Teman Bicara

Showing posts with label Cekgu Bercerita. Show all posts
Showing posts with label Cekgu Bercerita. Show all posts

Tuesday, June 15, 2010

Manfaatkan Cuti

Alhamdulillah... sepanjang cuti, hampir seminggu dihabiskan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik. Program Intensif Teknik Menjawab Soalan PMR peringkat negeri Perak telah dilaksanakan pada 4-6 Jun 2010. Program ini melibatkan 96 orang pelajar dari 12 buah sekolah yang meliputi 4 daerah di sekitar Perak, daerah Hilir Perak, Manjung, Perak Tengah dan Batang Padang.

Syukur... berkat kerjasama dan pengorbanan AJK yang terlibat, program dapat dijalankan dengan jayanya walaupun pada asalnya nampak macam mustahil untuk dilaksanakan. Mana tak mustahilnya, gerak kerja 2 minggu sebelum program. Baru nak bentuk jawatankuasa, baru nak panggil meeting dengan AJK dalaman dan sekolah2 terlibat. Maklumlah, kerja ad hoc, diberi secara tiba-tiba. Namun berkat pengorbanan dan kerjasama AJK, we make it possible.

Terima kasih .... kepada Bos, Ayahanda Tn Hj Hod atas sokongan, sikap optimis yang ditunjukkan kepada kami. Dalam keadaan saya kalut menerima tugas, dan merasakan mustahil ia terlaksana, ayahanda dengan yakin dan optimis berkata 'Boleh, buat jek. Susah apa, kita bekerja dalam pasukan'

Terima kasih... Cikgu Amin, Penolong Kanan 1. Di saat saya pening kepala untuk mengerah Jawatankuasa kerja peringkat dalaman, beliau mengambil alih tugas untuk membentuk AJK terlibat. Segala feedback, beliau yang menjawabnya.

Terima kasih.... En Rafie Ravie, Penolong Kanan Petang. Atas sokongan, bimbingan, kepercayaan, serta kelonggaran tugas-tugas tertentu sepanjang gerak kerja program.

Terima kasih ... Tn Hj Ibrahim, PK HEM. Pn Hjh Fatinah, Pk Kokurikulum. Serta 4 Guru Kanan (GK) selaku penyelaras AJK bertindak. Terutama kepada Tn Hj Hasan, siap join kuliah Subuh dan maghrib sepanjang waktu program.

Special thanx to Pn Suzana... Even she is not a 'Penyelaras RK' anymore, beliau tetap berpadu tenaga untuk menampung banyak kekurangan dan ketidakcekapan kerja saya. Saya orang baru, banyak cuai dan silapnya semasa bekerja. Banyak lagi perkara yang tidak teratur dan sering terlepas pandang. Terima kasih teramat sangat juga kepada Kak Hafsah, yang mana beliau banyak membantu Kak Su untuk meng'cover' kerja-kerja saya.

Juga setinggi penghargaan kepada kem Komanden, Cikgu Rosli Jamil yang menjadi tulang belakang program ini. Beliau bermalam di asrama, keletihan mengejutkan pelajar-pelajar waktu subuh, juga menguruskan perjalanan ulang alik pelajar dari asrama-sekolah dan sebaliknya, turut dibantu dengan jayanya oleh Pn Zakiah dan Pn Rahimah. Beliau juga yang mengerah pelajar untuk berjemaah setiap waktu, menguruskan pergerakan pelajar ke beberapa tapak program yang berkaitan... Penat sungguh beliau. Terima kasih.

Terima kasih ... Cikgu Yusnida. Cik Yusnida lah yang berjaga sepanjang malam, meronda dan memastikan keselamatan para peserta (peserta puteri terutamanya), mengejutkan pelajar untuk solat Subuh, dan dengan dedikasinya meng'take over' shift malam saya untuk membolehkan saya berehat sepanjang malam dan bersemangat pula menguruskan pelajar di waktu siang...

Terima kasih ... Cikgu Zulkarnain, Cikgu Roslan (yang menguruskan penginapan peserta), Cikgu Damanhuri, Cikgu Tahir. Penglibatan cikgu-cikgu menjadikan program ini berjalan dengan lancar.

Terima kasih ... Cikgu Halimah, yang menyusun jadual tugas guru-guru bahagian pengurusan makanan peserta dan urusetia. AJK di bawah beliau, Cikgu Raja, Cikgu Norsiah, Cikgu Salmiah, Kak As. Terima kasih gak kat Kak Mimi, menyediakan cenderahati untuk kegunaan sepanjang program.. Pn Parimala dan Pn Zalela, menyediakan bahan cetak, fail dan alat tulis untuk kegunaan peserta program. ustaz Halim, Ustaz Halimudin, Ustazah Yong dan Ustazah Afida pula menguruskan bahagian solat jemaah, pengisian tazkirah dan sebagainya yang berkaitan dengan kerohanian.

Terima kasih.. Tn Hj Cherel, Cikgu Pei Yong, Cikgu Ho, Pn Izah, Cik Marliya, Pn Lilly, Pn Chan, kak Zunarita, sama-sama menjayakan program ini.

Special thanx to en Shahrizan... sebab bukan sahaja berjaya menjalankan tugasnya sebagai AJK Persiapan Tempat dengan cemerlang malah, beliau berusaha meng'cover' kerja-kerja AJK lain sehabis baik. Terpaksa pula korbankan cutinya yang sedikit... Setinggi penghargaan atas pengorbanan tersebut.

Special thanx to Cik Izati.. beliau meletakkan diri sebagai pengganti Cikgu Kartini. Beliau juga banyak menampung tugas-tugas saya. Bermalam di asrama, diusung saya ke sana kemari untuk menguruskan peserta dan urusan luar yang berkaitan dengan program.. terima kasih.. selamat bercuti di Kelantan..^^


Bergerak ke Ulu Kenas

Selesai program JPN tersebut, esoknya saya bertolak ke Ulu Kenas untuk Kem Kadet Polis. Tidak lah berat sangat tugas saya, sekadar datang memantau dan tolong masak sikit-sikit. Jadual ahli kadet pun tak begitu ketat sangat, sehingga tak ada waktu rehat. kem kali ini adalah kem yang paling relax sekali bagi saya. Nasib baik, boleh jugak merehatkan badan dan minda. Alhamdulillah... syukur .. syukur .. syukur...

Kem ini berlangsung pada 7 - 9 Jun 2010. Masa majlis penutup, ramai jugak kadet yang pengsan.. tak serapan ker haper, bebudak neh.. adeh~

Balik dari Ulu Kenas, masih lagi semangat untuk kelas tambahan kumpulan galus pada keesokan harinya... Alhamdulillah...

syukur ... syukur ... selesai semua. Nak tumpu pada exam papers lak.. ^^

[+/-] Teruskan pembacaan...

