Teman Bicara

Thursday, July 9, 2009

Rutin Wanita Neraka

Telah lama tidak menulis, berkuburnya pena bersama gelaran sebagai pelajar. ~Ahaks... Sengal bangettt.... Nak berlagak dah abes belajar sebenarnya...:woooh:

Kadang sahabat2 bertanya khabar, gerangan apa dibuat waktu ini? Bekerjakah? Atau sekadar melombong emas-emas di tepi mata? Bahasa kasarnya ialah membuta... :siga:

Maka jawapannya, ana bekerja... Bekerja untuk Allah. Berkhidmat kepada kedua orang tua juga dikira bekerja untuk Allah juga, bukan? Kerna redha Allah terletak pada redhanya mereka. Jadi, surirumah sepenuh masa (hanya sementera 'pretend to be...') mungkin itu gelaran paling cocok buat ana. Ayohhh... hentikan tawamu. :nyerah:Serius lah, kawan. Bukan mudah memberi masa peribadi kepada orang lain. :astig:

Ini rutinku...

Selepas subuh...

Sebaik mata mencelik, badan dan minda mula bekerja. Membuka tirai hari dengan persiapan kendiri tentunya... Mandi, bersiap (kadang bersarapan, selalunya tidak...) Kendian mula punch card, seawal jam 7 atau 8 pagi. Beberapa bakul baju sedang menunggu untuk dibasuh. Maklumlah, baju sekeluarga. Bersyukur kerna ada yang terfikir untuk mencipta mesin basuh. :sweaty:Sementara menunggu laundry siap, ana keluar rumah. Menyiram pokok bunga, mengemas halaman, menyuap anak makan... oopppsss... anak kucing, 4 ekor, ibunya sekor. :woooh:Kalau tidak dikenyangkan perut mereka terlebih dahulu, mereka akan mengegesel-gesel ketika ana sibuk memasak. Rimas. Untung-untung, ada yang menjadi mangsa kaki ana terpijak. :ahaha:Kadang sibuk berperang di dapur, tak perasan ada seekor dua yang melepek di lantai. Menjerit habes lah kawan tuhh.... :please:oh, di mana tadi? Ya, mengemas laman.... Menyapu halaman, kadang peruning pokok (kurang pasti ketepatan penggunaan istilah), mop beranda sekali sekala...


Mula masuk ke dapur jam 11 pagi, selepas menyidai kain. Menu nya tidak lah segah mana. Biasa2 saja, asal boleh diisi ke dalam perut. :anongnangyari:Lauk biasa, namun penuh kecerewetan yang remeh. Ada yang suka ikan kembungnya digoreng, ada pula yang suka dibakar. Taramm... Goreng pun dibuat, bakar pun dibuat sama... Ayah suka ikan goreng membal (lembut dan tidak terlalu garing), adik pula suka ikan goreng yang garing. JAdi, perlu diasingkan dan di TAGGING. :sweaty:Adik perempuan bongsu pula suka ikan kembung bakar, perlu ada kuah asamnya. Kalau tidak, langsung tak disentuh. Buat jugak lahh.... Menunya lagi, sayur kangkung. Biasa saja, kan? Ayah suka masak tumis, rencahnya ikan masin. Mak pula suka masak lemak, rencahnya udang kering. Si adik pula suka masak tumis juga, tapi rencah yang lain pula, ikan bilis...hoho. :gatau:Maka, perlu masak bergilir, mengikut turn feveret mereka. Hari ini ana terlebih rajin, buat sedikit tauhu sumbat. Mudah saja caranya. Yang susahnya ialah gandingan tauhu tersebut. Azimah (adik perempuan bongsu) suka makan tauhu dengan sambal belacan, mak suka makan dengan sambal kicap... Ayah? Ayah suka makan dengan kuah kacang. Be fair, buat semua... huhu:hilo:


Apa? Kenapa ikut selera orang lain? Kenapa tak ikut selera sendiri? Hahaha...
Ikut slelera sendiri, sendirilah makan. Orang lain tamau makan. Lauk tak habes, jadi membazir. Penat-penat masak, orang tak makan. Lagi keciwa.... huhu:sorry:


