Teman Bicara

Tuesday, November 24, 2009

Kita Pembunuh Daya Kreatif?

Ana tertarik dengan lagu ini, sudah lama terasa ingin dikongsi. Alhamdulillah, punya kesempatan untuk dipaparkan di sini. Lagu ini menggambarkan indoktrin pemikiran pola seragam di kalangan kanak-kanak.

'Flowers are red
green leaves are green'









Flowers are Red (Dawud Wharnsby Ali, Muhammed Bhikha
& Rashid Bhikha ( Fakazi Ngwekazi (Nhlanhla),
Linda Gcwensa & Mfana Nxumalo (Sipho)

A little boy went first day at school
He got some crayons and he started to draw
He put colors all over the paper
For colors was what he saw
The teacher said, "What you doin' young man?"
"I'm paintin' flowers see"
"Well this is not the time for art young man
And anyway flowers are green and red
There's a time for everything young man
a way it should be done
You've got to show concern for everyone else
For you're not the only one"
And she said...
"Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen "
But the little boy said...
"There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher said� "You're sassy
There's a way that things should be
And you'll paint flowers the way they are
So repeat after me..."
she said...

"Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen "
But the little boy said again...
"There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher put him in a corner
She said� "It's for your own good�
And you won't come out 'til you get it right
responding like you should"
Well finally he got lonely
Frightened thoughts filled his head
And he went up to that teacher
And this is what he said
"Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen"
[ www.thenasheedlyrics.com ]

Well time went by like it always does
he moved to another town
And the little boy went to another school
And this is what he found
The teacher there was smilin'
She said..."Painting should be fun
And there are so many colors in a flower
So let's paint every one"
that little boy painted flowers
In neat rows of green and red
And when the teacher asked him "why"

This is what he said..
"Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen."
But there must still be a way to have our children say,
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one



Maksudnya, jika ditetapkan itu sepatutnya, maka itu lah yang harus diikut. Maka, lahirlah kanak-kanak yang berpola seragam, tidak berfikiran kreatif mahupun 'thinking out off box', skema dan membosankan. Salah siapa, jika kita tidak memberi peluang kepada pelajar untuk mempamer bakat dan pemikiran yang lain dari yang lain. Unik dan tersendiri. Dalam perkara yang tiada betul-salah, kanak-kanak, pelajar, remaja, serta semua orang seharusnya diberi peluang untuk melakukan sesuatu dengan cara yang tersendiri. Bukan sekadar mengikut norma dan peraturan am yang telah ditetapkan dan menjadi budaya dalam masyarakat. Apa salahnya jika sesekali para pensyarah berbasikal untuk ke kampus, atau para pelajar ict dibuka peluang untuk membedah katak.. ^^

Corak pendidikan di negara kita, memilih untuk menyeragamkan hasil kilang ilmu tersebut. Berbanding pelajar di negara-negara luar yang mana pemilihan subjek ambilan mereka lebih terbuka, mengikut minat dan kecenderungan serta kemahiran masing-masing. Kadang semasa cuti semester, pelajar berinisiatif sendiri untuk mengambil subjek-subjek tertentu, di luar bidang major mereka semata-mata untuk mempelbagaikan kemahiran kendiri, mahupun bertujuan memenuhi kecenderungan dalaman. Tentulah hasrat murni mereka itu mudah terlaksana kerana terdapatnya institusi-institusi prihatin dan fleksibel yang menyediakan kaedah pengajian jangka pendek yang sebegitu.... Memang sporting, bukan? ... ^^


Jadi, jangan salahkan mereka apabila Einsten kata manusia hanya menggunakan otak sebanyak 1% sahaja, betapa dungunya kita, menjadi pembunuh daya pemikiran kreatif.... huhu


Semasa ana menjadi guru ganti, mengajar pra-sekolah, kanak-kanak sangat percayakan guru mereka. Kerap mereka bertanya serta meminta pendapat...

'Cikgu, katak warna apa ye?'
'Cikgu, langit warna apa ye?'

Ana akan sekadar menjawab... Nurin suka warna apa?

'Warna kuning'

Ana tersenyum, tanda membenarkan. Mereka mewarna sesuka hati, dengan arah yang pelbagai, tidak sekata. Ana sekadar tertawa... rindu mereka..huhu



[+/-] Teruskan pembacaan...

Tuesday, November 17, 2009

Kamu Sahabat Bagiku

Maaf, sahabat...

Mungkin seseorang yang lebih berhak ke atas kamu itu, adalah yang terbaik bagimu.


'dan boleh jadi kamu tidak suka sesuatu perkara sedangkan ia baik bagimu dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu perkara sedangkan ia tidak elok untuk kamu, dan Allah tahu sedangkan kamu tidak mengetahuinya'


Ini, aku kembalikan kepada kamu, kerna aku tidak layak bagimu. Kamu adalah milik dia, yang melengkapi dirimu. Sedang aku masih mengemudi, kekurangan diri....