Monday, May 24, 2010

Main Peranan : Banyaknya Jalan Berjuang

'Nti tak nak ke join kami? Usrah di sini memang mantap' seorang sahabat membuka peluang.
'Maksud saudara?'masih tidak dapat menangkap maksudnya yang samar.
'Maksud ana, jemaah lah. Boleh kita bertukar maklumat. Kalau nti tak kuat lagi, boleh buat underground jek. Tak perlulah turun kempen'
Padat, dapat menangkap maksudnya.
'Saya ingin tumpu pada tugas saya, akh' saya cuba menarik benang. Penuh berhalus, agar tidak terserak tepungnya.
'Iya lah, itu kerja dunia. Bilanya mau dibuat kerja akhirat?'
Ini masalah orang kita. Seronok sangat agaknya mengasingkan sesuatu dengan menggunakan istilah. Saya hanya tersenyum, tanpa memberi jawapan. Namun saya tau, dia dapat meneka keputusan saya.


Situasi Kem Perang

Barisan hadapan tentera perang terdiri daripada tentera berkuda, kemudian diikuti dengan barisan memanah... di belakang sekali ialah tentera yang berjalan kaki. Ada pula beberapa wanita yang turut sama ke medan perang, bertugas sebagai jururawat tentera, mahupun bertugas untuk penyediaan bekalan makanan tentera. Persoalannya, nilaian amal dan pengorbanan manakah yang menyebabkan beratnya timbangan neraca pahala?


Yang di hadapan sekali, mungkin nampak berani tapi, membuta tuli. Lebih parah lagi jika ada yang ujub diri...
Yang di belakang sekali, mungkin nampak pengecut tapi, mungkin terikat dengan amanah untuk mengawasi pertahanan barisan belakang.
Yang tersirat, usah dinilai mengikut apa yang tersurat.


Pilihan Diri, Berdasarkan Kapasiti

Dalam sebuah pasukan perang, mungkin saya dan anda bukanlah si pemacu kuda, bukan juga si pemanah setia. Tapi kita ini jururawat tentera, atau si tukang sedia santapan mereka. Mungkin kita tidak digelar pejuang namun, kitalah yang melahirkan pejuang-pejuang tersebut.

Bertindak mengikut kapasiti masing-masing. Jika pandai menarikan pedang, silalah mengasahnya dulu sehingga tajam sebelum diguna. Jika pandai mengenderai kuda, silalah pastikan arusnya tidak menongkah. Bukan sekadar mengikut sesedap rasa. Itu bukan pejuang, itu menyembelih diri namanya..


Perang dan Dunia Hari Ini

Jika dulu mereka berperang dengan pedang, hari ini kita berperang dengan lidah dan tinta. Kawan, kuasa siapa yang paling kuat dalam arena tinta? Sudah tentu lah kuasa seorang pendidik... Ayuh, bangkitkan lebih ramai pejuang. Mungkin bukan nama kita yang disanjung-sanjung sebagai pejuang berani... Hei, kawan. kamu berjuang kerana nama?

'Jika saya memperlihatkan siapa diri saya, saya mungkin tidak berada di kedudukan yang saya kecapi hari ini. Bukanlah pangkat dan gelaran ini yang saya mahukan namun, pangkat dan gelaran in lah yang saya perlukan untuk suara saya digemakan sehingga ke atas. Dengan pangkat ini lah, saya melahirkan pejuang-pejuang yang lebih hebat dari saya. Ya, saya merebut pangkat untuk tujuan khusus seperti itu; melahirkan pejuang'
Kata seseorang dari kalangan pejuang yang bijak...

Nah... Siapa kata kerja dunia ini, hanya untuk dunia?

Allah... Jadikan urusan duniaku sebagai jambatan menuju akhiratmu...


Buat para pejuang....



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



[+/-] Teruskan pembacaan...

Wednesday, April 14, 2010

Temuduga : perlu SUPER teliti dan berhati-hati




Mr: Ya, sila duduk.
Agak berdebar kerna beberapa badai melanda sebelum kaki melangkah masuk ke bilik temuduga. Ujian, yang membuat saya lebih kuat.
Mr: Sila nyatakan secara jelas, Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Eya: Usaha yang berterusan untuk mengembangkan potensi individu secara bersepadu dan menyeluruh dari aspek jasmani, rohani, emosi, dan intelek.
Mr: Ya, memang benar. Tapi, awak tertinggal beberapa part FPK.
Ah, sudah. Memang lazimnya, kami menghafal keywords saja. Mula berpeluh, terasa merenik lembut.
Mr: Ia adalah 'Bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara'

Tu dia... sekali dia mintak sebijik dengan skema. Saya hanya tersenyum, mengaku khilaf diri. Melihat wajahnya tersenyum, tanda menerima diri yang tidak sempurna. Terasa selamat dan sudah mampu bertenang.

Mr: Tolong takrifkan frasa 'berketerampilan' yang dimaksudkan dalam FPK.
Agak menggerunkan usul yang dipinta.
Eya: Berketerampilan ialah wibawa yang terbentuk hasil kemahiran-kemahiran luar akademik yakni kemahiran insaniah seperti kemahiran komunikasi, kemahiran interpersonal, public speaking, kepimpinan, berpasukan dan sebagainya.
Mr: Sebenarnya, berketerampilan ialah sifat mendorong diri melakukan sesuatu atas inisiatif tanpa disuruh atau sebarang arahan atau dengan kata lainnya 'willingly to do something'
Mungkin itu skema jawapan yang diberikan kepadanya namun Saya memang pasti, bukan itu jawapan yang tepat. takrif yang diberikannya adalah maksud 'proaktif', itu mindsetting saya sejak dahulu. Namun, terima saja. Dia masih tersenyum, menerima lompang persediaan kendiri.

Mr: Bagaimanakah anda boleh melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi 4 aspek yang anda sebutkan tadi, JASMANI, ROHANI, EMOSI, DAN INTELEK?
Eya: Contohnya, saya sebagai guru sains... Semasa P&P, saya boleh melakukan eksperimen dan aktiviti yang melibatkan olah tubuh, menjurus kepada perkembangan aspek jasmani. Kemudian, tajuk 'Cell as a unit of life' yang saya ajar, saya masukkan unsur emosi apabila menyampaikan kepada mereka tentang jenis-jenis sel yang wujud; sel tumbuhan dan haiwan. Semasa menerangkan aspek sel haiwan serta contoh haiwan yang terangkum, saya turut menggalakkan sifat menyayangi dan belas kasihan terhadap haiwan. Tambahan, saya turut memasukkan unsur rohani dengan menerangkan haiwan-haiwan tersebut adalah anugerah yang perlu untuk dipelihara. Malah, bawah sub-topik 'cell organization', saya boleh menggambarkan betapa kompleksnya kejadian manusia yang melibatkan berjuta sel, yang mebentuk organ dan terbinanya sistem. Dan kesemua sistem tersebut dikawal oleh satu bahagian kecil yang dipanggil otak. Keunikan kejadian manusia, saya kaitkan dengan kebesaran kejadian Pencipta kepada manusia. Juga, aspek intelek tentu saja saya terapkan melalui perkongsian maklumat-maklumat tersebut dengan pelajar saya...
Nampak wajahnya berpuas hati dengan rancangan mengajar ideal yang saya terangkkan panjang lebar.

Mr:Terangkan kepada saya... Tonggak PIPP
Eya: PIPP ...Pelan Induk Pembangunan Pendidikan bertunjangkan 6 teras; membina negara bangsa, membentuk modal insan, memperkasa sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pedidikan, memertabatkan profesion perguruan, mewujudkan institusi pendidikan bertaraf dunia.

