Teman Bicara

Wednesday, August 27, 2008

Lelaki Dulu Vs Lelaki Sekarang

LELAKI
dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami Asadullah,Saifullah.
tokoh ramai tak terkira.
kini bila disebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya,boneka Yahudi.
dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya tenang di hati
lelaki kami menjaga,melindungi,
kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya mahu cabut lari,




lelaki khianat,perogol bersiri.
dulu,
bila seorang wanita teraniaya,
sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
kini,
ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
lelaki tunduk tak bertenaga.
dulu,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa berani menggoda,
kini,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki tak kisah auratnya terbuka,
wanitanya dibiar bebas,binasa.
dulu,
lelaki menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama,
kini,
lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu, dunia seisinya
dulu,
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad tekun berdakwah,
kini,
lelaki hanya menyanjungi sejarah,
diri bermalasan,tenaga tak dikerah.
dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.
dulu,
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,
kini,
lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri sering bertelingkah.
kembalilah lelakiku,
pada kelakianmu,
kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.

-wanita damsyiq
(dipetik dari syabab musafir kasih,fatimah syarha mohd. noordin)



sumber: copy n paste gak... ngeh3

[+/-] Teruskan pembacaan...

Monday, August 25, 2008

Islamic Button Badges for Sell

Bismillah....

Khas kepada Pelajar2 Universiti Pendidikan Sultan Idris.. (sbb ana tak nampak mana significant nya utk org yg jauh2..hehe)

Ana ada jual Button Badge brand (haha.. jd kenyataan harapnya) iluvislam.com.. Mmg comel2 n kiut-miut..

saper nak...?

Harganya sekeping Rm3 (bagi yang besar) kalu beli 4 leh dapat dalam RM10. Kalu yang kecil, harganya Rm1.50..... Saper berminat, leh contact ana.. YM ker, PM dalam iluvislam ker, shotbox or chatbox tersebut kerr...

Ana juga akan jual di;
- dalam kuliah (hua hua hua)
- dalam Lab (mamposs kena bahan kimia.. ~ahaks)
- semasa International Language Festival (start hari Khamis nih kat SITC)
- Arabic Language Festival (start Selasa nih hingga Jumaat kat Bitara Siswa)
- Program di Khalifah Institute, Ampang (2minggu akan datang, hari Sabtu)

so, saper nak leh dapatkan di tempat2 berkenaan....
Siapa yang kt KL dan sanggup turun Pudu utk dapatkan Button Badge tuh, silakan sbb ana ada kat KL (insyaAllah) 2 minggu lagi.. (2 hari jek merempat sana) ~baik mintak kat akhi Akmal, kan? Beliau bermaustatin di sana.. haha

These are design of the badgess.... hua hua hua

Nih design utk small button badges, rm1.50

Yang kat bawah2 nih, design utk yang beso2... muahahahaha...
Budak bilik ana jeh abeh rm50 utk Button Badges nihh.. ^^


Nih limited edition... dalam UPSI nih, ada dua org jek yg memilikinya... Iaitu ana dgn roomate ana.. hua hua hua... yang laen, jgn jelesssss ~auwwww


Nih pon limited edition.. Bukan sbb jumlahnya sikit dari yg lain tp sbb pembeli kebas sekali bykk.. hua hua hua
Badge nih hanya terdapat di sekitar rumah ana... budak2 rumah kebas sumerr... ^^
Termasuk ana... jgn jelesss lagihh...
Ana merayu mintak lebih kat Akmal, Akmal dengan slumbernya menolak permintaan ana. Yg jadi mangse, korang2 lahh... hahahaha

Rabbi yassir wa laa tu’assir, rabbi tammim bilkhair - wahai tuhanku, permudahkanlah dan jgn susahkan urusanku.. wahai tuhanku, sempurnakanlah ia dengan kebaikan.


Ya Rabb Ruhmaaka


No bearer of burdens can bear the burden of another (Al-Isra': 15)

Setitis air juga adalah Rahmat dari Allah
Percikkan tazkirah setiap hari
Walimatulurus .... hanya selepas nikah...
Nih akhi faiz kebas satu... nih jek yang dapat tarik perhatian dia. Maklum lah, org tuh dah sedia nak kawen, tgh cari calonnn... hua hua hua



Tu jer lahh... Leh dapat dari ana... sementara stock masih ada... hua hua hua


~ahaks

TQ

[+/-] Teruskan pembacaan...

Friday, August 22, 2008

Plagiarisme

Budaya memplagiat merupakan satu budaya kurang sihat yang semakin menular dalam masyarakat kita. Ana dah pernah tulis artikel pasal nih kat thread iluvislam.com dan ana repost kat sini untuk perkongsian sahabat2 kerna budaya kurang sihat ini amat banyak terjadi di kalangan penulis terutamanya dalam dunia blogging nihh...

Maka, ana copy dan paste artikel yang ana tulis sendiri...

Plagiarisme adalah peniruan hasil pendapat,cetusan minda mahupun hasil karya sastera dari orang lain yang menjadikannya seolah2 hasil sendiri. Tindak-tanduk memplagiat bolehlah dikatakan sebagai peniruan dan 'curi karya' kerana penyalinan tanpa izin oleh empunya karya.(kalu tanpa izin lah) Dalam bidang pendidikan, kerja2 memplagiat ini boleh dikenakan tatatertib dan hukuman yang berat seperti kena kick dr U.

sumber : Wikipedia

cetusan minda ~ahaks

Apa kah ciri2 yang dikatakan memplagiat tuh?;
ini dia...