There is no turning point from a best friend, into a lover...
So close together, but still so far. Sorry, I reserved my heart for the one who are ready to take responsibility.



[+/-] Teruskan pembacaan...

Berniaga Dengan Allah : Tukang gunting

"I nak pendekkan sedikit, rambut ni. Nak trim sekali. Jomlah ikut. Customer service kedai tuh, superb tau. I pernah cuci rambut di situ, memang berbaloi"

"Pemiliknya, Islam atau bukan?" menjawab, tanpa menoleh. Mata masih tercantap pada papan kekunci yang ditekan-tekan.

"U ni, diskriminasi betul. Apa haramkah hukumnya menjalin hubung niaga dengan orang bukan Islam?" mencebik, tanda tidak puas hati.

Ana menggeleng, hanya di hati. Bukan itu puncanya ana menolak. Keperluan fardhu kifayah yang sering dipandang sepi oleh masyarakat kita. Jika merujuk kepada keperluan masyarakat terhadap seorang doktor wanita, masih ada kelonggarannya tika waktu darurat yang melibatkan nyawa dan keselamatan. Namun, keperluan seorang tukang gunting rambut wanita, muslim?



"cikgu, di sekitar sini, memang tiada tempat menggunting rambut yang sesuai, ya?" pernah ana bertanya ketika masih di bangku sekolah.

"Maksud Khoira?" bernada pelik, datang dari seorang guru yang ana kasihi. Wajah keibuannya cukup mententeramkan jiwa.

"Bila nak menggunting rambut, bukankah perlu membuka tudung? Katakanlah pada waktu itu ada pelanggan lelaki masuk. Atau mungkin, suami si tukang gunting menyinggah. Tak kan pula si tukang gunting tergamak memperambat mereka keluar"

Ini bukan soal diskriminasi, berbezanya agama, mahupun isu menjaga periuk nasi. Tapi, ini soal membudayakan agama dalam masyarakat.

"Habis, adakah kamu berhajat untuk belajar sehingga ke menara gading kemudian, berkhidmat sebagai tukang gunting. Dengan kelulusan yang kamu miliki, tidak kah ia menjadi satu kerugian?"

Ana menghela nafas, berat melepaskan. Memikul amanah dan harapan, atau memenuhi keperluan masyarakat.

Betapa besarnya jasa seorang tukang gunting rambut muslimah. Beliau membantu para muslimah lainnya, menjaga aurat sehabis baik. Juga, membantu para isteri untuk menambat hati suami. Setiap satunya dihitung sebagai ibadah, membuah pahala dariNya. Jadi, kalau mungkin suami kebosanan dengan rambut yang panjang mengurai, mungkin perlu dipotong sedikit untuk menampakkan kelainan. Begitu juga sebaliknya. Rawatan rambut juga perlulah dilakukan secara berkala, agar rambut sihat dan bermaya. Si suami turut senang hati ingin membelai.

Mendirikan masjid itu sunnah, juga dikira ibadah. Maka barang siapa yang memudahkan urusan saudaranya dalam proses membina baitul muslim maka, perlakuannya turut dikira ibadah serta diganjar pahala. Jika berhias untuk suami itu Allah hitung sebagai ibadah maka, tidakkah manusia yang menolong memperhiaskan seorang isteri itu juga dikurnia pahala?

Ana percaya, para isteri solehah diluar sana amat ingin merapikan 'mahkota wanitanya' itu namun, tidak tahu arah mana ingin dituju. Maka barangsiapa yang ingin dapat 'jackpot' pahala, silalah membuka kedai gunting rambut yang khusus untuk para muslimah. Boleh juga disediakan perkhidmatan trim rambut, rawatan yogurt rambut, rawatan minyak panas perapian, khidmat mencuci, dan sebagainya. Si tukang gunting juga perlu lah memahirkan diri dengan teknik-teknik menggunting yang moden dan terkini, mengikut aliran fesyen semasa. Berkhidmatlah dengan matlamat yang mulia, berserta ilmu dan kemahiran. Bayangkan lah betapa hasil daya kreatif dan kemahiran anda pada seorang isteri, mampu menambat hati suaminya. Kemudian, bayangkan pula saham akhirat yang bakal anda kumpulkan, bersama sedikit imbalan dunia untuk menampung hidup... InsyaAllah, rezeki pernuh barokah yang anda peroleh..

Jangan dilihat sangat pada untungnya perniagaan itu. Ingatlah, sesiapa yang berbuat sesuatu dengan matlamat memburu redhaNya, serta memenuhi keperluan masyarakat, Allah jualah yang akan memeliharanya. Semoga impian ini menjadi satu realiti. Mungkin bukan sebagai seorang tukang gunting, tetapi sebagai seseorang yang memulakan perjuangan. Ayuh, berniaga dengan Allah.