Mr: Nyatakan pula konsep NKRA...
Eya: NKRA stand for ... National Key Results Area. Terdapat 6 bidang keberhasilan Utama negara... Usaha untuk mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah secara total, AKSES PENDIDIKAN BERKUALITI DAN KEMAMPUAN, meningkatkan taraf hidup rakyat miskin tegar, memperkasa prasarana luar bandar, serta menaikkan taraf pengangkutan awam di kawasan bandar...
Mr: Terangkan 6 sub di bawah tungjang ke-3 NKRA; Akses pendidkan
Eya: Terdapat 6 sub-NKRA dalam akses pendidikan iaitu - Prasekolah (mensasarkan peningkatan penyertaan sebanyak 20% pada tahun 2012), Literasi dan Numerasi (mensasarkan 100% pelajar tidak buta huruf selepas 3 tahun di peringkat sekolah rendah melalui 3 Tapisan Utama di bawah Program LINUS), Sekolah Berprestasi Tinggi (dengan sasaran 100 buah sekolah SBT pada tahun 2012), Bai'ah Pengetua atau New Deals (berdasarkan Performance Base Assessment- para pengetua diberi imbuhan kewangan atau bukan kewangan), Penyaluran Elektrik 24 jam di sekolah pendalaman, dan Penyertaan bidang Vokasional dan kemahiran (dengan penyertaan 100% pada tahun 2015)

Mr: PPSMI bakal dimansuhkan. Anda setuju atau tidak dengan keadaan ini serta terangkan situasi yang pernah anda alami apabila berdepan dengan isu ini.
Eya: PPSMI adalah salah satu dasar kerajaan yang memandang ke hadapan dalam usaha melahirkan pelajar yang mampu bersaing dengan arus pendidikan global. Namun, apa yang membimbangkan ialah penerapan PPSMI ini telah menambah jurang pendidikan antara pelajar bandar dan pelajar luar bandar. pelajar bandar yang sememangnya membudayakan Bahasa Inggeris dalam pergaulan harian, merasakan dasar PPSMI bukanlah satu perkara asing buat mereka. Berbeza pula dengan pelajar luar bandar yang sememangnya lemah dalam subjek sains dan matematik serta tidak pula mahir berbahasa Inggeris. Penerapan PPSMI dalam sistem seolah membuka satu lagi jurang yang dalam untuk mereka tempuhi. Mereka berdepan dengan kesukaran yang berlipat kali ganda. Jadi bagi saya... PPSMI bukanlah sesuatu yang merugikan cumanya, perlu diimplemen pada tempat yang tepat. Tidak salah rasanya jika ia diteruskan, tanpa perlu diwajibkan...

Mr: Terdpat segolongan rakyat yang memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan sebagainya... Malah, dasar Memertabatkan Bahasa Melayu sedang rancak dijalankan. Pada pendapat anda, mengapakah MBM ini perlu?
Saya perlu berhati-hati dengan soalan ini kerana tidak ingin menyetuh sensitiviti. Penemuduga ini bukan pula berbangsa Melayu.
Eya: Saya tidak menafikan, negara kita penuh gemilang dengan kewujudan kaum yang varias dan pelbagai malah, aspek itulah yang menjadi kebanggaan kita. Namun, untuk melahirkan satu bentuk perpaduan yang utuh, kesemua kaum ini perlu disatukan di bawah satu identiti nasional yakni, identiti kebangsaan yang mana, Bahasa Melayu adalah salah satu daripadanya selain Rukun negara, Lagu kebangsaan, Janji Ketaatan, Bendera dan sebagainya... Tambahan, perpaduan itu hanya boleh disuburkan melalui komunikasi dan hubungan interpersonal yang melibatkan kaum. Maka, Bahsa Melayu lah yang akan menjadi medium perhubungan dan membentuk ikatan setia antara rakyat yang pelbagai.
Mr: Selain daripada wadah hubungan perpaduan, bagaimana pula martabat Bahsa melayu itu diangkat?
Aduh, emang tidak paham soalan yang diajukan. Kurang teratur juga penggunaan Bahasa Melayu penemuduga ini. Nampak seperti saya terpinga tidak ngerti, mungkin juga dia menyedari kekangan kosa kata Bahasa Melayu nya menjadi punca dahi saya berkerut, dia terus menyambung...
Mr: Dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu, penterjemahan hasil karya ilmuan ke dalam bahasa melayu dan aplikasinya dalam proses P&P..
Nampak hebat penerangan beliau... oh, bacaan dalam teks skema rupanya... ^^

Mr: Nyatakan salah satu Teori Pembelajaran berasaskan aspek Psikologi dan implementasinya di dalam kelas...
Aduh, berpeluh juga. Teori Psikologi ini dipelajari pada Tahun ke-2, sem pertama. Ingat lagi kah?
Eya: Teori Pelaziman Pavlov. Teori ini menekankan aspek simulasi dan rangsangan. Apabila simulasi diberi kepada pelajar, rangsangan pula akan diterima dari pelajar. Ia berlaku berulang kali sehingga pelajar menjadi mahir dan terbiasa dengannya. Salah satu contoh implementasi ialah set induksi di dalam kelas. Sebenarnya, ramai guru yang mengaplikasi teori ini namun, mereka sendiri tidak menyedarinya. Di awal sesi, guru memberi rangsangan kepada pelajar seperti simulasi video, gambar, atau pertanyaan dan pelajar memberi tindak balas ke atas rangsangan tersebut.
Mr: Pada pendapat anda, adakah teori itu penting dan perlu untuk terus diaplikasi di dalam kelas?
Eya: Eh, perlu... (suara penuh confident). Ia merupkan salah satu kaedah yang mencambah konsep pembelajaran konsturktivisme dengan memberi peluang kepada pelajar untuk membina sendiri konsep mereka berdasarkan prior-knwoledge dan digabungkan dengan maklumat baru yang mereka peroleh. Ia membantu pelajar menjana daya fikir kreatif, kritis dan inovatif mereka dan lebih kepada student centred, rather than teacher centred.

Mr: Apa pula ciri-ciri seorang guru cemerlang?
Eya: Pada pendapat saya, anatara ciri penting seorang guru cemerlang ialah...
1) Menguasai konten - Kekangan ini biasanya dihadapi oleh guru baru yang masih tidak mahir dengan silibus, kaedah pengajaran bersesuaian, terutamanya guru yang sememangnya bukan optionist. Guru-guru ini perlu meluangkan lebih banyak masa untuk mebiasakan diri dengan subjek yang diajar, aras keperluan pelajar terhadap subjek, dan sebagainya...
2) Sesi Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan - Kadang kita terlalu memikirkan kuantiti waktu kita bersama pelajar, langsung meminggirkan kualiti waktu P&P kita yang sepatutnya. Seorang guru yang hanya menyampaikan ilmu kepada pelajar, bukanlah seorang guru yang lengkap tanpa memikirkan sama ada ilmu yang disampaikan tersebut diterima oleh pelajar atau tidak. Jadi seharusnya beberapa bentuk penilaian formatif perlulah dibuat selepas selesai sesi penyampaian P&P untuk menguji sama ada maklumat tesebut sampai kepada pelajar atau pun tidak. Itu lah gunanya 'Refleksi' yang sebenarnya... Sering kita tulis di buku laporan mengajar, tanpa kita memahami kepentingan refleksi tersebut.
3) Menepati masa - Mungkin banyak lagi sifat yang boleh diambil sebagai contoh namun saya memilih faktor ini kerana masa adalah satu-satunya perkara yang tidak boleh dikutip kembali dan ia menentukan untung-rugi kita. Guru yang tidak menepati masa (dengan sengaja) memberikan gambaran diri yang tidak efisien, profesional dan tidak berdisiplin sedangkan sifat menepati masa merupakan salah satu sifat bidang profesional. Guru yang mengambil mudah soal masa akan hilang wibawa, dipandang tidak beketerampilan dan dianggap cuai...