Dalam buku Bahasa Indonesia: Sebuah Pengantar Penulisan Ilmiah, Felicia Utorodewo dkk. menggolongkan hal-hal berikut sebagai tindakan plagiarisme.[2]:

-Mengakui tulisan orang lain sebagai tulisan sendiri,
-Mengakui gagasan orang lain sebagai pemikiran sendiri
-Mengakui temuan orang lain sebagai kepunyaan sendiri
-Mengakui karya kelompok sebagai kepunyaan atau hasil sendiri,
-Menyajikan tulisan yang sama dalam kesempatan yang berbeda tanpa menyebutkan asal-usulnya
-Meringkas dan memparafrasekan (mengutip tak langsung) tanpa menyebutkan -sumbernya, dan
-Meringkas dan memparafrasekan dengan menyebut sumbernya, tetapi rangkaian kalimat dan pilihan katanya masih terlalu sama dengan sumbernya.



Masyarakat kian memandang sepi isu ini kerana ia sudah pn menjadi kebiasaan sehingga tidak dipandang sebagai salah satu bentuk jenayah. Tidak salah perkongsian sebarang bentuk karya sastera mahupun cetusan pendapat jika ia bertujuan untuk penyebaran dan perkongsian ilmu yang nyata demi menjamin kelangsungan ilmu tersebut. Namun, haruslah diingatkan agar hasil karya mahupun cetusan idea seseorang penulis itu diiktiraf dengan meletakkan nama penulis mahupun nama penanya mahupun alamat blog (bg penulisan blog). Pernyataan sumber amat penting kerana ia sebagai satu pengiktirafan hasil sumbangan penulis tersebut dalam bidang ilmiah. Malah, penilaian terhadap hasil penulisan boleh dibuat oleh masyarakat berdasarkan peribari, latar belakang pendidikan, mahupun autoriti si penulis dalam bidang ilmu yang berkenaan.

Dalam keghairahan penyebaran ilmu, aspek pernyataan sumber sering diabaikan dan menyebabkan masyarakat hilang punca apabila disajikan dengan hasil penulisan yang diragui kesahihannnya. Ni lah hasil kerja2 memplagiat, tanpa pernyataan sumber dan penulis asal. Kelangsungan ilmu akan terputus di situ lantaran tahap penerimaannya diragui. Malah, hasil2 penyebaran bahan2 plagiat ini turut boleh menimbulkan kegemparan dalam masyarakat apabila suatu kenyataan itu dikeluarkan dan disebarkan sesuka hati tanpa ada siapa pun yang perlu bertanggungjawab ke atas pernyataan itu; yer lah, tak der sumber kan... Sumer main copy n paste. Maka, terbukalah pintu2 fitnah dalam masyarakat.


Di sini, ana sertakan beberapa thread hasil daripada penyebaran bahan copy n paste, forward, tanpa penyertaan sumber... main copy, tu lah.. hasil plagiat... sehingga menimbulkan kegemparan dalam masyarakat.. Siapa yg bertanggungjawab?
tak der siapa pun yang perlu di 'brainwash' sbb penulis sebenar 'idea songsang' tersebut langsung tidak dinyatakan.. Last2, org yg berkongsi tu lah jugak yg kena...

Bahaya Kartun Pokemon...!!!

*4JJI - Boleh ke?


*perkataan BYE haram?

Kenytaan2 yang dikeluarkan hasil copy, paste dan forward... tanpa ada sesiapa yg perlu utk dpertanggungjawabkan adalah punca wujudnya thread2 berkenaan..

Dari sudut lain pula, hasil penulisan yang baik merupakan sumbangan besar seorang penulis dalam lapangan ilmu dan sastera. Kegagalan 'org yg menyalin' utk menyatakan penulis yang berkenaan sebenarnya telah menafikan hak si penulis ke atas hasil karyanya. Seolah-olah tidak mengiktiraf penulis yang berkenaan. Mmg lah sesetengah pihak tidak memandang serius faktor ini. Tapi, bagi seorang penulis, ia amat penting kerana ia menunjukkan masyarakat menerima baik sumbangannya dalam bidang ilmu.

Apa nak buat kalu tak nak dituduh sbg plagiator? Ada beberapa kaedah...

1) Nyatakan siapa penulis nya, atau nama penanya, atau blog nya.. sumber..
2) Jika tidak dketahui siapa sumber asalnya, perlulah dinyatakan bahawa hasil penulisan tersebut, bukan hasil dirinya... (sumber: copy n paste - seperti yg ana buat)

Apa keburukan memplagiat? ana bagi link, baca...


Plagiarisme merugikan semua pihak

Menjadi satu kesalahan bg individu yg menyalin hasil penulisan org lain tanpa pernyataan sumber... Jadi, bacalah artikel ini dan renungkan bersama... Penyebaran ilmu, kononnnya tanpa menyertakan sumber mahupun individu yg bertanggungjawab terhadap cetusan idea yg bkenaan...


Kepentingan Meniliti Sumber ilmu


Masalah akan menjadi lebih runcing jika ia berkenaan dengan keagaaman. Maka akan terbuka pintu2 fitnah tentang agama kerna sewenang2nya penyebaran maklumat yang diragui kesahihannya akan berlaku..

Jika anda mendapat satu artikel yang berkaitan dengan agama dan berniat untuk menyebarkannya, ada beberapa langkah yang perlu dibuat terlebih dahulu...
maka, rujuk link dibawah

projek dakwah

(ana tak tau mana nak cari projek berkenaan so apa yang ana mampu, ana tunjuk link ini)

Baiklah...
Mengapa sanad perlu disertakan jika hadith dikemukakan oleh mana2 individu? Apa kepentingan sanad atau perawi hadith?
Itu salah satu cara utk meletakkan taraf hadith (kalu tak silap ana) malah melalui perawi hadith yang dikemukakan, para ilmuwan (bidang agama) boleh membezakan kesahihan hadith berkenaan. Kalau lah perawi hadith diabaikan maka sesiapa sahaja boleh keluarkan kenyataan dan mengatakan ia adalah kata2 Rasulullah tercinta... Terjadilah fitnah yang berleluasa...


ini adalah contoh akibat jika tidak d nyatakan sumber.... atau tidak menyatakan tulisan itu, bukan miliknya. Yang kena ban, org yg niat ingin bkongsi... bukan mereka yg betul2 menulis artikel nih...

