that’s a craving
How I wish I had a Mom that’s amazing
Would be amazing




Bulan penuh barokah ini, para anak yatim sering menjadi perhatian masyarakat. Keperluan mereka dipenuhi secukupnya. Namun, hanya setakat itu. Bulan-bulan yang lainnya, mereka diabaikan. Inikah sikap masyarakat kita? Mereka hanya dijadikan sebagai batu loncatan untuk mendapat faedah bagi diri sendiri. Bersedekah, berbuat baik dengan anak-anak yatim hanya sekadar untuk menerima ganjaran pahala, seterusnya menempah tempat di syurga kononnya, bukannya kerna kasih atas ukhwah sesama saudara seagama... Kerna itu lah, kasih buat mereka adalah bermusim sifatnya. Apakah?

p/s: Ini adalah post percubaan meletakkan imeem... ^^
Menuntut ilmu, kena amal terus, kan?... ^^

[+/-] Teruskan pembacaan...

Monday, August 24, 2009

Istiqomahkan Tarbiyah Islami

Sepanjang sesi konvokesyen, juga waktu kembali ke Tanjung Malim untuk memulangkan jubah, ana berhasrat melepaskan rindu yang tidak tertanggung kepada kolej tercinta. Suasana yang terpelihara, dengan alunan zikir munajat serta ayat Quran yang sentiasa berkunjung tiba, bisa mententeramkan hati yang kadang terpesong dari landasan. Sepak terajang dunia luar yang menggila membuat ana kian menghargai detik-detik lepas sebagai pelajar.


Seawal jam 5.30 pagi, bunyi tahrim dari pembesar suara surau Al-Falah bergema. Jika ana terlajak tidur dan lupa mengunci jam, ana tidak khuatir langsung. Yakin, tahrim yang cukup kuat itu mampu menggerakkan seluruh urat sendi untuk beribadah. Terkadang bangun seawal 4.30 pagi atas urusan tertentu, tahrim menjadi halwa telinga untk kekal bertenaga. Suasana sepertiga malam yang kaku, sejuk, sunyi. Dengan seluruh makhluk yang mash lena bermimpi, gema tahrim yang maha hebat mampu menggetarkan hati-hati yang berjaga demi Tuhannya. Alangkah rindunya. Menetap di Kolej Za'ba merupakan salah satu memori yang paling indah dalam hidup ana. Solat lima waktu, yang sentiasa bergema laungan azan. Malah, pernah juga laungan azan subuh dibuat sebanyak dua kali, untuk beberapa waktu. Gema azan yang pertama, bertujuan untuk mengejutkan urat-urat bersimpul yang enak berselimut. Laungan ke dua, menandakan masuk waktu subuh.


Ana juga merindui alunan zikir munajat, mahupun nasyid-nasyid yang dipasang di hujung minggu, tika fajar saddiq menyinsing. Terkadang ia juga dipasang ketika program-program islami sedang berlangsung. Oh, hati sedang merindu. Sentiasa ana ternanti-nanti laungan azan yang mengasyikkan. Menarik hati-hati untuk berkumpul dan berpadu, memegang panji kebenaran dan menyahut jihad fisabilillah. Lalu, berduyun-duyun manusia keluar dari pembaringan, menuju Allah. Alunan suara zikir kanak-kanak yang sering diputarkan sebelum waktu mahgrib melangkah, sering mengiringi langkah ana menuju Al-Falah. Aduh, rindu nya. Jika pun kaki tidak melangkah, akan ana nikmatinya dari beranda rumah. Ya, betapa ramai penghuni kolej yang kelihatan bersidai di tingkap-tingkap bilik, pintu rumah, mahupun di anjungan untuk menikmati kesyahduan ayat-ayat Allah. Kemudian, beriktiqaf untuk menadah ilmu dari khalifah-khalifah yang dipilih Allah. Para ustaz mengambil giliran untuk menyampaikan tazkirah di Al-Falah. Jika tiada sesi tazkirah, tadarus pula mengambil tempat. Bersama sahabat-sahabat sefikrah, sambil saling memberi kekuatan untuk beramar makruf nahi mungkar.


