Teman Bicara

Friday, September 19, 2008

Kuantiti Vs Kualiti

Peluh yang merenik di dahi terus diseka perlahan. Kepenatan yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Bersama sebuah beg balik kampung di sisi dan sebuah beg komputer riba yang tergantung di bahu, cukup sukar rasanya meneruskan perjalanan. Langkah kaki yang longlai diteruskan jua bersama sisa semangat yang hanya bertongkat kesabaran. Perjalanan dari Teluk Intan ke Tanjung Malim tidak lah begitu meletihkan sebenarnya namun, apabila kudrat tak seberapa dikerah bekerja di bulan penuh mulia ini, terasa dugaan kian menghenyak pecahan kepingan sabar. Sebaik kaki melangkah di muka pintu sebuah bas,

Pakcik, ke Bidor berapa ye?
sekadar bertanya untuk menghebus pergi lelah sementara.
Rm4.40
jawabnya tanpa secalit senyum.

Terkedu. Terkesima. Namun tangan tangkas menyerahkan jumlah yang ditetapkan tadi sedang fikiran ligat berputar memikirkan sesuatu.

Kalau tak silap aku, masa aku balik kampung 4 hari lepas, harga masih Rm3.40. Bila masa pula boleh naik RM1 nih?
desisku kehairanan.

Sedang leka memerhati hiruk-pikuk jalinan jalan raya di jendela, mata tercantap pada sesuatu di hadapan bas.
Apa yang mampu aku lakukan? Sekadar menggeleng lemah. Bila mana harga minyak dunia meningkat, semua benda pakat naik sama. Bila harga minyak turun, tak turun-turun pulak kos sara hidup. Beginikah?

Bila sebut tentang harga, alasan yang diberi cukup mudah; kos penyelenggaraan semakin tinggi... Bukan menafi kuasa peniaga dan bukan juga berniat menutup periuk nasi mereka. Terlalu asyik memikir tentang harga, kuantiti, sesetengah mereka lupa tentang kualiti. Jika harga perkhidmatan meningkat sejajar dengan kualiti perkhidmatan, tidaklah terasa sangat bahang yang mencetus di dada. Realitinya, harga tetap melambung naik sedangkan kualiti pula sebaliknya. Apa yang lebih menyedihkan, sesetengahnya tidak langsung memikirkan aspek kualiti dan menyebabkan kualiti tersebut terus merudum.

Mata yang melilau di sekitar jalan raya beralih tempat. Kini, permandangan dalam bas pula bakal diadili. Sampah sarap pencemar mata bersepah. Bungkusan choki choki menyemak pandangan. Nun di sana, sebuah bangku bersama kakinya yang patah masih ada hayatnya di dalam bas ini.

Kerusi yang telah patah kakinya. Baru sebentar tadi digunkan oleh seorang kanak-kanak sekolah.


Menggeleng lagi. Suasana yang kurang kondusif bersama pekerja yang langsung tidak mesra alam kian menyesakkan perasaanku. Bertambah lemah rasanya semangat juang yang hanya tinggal serpihnya sahaja. Dalam suasana yang tidak begitu menyelesakan, pandanganku terarah pada sesuatu.











Tahukah kalian apa itu? Di manakah letaknya ’benda’ itu? Kedudukannya langsung tidak mesra pengguna. Brek manual itu terletak di bumbung bas, amat tidak strategik lokasinya.



Sedang asyik menilai, berbondong-bondong budak sekolah naik dan melintas di hadapanku. Aku tersengeh sendiri kerna dapat mengagak pemandangan yang bakal terbentang di hadapanku.

Memang tepat tekaanku.


Pelajar sekolah rendah yang terpaksa memanjat tingkap bas untuk menekan loceng kerna tak sampai

Telah aku katakan, ia tidak mesra pengguna. Bukan tidak berniat untuk membantu namun faham-faham saja lah, ketinggianku ini bukannya boleh di harap sangat pun. Aku juga bakal menghadapi masalah yang sama jika memang perlu untuk aku berbuat demikian. Untung sahaja aku ingin turun di stesen terakhir. Jika tidak, tentu kerusi yang aku duduki ini bakal menjadi mangsa pijak kakiku. Nasib kau baik, encik kerusi.

[+/-] Teruskan pembacaan...