Kisah Cintaku


Kenapa?
sbb setiap penulis harus bertanggungjawa terhadap hasil penulisannya...
Jika ada org kritik, dia kena terima.. atau memperjelaskan persoalan yg timbul dari hasil penulisannya... Malah pernyataan sumber juga penting untuk rujukan lanjut kerna hanya penulis yang benar-benar memahami motif dan isi penyampaian artikel yang berkenaan.

ana bg nih utk iktibar semua. Si gadis nih mmg lah berniat baik, berkongsi sesuatu utk semua namun, bila ada keraguan... dia yg di ban...
sbb yg lain menyangka, dia lah penulisnya..


Maka, berubah dan ambil lah anjakan paradigma mulai hari ini agar kelangsungan ilmu itu terjamin... serta salah satu usaha untuk menutp pintu2 fitnah dalam masyarakat

Wallahu'alam


p/s: ana sertakan beberapa link tertentu sebagai pengiktirafan terhadap penulisnya. Bukan main copy paste...






[+/-] Teruskan pembacaan...

Thursday, August 21, 2008

Nafsu Yang Menggila

Dah naik jenuh ana menelefon sahabat baik ana merangkap roomate ana sendiri, tak dapat2....
'Aper ker haii nyer budak nih? Off handphone'
Hati tengah tak sedap nihh...
Perut apatah lagi... dah bergendang sakan...
Maklumlah, menjamah roti dengan sebungkus meggie dari pagi sampai ke petang memang menyeksakan. Mak cik cafe yang baik hati tuh telah menutup cafe sepanjang cuti..
Yang hang p mengada2 tak kelik kappong tuh bakppa nyaa...


Lepas asar tertido tadi, dah lah lewat bangun... Nak jadi sasau ker tido lepas Asar? Dah tuh... letih mata dok ngadap laptop 25 jam sehari...
Jam dah menunjukkan 7.20pm... Nak call si Adel, dia off hp. Maklumlah, bateri kong. Musti budak tuh lupa nak bwk charger skali... Adel... Adel...
Sibuk sgt dgn gerak keje program...

Tengah berkira2 nih nak kuar ker tak... Lapar sungguh dah nih. Otak dah tepu dengan angin dah.... Nak kuar ker tak.... Nak kuar ker tak...

NEKAD

Amik kunci motor, merempit keluar... (err... moto ana tak der nama ^^) Nak p kampus utk beli makanan. MMg dah msg Adel tp tak pasti msgnya sampai ker tak. Tercari2 Adel kat bus stand Pintu Timur tak jumpa gakk.. P kedai Normah, tempah nasi goreng kampung. Tunggu....
Malam kian pekat dengan angin yang agak deras penanda nak hujan. Huihh... seram... Doa dalam hati, jangan lah hujan... Jangan lah hujan, susah nak merempit balik nih karangg...


Dah lama rasanya tak keluar malam dan lebih lama tak naik motor waktu malam. Rasanya dekat 2 sem tak bawak motor waktu malam... Banyak kisah yang pernah di dengar...

Ada member tuh, terserempak dengan benda ntah per2 kat kubor cina atas bukit tuhh.. Pastu, teros dia tobat tamau datang Kolej Za'ba waktu lama..
Yang kena rompak kat jalan tu, tak usah nak dikira lah..
Yang begnya kena ragut sbb letak kat bakul motor bahagian depan tuh pon ada..
Malah kes2 berikut bukan sahaja berleluasa waktu malam ... Waktu siang pon berlaku gak kadang2..
Ana sendiri pernah diekori. Ms tuh bawak motor slow n steady jekk.. Pastu lak, ada motor ngekor. 2 orang.. Tengah hari buta pakai sweater dgn helmet full-face, motor cabokk... Kalo halmet fullface, kurang2 pakailah motor Kawasaki Ninja kerr.. Ana dapat rasa diaorg bukan student. Bila ana laju skit, diaorg pon laju... Yang ana perasan, diaorg cuba nyorok dr imej diorng terpampang kat telinga motor ana (side mirror-pinjam bahasa si muslim sejati ... hehe) Ana pon pecut... Ingat kita bwk slow tuh sbb tak leh merempit ker? har har har... sebatu diaorg tertinggal.. Diaorg kejar, dah nak dekat sampai kolej.. ^^

Tapi naseb tak selalunya baek.. Takot gak kali nih terkena. Tawakal jer lahh...
Nasik dah siap, hampir jam 7.45pm.. Maghrib dah masuk. Kelam kabut nak pecut balik kolej. Malas nak maghrib kat kampus sbb takut nnt hari makin gelap, waktu cuti jarang kenderaan lalu jalan ke kolej... Penuh bukit dengan kubor jekk..
So, pecut lahh... Dalam pecut tuh, kena gak aware dgn kereta yg byk kat traffic light tuhh... Huhu
Angin yang kuat kadang seolah2 terasa motor nak melayang... Subhanallah...
Allah jer lah yang tau camna perasaan nihh...


Ketakutan amat... Takut tetiba rantai motor tanggal, takut tetiba enjin motor mati, takut tetiba tayar motor pecah.. Janganlah hendaknya Allah uji macam tuh.. Ana tak mampu menghadapinya... Tak putus2 doa... Merempit2 gak.. Doa tetap baca..hehe
Setelah hampir 2 sem jugak tak ikut jalan haram, hari nih ana pecah tradisi ikut jalan haram... errr... melintang arus...
Mmg bahaya tapi nak buat camna, nak pusing flyover amat jauh (dalam waktu terdesak nih) dan macam2 buleh jadi...


Akhirnya sampai ke kolej... masuk pagar jek, dah rasa selamat dah...
Tengok jam... huh.. Perjalanan sempoi selalunya amik ms 10-12 minit telah jadi 5 minit..huhu Seb baik tak eksiden dengan burung tadi.. ^^

Balik punya balik, Adel dah sampai rumah... mak aiihhh... dia belikan nasik untuk ana....