Mr: 10% daripada pencapaian keseluruhan, terletak pada aktiviti kokurikulum. Adakah anda bersetuju dengan dasar ini? Adakah anda berasa pelajar memerlukan aktiviti kokurikulum?
Eya: Tentunya perlu. Pelajar boleh mempelajari banyak perkara di luar bidang akademik, melalui aktiviti kokurikulum. Sifat kepimpinan, kemahiran mempengaruhi pemikiran orang bawahan, kerjasama serantau, kemahiran berpersatuan, kemahiran interpersonal dan sebagainya boleh dibentuk semasa aktiviti kokurikulum.Contohnya, permainan berpasukan yang mewujudkan kerjasama erat antara pelajar. Katakan pula pasukan pemain itu kalah dalam satu pertandingan, pelajar akan belajar untuk membentuk sifat tidak menyalahkan orang lain atau salah seorang ahli kumpulan atas kekalahan tersebut. Pelajar turut belajar untuk menerima kekalahan tersebut sebagai salah satu adat bertanding, mengakuinya sebagai kesalahan pasukan dan bukan individu, serta bangkit dari kekalahan dan terus mara mengejar kejayaan yang seterusnya...Bukanlah saya bermaksud bahawa aspek-aspek tersebut tidak boleh diterapkan semasa sesi P&P, cumanya masa sesi P&P adalah terlalu terhad untuk memperkembangkan potensi ini secara menyeluruh. maka, kita memerlukan aktiviti kokurikulum untuk menampung kelemahan kekangan masa tersebut. namun seperti yang tuan nyatakan tadi, aktiviti kokurikulum hanya menyumbang 10% daripada keseluruhan keperluan. Ia memberi gambaran kepada kita bahawa penyertaan aktiviti kokurikulm memang penting namun, jangan sampai ia mengganggu sesi P&P mahupun memberi kesan negatif kepada faktor akademik. Kemahiran menyeimbangkan akademik dengan aktiviti kokurikulum juga perlu diterapkan kepada para pelajar.
Mr: Baiklah, terima kasih. anda boleh pergi.


Lebih 30 minit... Sedangkan calon-calon sebelum saya hanya mengambil masa yang sekejap untuk bertapa di dalam bilik temuduga tersebut. Semuanya bergantung kepada rezeki juga. Maka, perlu banyakkan doa dan tawakkal. Dua hari sebelum ditemuduga, Allah memberi ilham kepada saya untuk memberi penekanan kepada isu-isu tertentu. Kalau bulan januari dan februari saya masih berkelapangan untuk menonton berita, kebelakangan mac dan april ini terlalu padat untuk meneliti dunia luar. Pengetahuan dan penglibatan dalam isu semasa memang habis zero. Terlalu tenggelam dalam kerenah pelajar dan program berderet yang tidak pernah habis. Alhamdulillah, pertolongan datang melalui jalan yang tidak disangka-sangka. teringat pula petikan kata salah seorang prof saya...
'Barangsiapa yang memudahkan urusan orang lain, Allah akan membantu dalam urusannya pula'
Semoga Allah memberikan apa yang terbaik buat saya dan sahabat-sahabat...

Buat sahabat yang belum ditemuduga, silalah bersedia seminggu lebih awal.teliti surat panggilan temuduga betul-betul, check list dan tick keperluan yang diminta untuk dibawa bersama.

- sekeping gambar berukuran passport
- surat temuduga
- IC
- Surat beranak
- result SPM
- result STPM / Diploma (jika ada)
- Transkrip akademik
- Transkrip Ijazah (bawak jer dua-dua, BM dan English Transcript)
- surat Kew 8 (minta daripada kerani pejabat, seminggu sebelum tarikh pergi untuk memudahkan mereka menyediakannya untuk anda)
- Download borang maklumat diri dan penyertaan ko-Q dari website SPP
- Senarai Tugas Guru
- Pengesahan Kelayakan Transkrip ijazah anda (original printed- dapatkan di website JPA)
- serta ... semua salinan di atas yang telah pun disahkan BERSERTA DOKUMEN-DOKUMEN ASAL

Telah saya temui beberapa kes terpencil, kelayakan temuduga ditarik balik kerana kecuaian calon yang tidak membawa dokumen asal. terpaksa rotate balik giliran untuk ditemuduga dan hilang kelebihan senioriti yang akan memberi kesan kepada anda sepanjang waktu perkhidmatan. kalau terkena dengan pegawai yang berlemah lembut, anda mungkin masih ada harapan. namun jika terkena dengan pegawai yang super tegas, anda akan menyesal kerana tidak terlalu berhati-hati. Tentulah saya merasai sipi-sipi perasaan kesal itu, sehingga terpanggil untuk menulis artikel ini sebagai peringatan kepada anda. Menggigil dan menitis jugak lah air mata ini, bila terasa terlalu berat ujian yang dipertanggungjawabkan untuk dipikul... berlaku sejurus sebelum melangkah masuk bilik temuduga sedangkan, saya merasakan sudah cukup berhati-hati dengan persediaan saya.

Sedia awal, banyakkan doa, tawakkal, solat tahajjud dan solat hajat. Pohonlah dari mereka-mereka yang mustajab doanya untuk turut mendoakan anda... Moga Allah tabahkan hati anda berdepan ujian, juga Allah permudahkan jalan anda...

Berusaha kemudian, tawakkal. Penuh pengharapan kepadaNya.

'Barangsiapa yang melepaskan saudaranya dari kesukaran atau kesempitan, Allah jualah yang akan membantunya'






[+/-] Teruskan pembacaan...

Thursday, February 4, 2010

Jawatan itu tanggungjawab

100th post....

Semakin jauh kaki menjelajah dunia kerjaya, hati semakin tunduk pada perkara 'tanggungjawab'. Mula memahami betapa menerima dan menolak sesuatu kerna apa yang menunggu disebaliknya, bukan kerna apa yang terbentang di depan mata. Fenomena alam kerjaya yang segenap penjurunya melibatkan hubungan dengan manusia membuat pundak ini semakin sukar untuk bernafas. Penyakit manusia alam pendidikan, jawatan adalah satu mimpi ngeri. Kerna masing-masing sudah maklum, jawatan hadir bersama pertanggungjawaban. Jika tidak ditunaikan, hukuman dunia sudah cukup terasa ngerinya. Masyarakat memaki semahunya, rakan sekerja lebih ramai merai sama. Yang sudi menjadi teman tangis, boleh dihitung dengan jari.


Sepanjang hidup 24 tahun (menjelang Julai), tidak terkira banyaknya misi 'lari dari tanggungjawab' dilaksanakan. Sering ana menolak jawatan, kerna ragu akan kemampuan diri. Lebih selesa bekerja di belakang tabir. Namun, bukan selamanya mampu bertahan sebagai tukang sorak belakang sahaja....