Memetik kata-kata Salahudin Al-Ayubi;

'Berbanggalah wahai tenteraku, kita adalah onsan yang dipilih Allah untuk membebaskan Baitul Maqdis. Allah memilih kita untuk menjadi pejuang agamaNya.. Kemenangan Islam itu pasti. Persoalannya, adakah kita akan bersama-sama meraikan kemenangan tersebut dengan titik peluh kita?'


Fardhu kifayah, menunaikannya satu kewajipan individu dalam masyarakat. Jadilah orang yang dipilih Allah untuk menanggung amanah. Sesungguhnya Allah mengasihi insan yang paling banyak manfaatnya kepada manusia lain.

Kebelakangan ini, ana kerap ke sebuah kedai gunting rambut. Kadang membawa sahabat atau adik-adik. Kedai itu terletak di sudut yang tertutup, khas untuk wanita. Malah di dalam kedai tersebut, ada satu sudut yang lebih private. Menurutnya, ada sesetengahnya yang tidak selesa apabila pintu kedai dibuka, ada lelaki yang sedang berpapasan lalu. Maka, sudut itu diwujudkan untuk lebih memberi keselesaan kepada pelanggan. Selalunya, wanita yang berniqab akan memilih sudut tersebut. Cukup sempurna. Dengan kemihiran beliau yang terbina ketika bekerja dengan pemilik saloon terkemuka (yang berbangsa cina), serta kelengkapan superb dan penggunaan bahan bermutu, perkhidmatan gadis tukang gunting ini memang high class. Dan yang paling penting, tempatnya amat tertutup. Menurut gadis ini, kebanyakan pelanggannya adalah wanita yang bertudung labuh, berniqab. Tidak ketinggalan juga datin-datin, serta gadis free-hair yang inginkan privacy. Namun yang ruginya, gadis tersebut juga seorang yang free-hair. Atas keperihatinan gadis ini, ana sentiasa doakan untuknya agar ditunjukkan jalan yang benar, diberi hidayah untuk berubah. Ana juga percaya, setiap pelanggan yang bertudung dan berasa selesa dengan usaha beliau, turut mendoakan perkara yang sama baginya. Semoga dikurniakan kebaikan buat gadis tukang gunting tersebut.





[+/-] Teruskan pembacaan...

Tuesday, November 10, 2009

Bahana Memanja Diri

Tika mana ujian menyapa, terasa cengkamnya menghenyak tembok sabar....
Saat itu hati seakan ingin pecah, menahan ledakan ombak ujian yang buas melapah redha dan sabar. Tapi bila saatnya badai berlalu, laut kembali tenang seperti seakan tidak tergugah dengannya. Mapan bersedia menerima hentaman seterusnya.

Namun, ana tidaklah sehebat laut tesebut...

'Ujian itu adalah untukku sendiri. Tidak kan aku khabarkan kepada sesiapa, dengan alsan picisan untuk meringankan beban hati'


Seorang sahabat pernah menempelak, pabila ana menawarkan diri untuk menjadi pendengar setianya. Semoga terus tabah, sahabat.


Kebelakangan ini, terasa pula ana memanjakan emosi apabila kerap kali berkongsi ujian yang hanya untuk diri. Membebankan insan lain pula untuk menadah telinga. Sehingga kebergantungan itu makin teralih, pada makhluk yang tak sempurna. Maaf kerna memberatkan perananmu, sahabat.

Ah, picisan sungguh alasan... Tanggunglah sendiri, wahai hati.

[+/-] Teruskan pembacaan...

Monday, November 2, 2009

Tabahlah duhai hati

Entah mengapa, tiba-tiba hati ini merindu insan-insan yang ana kasahi. Tambahan pula ana baru terhiris hati dengan seorang sahabat yang amat rapat dengan ana. Kadang apabila terlalu kasih, mudah pula hati ini terguris. Seolah menyalahkan pula apabila yang dikasihi tadi seakan tidak cuba untuk memahami. Kerna permasalahan seperti ini lah, ana jarang ingin terlalu rapat dengan sesiapa pun. Lebih selesa menyimpan segala, dari terpaksa menghadapi kedukaan seperti itu, berkali-kali.


Ya Allah, tabahkan hati. Mungkin kerna tak tertanggungnya kelukaan hati, ana mencoret ia di sini. Kerinduan yang menggunung, tanpa siapa untuk berkongsi rasa. Malah, perlu untuk ana mapankan hati dan semangat, untuk memberi kekuatan kepada manusia lain. Sesungguhnya perpisahan itu mematangkan.


Ana cuba mengubat hati dengan ini....






[+/-] Teruskan pembacaan...