Pabila Ramadhan menjelang, pesta ibadah dirai bersama. Saling bersedekah, serta berbuka dengan penuh berkah. Sederhana, tapi penuh makna. Bersama teman-teman, sirna kepenatan berpuasa sehari suntuk. Solat terawikh berjemaah, menjadi agenda utama dalam bulan mulia. Keasyikan bacaan syeikh UPSI, membawa hati ini terawang ke atas, berterbangan bebas antara langit dunia dan langit syurga. Sunggu mempesona. Tadarus di bulan Ramadhan, merupakan kesempatan yang wajib direbut. Sambil menambah pahala berteleku di hadapan QalamNya, boleh juga menambah ilmu tajwid hasil musyawarah dengan sahabat dan naqibah. Oh, rindunya. Kemudian, pulang bersama moreh yang disediakan oleh mereka-mereka yang galak memburu redhaNya, terutama di bulan pernuh barakah ini.


Kelebihan Kolej Aminuddin Baki yang diteraju oleh Encik Zul, majlis ilmu menjadi rutin yang wajib. Sering ana menumpang di program mereka, sedangkan ana ini anak buah Kolej Za'ba. Alhamdulliah, sahabat-sahabat JMK KAB kebanyakannya ialah kawan rapat, sentiasa update tentang perjalanan program di sana. Terima kasih kepada yang memahami pemburuan ilmu ini. Keadaan di Kampus Sultan Azlan Shah yang well secure, menjadi salah satu wadah yang sesuai untuk mentarbiyah diri. Perkukuhkan nilai islami sementara masih terpelihara dari dunia luar yang menggila. Tatkala iktikad, jiwa, dan tekad pada agamanya sudah utuh, pemahaman 'Mengapa aku memeluk agama Islam' suda kukuh, pergilah kamu berjuang di luar sana.


Adik-adik kesayangan Allah sekalian ... Lengkapkan dirimu dengan pemahaman agama yang secukupnya. Kukuhkan hatimu pada addin ini, sebelum melangkah keluar sana. Kamu ingin berperang? Silakan.... Perlengkapkan dahulu dirimu dengan senjata, ilmu, strategi perang dan, pemikiran yang kritis. Kemudian, pergilah kamu mengangkat pedang. Jangan kamu berperang dengan pedang yang tumpul, ilmu yang cetek, pengalaman dan strategi yang dangkal. Kelak kau mati percuma di medan perang.


Ketika ana kembali ke Kampus Sultan azlan Shah baru-baru ini, ana sedikit terkilan dengan fenomena baru. Lenyap. Hancur. Sedih hati ini. Rindu yang membungkam tidak terlerai. Tiada tahrim sebelum subuh, tiada suara kanak-kanak yang mengalunkan zikir munajat. Mahupun alunan nasyid yang mengasyikkan. Gema azan juga sudah tidak segah dahulu, sayup menongkah arus hedonisme yang menggila. oh, apakah? Speaker rosak? Mungkin. Atau orang atasan menekan manusia di bawah? Mungkin juga. Atau kemungkinan ia kebetulan berlaku hanya waktu ana bermusafir di sana? Boleh jadi juga. Ana mengatur langkah ke surau Al-Falah, 5 minit sebelum masuk waktu maghrib. Sayu, tiada alunan zikir yang mengiringi langkah ana ke sana. Setibanya di surau yang dirindui, gelap gelita. Sinar cahaya bagai malu ingin menjengah. Jika ingin diturut hati yang galau, ingin saja melangkah ke bahagian muslimin untuk memasang lampu, menyelak langsir dan membentang sejadah. Aduh, apa yang terjadi ni? Ana hanya mampu berteleku, menunggu waktu berlalu sambil berfikir. Sayu. Dua minit sebelum maghrib, terdengar suara muslimin di sebalik tabir. Alunan ayat suciNya bergema. Namun, sebentar cuma. Maghrib menjengah, langsung ia dimatikan. Azan maghrib mengambil tempat. Oh, bertambah sedih. I'tiqaf. Tiada tazkirah, tiada tadarus. Aduh~