Saturday, September 13, 2008

Tag Paling Comel

Tag paling comel

Selalunya orang tag kena jawab soklan yang panjang2, yang lenguh jari nak taip. Tapi la nih comel jek. Cam biase, kena tag org gak. Tapi nak tag ramei2....
Tapi dia kata 5 org jek. (dia tuh ialah muslimin setati)

so, yg ana nak tag...

- Hafizadam
- Inche Lysam
- Seekerz
- NessaSyahirah
- IbnRashidi

so, letak pict di atas dlm blog anda semua dan terusnya, tag lagi 5 org. Yg tersenarai, sila jangan mengelak... hehe

[+/-] Teruskan pembacaan...

Friday, September 12, 2008

BUKAN TAK BOLEH KETAWA

Bukan Tak Boleh Ketawa
Ketawalah berpada-pada. Adakah kita lupa?
Para mujahideen lebih banyak tangisnya.

::(

Bukan Tak Boleh Ketawa
Ketawalah yang hanya pada tempatnya.
Jangan ketawa sehingga zikir sering dilupa.


Bukan Tak Boleh Ketawa
Ketawalah pada tepat waktunya.
Bukan ketawa tidak mengira masa.
Adakah kita lupa?
Malaikat maut sentiasa menjengah muka.

Bukan Tak Boleh Ketawa
Ketawalah dalam sederhananya.
Adakah kita lupa?
Hati yang mati puncanya banyak ketawa.

Bukan Tak Boleh Ketawa
Ketawalah untuk kesejahteraan semata.
Terlebih ketawa, akhirat kian dilupa.


Nasihat Nabi Khidir kepada Nabi Musa;
Ya Musa, jangan banyak bicara dan jangan berjalan tanpa kepentingan dan jangan tertawa tanpa sesuatu yang mentertawakan dan jangan menempelak orang yang salah dengan dosa kesalahannya dan menangislah atas dosa-dosamu sendiri, hai putera Imran.

Hendaklah kamu sedikit ketawa dan banyak menangis setelah menerima pembalasan dari amal perbuatan mereka.

Al-Hassan Basri;
Sungguh ajaib seseorang dapat tertawa pada hal yang dibelakangnya ada API NERAKA dan orang yang bersuka-suka sedang dibelakangnya MAUT.

Ibn Abbas r.a;
Siapa yang tertawa ketika berbuat dosa maka ia akan menangis ketika akan masuk NERAKA. Orang yang lebih banyak tertawa di dunia merekalah yang lebih banyak menangis di akhirat dan orang yang banyak menangis di dunia, merekalah yang banyak tertawa di akhirat.

Jaafar Bin Auf dari Mas’ud dari Auf Bin Abdullah berkata;
Biasa Nabi Muhammad s.a.w tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak menoleh kecuali dengan wajahnya (yakni tidak suka melerek)



Sungguh...
Memang terdapat sekumpulan manusia yang asyik tertawa, pagi bawa ke petang, siang bawa ke malam. Bangun sahur, tertawa. Berbuka, sambil tertawa. Supper selepas terawikh, turut tertawa. Asyik sangat bergembira, adakah pasti akhirat nanti nasib kita bagaimana?


Bangun sebelum subuh, tertawa lagi. Tidak terfikirkah kita? Ada manusia yang mendambakan ketenangan untuk bermunajat.

Waktu berbuka, tertawa. Tidak terfikirkah kita? Ada manusia yang perlukan ketenangan tanda syukur, puasanya terlaksana.

Selepas terawikh, tertawa lagi.
Terlupakah kita? Ada manusia sudah sedia di tempat peraduannya untuk melelap mata bersama niat untuk Qiam keesokan harinya.


Tertawa lagi. Adakah kita pasti? Puasa di siang harinya bukan sekadar lapar dan dahaga semata?



Maka mari berfikir;
Untuk apa kita tertawa?
Sebanyak mana kita tertawa?
Atas kebaikan apa kita tertawa?


Tiga macam perkara yang dapat mengeraskan hati;
- Tertawa tanpa sesuatu yang mentertawakan
- Makan tanpa rasa lapar
- Bicara yang tidak penting


Cukuplah sekadar senyum yang bisa menjadi penawar nestapa berbanding tertawa yang bisa merobek jiwa....


Wallahu’alam

[+/-] Teruskan pembacaan...

