Teman Bicara

Wednesday, February 18, 2009

Senyuman Cikgu

'Bakper nyer cikgu dok masuk kelas kiter, cikgu?'

Masih berdiam diri, tiada nafsu untuk membalas.

'Cikgu marah kat kiter, cikgu?'

Senyap lagi. Bukan hati ingin merajuk cuma fikiran terlalu serabut. Aduh, ujian sungguh. Pensyarah yang dijadualkan datang minggu hadapan, mengubah perancangan. Baru semalam beliau menelefon, mambawa berita kurang enak untuk didengar.

'Esok saya akan datang observe awak mengajar, eya'

Terasa jiwa melayang, kaki tidak berpjak di bumi nyata. Persediaan yang ntah ke mana, dengan emosi yang tidak mapan. Mampukah?


'Cikgu' menghembus khayalan semalam. Aku menadah wajah, menghadap punca suara.


'Kami tau kami nakal, cikgu' Taqiyuddin bersuara mendatar. Matanya tidak berani diangkat, menentang anak mataku.


'Kalau saya tanya mengapa kamu nakal, apa kamu nak jawab?'

Senyap balik.

'Kamu buat apa kat sini? Tak masuk kelas?'

'Masa cikgu sekarang ni, kan? Bakper nyer cikgu tak masuk kelas kami? Cikgu merajuk dengan kami ker?' nampaknya hanya Taq yang berani bersuara.


'Saya terlupa' jujur menjawab.

'Tak kan lah cikgu lupa nak masuk kelas kami. KAmi cari cikgu satu sekolah tadi' Fitri pula timbul berani.

Sunguh, aku terlupa tentang jadualku, dek kalut sangat dengan persapan untuk mengahadapi observation pensyarahku.

'Kamu nak tolong saya? Masuk lah' Kesian pula melhat mereka tercongok di gril pintu makmal. Tak berai melangkah masuk. Mungkin gusar tidakan mereka bakal megeruhkan keadaan. Lambat mereka melangkah, dengan bebola mata tepat ke lantai.

Sibuk mereka menolong apa yang patu. Sambil-sambil tidak jemu bertanya, asbab aku tidak masuk kelas mereka. Nak kata apa lagi? Aku sudah menjawab sejujurnya. Mereka yan tidak percaya.


'Cikgu jangan la tension sebab kami. Kami memang buas sket, cikgu. Lelaki kanggg..' Iskandar mencelah. Aku memandangnya bersilih ganti dengan Taq. Sepasang kembar di kelasku. Sama tinggi dan sama manis. Ya,dan nakal juga walau otak bergeliga.

'Tak per lah. Nanti saya kembalikan kelas kamu kepada Cikgu Saiful. Kamu tak suka saya mengajar kamu, kan? Dua bulan jer lagi saya di sini. Dua bulan sudah berlalu'

'Bakpernyer nak bagi cikgu Saiful plok? Kiter suker cikgu ngajor kiter. Kalu boleh, bertahun-tahun cikgu ngajor kiter'

'Habes, kamu bukannya dengar kata saya pon'

'Besalah cikgu, lelaki. Buass....' si Isandar masih tak jemu mengingatkanku tantang jantinanya. Tak perlu rasanya dia begitu, aku boleh menilai sendiri.

'Cikgu masuk kelas minggu depan yer, cikgu. Cikgu jangan tak masuk plok'

Beberapa ketika kemudian, aku mengarahkan mereka pulang ke kelas. Bimbang cikgu-cikgu sekitar terasa lain. Mana tak nya, lima pelajar lelaki dengan seorang guru praktikum yang muda, berada di makmal yang tak berapa disimbah cahaya. Tidak pernah pula waktu pengajaran dan pembelajaran, hanya lima pelajar yang terlibat. Sebelum melangkah keluar, sempat lagi mereka mengingatkanku tentang kelasnya.

Setiap kali berpapasan dengan pelajar kelas 4 Cendiakawan, berat untkku mengukir senyum. Bukan aku ingin merajuk. Sungguh. Sekadar memberi pengajaran untuk mereka lebih menjaga perlakuan.

Melangkah ke kelas, aku yang menentukan suasana pembelajaran pada sesi itu. Bermula dengan senyum, akan ceriala seisi kelas. Jika amarah sudah dijentik seawal waktu, suasana kelas turut akan berubah.