Kesempatan yang ada, ana rebut. Ana berdepan dengan Presiden Rakan Surau, untuk menyuarakan fenomena yang tidak sepatutnya berlaku. Alhamdulillah, beliau memahami tanggungjawabnya. Mungkin beliau menggalas beberapa tanggungjawab yang tersangat berat, ada perkara yang beliau terlepas pandang. Janjinya, akan beliau perbaiki dan ana berpegang kepada kata-kata itu. Ana akan kembali, berharap rindu ini dapat dileraikan kelak. InsyaAllah, in Allah will. Moga tarbiyah islami itu tetap istiqomah sepanjang zaman.


Wahai adik-adik kesayangan Allah... akak memahami akan tanggungjawb yang tergalas di bahumu. Pemburuan ilmu, menelaah buku, penysunan program persatuan dan sebagainya. Namun, jangan lah sesekali kau lupa perkara paling asas, yang perlu kau selesaikan. Suburkan tarbiyah islami di sana, sementara kau masih punya peluang untuk berkhidmat di jalanNya. Akak sentiasa menyokongmu, selagi kau berada di landasan kebenaran, selagi kau bekerja untukNya. Siapa lagi yang boleh kau harap untuk menegakkan syiarNya di sana? Kau lah yang perlu menggalas tanggungjawab itu... Amin, Nawwar, Fathi. Akak mengharapkan kamu, dan angkatan tentera kamu. Akak tak sempat menjalin ukhwah dengan sahabat-sahabat junior yang lain makanya, kamulah yang akak lihat, berpotensi menyebarkan syiarNya di Kampus Sultan Azlan Shah. Ayuh, gerakkan bala tenteramu untuk bekerja... Bangunlah, wahai insan-insan yang dipilih Allah.



Yang benar,
permerhati senyap yang sentiasa berfikir

[+/-] Teruskan pembacaan...

Tuesday, August 18, 2009

Diskusi Ilmiah di UPSI

Diskusi ilmiah yang ditunggu-tunggu. Harap sangat dapat menyertainya tanpa halangan waktu.







Diskusi Filem Laskar Pelangi

Tarikh : 19 Ogos 2009 (Rabu)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Bilik Seminar Bitarasiswa UPSI

Ahli Penel :
1. Prof. Dr. Abu Hassan Hasbullah (Pensyarah Jabatan Media UM)
2. Prof. Dr. Zakaria Mohd Ali (Pensyarah Jabatan Seni, FSM UPSI)
Moderator :
Saudara Fakhrudin Sulaiman (Pelajar UPSI)

Semua dijemput hadir. MAKANAN dan CABUTAN BERTUAH menanti anda!


Aiseh~

Makanan dan cabutan bertuah pon perlu disebut, untuk menarik pelajar berdiskusi tentang ilmu. Kesiannya budaya intelektual di UPSI... huhu
(iklan ini di copy dan paste dari belog ini)

[+/-] Teruskan pembacaan...

Tenunglah rumput di bawah

Ana rancak bercerita dengan sahabat di sebelah, Nazihah. Perihal konvokesyen kami menjadi topik utama. Suasana yang ceria, penuh gelak tawa dan tepuk tampar. Afif di belakang hanya mampu tersenyum, menggeleng kepala. Perjalanan pulang ke Teluk Intan (nazihah drive, ana jadi co-pilot saja) membawa seribu satu kenangan manis bersama. Hilai tawa terhenti, telefon berdering minta diberi perhatian.


'Salam, kak zihah. Safwan dalam perjalanan ke rumah. Baru dengar berita, rumah hangus dijilat api. Doakan safwan tabah, kak'


Masej yang berbaur duka. Moga dikuatkan semangat adik safwan, berdepan ujian yang bertimpa-timpa. Allah cintakan kamu, dik. Mata nazihah bergenang, sedang ana hanya mampu beristighfar. Cuma desah nafas yang terdengar. Sunyi. Pasrah dengan aturan qada'Nya.