Monday, September 8, 2008

Aku mencari 5 prkara dan menemuinya dalam 5 perkara

Aku Mencari Keberkatan
Keperluan Hidup,
Aku Mendapatinya
Dalam SOLAT DHUHA?


Aku Mencari Penerang
Untuk Alam Kubur,
Aku Mendapatinya
Dalam SOLAT MALAM..,


Aku Mencari Jawapan
Untuk Menjawab Soalan Malaikat,
Aku Mendapatinya
Dalam MEMBACA AL-QURAN...

Aku Mencari Alat
Untuk Berpegang Ketika
Menyeberang Titian Sirat,
Aku Mendapatinya
Dalam PUASA dan SEDEKAH?

Aku Mencari
Naungan Arasy,
Aku Mendapatinya
Dalam MENGASINGKAN DIRI
BERIBADAH KEPADA ALLAH TAALA?





'SYAQIQ AL-BALKHI'


WaALLaHu SuBHaaNaHu WaTaaLa a'LaM

sumber: cut n paste

[+/-] Teruskan pembacaan...

Wednesday, September 3, 2008

Jatuh Motor

Sejak berumur 17 tahun, lesen motor diusung ke mana-mana. HAmpir 7 sem dekat UPSI, 4 sem yang terakhir, puas lah meronggeng ke mana-mana dengan motor. JAlan berliku, jalan berlobang, jalan tak rata, bukit-bukau, selekoh tajam, selekoh tumpul....merempit, membalas rempitan mahupun merempit dalam buaian, semuanya dah dicuba dan dah dilalui...:astig:
MAka selepas Allah bertitah...

'Kun fayakuuuuunnnnn'

Kat situ pulak yang nak jatuhnya, tak der tempat lain ker?


Tau ana jatuh motor kat mana? Ana bagitau, kome jangan gelakkk... Diam2 sudahhh...:siga:


Ana jatuh kat TEMPAT PARKING MOTO:scream:



Hah kak chikkk..... ha, mu lahhhh.... Org dah cakap jangan gelak, degil plakk...
Telan lah gelak kamu tuhhhh....


Punyalah banyak tempat lain boleh jatuh motor. Kenapa? Why? Why?
Kenapa tempat parking motor? Dengan org yang lalu-lalanggg...
Sebijik2 mata mengarah ke ana. Malu tok sah nak kata lahh...:blush:

Hampir 7 sem kat UPSI, dah 2 kali ana jatuh motor kat sini....
Yerrrr..... kalo yg lelaki, musti lagi besar angkanya, kan?
Itu lelakiii.... ana nih muslimahhhh... Ingatttt tuuuuu.... Ker, dah terlupa? heh heh heh

Yang tak bestnya, dua-dua kali tuh jatuh kat tempat parking. Tatau lah apa jodohnya ana dengan tempat parking moto tuhh..

Tapi, dari satu sudut, baguss gakk... Tak der lah teruk sangat sakitnya pon. Allah MAha Mengetahui apa yang ditentukan kepada hamba-hambaNya. NAseb baik lah masa jatuh tuh, tak der manusia2 yang baru abes kelas kerr.. Abes lab kerrr... Kalo tak, mau sorok muka dalam beldi...

Dua kali ana jatuh motor, dua kali jugak ana dapat rasa kelainan antara sifat dua jantina. Masa jatuh sekali dulu, ada dua org mamat yang baru sampai kat tempat parking tu jugak. Diaorg terkejut n terus tolong. Alhamdulillah... Tapi, bila jatuh kali nih, ada minah-minah tengah lalu, pandang sebelah mata jekk... Bukannya nak tolong. Nih tolong tengok jekk...

Apa tengok2? Kalo tamau tolong, tak yah ar pandang... Sekeh kangg... :sobrakana:

Adakah ini sifat yang ingin disemai? Ana bukan nak kata per tp selalunya, hal2 gini, lelaki yang tolong. Walau pn ana rasa kurang selesa ms dua mamat tuh tolong sbb dia lelaki tp senang hati gak sbb ada sifat belas dan nak tolong. Yang minah tuh? huhh...