Habis peluru m-16 kat dapur, :ngiler:lebih kurang jam 2 petang. Mandi sekali lagi dan bersolat. Kadang terlajak waktu, jam 3 ana mengadapNya. Selesai bersolat, ana mula mengemas bahagian dalam rumah pula. Tidak lah begitu serabut, memandangkan adik-adik dah besar blake. Mengemas, menyapu, kadang mop rumah. Selesai jam 5 petang. Angkat kain dan bersiap untuk solat asar. Macam biasa, terasa melekit, mandi lagi... huhu. Ana suka air. :inlove:Selesai solat asar, bersedia dengan baju yang baru diangkat, berkampung depan TV. Tengok The Nanny sambil melipat kain. :puppyeyes:Jam 6 petang, siaran ulangan. Kadang waktu ini, mak dan ayah balik kerja. Panaskan nasi, lauk, dan goreng ikan lagi sikit. Mereka sukakan makan masakan panas dan ikan yang baru digoreng. Layan mereka makan sekejap. Habis jam 7 petang, mula keluar semula ke halaman. Menyiram pokok bunga lagi. Pokok pun suka air, kan? Selesai jam 7.30 petang, mandi dan bersiap untuk Mahgrib. Sementara menunggu Isya', kadang ana terlelap. :sleep:Kadang yang lain pula, menyelesaikan kerja sekolah mak atau ayah (Jika mereka mintak tolong).. Lepas Isya', sama ada lebur ke alam mimpi, atau berteleku di sebelah adik, membimbing apa yang patut. Ada dua orang adik di bawah seliaan ana yang tidak berjaya diselia pon... muahahaha.:scream: Kadang jika masih ada tenaga yang tersisa, on jugak lah laptop nih untuk melihat perkembangan ILuvIslam.com dan dunia maya yang lainnya... Ana rindukan waktu berkhalwat dengan laptop ini... huhu:puppyeyes:


Sungguh, penatnya tidak terkata. Jika menjadi guru praktikal itu meletihkan, menjadi surirumah pula kepenatannya dua kali ganda. Jika menjadi guru, berdiri hanya ketika mengajar. Paling kuat pun, 2 jam straight berdiri. Tapi bila jadi surirumah, dari pagi hingga ke petang, seluruh badan bekerja. Kaki yang berdiri nih terasa tak terlarat menongkat badan. Rehat hanya semasa makan, solat dan mandi. oppss... mandi pon berdiri jugak. Makan pula bukan lah larat nak telan banyak-banyak. Maklum lah, badan penat, bukannya ada sangat seleranya. Kena pulak nak telan air tangan sendiri hari-hari. Tapi ana masak sedap tau. Ahaks~:inis:



Kepenatannya memang tidak tergambar dengan kata-kata. Kerna itu, ana kurang melibatkan diri dengan dunia maya. Ya, ana mungkin boleh meninggalkan sedikit beberapa kerja seperti menyiram bunga hanya sekali sekala, atau biarkan saja halaman rumah ala kadar... Tapi, tak sanggup pula tengok mak ana terbongkok-bongkok menguruskannya nanti. Jika ada yang tak kena, pantas saja tangannya mencapai itu ini untuk diperbetulkan. Maka, ana buat keputusan untuk selsaikan semuanya. Penat. Masa peribadi? Usah ditanya tentang itu lagi... huhu:anongnangyari:


Itu baru kisah seorang surirumah yang belum bernikah dan tidak punya anak. Kena pulak kalau dah kawen.... Baru nak meluruskan urat yang tersimpul sebab kerja-kerja tadi, si suami pulak dok menggesel-gesel kaki. Mengada. :devilishgrin:Selesai layan suami, baru lelap mata, anak pula minta diurus tengah malam. Tidur tak lena, esok pula perlu memulakan rutin lagi..:sigh:

Itu baru surirumah, belum lagi wanita yang bekerjaya... Nak uruskan tempat kerja lagi, rumah, anak dan suami. Bayangkan, seorang wanita yang kuat bekerja di depan majikan, seorang isteri yang memenuhi layanan suami, seorang ibu yang mengurus dan mendidik anak, mengemas rumah dan dituntut untuk sentiasa nampak kemas di mata umum. huh, bukan senang tuh...:wala:


Ya, para lelaki di luar sana. Itu lah peranan yang dipikul oleh seorang wanita. Jika anda merasa penat bekerja dan teringin dilayan sebaik saja tiba di pintu rumah, isteri yang bekerjaya juga mempunyai keinginan yang sama. Jika anda merasa tekanan di tempat kerja, isteri anda merasakan tekanan yang sama. Cumanya, kepenatan dan tekanan tersebut adalah dua kali ganda. Tanggungjawab isteri adalah melayan suaminya... Itu saja,kan? Tapi, mengapa wanita perlu bekerja lebih masa?