Ana punya bertarung nyawa tadi nak p beli nasik, kalu ana tau dia dah belikan, tak der lah ana kelam-kabut keluarr...
Makan pulak tuh, tak sampai separuhh... Tak berbaloi sungguh...

Bukannya tak der roti ker, biskut ker, air milo kerr... KAlo dah perut melayu tuh, nak nasik gakk.. Nafsu yang mendesak... Nak nasik... nak nasikk...
Membawa ana keluar sampai camtuh skali...
Ana yang dah lama tak keluar malam... yang dah lama tak naik motor sorang2 waktu malam... ana yang penakut (kadang bangun tgh mlm pon takut nak p bilik air)
sbb nafsu lah yg membawa ana ke kampus...huhu

sangat tak berbaloi... makan sikit jek pulak tuhh...
seb baik budak rumah atas ada yang tak balik n tak beli makanan maka makanan tersebut bg kat dia... kalo tak, membazir...

Moralnya, nafsu nih kalo dia tengah menyerang, perlu ditahan dan dikawal dulu... Dia ada masanya dia sampai peek time then bila dah lepas kemuncaknya, dia akan reda jekk.. Kalau lah ana tunggu sikit masa jek lagi tadi, musti ana tak jadi kuar.. Musti ana tak merisikokan diri pada bahaya malam di luar sana...
Nak wat camna, ana yang memilih untuk melayan nafsu...

Layannnzzzz.....

[+/-] Teruskan pembacaan...

Tuesday, August 19, 2008

Menuntut Ilmu Sepanjang Hayat

Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad... Slogan yang sering dilaung-laungkan dalam membentuk motivasi seterusnya membenih terjahan minda agar terus ghairah mengisi kekosongan ilmu di dada. Namun sejauh mana ia menjadi amalan seharian kita yang megah mendabik dada mendakwa;

'Aku sedang mencari ilmu kerana Allah?'

Pernahkah kita menilai sendiri; apakah dia ilmu?


Menurut sesetengah alim ulama (memetik kata-kata Ustaz Ahmad Dusuki) ilmu ialah satu percambahan pemikiran dan bertambahnya idea... Atau sesuatu yang semakin banyak kita ketahui apabila semakin lama hidup. Ilmu juga boleh ditakrifkan sebagai pengetahuan yang apabila ia semakin bertambah maka bertambah juga kita erat dengan Allah s.w.t. Muhasabah diri lagi; setiap hari ilmuku bertambah, InsyaAllah. Adakah dengan bertambahnya ilmuku maka bertambah juga TaQwaku? ~kena smash se dass... zasss... ^^

Menurut Ustaz lagi, ilmu itu datangnya dari empat sumber.

1)PANCAINDERA
Melalui penggunaan pancaindera, kita memperoleh ilmu. Kita lihat cahaya, kita tau ia datang dari lampu. Kita lihat ikan, hati terdetik 'itu ikan'.. Jika pancaindera mata tiada, masih ada telinga. Kita dengar bunyi, itu suara si hafizadam berdengkur... ^^ Begitulah hebatnya kurnia ALlah kepada hamba-hambaNya maka rugilah mereka yang menyalahgunakan nikmat yang Allah beri ke jalan kesesatan. Nikmat ini turut Allah kurniakan kepada makhluknya yang lain seperti haiwan dan malaikat.. Maka, apa yang mengangkat darjat kita sebagai Khalifah di muka bumi ini? Itu lah sumber kedua ilmu...

2)AQAL
Pancaindera yang kadang tersilap... Kadang mata silap melihat, kadang telinga silap mendengar, ingatkan si hafizadam yang berdengkur, rupanya dengkur si inche tok lysam.. (sempat plak smash org..^^)Maka yang mengawal dan menyelia serta mentafsir penterjemahan pancaindera ialah aqal. Aspek ini lah yang membezakan antara manusia dengan haiwan. Aspek ini juga yang mengangkat darjat manusia sebagai sebaik kejadian.Kerna itu aqal perlu dijaga dan dipelihara sebaiknya. Kerna itu Allah mengharamkan arak ke atas orang2 yang beriman kerna arak boleh merosakkan aqal yang waras. Seorang manusia yang beraqal apabila tidak menggunakan aqalnya untuk memikirkan kebesaran Allah malah menggunakan aqalnya ke arah kesesatan maka tarafnya lebih rendah dari haiwan.

Namun aqal ini tetap ada batasannya. Terdapat beberapa perkara yang luar dari jangkauan aqal seperti perkara ghaib, syurga neraka, hari kiamat, alam kubur, malaikat dan sebagainya... Had aqal ini juga boleh digambarkan dengan pengetahuan manusia yang tidak mampu menguasai semua bidang. Kalau dokter bina jambatan, basikal lalu pon dah runtuh.. Kalau penulis novel nak mebedah, bedah katak pon tak jadi... Kalau Ustaz nak jahit baju kurung, terjadi pulak kain sarung..gitu lahh.. (contoh perumpamaan jekk- terhiperbola lakk.. hehe)

Teringat pulak satu kisah yang pernah dipopularkan oleh Ustz Wan Sohor...
Sekumpulan ahli di dalam syurga ingin menjengok keadaan neraka dan sekumpulan ahli di dalam neraka ingin menjenguk keadaan di syurga. Maka mereka berbincang bersama untuk melaksanakan hasrat mereka. Maka kata sepakat diambil untuk membina jambatan syurga-neraka.. Setiap pihak akan bina separuh jambatan dan akan bertemu di tengah-tengah. ..(tatau camna diaorg bincang.. tipon kott...haha).. Maka satu tempoh masa telah pon disepakati untuk mempersiapkan jambatan tersebut. Tiba hari yang dinanti-nanti, jambatan yang dibina oleh ahli neraka telah pon siap dan mereka bergerak menuju ke hujung jambatan dengan harapan ingin menjenguk syurga. Nak dijadikan cerita, mereka terkejut. Orang2 ahli syurga tidak pon membina separuh lagi jambatan yang dijanjikan. Mereka memaki dan memfitnah golongan ahli syurga yang dikatakan tidak menepati janji dan belot perjanjian. Dijawab oleh ahli syurga...