'Megat, Rizal. Tolong saya bersihkan sini. Tolong ambil penyapu,sapu sini sket' aku mengarah.

'Sekejap yer, cikgu...' Balasnya dengan senyuman yang dibuat-buat. Telahanku, arahan diterima namun tidak mahu dilaksana. Ingin lari begitu sahaja, mencari penyapu adalah alasan. Agak kecewa.

Tiba-tiba, terjengul wajah mereka d muka pintu, dengan senyum meleret. Penyapu? Sudah ku agak, tiada di tangan. Galak mereka nganjingkan (main-mainkan) aku. Tersengeh-sengah seperti kerang busuk, melongo di muka pintu. Aku menjeling lalu berpaling. Wajah mereka berubah, kuintai dari ekor mata.

'Tak nak saya senyum dengan kamu lagi' wajahku sengaja ku simbah cuka, tegang.

'Bakper nyer la, cikgu tak mmboh senyum kat kiter?' Rizal yang sememangnya gemar mebuat senaman mulut itu bertanya,seolah tidak mengerti.

'Saya suruh kamu menyapu, kamu tak peduli. Malas saya nak senyum dengan kamu lagi'

Terus Rizal menyambar penyapu, berlalu untuk menyapu. Sambil mulutnya terkumat-kamit ngepekk (membebel) seorang.


'Cikgu kiter buat gurau, marah lalu (marah terus). Kiter bukan tak nak tolong, kiter main jek. Kiter boleh jer buat apa cikgu suruh...' entah apa yang mulutnya terus mengomel, aku dah tak dengar. Senyum saja sambil menggeleng.


Yang lain pon sibuklah membantu, kononnya. Tak ada penyapu, mereka mengutip sampah dengan tangan. Terbongkok-bongkok enam pelajarku menurut perintah hanya untuk menuntut senyum.


'Kalau ia pun nak bergurau, jangan lah buat perangai gitu depan pensyarah aku' desisku dalam hati.


Marah? Tidak.. Jarang sunguh aku melepas geram pada mereka.

Bagi seorang yang sentiasa tersenyum sepertiku, cukup sekadar aku lokek senyuman dengan mereka. Mereka tidak akan betah duduk bersahaja. Mula lah cuba sedayanya untuk membuat aku tersenyum semula.


Kadang dengan watak gila-gilanya, sengaja ingin memancing senyumku.
Kadang dengan mengusik pelajar perempuan, memaksa aku bersuara kembali tatkala aku mogok suara.


Penting rupanya senyumku untuk para pelajar. Maka, aku akan senyum... ^^ (sedang tersenyum)

[+/-] Teruskan pembacaan...

Sunday, February 15, 2009

BOIKOT: Perlu kah?

Bismillah...

Isu yang tak lapuk di zaman. Selagi sedutan nafas tidak berhenti, selagi pembuluh darah megah beraksi, seantero dunia menjadi saksi kekejaman zionis Yahudi membedil relung-relung hati insan yang tidak hidup seperti layaknya seorang insan. Nista di mata, jijik, serta dipandang hina. Namun, merekalah perwira di hati kita. Cukup tersayat melihat perjuangan yang nyata tidak setara. Ketulan batu menentang dinding besi kereta kebal yang mapan. Lalu tujahan peluru merobek daging-daging yang menyelaputi tulang selangka. Bertabur, berkecai. Si sahabat di kiri, mengutip cebisan-cebisan daging mujahid agama.

'Ini bukti jihadmu, sahabatku. Aku akan menyusul' bisiknya penuh yakin.


Katakan padaku, siapa mereka untuk kita memaling muka dengan selamba? Sedangkan rakyat berbeza aqidah bertandang simpati, kita pula kian tidak peduli.


'Ini rumah kami' laungan yang di pandang sepi oleh saudara seaqidah.





"Apa gunanya aku memboikot? Jika hanya aku seorang yang laksanakan, sedang 100 000 tidak cakna, tiada kesannya juga, kan? Lagi, bukankah barangan itu dijual oleh saudaraku juga? Aku seolah menutup pintu rezekinya. Barang dagangan sudah pun sampai di sini malah si Laknatullah tu sudah terima habuannya. Urusniaga pembekal dengan peniaga sudah berlaku. Apa gunanya lagi? Bukankah peniaga yang harus lebih proaktif untuk menangani masalah ini?"