Pabila memasak, suami makan dan sukakannya. Suami gembira, Allah redha.
Rumah yang kemas, suami rasa selesa. Bonus untuk si isteri, Allah beri pahala.
Belanjawan dapur ditampung sama, meringankan beban suami. Allah bangga dengannya.

Maka, semuanya dilakukkan kerna Allah... :okay:


Wahai para lelaki diluar sana... Jika di dalam rumahmu ada wanita, gembirakanlah mereka. Mungkin ia ibumu, atau isterimu, mahupun saudara perempuanmu, atau mungkin anak gadismu.... Tahukah betapa besar pengorbanan mereka untuk menggembirakan hatimu? Kepuasan mereka terletak pada senyumanmu untuk mereka. Mereka cuba sedayanya mengurangkan bebanmu, mengapa tidak kau galas pula bebanan buat mereka?


Wahai para peneraju agama.... Apakah tidak kau kesal dan berduka? Pengorbanan wanita-wanitamu layaknya diberi ganjaran pahala dan syurga. Tapi, dengan kejamnya kau campakkan mereka ke neraka... hanya kerna KEGAGALANMU MENDIDIK MEREKA MENUTUP AURAT DI LUAR SANA....


Ayuh, kawan.... selamatkan wanita-wanita kita....:astig:


[+/-] Teruskan pembacaan...

Sunday, May 24, 2009

Online Meeting : Kesengalan yang CUMIL

Malam tuh, mak ajak keluar, nak settle interview untuk thesis yang sangkut (~huhu). Balik pun dah lewat, mak lak wat kerenah, ajak makan mee kari. Makan lah jugak walau panas punggung kat kedai tuh, memikirkan online meeting yang pertama mungkin dah start. 9.30 dah pun. Sampai rumah, on laptop terus, tak sempat pun nak salin bajuk. Memang melekit badan rasa nyer. On jek lah, bukan diaorang tau pun badan nih lom mandi. Kendian, bukak skype... ^^


Rasanya dah jam 10.30pm.... Start meeting pon belum lagih. Aih~ apa jadi? Mungkin connection error kot dari kul 9 tadi. Ye ar tuh, masih ramai yang dok test2 sore. Ada yang bergendang, ada yang mendengus, bunyi nafas macam bunyi elikopter doremon... ^^
Si Thuaibah duk tepi laut agaknya,kuat tol bunyi angin dan macam ada bunyi ombak... ^^ Si nisa_88, mungkin lepak dekat depan bilik air sebab dengor lak sore kawan ye yang tengah mandi, sedap nyanyi-nyanyi memanggil hujan.. ^^ Ditambah dengan kebisingan sore apis yang mengeliat, panas punggung sebab tak sabar untuk dipecat. Gelak tak abes air liur btol budak kechek tuhh.. huhu



Bila meeting, banyak gak masalah yang timbul.. tolak tepi teknikal problem sebab menda tuh uncontrolled and unexpected. Cuma mungkin leh tukar ke medium lain pada sesi yang seterusnya..


Meeting para mod yang sangap, memang tak macam meeting. Honestly, ana suka dengan keadaan happening yang kita lalui malam tadi. Seronok. Tapi, ada beberapa kelemahan yang kita perlu perbaiki...



Peranan pengerusi majlis

Pengerusi majlis, atau orang kampung ana panggil MC, amat penting untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar. MC kena peka. Malam tadi, MC kurang berkesan kerna masalah teknikal. Takpe, pengajarannya, kena ada backup MC. MC berperanan untuk mengingatkan para ahli meeting tentang agenda dan perbincangan. Tak salah pun kadang bergurau dalam meeting namun, jangan biarkan keadaan itu berlarutan. MC kena tau, bila masa nak cut off gurauan dan celaru2 tuh. MC jugak main peranan supaya perbincangan tak jadi serabut sangat. Kena pandai bagi peluang kepada semua ahli meeting untuk mengutarakan pendapat, mengikut giliran dan kepentingan tertentu. Bila ada suara yang bertingkah, meeting akan jadi sedikit serabut. Maka, peranan MC penting dalam memastikan situasi itu terkawal. MC kena gak pandai bajet masa, nak bincang tajuk tuh sampai bila, dan bilanya perlu untuk move ke next agenda. MC juga berperanan untuk buat conclusion atas perbincangan setiap agenda, atau MC boleh jemput mana-mana ahli untuk buat conclusion. Jadi, tak der lah bertingkah kata dalam meeting. Lebih kemas.