Penyelaras Kelas Rancangan Khas
Setiausaha Panitia
Bendahari JK Kebajikan
AJK Bimbingan Kaunseling
AJK Pusat Sumber
AJK Kelab Guru dan Staff
AJK Jk Penyelia Tingkatan
Guru Kelas

... dan semacam bagai lagi perkara yang perlu dibahagi dan dikerat-keratkan bahu ini untuk menopangnya.

Melihat sudut positif, penganugerahan tanggungjawab ialah tanda percayanya mereka ke atas kreadibiliti, kemampuan, kekemasan kerja ...
Itu sekadar langkah mulanya..


Mahu merasa azab dunia pendidikan? Ayuh, terjun dan menyelamlah... Untung nasib, timbul tercungap-cungap. Untung iman, melabur alam di sana...

Sahabat...
doakan kudrat kerdil ini mampu menongkat belikat lalu, berdiri mendongak memandang Tuhanku;

'Allah, telah aku bersukar semahunya mengguna nikmatMu hanya untukMu'




[+/-] Teruskan pembacaan...

Sunday, December 27, 2009

New Brand of Educator

Alhamdulillah, I’m being posted into a spectacular school, which is always produce high quality students. There are several things need to be consider among us, three new posted educators.


Excitement of First Salary

Normally, new posted educators do not get our salary for several months. May be two, three or postpone until next year February, which means we got empty pocket approximately 5 months. But, it still based on the effectiveness of school clerk, the person who manages our service’s payment. This is my pay slip… our first salary, we get in December, alhamdulillah.












Ok, sort of. I’ve spent it some for….

Treat my family… approximately RM100
Treat my friends, teachers of same school... RM200+
Buy stuff… RM200+
Cover up car’s damage during accident … RM1400
Spend for laptop (expecting it on this becoming January) … RM2000
Marriage … RM500 (every month saving)
Emergency saving … Rm100 (monthly saving)
Takaful … RM100 (monthly saving)
Tabung Haji saving (for Umrah or Haji) … RM100 (monthly saving)
Long Term saving (at ASB) … RM100 (monthly saving)

and some more ….
I give some of my first salary to my mom but she refuse.

‘Its ok. You spent a lot for the car’s recovery’

But yet, I still want to give something to her.

My monthly service’s payment….

Root salary = RM1901.08
Gov Service Allowance = RM 300.00
Living Cost Allowance = RM 200.00 (elaun sara hidup- based on the school placed)
Rural – RM100
City - RM 200
Metro City – RM300
Living Place Allowance = RM 250.00 (elaun rumah- after teacher’s post confirmation interview)
_____________
RM2651.80

KWSP - RM 200.00
_____________
RM2451.80
_____________
But since we are not going through a teacher’s post confirmation interview yet, we just earn RM2200+ each month, not including Living Place Allowance.


PALACE to be Living

Since my school is located 30km away from home, 20 minutes of driving with busy traffic line which cause 10 minutes over delay, plus… I get evening school session for 2010. I need to be in school compound at 12.30pm, and get ‘berambus’ at 6.45pm. My parents say it’s not worthy if I rent a house (or room) nearby because of highly cost of house’s payment, food cost, and plus, plus….
Then, my mom suggests me to apply the fellow’s position. But as a fellow, I will not qualify to get these allowances:

Living Place Allowance = RM 250.00
Living Cost Allowance = RM 200.00
_____________
RM 450.00
_____________

Ok, maybe u will think… just RM450.00, not a big deal to loose. How about this?
Now, we will not get our Living Place Allowance temporarily, until the post confirmation interview. We expecting the payments during Nov, 2010 and it will be cumulative value from Oct 2009 till Nov 2010:

RM250 ÷ 31 × 6 = RM48.39 Oct, 2009


RM250 X 13 months = RM3250 Nov, 2009 – Nov, 2010
_________
RM3298.39
__________

Not a big deal, huh? So, for those who decided to be a fellow just because of easily living, rethink, pal... ^^
But, that doesn’t mean that u are totally screwed if u be a fellow. U will get the Fellow’s Allowance which I m not really sure its exact value. Just jot down the strength and weakness for doing so, before make a decision. Its not just about money. Now, find a pen and a piece of paper, jot….


School Holidays


‘No, u don’t have any off day during these school break’ my Headmaster said.

Sucks. Even Penolong Kanan 1 will stay on duty just for a week during the school holiday. But, we (three new posted teachers) need to work for the whole entire school break. See? I want to kill anyone who said

‘be a teacher? So easy with bunch off day’

As a new teacher, or for someone who dedicates her life as an educator (like me), didn’t get any off day is not a problem at all. But, going to school for doing nothing? It makes me hot, really. Yes, we ordered to make some editing job for next year Takwim Persekolahan. We, three musketeers, cooperate with eight GSTT (Guru Sandaran Tidak Terlatih- persons who have bachelor but not an educational one) try to finish it on time. But the work did not spread fair and square. GSTT carried full responsible of the Takwim and we are just ‘menumpang’. Lack of work, get bored with no internet either, make me sooo…… HUH !!!


Subjects will be teaching


Yes, we hope we’ll be teaching our own subject for the next year, based on our major studies. But the subjects will divide up among teachers according to student’s need. Obviously, not put us as priority …. Haha

So, I’ll be an English and Science teacher for the next year. They will call me as Miss Eya. Alhamdulillah, perfect timing to improve my English. For becoming April 2010, I’ll be publishing some good article without any grammatical error (unlike this one) …Heh heh heh


[+/-] Teruskan pembacaan...

Tuesday, November 24, 2009

Kita Pembunuh Daya Kreatif?

Ana tertarik dengan lagu ini, sudah lama terasa ingin dikongsi. Alhamdulillah, punya kesempatan untuk dipaparkan di sini. Lagu ini menggambarkan indoktrin pemikiran pola seragam di kalangan kanak-kanak.

'Flowers are red
green leaves are green'









Flowers are Red (Dawud Wharnsby Ali, Muhammed Bhikha
& Rashid Bhikha ( Fakazi Ngwekazi (Nhlanhla),
Linda Gcwensa & Mfana Nxumalo (Sipho)

A little boy went first day at school
He got some crayons and he started to draw
He put colors all over the paper
For colors was what he saw
The teacher said, "What you doin' young man?"
"I'm paintin' flowers see"
"Well this is not the time for art young man
And anyway flowers are green and red
There's a time for everything young man
a way it should be done
You've got to show concern for everyone else
For you're not the only one"
And she said...
"Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen "
But the little boy said...
"There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher said� "You're sassy
There's a way that things should be
And you'll paint flowers the way they are
So repeat after me..."
she said...

"Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen "
But the little boy said again...
"There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher put him in a corner
She said� "It's for your own good�
And you won't come out 'til you get it right
responding like you should"
Well finally he got lonely
Frightened thoughts filled his head
And he went up to that teacher
And this is what he said
"Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen"
[ www.thenasheedlyrics.com ]

Well time went by like it always does
he moved to another town
And the little boy went to another school
And this is what he found
The teacher there was smilin'
She said..."Painting should be fun
And there are so many colors in a flower
So let's paint every one"
that little boy painted flowers
In neat rows of green and red
And when the teacher asked him "why"

This is what he said..
"Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen."
But there must still be a way to have our children say,
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one



Maksudnya, jika ditetapkan itu sepatutnya, maka itu lah yang harus diikut. Maka, lahirlah kanak-kanak yang berpola seragam, tidak berfikiran kreatif mahupun 'thinking out off box', skema dan membosankan. Salah siapa, jika kita tidak memberi peluang kepada pelajar untuk mempamer bakat dan pemikiran yang lain dari yang lain. Unik dan tersendiri. Dalam perkara yang tiada betul-salah, kanak-kanak, pelajar, remaja, serta semua orang seharusnya diberi peluang untuk melakukan sesuatu dengan cara yang tersendiri. Bukan sekadar mengikut norma dan peraturan am yang telah ditetapkan dan menjadi budaya dalam masyarakat. Apa salahnya jika sesekali para pensyarah berbasikal untuk ke kampus, atau para pelajar ict dibuka peluang untuk membedah katak.. ^^

Corak pendidikan di negara kita, memilih untuk menyeragamkan hasil kilang ilmu tersebut. Berbanding pelajar di negara-negara luar yang mana pemilihan subjek ambilan mereka lebih terbuka, mengikut minat dan kecenderungan serta kemahiran masing-masing. Kadang semasa cuti semester, pelajar berinisiatif sendiri untuk mengambil subjek-subjek tertentu, di luar bidang major mereka semata-mata untuk mempelbagaikan kemahiran kendiri, mahupun bertujuan memenuhi kecenderungan dalaman. Tentulah hasrat murni mereka itu mudah terlaksana kerana terdapatnya institusi-institusi prihatin dan fleksibel yang menyediakan kaedah pengajian jangka pendek yang sebegitu.... Memang sporting, bukan? ... ^^


Jadi, jangan salahkan mereka apabila Einsten kata manusia hanya menggunakan otak sebanyak 1% sahaja, betapa dungunya kita, menjadi pembunuh daya pemikiran kreatif.... huhu


Semasa ana menjadi guru ganti, mengajar pra-sekolah, kanak-kanak sangat percayakan guru mereka. Kerap mereka bertanya serta meminta pendapat...

'Cikgu, katak warna apa ye?'
'Cikgu, langit warna apa ye?'

Ana akan sekadar menjawab... Nurin suka warna apa?

'Warna kuning'

Ana tersenyum, tanda membenarkan. Mereka mewarna sesuka hati, dengan arah yang pelbagai, tidak sekata. Ana sekadar tertawa... rindu mereka..huhu



[+/-] Teruskan pembacaan...

Saturday, September 12, 2009

Guru sekolah rendah

'Selamat datang ke Sekolah Kebangsaan Selekoh. Semoga cikgu dapat menyesuaikan diri di sini' kata-kata aluan dari Penolong Kanan I skolah tersebut, kak Airah. Ana mendapat panggilan dari PPD beberapa hari sebelum itu, memaklumkan penempatan sementara sebagai guru ganti/guru sandaran di sebuah sekolah rendah. Alhamdulillah, spontan, ana bersujud syukur.

'Jika kebergantungan hanya diletakkan ke atas Tuhanmu, Dia akan membentangkan jalan keluar dari sumber yang tidak disangka-sangka'


Hari pertama bertugas, juga hari pertama peperiksaan UPSR. Melihat persediaan guru dan murid, sempat pula ana mengimbau kenangan berbelas tahun dahulu. Pensil dan pemadam percuma, itu pembakar semangat menanda kertas OMR.. haha. Kanak-kanak sungguh. Apa yang menarik tentang pelajar UPSR di sini, mereka membaca da secata berjemaah. Maksud ana, membacakan doa. Bukannya mengaminkan beramai-ramai. Bacaan doa diketuai oleh Ustazah Fauziah, dan dituruti oleh para pelajar. Doa simple yang padat. Bermula dengan puji-pujian,

'Rabbi yassir waala tu'assir - Ya rabb permudahkan, jangan disusahkan urusan kami,
Berikan kepada kami kelapangan menerima ilmu'

Semasa taklimat terakhir sebelum masuk dewan peperiksaan, ana erkejut jugak dengan ayat seorang guru neh...

'Memang lah dalam peperiksaan tak boleh meniru... Tapi, jangan lah tutup-tutup sangat jawapan kamu tuh. Letak kat tepi-tepi meja sket. Sian kawan-kawan kamu, Kita sama-sama nak lulus, kan?'

Aduh.... Apekah? Mengimbau memori masa lalu. Indoktrin sedarikecil, meniru dan memberi tiru, kedua-duanya adalah jenayah mahupun kecurangan akademik yang serius. Kemudian? Dalam peperiksaan, ana dipaksa untuk memberi tiru kepada kawan-kawan, OLEH CIKGU SENDIRI. Sehinggakan ana terfikir ketika itu,

'Baik aku tak yah blajar. Aku tiru jek Aiman, duduk sebelah aiman. Penat je aku belajar'

Alhamdulillah... itu hanya satu pemikiran angin lalu, tidak menjadi mindsetting. Betapa bahayanya jika pemikiran seperti itu tidak diperbetulkan oleh guru-guru ana yang lain, yang lebih berperanan sebagai pendidik.

Sesi pengajaran dan pembelajaran tidak berlangsung seperti biasa kerna dikhuatiri akan menyebabkan pencemaran bunyi yang melampau. Jadi, para guru mengadakan ujian mengejut kepada semua pelajar yang tidak terlibat dengan UPSR. Ana relief beberapa kelas yang mempunyai taraf pemikiran yang berbeza. SK Selekoh menghadiahkan ana seribu satu pengalaman yang baru.


Selepas beberapa hari ana bergaul dengan pelajar sekolah rendah, ana dapati, mengajar dan mendidik mereka tidaklah sesukar mendidik pelajar sekolah menengah. Mengajar di sekolah menengah memerlukan ketahanan mental dan spiritual yang maha hebat atau, anda akan merasa bosan dengan pelajar anda sendiri. Mengajar sekolah rendah, penat badan mengejar mereka berlari-lari. Mengajar sekolah menengah, penat fikiran memikirkan cara supaya mereka minat untuk berlari-lari.. haha. Ironi sungguh.


Ini hasil di sini....


Ana ajar budak-budak tahun 4 lipat bintang. Ini hasil mereka. Ada yang jadik, ada yang penyek, senget dan terkoyak... haha





Ini lak games untuk tahun 5. Memisahkan basi-besi berkenaan, memanglah mudah bagi kita yang mempunyai tahap perkembangan otak yang tingg (perasaannn... haha). Tapi, uji minda ini agak sukar bagi mereka. Mrengek-rengek mintak hint lah, mintak tunjuk dulu lah... Mengada betol budak-budak tuh... hahaha...

Tapi yang keciwanya, hanya pelajar-pelajar lelaki sahaja yang teruja untuk mencubanya. Pelajar perempuan, menyerah sebelum usaha. Nampak susah jak, tarik diri. Kenapa, ya? Huhu~


Tak lama kemudian, ana mendapat tahu kemungkinan ana dihantar untuk mengajar di prasekolah pula. Amboooii.... seronoknyaaaa........ Terujaaaa..... ^^


[+/-] Teruskan pembacaan...