Terasa ingin terbang, segera sampai di sana. Menghulur bantuan jasmani dan emosi. Berat ujian ini bagi safwan, salah seorang anak yatim di Darussakinah. Kehidupan yang mengajarnya erti berdikari. Menggalas tanggungjawab sebagai imam dalam usia yang masih hijau. Damainya safwan menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar di USIM, terkejut mendengar perkhabaran yang menguji ketabahannya. Safwan nekad bertolak dari USIM ke Teluk Intan menaiki motosikal, dengan para sahabat yang berkonvoi menaiki kereta.


Setibanya kami di Teluk Intan, kami sempat menyinggah di Darussakinah. Kendian, langsung ke rumah safwan untuk melihat-lihat keadaan rumahnya. Ini, beberapa koleksi gambar tentang keadaan di sana:




Hujan lebat, kilat sabung-menyabung. Tanpa disedari, panahan petir menyambar pokok yang terletak di sisi rumah, yang dipercayai menjadi punca kebakaran. Bermula dari sekelompok pokok, api semakin marak dan menyambar bahagian dapur rumah. Di situ terletaknya peti ais dan motor kapcai comel.

Gambar 1- Pokok yang disambar petir. Lokasi pertama kebakaran.
Gambar 2- Peti ais yang menyebabkan api semakin menggila walau kehujanan. Di atasnya itu, mungkin microwave.
Gambar 3- Motor kesayangan yang hanya tinggal rangka. Petrol boleh menyebabkan letupan maha dasyat.





'Di sinlah bilik air kami, dahulu' hiba saja.




Kesan yang tinggal selepas kebakaran. Habis terbakar semua. Namun, tidak terdapat sebarang kecederangan mahupun kemalangan jiwa. Penghuninya berada di rumah sebelah, iaitu rumah kakak safwan. Tiada sebarang harta mahupun barangan personal yang sempat untuk diselamatkan.

Sebaik tiba di tempat kejadian, ana berbual dengan ibu safwan, sebagai huluran bantuan emosi untuk meredakan hati yang rawan. Wajahnya disalut pilu. Bergenang namun tidak tertumpah air mata. Pasrah dan redha. Beliau bercerita tentang pinggan mangkuknya, katil, serta barang penting yang hangus dimamah api. Simpati. Ana faham, beliau cuba menzahirkan kesedihan. Tangan ana menggosok-gosok bahunya, tanda sokongan moral.


Wajah insan tabah yang diuji ALlah. Safwan dan ibunya, masih mampu tersenyum.

Majlis Perwakilan Pelajar USIM yang berkonvoi bersama Safwan. Mereka menyampaikan sumbangan buat keluarga tabah ini.


Sebarang sumbangan beropa keperluan harian boleh lah diserahkan melalui Rumah Anak Yatim Darussakinah, Chenderong Balai. Rumah anak-anak yatim ini adalah kelolaan Ustaz Haji Sulaiman Bin Hashim dan keluarga. Semoga beliau sekeluarga digolongkan dalam golongan insan yang mendapat keredhaan Allah, dan mampu menempah tempat di sisi-Nya kerna menyayangi anak-anak yatim ini.


Yayasan Anak Yatim Darussakinah
Lot 2272, Parit 1,
Jalan Bostam,
Kampong Belt Chenderong Balai,
36600 Teluk Intan, Perak.

Sebarang sumbangan berupa wang kepada rumah anak yatim ini boleh disalurkan melalui akaun bank Islam, 08_031 0200 18054. Daftar no 113.