Jika agenda terlalu banyak dalam perkadaran masa yang kurang, MC kena bijak memilih keutamaan agenda untuk dibincangkan bersama. Perbncangan ringkas, padat, tepat, bermakna, dan dalam masa yang sama fun hanya boleh dicapai melalui MC yang bijak dalam bertindak. Sebelum tutup meeting, perlu ada round table untuk memberi peluang semua ahli mengetengahkan pendapat masing2 dalam masa yang sama, dapat mengingatkan beberapa perkara yang memerlukan perbincangan lanjut. Akhir sekali, peranan MC jugak untuk mengingatkan para ahli untuk menutup majlis ilmu dengan keberkatan, seperti mana majlis ilmu itu dibuka sebelumnya....


Malam tadi, MC punya masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Meeting menjadi agak carca merba, kerna MC gagal berhubung dengan ahli. Situasi itu telah membuktikan kepentingan MC dalam sesuatu majlis. Pengajaran yang dapat diambil, sediakan backup plan next time. Semoga kita terus bergembira dengan meeting yang happening dalam masa yang sama, penuh isi... ^^



Peranan ahli

Menjadi ahli agak mudah, berikan kerjasama kepada MC. Kadang sifat gila kita sengaja mengada-ngada menonjolkan diri, (sama lah ana pon... opsss...silap. Ana terutamanya ^^) bila MC memberi arahan untuk kembali kepada perbincangan, patuhilah. Dalam meeting, MC yang paling berkuasa. Mematuhi arahan MC amat penting untuk memastikan perjalanan meeting lancar dan teratur.... Pabila MC minta untuk beri pendapat ker, baca doa makan ker, beri tazkirah mahupun memberi pelempang, sila patuhi dengan gumbira dan bangganya... ^^ Atau MC suruh wat conclusion, buat jek. so, clean n clear lah meeting kita, tiada jerawat jambu batu... ^^



Penyusunan agenda

Agenda yang disenaraikan untuk dibincangkan dalam meeting mestilah disesuaikan dengan peruntukan masa. Short and sharp, mengikut kepentingan. List agenda jugak perlulah bermula dengan agenda yang paling penting, kepada yang kurang penting. Agenda utama, dan sampingan. Barulah masa dapat diolah dengan baik oleh semua ahli.Selain itu, semua ahli juga perlu maklum tentang penyusunan agenda. Agenda yang diberi, perlu untuk dirujuk semasa meeting. Baru lah tidak lost... (tapi situasi lost malam tadi, bukan sebab tak master agenda tapi sbb lost connection ~lalala) so, penting untuk meletakkan agenda yang lebih aula di awal meeting... ^^



Setakat ini, hanya itu sajalah point penting yang ana dapat senaraikan, berdasarkan behavior meeting dan ahli2 herbivor meeting malam tadi. Kecuali apis, iman dan lisam yang karnivor, sebab dah kena lempang dengan MakNgah ~lalala Nisa_88 plak omnivor sebab menyanyi-nyanyi panggil hujan malam tadi (Aper kaitan? hahaha....)

Semoga next meeting kita berjalan dengan lebih lancar... ^^

Tapi kalau ustaz abdul kadir nak ajak anak dia join meeting pon, tak der masalah. Ana on jekk... ^^

Nak anak..huhu ~lalala


p/s: saper nak tambah nasik ayam, sila tambah... ^^

[+/-] Teruskan pembacaan...