Yerrr... mmg tak boleh sewenang-wenangnya membuat justifikasi sebegitu dengan hanya berlatarkan dua tragedi.. Keputusan itu bukanlah dibuat berdasarkan kedua2 peristiwa tersebut sahaja... Tgk jer mana2 kemalangan... Saper yang ramai berenti? Selain utk tgk dan menyebok serta amek no plate utk no. ekor, kaum2 ini jugak lah yang menolong (kaum adam) walau pn masa tuh, pompuan yang kemalangan. Kaum wanitanya ke mana?

'I tak boleh lah. I takut darah'
'I ngeri lah eksiden2 nihh... Nnt I teringat2... I takot jaruummm...'

Haperkebendanyerrr....? :sigh:

Teringat satu kajian yang dilakukan di oversea, lupa kt mana. Ada seseorang dari ahli team yg buat kajian tuh, akan berpura2 sakit masa dekat tengah2 tempat awam utk mengkaji keprihatinan sesama ahli masyarakat. Dia buat-buat saket cam kena sawan. Keputusannya? Agak mengecewakannn... Tp, bukan semua yang buat tak peduli. Ada jugak yang bantu dia tapi, nisbah bilangan yang berlalu dan buat dek jer itu lebih ramai. Kalau buat kat Malaysia, tatau lahhh... Mungkin lebih mengecewakann..

Inikah sikap orang kita yang kian mencambah dalam masyarakat? Hal ko,ko punya pasal. Hal aku, jangan ko campor. Kalo tak, mmg nak cari pasal... Gitu?
Sifat beginilah yang memecahbelahkan masyarakat. Mmg lah tgk cam tak per sbb isu kecik, jatuh motor. Jika isu besar, baru nampak natijahnya, kan?

Maka berfikirlah dengan tenang dan waras.:puppyeyes:

p/s: Ana jatuh motor ari nih, yg ditengok2 sambil dibuat derk jek oleh minah2 tuhh...Tak kesah pon jatuh motor sbb lepas tuh, demonstrator kata, tak yah ganti lab...
Yesssssszzzzaaaaa !!!!! :inis:
Senang2 dia bagi tandatangan attandance... nguah nguah nguah :ahaha:



[+/-] Teruskan pembacaan...

Monday, September 1, 2008

Hari Pertama Ramadhan

(Sebuah monolog dalaman) ^^

Hampir masuk waktu maghrib dan akan bermula lah bulan penuh barakah. Aku beruntung kerna dipilih Allah untuk berada di sini, berteleku seorang diri di dalam surau Al-Falah, surau yang banyak nostalgianya buatku, yang menjadi saksi setiap penghijrahanku.:astig: Terkenang aktiviti petang tadi, bergotong-royong menyediakan bahan masakan. Muslimin yang masak. Heh.. yang kepala tukang masak, dah pass dah nak buat calon suami..:woooh:
(agaknya.. ^^)

Masih terbayang-bayang scene petang tadi. Kaki yang melangkah menuju ke birai surau, seakan terhenti di sebelah sahabat, Adel. Mata tercantap keras pada seorang gadis yang membelakangkanku. Duduk dalam keadaan penuh sopan, dengan tudungnya yang putih.. Namun, apa yang mengejutkan, terlihat sebahagian tubuhnya di bahagian belakang apabila dia sedikit menunduk. :takot:Itulah natijahnya memakai baju baby-T bersaiz s. Aku gelisah dan malu sendiri. Meminta pendapat Adel, Adel hanya ternganga. Mujur sempat ditutup sebelum lalat menyinggah. Aku menghampiri dengan muka selamba, menyentuh bahunya, lalu berbisik... 'Dik, nampak badan kat belakang tuh, dikk..' bersama seulas senyum yang kuhadiahkan buat dia dan teman-temannya. Moga sejuk hatinya. Aku berlalu menghela nafas lega. Syukur. Selamat mata-mata muslimin pembela agama.:hilo:

Asalnya jamuan akan berlangsung petang tadi tapi atas sebab2 tertentu, ia ditangguhkan sehingga selepas terawikh... Ya, terawikh. Namanya sahaja sudah bisa menusuk tangkai hati.rindu Solat Maghrib berjemaah terasa begitu aman sekali. Damai sungguh. Bersyukur sekali lagi, pembuka tirai Ramadhanku diisi dengan ceramah agama. Cukup terpegun dengan kesungguhan Ustaz Harith Fazillah dari Jabatan Agama Islam Perak. Cukup seronok dan menusuk. Terngiang-ngiang ayatnya yang menusuk kalbu...