Komen dari seorang sahabat. Kecewa, kerna sahabat itu seaqidah denganku. Ya, ia merugikan peniaga2 kita yang selayaknya aku labelkan sebagai PEMBELOT kerna menyumbang dana ke atas peluru-peluru yang menunggu detik waktu untuk dilancarkan.
Oh, kau risaukan si PEMBELOT2 ini kergian harta. Kawan, harta atau nyawa yang lebih berharga?


Menjawab persoalan... Ya, aku akui bahawa tindakan si peniaga akan memberi impak yang lebih mendalam berbanding tindakan sendiri-sendiri, iaitu para pembeli.


Sungguh, aku kenal siapa McDonald. Aku arif siapa Coca Cola. Benar, Yahudi sedang kuasai dunia.

Namun, Yahudi hanya akan kuasai dunia sepenuhnya JIKA DAN HANYA JIKA kau biarkan dirimu dikuasai. Dengan kau menyerah kalah, dengan kau melemahkan diri. Juga dengan sifatmu yang hanya menuding jari.


Biar peniaga yang berhenti melombong barang Yahudi dari pembekal...
Biar pemain bola sepak Islam yang keluar dari Arsenal...
Biar kerajaan yang mengharamkan pembukaan francais makanan segera di Malaysia...


biar...
biar..
biar...

Barulah usaha boikot ini akan berhasil.


Begini aja aku menyentap.


KAMU !!!!!!

YA, KAMU !!!!!!


Kamu yang sedang membaca ini....


APA YANG KAMU LAKUKAN?

APA SUMBANGAN KAMU UNTUK MENGHENTIKAN KEGANASAN INI?

APA USAHA KAMU UNTUK MENYEKAT PENCABULAN HAK INI?



APA KAMU LAKUKAN?

APA? SEKADAR MENANTI MASA UNTUK BERSORAK-SORAI MERAIKAN KEMENANGAN PERANG BOIKOT?

ITU SAHAJA?



Malu aku ingin mengaku, kau saudaraku.... (menggeleng kepala)



Ada seorang anak kecil. Ralit mengutip tapak sulaiman yang terdampar lesu di gigi pantai. Lalu dengan hayunan tangan sekerah tenaga cilik, ia dlemparkan terus ke dalam desiran ombak. Senyum tanda puas.

"apa yang adik lakukan?"

"Tapak sulaiman ini kekeringan kerna di tolak ombak ke tepian. Tidak upaya ia hidup di tebing, tanpa air laut. Saya hanya cuba mengembalikan ia ke tempat asalnya"


"Tapi, mampukah adik? Ada beratus-ratus malah mungkin beribu, tapak sulaiman yang terdampar d sini. Mampukah adk?"

"Oh, mungkin saya tidak mampu menyelamatkan semuanya. Tapi sekurang-kurangnya, yang ini terselamat"

Katanya sambil menyambar salah satu tapak sulaiman lalu membuang ke laut.

"Dan ini juga selamat"

Katanya, mencampak satu lagi.

"Ini juga"

Masih mengulang perbuatan yang sama.

Usaha. Itu yang penting.Usaha dari konteks kia sendiri. Usaha dari tenaga kita sendiri. Dari pengorbanan kita sendiri. Buat apa mengharap orang lain yang mulakannya tanpa kita sendiri mengorak langkah?

Menyalak dan berkatalah, kita perlu bersatu.. Tapi, bukan kita sendiri yang memulakan langkah pertama. Bukan kita sendiri yang membenamkan cerucuk juang di hati-hati kita.

Sebesar rumah bermula dari sekecil bata. Aku berharap kau, sahabatku, menjadi salah satu bata yang bersatu. Usah khuatir kerna aku lah bata yang berada di bawahmu. Telah aku mengikat janji untuk bersatu hati. Kamu, sudah bersediakah untuk memeterainya?

Ayuh, sertai aku.. Allahuakbarrrr !!!!!!!!!

[+/-] Teruskan pembacaan...

Wednesday, February 4, 2009

Double skali

Muahahahaha....

Disebabkan bertangguh menjawab tag, kena jawab 2 skali gus. Oleh kerana tag nya sama, ana pon jawab lalu lah (jawab terus... ^^)
Ini, dapat dari cik seekerz dan inche kahfi, memang sehati sejiwa berdansa.. ^^

so, layan sket tag2 beliau berdua...