Sumbangan buat Safawan, sebaiknya dimaklumkan kepada Ustaz untuk diasingkan dengan wang anak yatim. Ustaz boleh dihubungi melalui nombor : 019-5781955


Ada tikanya kita terlupa untuk mensyukuri nikmat hidup ini. Maka, tenunglah rumput di bawah. Agar kita tahu, betapa ramai manusia yang lebih mensyukuri nikmat Allah walaupun terhad. Berbanding kita, gagal mempamer syukur sedangkan nikmatnya berlipat ganda.


Semoga ALlah merahmati dan meredhai mereka.Sebelum berangkat pulang, ibu safwan memeluk erat dan mencium pipi ana. Itu tanda penghargaannya kerna keprihatinan kami. Jelas, sokongan emosi amat mereka perlukan. Buat keluarga mangsa, semoga terus tabah. Allah sayang kalian.... :puppyeyes:

[+/-] Teruskan pembacaan...

Sunday, August 16, 2009

Wajah-wajah Graduan

14 Ogos 2009 - Rasmi sudah ana sebagai graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi Istiadat Konvokesyen ke-11 sesi ke-2 tahun 2009. Bergelar graduan muda dan belum berkahwen kelulusan Ijazah Sarjana Muda jurusan Sains (kimia) dan Pendidikan. Graduan ini telah mempunyai tiket untuk menempah tempat dalam sistem pendidikan negara sebagai seorang pendidik yang menggalas tanggungjawab yang maha hebat, memanusiakan manusia.


Tugas seorang pendidik bukanlah tugas yang mudah. Setiap hari akan berdepan dengan cabaran baru. Manusia yang berlainan ragam, dilayan mengikut keperluan masing-masing. Khuatir jika bahu ini tak mampu menopang beban yang kian bertapuk. Ana kongsikan koleksi memori sepanjang istiadat konvokesyen tersebut :




Bunga ini adalah milik orang, pinjam untuk bergambar. Sian, kan? Muahahahaha...... ^^





Perarakan Istiadat Konvokesyen ke-11, siri ke-2. Kesian graduan sesi petang yang kehujanan. Perarakan akademik tidak dapat dilangsungkan. Ada hikmahnya ya, sahabat-sahabat... ^^



Pintu masuk ke dewan. Penuh dengan bunga-bunga ~ngeeee



Nak jugak letak gambar pakai jubah.... Boleh lah~
Terpaksa mencacatkan gambar... hoho~




Sahabat duania akhirat. Mengapa? Ana sering menjadi rujukannya, begitu juga dia yang menjadi rujukan ana. Yang paling sedih, ana tidak sempat merakam memori ini dengan kesemua sahabat.



Insan yang sering munajat dan berendam air mata untuk melihat ana memakai jubah konvo.








Orang lain punya konvo, dia lak yang enjoy lebih-lebih ~Ahaks. Tunggu 5 tahun lagik lah, merasa yang sendiri punya... ^^



Bakal konvo Politeknik Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim. Berhasrat menyambung di UPSI, InsyaAllah....
Cikgu jugak... Aihhh~



Mana pula lah arah tujunya dia nie.... ^^

[+/-] Teruskan pembacaan...

Wednesday, August 12, 2009

Kontroversi di UPSI

Pesta Konvokesyen ke-11 di UPSI.... Tentunya ia adalah pesta yang paling meriah di antara yang lain, mengapa? Sebab ini pesta konvo ana.... muahahaha..... Gurau sket jek. Pesta konvo ini adalah rentetan ke-11 dalam sejarah UPSI sebagai sebuah institusi pendidikan yang berteraskan aliran pendidikan sepenuhnya. Ya, di sini, daya intelektual dibina kononnya di kalangan para pelajar dengan harapan bakal-bakal graduat ini mampu menyambung misi untuk menyemai nilai intelektual dalam masyarakat.