Saturday, September 5, 2009

Aku Cinta Kamu


Alhamdulillah.... Malam tadi adalah kemuncak rindu. Hampir sejam di talian, telinga yang terlekap telefon bimbit kian terasa bahangnya. Sekadar berborak tentang masa lalu. Kenangan-kenangan alam persekolahan bagai terpamer satu per satu di atas layar pentas. Kali terakhir ana mendengar suaranya ialah awal tahun ini, bulan Mac barangkali. Lebih dua tahun tidak bersua muka. Wajahnya, makin dimamah waktu, barangkali.






Cikgu Azmi. Beliau adalah seorang pendidik yang mendedikasikan seluruh kehidupannya untuk pelajar. Mendidik serta mengajar tanpa mengira waktu. Kami rapat sejak ana di bangku sekolah. Sweet 16 kata orang. Bertindak sebagai ayah angkat, (homeroom, istilah di MJSC KKB - Mara Junior Science Cllege Kuala Kubu Bharu) keterbukaannya dalam mendidik kami menjadikan beliau sebagai guru yang dekat di hati pelajar. Bukannya beliau tidak pernah menengking, menyepak, menendang, menghentak dan sebagainya. Namun, keikhlasan beliau mendidik anak bangsa lebih terpamer, setiap kali beliau menghukum para pelajarnya.


Pelajar yang lemah, dipimpinnya satu per satu. Pelajar yang cemerlang, disentapnya supaya tidak terlalu diawang-awangan. Gusar andai terlalu leka. Pagi mengajar, petang dan malam beliau mengadakan kelas tambahan. Lewat malam, tutor bersama pelajar-pelajar lemah, yang masih punya daya saing untuk belajar. Dahulu, kami cemburu dengan pelajar-pelajar putera. Di asrama, kami terpaksa light-off jam 11 malam. Namun, pelajar putera mendapat kelebihan. Ya, tetap light-off jam 11 malam. Cumanya, apabila lampu tertutup, mereka beramai-ramai menga'ambush' bilik cikgu azmi untuk belajar di sana, di bawah bimbingan beliau. Bertuah, bukan? Subjek matematik tambahan pula tu. Kalau pula terlalu ramai yang ingin meneguk ilmu, beliau akan menjadi penganjur utama untuk stay up di surau. Kami di asrama puteri sebelah surau, memandang dalam kecemburuan yang meluap-luap. Ingin sekali hati ini untuk turut serta.


MJCS Graduation

Tamat bergelar sebagai pelajar sekolah pada tahun 2003. Namun, silaturrahim tidak terhenti di situ. Sering kami berutus surat, membalas panggilan dan sebagainya, menjalin ukhwah sepanjang zaman. Apa pernah kamu berjumpa mana-mana guru yang sanggup berutus surat dengan pelajarnya? Menceritakan tentang cerita cintanya? Kisah hidupnya ketika bergelar bujang, pakwe kepada seseorang, tunang dan suami, semuanya dalam poket ana..Comel, kan?... Hatta kisah dirinya yang berunding wang mas kahwen turut sama dikongsinya.


Sepanjang ana di Universiti Pendidikan Sultan Idris, beberapakali beliau datang melawat. Sempat jugalah beliau merasa air tangan ana, barang sekali dua. Kadang datang bersendirian, sekadar untuk berborak. Kadang yang lain pula, bersama murid-muridnya. Barulah mereka kenal senior yang paling senior... first batch of MJSC KKB. hak3


Kini, beliau berasa keseorangan di tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur. Bekerja di HQ MARA, tidak memberikan kepuasan yang maksimum buat beliau. Beliau ketagih mengajar. Terlalu ingin mencurah ilmu dan membimbing pelajar. Sering pula beliau berulang alik ke Rawang, semata-mata untuk memenuhi kelas tambahan dengan bekas pelajar-pelajar beliau di MJSC KKB. Terharu ana mendengarnya. Cikgu Azmi adalah inspirasi hati ana, selain kedua orang tua. Seluruh hidupnya, beliau wakafkan untuk para pelajar. Tenaga, masa, wang ringgit. Betapa beliau memerlukan seorang isteri yang memahami serta mencintai para pelajarnya seperti mana dirinya.


'Masih adakah lagi sinar bahagian buat saya?' sayu hatinya

Teras canggung pula untuk memberi kata nasihat buat guru sendiri. Namun, manusia mana yang tidak berdepan dengan zaman kegelapan, kemurungan berpanjangan.

'Doakan saya dapat bertukar ke Johor, ya' pintanya lagi

Tidak. Jika beliau pulang ke Johor maka, sukarlah ana ingin bersua muka dengannya lagi.

'Saya doakan kebahagiaan cikgu' jawab ana.

'Biarlah Allah yang tentukan jalan mana untuk cikgu temui kebahagiaan itu. Allah yang aturkan kesemuanya. Yang penting, saya doakan cikgu bahagia'

'Saya sudah tidak mengimpi bahagia. Ujian datang bertimpa, menyebabkan saya tidak berasa akan mengecap bahagia' lirih suaranya. Sedikit serak.


Bahagia itu ada. Cuma mungkin belum berjumpa. Jangan berputus harap, cikgu. Berputus harap bermakna, terputusnya rahmat Tuhan. Jangan berhenti berharap. Kami mendoakan cikgu. Kami cintakan cikgu. Sungguh, bertahanlah. Demi kami, anak muridmu.




Cikgu Azmi, anda tidak bersendirian. Cikgu dikelilingi oleh anak-anak murid yang sentiasa mendoakan cikgu. Kami akan membela cikgu. Cikgu tidak pernah bersendirian. Kami lah anak-anak cikgu, pengganti zuriat cikgu buat masa ini.


Sesiapa pun yang berdepan dugaan maha hebat seperti yang dihadapi oleh beliau, mempunyai potensi yang tinggi untuk berputus asa. Berkorban diri untuk orang lain. Benar maknanya;

'Guru itu umpama lilin. Membakar diri untuk menerangi insan-insan lain yang dalam kegelapan'



Allah, sesungguhnya kami akui nikmat yang Kau sediakan baginya di syurga sana. Pinta kami, peliharalah hatinya agar tidak pernah berputus harap denganMu. Cintailah dia, sebagaimana dia mencintai kami. Redhakan lah hatinya dengan ujianMU serta, Kau redhailah perjalanannya di muka bumiMu ini.Teguhkan hati dan cintanya buat Mu, agar sentiasa hatinya segar dengan syahdunya cintaMu. Cintailah beliau, Allah. Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, Tuhan Yang Maha Belas lagi Maha Mengasihi. Cintailah Ckgu Azmi kami, kerna kami cintakannya sepenuh hati. Allah, ayuh kita bercinta..







[+/-] Teruskan pembacaan...