5 products i'm boycotting (Allaahu akbar!!):
1. Coca-Cola
2. Ambi Pur
3. Nike (memang takpakai pon sbb tak beli)
4. Arsenal (memang boikot, sebab tak der kene mengene dengan ambe)
5. Tesco & many more (more than one lerrrr... ^^)

5 products i will start to boycott (inshaAllah) :
1. Starbucks (nih agak susah sket nih)
2. McD (sangat susah gak nak start)
3. 100 Plus
4. Disney (sker tengok kartoon n movie dier... camna nih ^^)
5. Huggies... (hua hua hua)

5 products that i find hard to boycott (astaghfirullaah) :
1. Nokia
2. Intel
3. Nestle
4. Meggie... huhuhu
5. TV Fox

[+/-] Teruskan pembacaan...

Sunday, February 1, 2009

Edensor; Menggoda marabahaya




‘Bermimpilah, kerna Tuhan akan memeluk mimpi itu’


Menyelak selembar demi selembar helaian Edensor membenih harapan baru untuk memupuk mimpi yang pada dasarnya sukar diterima logika akal. Namun dengan optimis ia mereka mimpi lalu memeluk mimpinya seperti enggan lepas hingga akhirnya mimpi itu membawa sang pemimpi yang setia, menawan puncak jaya.

Olahan cerita yang menyulam makna, kehidupan itu terletak pada perspektif mata yang melihat. Menilai damai hidup sebagai brengset penjebak jati diri, si peria seribu nama itu menggoda marabahaya untuk menampil diri. Dia berkelana berteman si pengusung mimpi, Arai, untuk mengumpul mozek-mozek kehidupannya. Lalu dicantum kepingan-kepingan tersebut menjadi epilog yang mampu memutik recup bara pembakar motivasi pembaca. Bergelintang atas bumi Tuhan, merentas serpihan buana, bukan sedikit ilmu yang boleh ditimba. Setiap frasa membuka ruang persoalan di minda pembaca;

’Apa yang berlaku selanjutnya?’

Lalu pembaca menggelendang penasaran, hanyut dalam dakapan sifat ingin meneroka.

Jalinan ilmu dan kehidupan bertapuk, dimuntahkan dalam bait sastera yang nyaman. Ulas jenaka dalam rima yang matang, menggambarkan kebijaksanaan penulis bermain dengan emosi dan bait puitis. Bahasanya kadang mengetuk rasa ’tidak bersendiri’ . Seolah terjalin komunikasi antara dua manusia secara maya, melalui medim perantara; curahan pena.

Aku melapah isi kitab Edensor sambil berguling-guling santai dengan sekali lahap. Menghirup aroma sasteranya dan mengunyah belahan ilmu perlbagai budaya. Nikmatnya umpama hirupan si kopi hitam pekat sambil menggentel puding karamel yang enak. Lalu menutup santapan dengan suam-suam sata yang tak lama diangkat dari pembakar. Nyaman sekali.


Tika mula menggeledah isi perut Edensor, aku terpukau dek lenggok bahasanya yang bersahaja tapi punya pesona maharaja. Kendian aku mencari perihal penulisnya, si andrea hirata. Hebat; trilogi bangsawan rupanya. Tapi aku langkah bendul, Edensor yang kutatap dulu. Masih lagi mencari si Laskar Pelangi dan Sang Pemimpi.
(ohh... laskar pelangi; perlukah aku bertanya pada si Sang Pelangi? ^^)


Menyelusuri kalimah-kalimah mandragunanya, sarananku agar kau berteman tesaurus melayu jika kau sedar ilmu kamu hanya setitis samudera.


Terus aku simpulkan;
- Mengukir kata tidak semudah menghambur isi jiwa, tanpa ilmu.
- Sumber ilmu bagi bidak catur hidup ialah buku dan pengalaman.
- Penulis tergambar sebagai manusia yang hidungnya akrab terpacak dengan kitab ilmu, mahupun pengembara yang melata untuk memburu ilmu.
- Tinta yang hanya membina jalinan sastera tanpa makna adalah sampah.


p/s: Ingin bertanya, siapa ada kamus dewan bahasa? Aku mahu pinjam n_n

[+/-] Teruskan pembacaan...