Ucapan NC bergema, mengalu-alukan pembukaan pesta konvo kali yang ke-11 di UPSI. Selesai upacara perasmian, majlis diteruskan dengan persembahan yang julung-julung kalinya diadakan di UPSI, konsert hiburan. Tatkala Jaclyn Victor menyambut mic yang diserahkan kepadanya, serentak dengan itu, sekumpulan pelajar di barisan hadapan berdiri. Mengikut telahan, mungkin ingin memberi sembah hormat. Meleset. Bangun dan berlalu. Berdesir pergi, bagai angin lalu. Lenyap sekelip mata. Saat itu juga, beberapa barisan hadapan yang sesak dengan tubuh-tubuh manusia, menjadi kosong dan lengang. Jac dengan wajah terkejutnya, meminta penonton yang lain tampil untuk memenuhkan barisan yang baru sahaja dikosongkan oleh pejuang-pejuang yang berani. Penangan suara mahasiswa, a non-verbal action. Itulah bantahan senyap terhadap konsert yang bertuhankan budaya berhibur. Tindakan berani, penuh kontroversi. Mengapa? Perlukah sedrastik itu tindakannya?


Maka, jawapannya...... SANGAT-SANGAT PERLU


Lebih sedekad usia UPSI, tidak malukah menganjurkan program picisan seumpama itu? Konsert yang tidak punya sebarang nilai sosial, apatah lagi terjemahan intelektual. Masalah ini bukan satu problem personal malah, ia urusan sejagat. Hampir kesemua institusi pengajian sedang di dodoikan dengan alunan ritma hedonisme, lalu hanyut terbuai bersama arusnya. Maka, mahasiswa-mahasiswa ini terpanggil untuk bersuara, dengan mulut yang terkatup....


Apa? Tidak bolehkah duduk berbincang secara bersemuka? Berunding di meja segi empat, duduk di kerusi empuk, dan kita capai kata sepakat..... Persampahkan itu semua. Bertahun lamanya perjuangan ini dipandang sepi.... Dihantar pesanan suara (iaitu patisyen) melalui peringkat-peringkat yang perlu, tersekat di tengah jalan kerna karenah birokrasi. Malah, bertimbun saja kertas kerja yang dipandang enteng, disekat untuk disuarakan ke atas. Terus, pilihan yang lain pula jalannya untuk menyuarakan pendapat... Bantahan secara terbuka, juga melalui cara halal. Memfailkan bantahan melalui short cut, terus ke pihak atasan, NC. Penganjurnya dikecam malah dipaksa menepek maruah kebenaran dengan meminta maaf secara terbuka, kerna tidak menghormati birokrasi kononnya. Baik, masih ada lubang untuk kita bernafas. Melalui MPP, mahasiswa sedar diri ini menyuarakan bantahan, untuk kesekian kalinya (sebahagian sahaja ahli MPP yang terlibat dalam bantahan) Langsung tidak diambil tindakan. Suara mahasiswa umpama burung-burung yang memanggil tuan, diserkup tempurung kelapa. Halus saja, tiada kesan. Maka, cara kontroversi ini dipilih. Jika tidak, manakan perkara ini dipandang serius berikutnya.


Mahasiswa-mahasiswa berani ini tidak langsung berniat untuk merosakkan rencana majlis malah, mereka meraikan pembukaan Pesta Konvokesyen ke-11 di UPSI. Mereka hadir untuk meramaikan audiens. Namun, pabila bermulanya majlis kemaksiatan, tiada pilihan lain. Bangkit segera, atau menempah tempat di neraka. Mengapa? Penting sangatkah bantahan ke atas konsert ini? Salah kah jika mahu berhibur sedikit? Setelah penat berteleku menelaah ilmu?


Alasannn.....


Seorang sahabat, Akhi Fathi telah merungkai isu ini dalam bahasa intelektualnya. Mengupas erti dan bahana hedonisme kepada nilai intelektual para mahasiswa. Di sini, akan ana cuba mengupas bahana konsert kepada budaya, pemikiran dan indoktrin informal dikalangan masyarakat....