'Apa yang paling susah sekarang ini ialah mencari seorang insan yang MERASAKAN DIRINYA BERTUHAN'

RASA BERTUHAN - Berbuat sesuatu kerana Allah, meninggalkan sesuatu kerana Allah, merasakan dirinya diperhati oleh Allah 24/7... Pernahkah?

Ceritanya..

'Nie saya cakap diri saya, bukan tuan2 lah. Di tengah malam, malam Jumaat pulak tuh. Lalu di kawasan perkuburan, sorang2. Naik motor. Menggeletar badan, memecut motor dengan keyakinan kat kawasan kubur ada hantuu... Yang nak tumpang, mungkin.. Begitu sekali percaya kita, iman kita bahawa dekat kawasan perkuburan ada hantu. Sedangkan, percayakah kita Allah memerhati setiap masa? Percayakah sehingga kita benar-benar yakin dan melakukan semuanya kerna Allah melihat?'

Tuuu diaaa... Kena sebijik kat batang hidung. :tsk:Kalau yakin Allah melihat, mampukah aku bersenan-lenang, buat sesuatu yang tak berfaedah, buat sesuatu yang Allah tak suruh? Ceramah yang cukup seronok. Memang aku minat pn dengan ustaz nihh.. Memang rindu pn nak menadah ilmu darinya.

'Video yang aku rakam, akan ku sebarkan, InsyaAllah..' azamku.

Balik dari terawikh, bukak laptop. Jenjalan dekat blog sahabat2. Leka sungguh sehingga aku terlupa tentang timing tido ku.:yawn:

Jam 5am, terasa handphone bergetar. Ahhh... sat lagi lah. Matikan jam, tido balik. Tiba-tiba roomateku menghampiri...

'Eya, bangun sahurr..' Bangun jugaklah aku dalam keterpaksaan. Waktu pn hampir santak ke Subuh. Cukup sekadar segelas air, ku kira. Tengok jam, aku bergegas. Bukan senang nak dapat peluang bangkit sebelom Subuh.

Lepas Subuh, katil di sisi nampak menggoda. Rebah lagi. entah berapa kali aku terjaga tapi kekuatan untuk bangun masih tiada. Maka hanyutlah Ramadhanku dengan tido...

MasyaAllah... Tatau lah berapa lama aku tido, kepala dah naik pusing, mata dah naik bengkak.. Dengan terpisat-pisat, melangkah ke bilik air. HAri pertama Ramadhanku aku isi dengan tido dan solat semata. Dah lah tuh, solat wajib jer pulakk.. Menyesal sungguh. Allah turunkan nikmat Ramadhan untuk diteguk manisnya beribadah, untuk ditangguk seribu satu rahmat. Solat sunat, habuannya seperti solat wajib.. Masih mahukah diri ini kekal lena?:sigh:

Sikit punya lama aku lena, masuk Asar. Lepas Asar, rebah lagi. Dalam rebahku, sempat lagi mengutuk diri.. Sedar diri jugak rupanya aku nihh..
Tengah mata di ambang kekatupan (bahasa per tatau... ^^), tiba2 ada org buzzz...
Wah, sahabat yang ku rindui dah muncul...
Sengeh sendiri kerna aku tahu, ini pelungku meneguk ilmunya. Alhamdulillah... Dia mengajarkanku sesuatu yang amat berharga, menyingkap rahsia perasaan berTuhan..

'Ini rupanya rahsia memupuk rasa diri berTuhan':puppyeyes:

Terima kasih, sahabat. Aku cintakan kau, sahabatku. Sahabat yang berkonsi ilmu, sahabat yang mengingatkanku tentang Tuhanku, sahabat yang mewakafkan dirinya ke jalan Allah. Aku cintakan kau, sahabat...:anongnangyari:

Hari pertama Ramadhan kian melabuhkan tirainya. Aku tutup Ramadhan pertamaku dengan ilmu. Membukanya juga dengan ilmu. Namun, ditengah-tengahnya, hanya tido... huh.:sleep:

Semoga hari esok lebih baik dari hari ini...

Lakarkan rencana hari esok kerna,
kenyataan hari ini sekadar tinggal secangkir kenangan...


[+/-] Teruskan pembacaan...