'Wahai sahabat... Bukan kami berniat untuk mengengkari janji. Kami pon nak buat jambatan. Tapi dalam syurga nih tak der arkitek ke jurutera.... sumer masuk neraka. Kami nih ustaz2 jek yang ada kat sini.. Kami tak reti keje2 jurutera..'

haha... Kadang2 kita terlalu taksub dengan satu ilmu sampai kita pinggirkan ilmu2 yang lain sedang kita lupa; apa tafsiran ilmu sebenarnya...
(cerita ini sekadar rekaan kot, yg disampaikan oleh ustaz.. ^^)

Maka kekurangan akal dipandu oleh sumber ketiga dan keempat

3) ALQURAN dan SUNNAH
Maka sumber ketiga dan keempat ini lah sumber yang paling agung..Sumber ini lah yang jika berpaut padanya, manusia tidak akan sesat selama-lamanya..

'Aku tinggalkan umatku dengan dua perkara yang jika berpegang padanya, kau tidak akan sesat selama-lamanya; itulah Al-Quran dan As-Sunnah'

Ada dua perkara yang menjadi asas utama keperluan dalam hidup iaitu kesenangan dan ketenangan. Jika Allah mahu memberi senang maka akan Allah turunkan air daripada langit kerna air lah sumber kesenangan.

Air lah sumber kehidupan. Dalam kandungan, kita dikelilingi oleh air kutuban (amniotik) dan keluar dari rahim, kehidupan kita tidak betah tanpa air. Air lah sumber rahmat, air lah sumber rezeki.. sumber kehidupan

'Dan Dia-lah (Allah) yang menghantar angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan) sehingga apabila angin yang membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (kering-kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah. Demikian pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat'
(Al-A'raaf:57)

Maka, apa pula sumber ketenangan?

Ketenangan adalah anugerah Allah yang Allah campakkan ke dalam hati-hati insan yang menerima wahyu Allah, yang mengamalkan wahyu Allah, yang menjiwai wahyu Allah... Maka sumber ketenangan ialah Kalamullah yang turut menjadi sumber ilmu paling agung. Sebaik sahaja seorang muslim itu dilahirkan ke dunia, disunatkan azan ke telinganya untuk memulai proses penyampaian ilmu, penyampaian wahyu Allah. Proses itu dilakukan seawal usia menjengah dunia dan berterusan sehingga hampir menutp mata. Saat perang sakaratulmaut, hati akan ditalqinkan dengan kalimah 'Laila haillallah' menunjukkan proses pencerahan ilmu wahyu masih dilakukan di saat nyawa hampir tiba ke penghujungnya, tersekat di anak tekak.

Bila dah masuk ke liang lahad, ilmu sudah tidak dituntut walaupun manusia di sekeliling masih gigih mengajar. Camna tuh?

'Wahai si polan binti si polann... Sekejap lagi akan datang dua malaikat mungkar dan nagkir akan menyoalmu. Mereka bertanya; Siapa Tuhanmu? Siapa Nabimu? Apa Kitabmu? Mana kiblatmu? Siapa saudaramu? Maka usah kamu takut dan gentarrrr... Jawablahh..'

Kalau lah orang dalam liang lahad tuh buleh menjawab, jawabnya...

'Jangan gementar, ustazzz? Ustaz cuba masuk tengok skett...' ^^


Maka kesimpulannya; Menuntut ilmu dari buaian hingge ke liang lahad membawa maksud...

'Hidup ini bermula dengan talqin dan akan berakhir dengan talqin juga'

Wallahua'alam





[+/-] Teruskan pembacaan...

Nilai Setitis Air Mata

Air mata merupakan perkara yang sinonim dengan wanita. Melalui air mata, wanita mengekspresi emosi, melalui air mata, wanita menagih simpati, melalui air mata, wanita bangun kembali, melalui air mata, wanita menyiat hati lelaki. Semuanya dengan air mata. Begitu juga dengan ana yang tidak terlepas dengan sifat wanita itu sendiri. Beberapakali air mata ana tumpah pada hari ini. Tampak sama semuanya namun punya nilai yang berbeza.


Hari ini sesi terakhir Istiadat Konvekesyen ke-10 sidang ke dua di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sahabat merangkap senior ana diuji Allah dengan tiba-tiba. Keluarganya yang telah bersiap-sedia untuk berangkat ke majlis konvokesyennya tiba-tiba membatalkan rancangan kerna ayahnya jatuh sakit.

'Kita merancang, Allah merancang. Namun perancangan Allah lah sebaik-baik perancangan'

Untuk mengembalikan semangat dan jernih wajahnya, ana menawarkan diri untuk berada di dalam dewan bersama-samanya. Buku nak ujian, tolak tepi dulu. Tatkala berkumandang muzik gamelan, hati ana cukup tersentuh. Diiringi ucapan amanat dari tampuk pimpinan atasan membuatkan ana terkedu. Merasai 'roh' dan suasana konvokesyen membuatkan hati ana terpana lantas sebak. Bertakung kolam air mata, menunggu masa untuk pecah berderai lalu melata. Insaf dengan perjuangan yang hampir ke penghujung sebelum diberi mandat untuk memikul tanggungjawab sebagai pendidik bangsa. Terharu dengan perjuangan yang penuh liku dan adakalanya hampir tersungkur tersembam ke Bumi. Tersenyum dengan kelakuan-kelakuan kurang bijak tatkala ilmu masih di takat tiga suku. Penuh warna, penuh duka, penuh ketawa.... Semuanya menjadi satu; leraian titisan air mata... Indahnya ciptaan Tuhan ke atas wanita...