Konsert bermaksud, persembahan muzik oleh penyanyi mahupun pemuzik di hadapan khalayak penonton. Kesan konsert ke atas masyarakat sekitar adalah bergnatung kepada pembawaan konsert berkenaan. Jika yang menyampaikannya ialah penasyid yang mengajak pengunjung untuk mengingati Allah maka, mengingati Allah itu adalah indoktrin utama. Namun dalam tidak sedar, terdapat beberapa penerapan nilai yang berlaku secara informal. Cara pemakaian artis, pergaulan, tahap keanggunan artis di kalangan masyarakat, semua itu memberi kesan kepada khalayak yang berpusu-pusu menyertai persembahan tersebut. Dalam bahasa mudahnya, matlamat konsert dan artis memberi kesan kepada para pendengar dari pelbagai aspek, akan dibincangkan di bawah.


Mengapa Konsert Ini Dipulaukan dengan Kejam?


Apabila berkata tentang konsert, perkataan yang sinonim dengannya ialah 'glamour'. Nilai glamour yang ditonjolkan oleh penyanyi yang membuat persembahan bakal mengaburi mata penonton. Masyarakat melihat betapa gahnya seseorang itu berdiri di hadapan pentas, setiap butir bicaranya diambil perhatian. Langkah dan lenggok laku juga diamati. Namanya meniti bibir serta sering menjadi tumpuan orang ramai. Ini lah antara nilai glamour yang ditonjolkan. Melihat kesedapan palsu yang dinikmati oleh mereka-mereka yang terlibat dengan dunia glamour membentuk pattern pemikiran di kalangan masyarakat untuk mengikut jejak langkah itu. Lantaran itu, masyarakat cilik mula meletakkan target untuk mengecapi dunia glamour tersebut. Maka, lakulah rancangan-rancangan realiti yang menjanjikan dunia glamour tanpa sempadan, bagi mereka yang berpemikiran naif. Perkara biasa, yang wanita nya tergelek-gelek di pentas untuk mengecap glamour. Juga, perkara biasa, lelakinya menanggal t-shirt dan membuat aksi buka seluar untuk mengecap glamour. Semuanya kerna indoktrin glamour yang didewa-dewikan sedari kecil.



Hari ini, dunia glamour kian popular sebagai matlamat hidup para pemudi kita. Tuntas secara normalnya, mereka akan memilih artis-artis tertentu untuk menjadi idola mahupun rujukan mereka. Rujukan dari segi penampilan, cara berpakaian, cara berdiplomasi, produk yang digunakan dan sebagainya. Maka nya, dengan akhlak dikalangan artis yang kian merudum, ia turut memberi kesan kepada akhlak remaja kita. Perkara slumber jika para artis berpelukan, menangisi kekalahan. Perkara biasa jika para artis berpakaian tidak sopan, mengundang gelojak nafsu sang buaya. Juga perkara lumrah jika para artisnya terpekik terlolong, terkinja di pentas khalayak. Maka, lahirlah para remaja yang gemar ke gig, mahupun remaja yang berhobikan jamming. Juga semakin beranak pinak pakaian-pakaian yang tidak cukup kain, serta berkain tipis. Ia hasil daripada indoktrin 'fesyen' yang dibawa oleh ikon kegemaran mereka. Ana tak pasti pakaian apakah yang dikenakan oleh Jac pada malam itu, dan pakaian apa pula yang bakal dipamerkan oleh Faizal Tahir kemudiannya. Apa yang ana pasti, ia akan punya pengikutnya yang tersendiri.


Apa pula kaitannya dengan gejala sosial?

Jelas dan terang, bukan? Pemakaian seperti itu bakal mengundang padah kepada diri yang terlibat. Berpakaian mencolok mata dan kurang sopan, hasil peniruan ikon dan idola masing-masing, bakal mengundang bahana yang tidak terjangka. Maka lahirlah mangsa rogol, sumbang mahram, mahupun hubungan zina yang berleluasa. Siapa yang salah jika sengaja menyerahkan diri ke mulut buaya?