Monday, May 11, 2009

Berdoa ertinya meminta

‘Semua bangun…’ laungan Haikal bergema, disambut mesra oleh paduan suara seluruh pelajar 4 Ehsan.
‘Bismillahhirrohman nirrohim…’ bacaan doa pembuka tirai sesi pengajaran dan pembelajaran. Tangan ditadah namun hati melilau entah ke mana. Ada yang matanya liar meninjau kiri dan kanan, entah apa yan dicari langsung tidak ketahuan. Syawal terkenyit-kenyit, memberi isyarat pada entah siapa. Ada juga yang sempat tersengeh-sengeh mempamer gigi. Entah apa yang lucu agaknya doa yang sedang dibaca. Selesai bacaan doa;

‘Bismillahhirrohmannirrohim. Sedar tidak apa yang kamu lakukan sebentar tadi?’ aku bersuara.
Mematung semua. Sunyi bagai laluan kubur. Mungkin dapat mengagak, gunung berapi menunggu masa untuk memuntah lava.
‘Jika saya meminta kepada kamu Fatah....’
Sambil menadah tangan ke arah Fatah, mata melata kiri dan kanan, tengkuk menjenguk sambil berputar 360°,
‘Fatah, saya nak pinjam duit awak, tiga puluh sen, mau beli aiskrim’
Pecah berderai tawa seluruh kelas. Lelucon selingan, punya makna tersirat.
Mataku tepat memanah kembali bola matanya. Serius.
‘Kalau saya meminta kamu dengan cara begitu. Sambil lewa, tidak bersungguh, tidak fokus dengan pandangan merayap entah ke mana, mau kamu tunaikan permintaan saya?’
Fatah menggeleng, mewakili jawapan seantero kelas. Sepi kembali. Lalat pun kecut melempar suara.
‘Begitulah kamu berdoa tadi. Kamu meminta agar dipermudahkan usaha kamu mencedok ilmu namun secara sambil lewa. Tidak bersungguh dan tidak fokus. Dengan doa yang seperti itu, apakah besar peluangnya untuk dimakbulkan?’ mula bernada tinggi.
Tidak aku pinta sebarang jawapan, sekadar bertindak sebagai stimuli untuk merangsang otak-otak mereka mula berkerja. Tamat sesi tazkirah ringkas. Baharu saja tubuh ingin berpaling mengadap papan hitam, aku didatangi Izzuddin. Matanya membulat, bergenang. Wajahnya serius, namun riasnya bagai menagih simpati.

‘Cikgu’ sapanya lembut. Aku kaget dengan auranya yang tampak berbeza. Sekadar menunggu bicaranya disambung.
‘Boleh dok beri kte 50 sen? Kte nok beli kepok ghehat nanti. Kte adok duit, ekgu. Akit peghut kte, lapor’
Tangan kanannya ditadah, sedangkan yang kiri terletak di perut. Memicit-micit ala kasihan. Wajahnya sengaja dikerut-kerut bagai terkena sembelit, nada suara merendah, cuba meraih ihsanku.

Terasa darah meluap naik ke kepala, amarah bagai ingin disembur bertalu-talu. Terasa diperbudakkan sewenangnya. Sekalian pelajar berdekah hebat. Hingar, bagai pasar tani. Kecindan yang selamba, berani nak kena penampar sulongku. Terpujuk aku melihat bibirnya menguntum senyum, aku terbuai sama dengan ritma ceria mereka. Aduyai.... siapa lah yang larat memaki pelajar yang sebegini? Memujuk dalam melawan. Aku sekadar mengetuk manja dengan pembaris akan tangannya yang dihulur. Aduh, gamat lagi .....

[+/-] Teruskan pembacaan...

Sunday, May 10, 2009

Pergi dan akan kembali

Sekian lama menyepi, baru kini kesempatan dicuri. Berkelana di bumi Terengganu meninggalkan beberapa jejak yang mendalam pada emosi ana. Sedih, gembira, terharu dan menyesal. Jasad saja sudah kembali ke Perak namun hati tetap bermukim di sana. Melangkah sempadan Terengganu-Pahang, hati berdesit 'aku akan kembali'. Perlukah aku bersuamikan orang terengganu? Muahahahaha....


Bermula dengan title 'cikgu mnebeng' dan bekeng, kemudian dapat pula jolokan 'guru berjiwa pelajar' dan akhirnya, 'cikgu yang sombong'...
Budak-budak memang suka bagi title. Di awal perkenalan dengan pelajar, sifat garang adalah amat perlu. Kalau tidak, usah harap pelajar nak bagi muka dan controlling class akan out langsung.


Sepanjang praktikal ana di Terengganu, alhamdulillah, tidak melibatkan sebarang kemalangan antara pelajar. Ana jek yang tereksiden. Seorang guru pelatih (cikgu praktikal)di sekolah ana, berdepan dengan pelajar-pelajar lelaki yang hiperaktif. Beliau mengambil pendekatan tidak peduli, hanya memberi tumpuan kepada pelajar perempuan dan beberapa kerat pelajar lelaki yang berminat untuk mendengar. Sedang memberi pengajaran di bahagian depan makmal, tiba-tiba semua gempar. Julangan api yang marak di bahagian belakang kelas membara. Sekumpulan pelajar yang tidak diendahkan tadi bergiat aktif dibelakang kelas dengan mengumpulkan penunu bunsen (dapur nyalaan api dalam makmal) untuk dipasang secara berjemaah. Hasilnya, julangan api yang maha hebat itu. Dengan bantuan pembantu makmal dan bebelan si guru tadi, api berjaya dipadam semula... hahaha.... Tamat riwayat api yang degil. Seorang pelajar tercedera kerna dengan bijaknya menyentuh besi panas penunu bunsen tersebut. Pelajar tersebut ialah si nakal yang cute, Wan Mohd Iskandar B Wan hassan... Mesti dia bengang giler ana sebut namanya di sini... Tersedak-sedak dia.



Penunu bunsen (bunsen burner)



Pelajar kelas 4 Cendiakawan antara pelajar SMKBT yang hiperaktif dan paling sukar dikawal. Masuk makmal biologi, mereka-mereka ini akan lebih tertumpu pada skeleton mati yang terletak di belakang makmal berbanding guru mereka yang masih tercungap-cungap bernyawa di depan, sambil mengajar.






Cikgu yang di depan memang tak laku. Sesudah jerih terpekik terlolong sampai hampir pecah speaker tekak, barulah teringin mereka ini berpaling ke hadapan. Perhatian !!! Ini bukan situasi yang ana alami. Ini pengalaman guru lain.... Mmmuahahahaha......

Pengalaman ana dengan kelas tersebut pula akan membuat ana tersenyum seorang bila teringat gelagat mereka yang wak2 bijok pahtu wak muke sposen pl0k, datang mintak maaf.... hahahaha
Comel sungguh. Gelagat nakal yang cute. Dah, tak leh puji lebih2....


Namun yang bestnya, bila guru bijak berkomunikasi dengan pelajar, guru tersebut akan menjadi idola pelajar.


'Ekgu masok arw kelas. Ekgu dok masuk kelas, kte dok mangat nak blajor'


Gitu arw lebih kurang, hasil mencelupkan diri di Ganu selama 4 bulan... ^^


Selamat tinggal Terengganu.... Aku akan kembali suatu hari nanti... ^^




p/s: Hadooooiiiiii laaaaaa..... pnat lap habokkk..... AAAAAachuhhh..... Banyak tol habuk. Hahahaha....





p/s/s: Kalau ada krew iluvislam.com yang terbaca, ana nak tanya, naper ana tak leh log in kat ili ha? huhuhu.... ^^

[+/-] Teruskan pembacaan...