Lalu mata ana tercantap pada seseorang yang kelibatnya amat2 ana kenali. Terpandang wajahnya membuatkan hati menjadi galau. Air mata yang baru hendak kering bertakung kembali. Mengenang kembali memori selama beberapa tahun namanya tersisip pada setiap sedutan nafas ana. Siapa lah ana untuk membuang jauh-jauh rasa cinta. Sekilas mata bertentangan meragut ketenangan yang cuba ana cipta. Ya Allah... besar sungguh dugaan yang ku rasakan pd waktu itu. Bukannya ana tak tau yang dia grad pada hari yang sama cumanya ana menyangka ana telah cukup kuat untuk berdepan dengannya setelah hampir setahun menyingkir namanya dari hati ana. Rupanya natijah 3 tahun memendam rasa masih terkesan sehingga kini. Jangan salah paham... Ana tak pon bercouple, sekadar memendam rasa... Ya... 3 tahunn.. Ana pernah kecundang dengan emosi lalu mengekspresi cinta pada insan yang tidak selayaknya ana meluahkan cinta. Menyesal tak sudah kerna akal dipasung dek emosi. Ana sangkakan ana sudah cukup kuat hari ini untuk berdiri di hadapannya tanpa merasa apa2... Pulang sahaja ke rumah, merembes air mata murah yang tidak bernilai. Menangisi sesuatu yang tidak pasti, yang tidak kita miliki. Namun ada daya. Insan cuma.


Sambil menekan papan kekunci, air mata ini masih merembes laju. Menyesal. Menyesal kerna berapa banyak air mata yang telah lahir di mata ini atas sesuatu yang tidak pasti. Menyesal kerna terlalu banyak air mata ini melerai kerna seorang lelaki.

Lalu ana sujud.... mohon kepada Pencipta.

'Pintaku agar kau tahan air mata ini dari melerai kerna perkara yang sia-sia. Pintaku agar kau pasungkan air mata ini dari melerai kerna suatu yang tidak pasti..'

Maka melerai lagi air mata kerna menyesali perbuatan kurang bijak atas kegagalan diri ana sendiri mengawal emosi, menghias hati.


Memetik kata-kata Dato' Dr Fadzilah Kamsah;
Air mata terbahagi kepada dua iaitu yang berkualiti dan yang tidak berkualiti. Air mata yang berkualiti ialah air mata yang menangis kerna Tuhan, air mata yang keluar kerna keinsafan, kerna taubat, kerna kejayaan, kerna syukur... Air mata yang tidak berkualiti ialah air mata yang merembes keluar kerna emosi yang memasung akal, kerna inginkan perhatian, kerna sesuatu yang tidak pasti, kerna sesuatu yang sia-sia...'


Siapa yang boleh membuang jauh-jauh rasa cinta? Ramai yang mencari cinta, juga ramai yang terjebak dengan cinta malah lebih ramai yang kecewa kerna cinta. Memetik kata-kata Ust Hasrizal, cinta itu tidak boleh dan tidak perlu dilawan, dibuang, disingkir dan juga tidak boleh dituruti. Ia perlu dikawal. Menurut Ustaz Pahrol Mohd Juoi, selagi mana cinta yang disemai itu dikepil bersama kerugian wang, kerugian masa, kehancuran matlamat hidup, itu bukan cinta.

Susah nak mentafsir erti hidup ini. Bukan semuanya tersurat malah kebanyakannya tersirat. Ilmu dan akal menjadi tonggak utama penyuluh jalan agar tidak sesat. Malah nilai setistis air mata turut punya tafsiran serta perspektif yang berbeza. Moga sama-sama kita menilai, mana taraf nilai air mata kita... Muhasabah diri hendaknya..

'Seorang lelaki yang beriman, nafsu di dalam hatinya umpama api di dalam batu. Selagi ia tidak digeser maka selagi itu lah ia aman berdiam di situ'

p/s: olahan kisah sahabat ana

[+/-] Teruskan pembacaan...

Saturday, August 16, 2008

Dulu Vs Sekarang

10 tahun yang lalu…….

Dulu... kalau ader boyfriend kiter rasa malu sangat...takut kena kutuk, dituduh gatal
tapi sekarang kalau takde boyfriend rasa malu sangat, rasa rendah diri

Dulu.. kalau bdk lelaki telefon kat rumah, ibu bapa marah, kata suh belajar tapi lain yang dapatnya.
tapi sekarang ibubapa yang angkat terus pas line kat anak (konon open minded)

Dulu..teman lelaki anak datang bertandang ke rumah, ibu bapa segan nak tunjuk muka kat jiran rasa malu sangat
sekarang ibubapa pulak yang bercerita perihal teman lelaki anak

Dulu… teman lelaki anak datang ke rumah, bapa hambat ngan penyapu
Tapi sekarang bapa siap sedia macam nak sambut menantu

Dulu… kalau kiter keluar dengan orang lelaki punyalah takut, rasa satu dunia tengah ketawa kan kiter, jalan pun jauh jauh takut orang kampung nampak nanti report kat mak
Tapi sekarang selamba jea jalan, dah lah rapat siap pegang tangan lagi. Orang yang lalu selisih pun siap dilanggar lagi.

Dulu.. bila budak lelaki datang nak berborak dengan kiter terasa malu sangat, rasa panas kat telinga terasa semua orang perhati kat kiter. Pastu cepat-cepat matikan perbualan
Tapi sekarang, tak kisah dah..bukan sajer bercakap, siap gelak ketawa lagi pastu boleh bertepuk tampar lagi

Dulu..kalau pergi ke taman biler tengok pasangan bercinta duk rapat-rapat, biler kiter pergi hampir kat dier cepat-cepat diaorang bangun.
Tapi sekarang kalau kiter pergi dekat kat diaorang bukannyer diaorang nak bangun, lagi dirapatkan badan antara satu sama lain adalah. Langsung takde perasaan hormat, segan.

Dulu…kalau tunang anak datang ke rumah nak jumpa anak, bapa duduk rapat jea dengan anak perempuan, langsung takde peluang nak citer soal hati
Tapi sekarang, tunang anak datang rumah, bapa siap ajak mak keluar rumah lagi, bagi can konon.