Berkenaan dengan akhlak.... Aksi kurang sopan yang melanggar etika dan hukum agama, sering dipertontonkan oleh para artis, tidak terkecuali semasa berlangsungnya konsert yang gilang gemilang dengan labuhan dosa. Bersentuhan, berteriakan, serta berpelakuan dengan bertujuan mengundang ghairah antara perilaku yang sering dibuat. Perlakuan ini memberi satu set pemikiran jahiliah bagi mereka yang tidak mengetahui, 'boleh rupanya begitu'.

'Tidak salah rupanya yang bertudung itu bersalam'
'Tidak salah rupanya yang bertudung itu mempamer suara'

Maka, lahirlah anak-anak syaitan hasil dari pergaulan bebas tanpa batasan. Terus, fikirkan saja natijah apa yang datang kemudiannya....


Itu, perkaitan antara bahana konsert dengan pembentukan nilai dan etika masyarakat setempat. Ana tidak menuduh masyarakat tidak berilmu untuk menilai betul-salah perbuatan artis. Namun, perkara yang salah apabila dilumrahkan, akan kabur-kabur hukumnya bagi mereka yang sentiasa cuba menolak hukum.... Seterusnya, peradaban dan nilai norma masyarakat setempat yang kian membelakangi agama turut dijadikan alasan untuk meminggarkan terus syariat yang masih bersisa.... Mahukah kita duduk berpeluk tubuh dan bergoyang kaki melihat situasi itu menjadi realiti? Fikirlah, dengan mata hati....


[+/-] Teruskan pembacaan...

Monday, August 10, 2009

Telah Terkuak Pintu

Pabila Tuhan membidik panah cinta, biasnya terasa hingga ke relung hati. Bertahun dirinya aku kenali, baru kini pintu hati diketuk. Mengapa? Urusan Tuhan, jangan ditanya pada empunya diri yang jua tidak miliki jawapannya. Beribu pria dalam hidupku, lalu mengapa Tuhan memilih dia? Oh, memilih dia untuk ku serah kan hati, namun hatinya belum tentu aku miliki… Seperti kataku, tanyakan saja pada Tuhan…


Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. (An-Nur : 26)


Ya, pernah beberapa pria ku remukkan hatinya, menolak hajat sebelum ia tersua… Bukannya aku berhati batu, buta menilai cinta mereka. Cuma pabila pintu diketuk, kuncinya entah tersorok di mana, tidak menjumpa untuk dibuka. Maka, tertutuplah ia untuk sekian waktu. Setelah 23 tahun Tuhan membiar engsel pintunya berkarat, hampir roboh kerna keuzuran, akhirnya ia dicat baru, agar tidak usang. Diketuk waktu, maka terbukalah ia. Kuncinya tersisip dicelah-celah pancaran nur wajah wudhuknya. Mungkin kemilau nurnya kelam di mataku sebelum ini, kerna rabun dekat. Asyik membidik yang jauh, yang dekat langsung tersasar.


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih saying dan belas kasihan (Ar-ruum: 21)


Dia hadir dalam hidupku, telah sekian lama. Usah dikata memandang, sepicing pun aku tak menyedari kehadirannya. Namun, Qada’ Tuhan melakar kisahku. Bezanya hanya sesaat, julat antara sahabat dan cinta. Lalu, aku serahkan hati. Dia? Langsung tidak ku tanya, sekadar menunggu. Usah menafi, kawan. Ku selami kata hatimu, jendelanya hanya di mata. Sungguh, kau punya hajat yang belum terluah. Mungkin masa sedang mengatur kita.

Ayuh, ujarkan saja hasratmu. Ketahuilah...
Jika aku menerimamu, bermakna aku serasi dengan peribadimu.
Jika aku berpaling, bukan bermakna aku menutup hati ini. Ia kerna aku tidak layak untukmu. Kau adalah milik seseorang yang lebih mulia dariku.

Ini, aku tujukan untukmu. Tatkala namamu berdesip di setiap detak nadiku, terngiang ini.... ia pemberian pertamaku untukmu.



video



'Maaf bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cinta ku padamu'







Dia-lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri) untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. (Al-A’raaf : 189)


[+/-] Teruskan pembacaan...