Dulu..kalau tengok tv ada babak romantik terus bangun sebab malu kat mak dengan adik adik
Tapi sekarang siap kuatkan volume lagi pastue dari duduk jauh kat tv terus duduk dekat sedepa. Langsung takde rasa malu.

Dulu..kalau jejalan malu nak lalu dekat tempat ramai kaum lelaki lepak, sanggup ikut jalan jauh dari jalan depan kaum lelaki
Tapi sekarang bukan sajer selamba jea jalan depan kelompok kaum lelaki tapi siap ketawa berdekah-dekah, suara pun sengaja ditinggikan supaya didengari kaum lelaki ini.

Dulu..ibubapa tegur, anak-anak tunduk diam seribu bahasa (takut)
Sekarang ibubapa tegur, anak terus keluarkan hujah yang tak bernas. (melawanlah tue)

Dulu..anak buat silap ibubapa terus tegur
Sekarang anak buat silap, ibubapa taknak tegur (takut nanti anak lari dari rumah)

Dulu..anak kecik menari depan tv, terus mak bapak tegur, jangan buat macam nie, malu nanti orang tengok.
Tapi sekarang anak menari depan tv, mak bapak siap daftarkan ke Malaysia idol lagi …bangga tue..

Dulu..kalau tak puasa (datang bulan) rasa malu sesangat nak makan depan orang. Sanggup berlapar lagi
Tapi sekarang rasa cam tak bersalah jea makan depan orang yang berpuasa, siap tayang nasi lagi.

Dulu..rasa malu nak pakai pakaian sendat, makeup tebal, tudung yang macam anak tudung sebab nanti mak tegur kata tak pandai berpakaian.
Tapi sekarang selamba jea pakai, mak pun suka…kononnya anak pandai melawa, sedap mata memandang, taklah orang kata kolot sebaliknya pandai berfesyen dan mengikuti perkembangan semasa.

Dulu..ibubapa mengajar anak tutuplah aurat dan peliharalah tingkahlakumu.
Sekarang takper tak pakai tudung, janji hati baik.

******************************
Semoga kiter termasuk saya dijauhi daripada segala permainan duniawi dan terus diberikan petunjuk dan hidayah daripadanya

sumber: copy n paste

[+/-] Teruskan pembacaan...

Tuesday, August 12, 2008

DAKWAH : Sejauh mana langkah anda?

Brother lim bertanya 'Siapa yang pernah berdakwah di sini?'
Hampir kesemua peserta program Friendly Comparative Religion mengangkat tangan. Masing2 tersenyum mungkin gembira kerna dapat menyumbang sesuatu untuk agama. Brother Lim bertanya buat kali ke-2 'Siapa yang pernah berdakwah di sini?'
Masih ramai yang mengangkat tangan dengan muka yang kian hairan... Tidak cukupkah bertanya sekali sahaja, desis hati. Buat kali ke-tiga, Brother Lim bertanya..

'Siapa yang pernah berdakwah di sini?'

Kali ini, hanya 2 atau tiga orang yang mengangkat tangan. Tidak sampai 1/5 dari jumlah keseluruhan peserta. Masing2 menundukkan muka, malu pada diri sendiri.Mengapa situasi berubah?



Sebelum bertanya buat kali ke-3, Brother Lim meletakan satu garis pemisah untuk memudahkan kami mengukur sumbangan kami kepada agama tercinta.

'Dakwah = menyeru kepada agama suci Allah dikalangan insan2 yang belum mendapat hidayah yakni mereka2 yang non-muslim'

'Islah = menyeru dalam usaha memperbaiki diri dan sahabat2 dikalangan mereka2 yang telah pun berada di bawah lembayung Islam yakni dikalangan orang2 Islam. Masing2 memperbaiki diri'

Setelah garis pemisah itu dibentangkan, kami terkedu. Sejauh mana usaha dakwah kami selama ini. Ana menjurus kepada diri ana sendiri.

Pernahkah ana berdakwah?
Pernahkah ana mengeluarkan ayat 'jom, masuk Islam'?
Pernahkah ana berkata 'ucapkanlah dua kalimah syahadah'?

Brother Lim merupakan seorang muslim yang sudah agak lama kembali kepada fitrah iaitu agama Islam. Dengan wajah sugul dan kesal beliau berkata...

'Saya dan keluarga tinggal di sebuah kampung yang majoriti penduduknya beragama Islam. Namun, tidak satu pun perkataan 'Islam' pernah disebut di hadapan ibu saya sehinggalah ibu saya meninggal di luar dari agama Islam. Tatkala orang2 kampung menuju ke syurga, ibu saya akan menahan mereka dan menuntut haknya kerna tidak pernah diajak untuk menganut agama yang suci ini'

Cuba kita cermin diri kita...

Sejauh manakah langkah kita dalam menyampaikan mesej Islam kepada saudara2 kita yang bukan Islam?
Sudah kah kita menunaikan hak mereka untuk diajak menganut agama Islam?

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang dari segala yang salah ( buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikin ialah orang-orang yang berjaya.
(al-Imran; 104)


Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah dari suatu perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah ke atas sesuatu bala bencana yang ditimpakan ke atas mu. Sesungguhnya demikian itu adalah dari perkara-perkara dikehendaki yang diambil berat melakukannya.
(LuQman; 17)


Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan kerna sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
(Adz-Zariyaat; 55)



Beberapa pengajaran dapat diambil dari seminar tersebut. Antaranya ialah approach yang berbeza untuk setiap penganut yang berbeza berdasarkan latar belakang kepercayaan mereka sendiri. Atas sebab itu lah perlunya kita mengkaji latar belakang agama dan kepercayaan mereka. Apa yang menarik mengenai kaedah yang diketengahkan di sini, jalan dakwah yang dilakukan bermula dengan mencari persamaan antara agama si pendakwah (Islam) dengan agama sasaran dakwah.

Untuk mewujudkan suasana yang lebih nyaman, faktor perbezaan perlulah ditolak ke tepi terlebih dahulu. Keadaan yang selesa boleh dibina dengan mencari titik2 persamaan yang menggabungkan faktor kebijaksanaan komunikasi dan reverse psychology.Kaedah ini amat berkesan untuk membina suasana santai dan nyaman untuk meneruskan perbincangan. Pertembungan perbezaan anutan yang dibentangkan secara tiba-tiba boleh menghasilkan suasana panas dan menyebabkan si sasaran dakwah cepat melatah serta menutup pintu hati mereka untuk meneruskan proses komunikasi. Pendekatan dakwah secara non-verbal juga penting dalam usaha 'memancing perhatian' si sasaran dakwah dan pendekatan berbeza diperlukan untuk setiap latar belakang kepercayaan yang berbeza.

contohnya;

- bagi penganut agama buddha, perilaku non-verbal untuk memancing perhatian ialah dengan berperwatakan baik, profesional, berilmu dan berjaya dalam lapangan yang diceburi. Personaliti yang berjaya dan hebat di mata mereka bersama peribadi yang mulia dengan tutur kata dan air wajah yang manis secara tidak langsung memancing perhatian mereka.

- bagi penganut agama hindhu, mereka amat berbesar hati jika kita mendekati dan berlaku sopan dengan keluarga mereka terutama ibu mereka. Mereka akan sangat gembira dan bersikap lebih terbuka terhadap sesiapa yang dapat membina silaturrahim dengan ibu mereka.

Itu sebagai contoh...

Selain itu, Kami turut didedahkan dengan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh muallaf dan ana amat tersentuh dengan kejadian yang menimpa beberapa sahabat muallaf. Sedang kami duduk bersama dan berbincang, tiba-tiba Brother Lim menerima satu sms dan dibacakan di hadapan kami. Seorang ayah memohon bantuan Brother Lim untuk meng'consult'kan anak perempuannya yang ingin convert. Asalnya gadis tersebut revert to Islam dari agama Hindhu namun ingin kembali kepada kegelapan dengan meninggalkan agama suci ini. Puncanya? Cabaran yang menggila tanpa pimpinan sesiapa...

huh.. apa peranan masyarakat setempat?
Apa peranan institusi agama di tempatnya?

Tepuk dada tanya iman...

p/s: ana ada video ceramah utk setiap slot Friendly Comparative Religion. Saper nak, leh bagi alamat n nama penuh. Dalam ms 3 mggu, ana hantar sbb tak proses lg n tgh busy dgn keje. Ana berbesar hati utk share dgn syarat ia tidak di upload di dunia maya dan tidak diguna untuk tujuan komersial serta... penyebarannya terkawal. Ini permintaan dari penceramah.

[+/-] Teruskan pembacaan...

Friday, August 1, 2008

FRIENDLY COMPARATIVE RELIGION COURSE

Jenjalan makan angin mmg seronok. Tapi, apa yg dapat? Makan angin... Perot kembong.... Muahhahahaha... Apakata kita p jenjalan makan ilmu lak? Nak itot? Jomm... Kita p ampang, ada majlis ilmu... Sedap makan ilmu nihh... ^^ . Nama ilmu yg ana nak promote nih iyalah Comparative Religion


FRIENDLY COMPARATIVE RELIGION COURSE”
ANJURAN PERKIM AMPANG

OBJEKTIF PROGRAM
MENANGKIS SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
MELATIH DA’I MENYAMPAIKAN MESEJ ISLAM TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM
MELATIH DA’I YANG PAKAR MEMBIMBING MUALLAF


TAJUK-TAJUK CERAMAH
-KEWAJIPAN BERDAKWAH
-SEJARAH AGAMA KRISTIAN
-ASAS KEPERCAYAAN AGAMA KRISTIAN
-KEPERCAYAAN ORANG CINA
-KEPERCAYAAN ORANG HINDU
-SALAH TANGGAPAN TERHADAP AGAMA ISLAM
-QURAN, BIBLE DAN SAINS
-PENGALAMAN BERSAMA PADERI DAN MUBALIGH KRISTIAN
-MEMAHAMI MUALLAF

Penceramah
Lim Jooi Soon
Engku Fauzi Engku Muhsin
Muhammad Fitri


Tarikh:
9– 10 Ogos, 2008

Tempat:
Masjid Darul Ehsan,
Taman TAR,
68000 Ampang
Selangor

Masa:
8.30 pagi
hingga
5.30 petang

Yuran:
RM120
(Pelajar RM100)

Hubungi:
Bro Lim Jooi Soon
012-3661121
abdlim @gmail.com


Duit tuh, akan diguna utk tampung buku yg akan diberi. Nih buku yg mmbr ana dapat ms dia p ari tuhh...















1- Pict buku tuh, ada satu lagik sebenarnya. Tp mmbr tuh sedekah kt kwn sbb buku tuh tulisan cina. so, dia bg budak cina. -Amik gambar atas katil. Buku diletak atas bantal sbb meja bersepah, segan nak tunjuk ~ahaks
2- Holy bible n salah sebuah buku
3- Combat Kit n salah sebuah buku.

Tgk tajuk buku, mmg intersting giler2 tp buku tuh tak fix. Mungkin sesi lain, dia akan bg buku lain lak tp Bible tuh satu kemestian lah akan dpt. Pastu dengar nyaa... ada CD penuh debat Syeikh Ahmad Deeat. Leh lah rembat satu nnt, buat hiburan masa lapang.
Saper2 yang berminat, leh contact ana.... PM dalam iLuvislam ker, YM ker.. hp ker.. email kerr.. Kat SB tuh pon Ok... Nnt kiter adjust lah camna. Nih peluang menuntut ilmu nih.

Jom... kejar ilmu. Meh ar kiter p tempat malaikat2 berkumpul, mengembangkan sayapnya... Ghairah ingin memayngi majlis2 ilmu umpama bergerak ke arah punca cahaya di persekitaran yang gelap... ^^

[+/-] Teruskan pembacaan...