Thursday, May 14, 2009

Taare Zameen Par (Like Stars on Earth)




Kisah seorang kanak-kanak yang terperangkap dalam dunia yang tidak sehaluan dengannya. Memandang dunia dari perspektif yang unik, berbeza dari stereotaip normal. Kanak-kanak ini menghadapi masalah pembelajaran. Betapa rendah kecekapan otaknya mentafsir huruf dan abjad. Kurang kebolehan dalam membaca dan mengira, antara aspek penting yang dipandang masyarakat. Di sebalik kebebalannya yang sering dilihat sebagai kedegilan, Ishaan punya bakat terpendam yang bakal menggegar manusia sejagat. Tatkala tangannya bergelumang dengan warna, dialah juara. Ishaan punya imaginasi yang tak terbatas oleh ruang dan waktu, bakat mahaguru seni yang terperangkap di dalam tubuh kecil berumur 9 tahun. Namun, bakatnya hanya dibakul sampahkan oleh kedua orang tua.




PERANAN GURU

Aamir Khan merupakan pelakon utama kisah ini. Bekerja sebagai guru di sebuah sekolah kanak-kanak istimewa, Nikumb turut menjadi guru ganti di sekolah lain. Takdir mengatur mereka untuk bertemu. Kekakuan Ishaan di dalam kelas, memancing minat Nikumb untuk mendalaminya. Nikumb mengajar subjek seni lukis, subjek yang sering dipandang remeh. Tidak tercatit di dalam slip peperiksaan, itu kata mereka. Nikumb cuba menarik kembali keghairahan kanak-kanak untuk berseni. Beliau meniup samboyan

‘Seni penawar hidup’





Dikesempatan beliau bergaul dengan kanak-kanak, Nikumb turut berusaha meneroka peribad Ishaan. Mengkaji permesalahannya, menjelajah pemikiran dan dunia mayanya. Ishaan; seorang kanak-kanak yang telah putus harap dengan kehidupan. Membenam keinginan diri untuk memenuhi tuntutan dunia. Namun pertemuannya dengan Nikumb meraih kembali rasa percaya pada diri. Bakat Ishaan dirai, sedang kemundurannya dalam subjek lain dibimbing sepenuhnya. Berbekal pengalaman mengurus kanak-kanak istimewa, Nikumb tabah membimbing Ishaan. Dari seorang kanak-kanak yang sering menyusup diri, Ishaan semakin dikenali sebagai pelukis cilik yang berbakat.



‘Guru yang baik ialah guru yang mampu melahirkan pelajar yang hebat sepertinya atau lebih hebat daripadanya’



Ishaan mendahului Nikumb dalam pertandingan melukis terbuka.






IBU BAPA

Semua ibu bapa punya impian yang tersendiri dan mengharapkan anak-anak memikul impian mereka. Memegang prinsip ‘Prepare for the outside world’, majority ibu bapa terlalu terpengaruh dengan arus dunia yang menggila. Mengharapkan anak-anak mereka mengejar dan bersaing di dunia luar. Memang tiada salahnya matlamat ini. Namun dalam keghairahan kita mengikut stereotaip jagat, sering kita mengenepikan keperluan jiwa anak itu sendiri. Ibu bapa Ishaan sering kecewa dengannya kerna tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam mata pelajaran wajib. Mereka menganggap akademik adalah penentu mutlak hidup anak tersebut sehingga kehendak naluri anaknya sering dipinggirkan.


Sekolah berasrama, permainan sukan yang hebat, kemahiran komunikasi yang mapan…. Pattern itu yang sering dikejar-kejar. Pekerjaan sebagai doktor, jurutera, arkitek…. menjadi bayangan masa depan. Sedangkan setiap manusia punya kebolehan serta keperluan yang berbeza. Setiap kanak-kanak itu unik dengan caranya yang tersendiri.


Prihatin. Semua ibu bapa prihatin terhadap anak mereka. Keperluan hidup, pembelajaran, keselesaan, diberi autoriti. Namun, keperluan yang sering kita terlepas pandang ialah keperluan emosi mereka. Prihatin maksudnya menyentuh, membelai, ungkapan nasihat yang membenih rangsangan, bukan berbaur makian yang hina mahupun bersifat ledakan amarah. Prihatian yang sekadar bersifat material itu lah yang akan membunuh emosi anak-anak kita lantas jiwa mereka terkapar mati. Hanya jasad yang bernyawa sedang perasaan mereka punah sama sekali.


Tragedi kemusnahan aroma zaman kanak-kanak menghantui hidup Ishaan. Ishaan berhenti melukis, gara-gara emosinya yang kacau. Muram, bersedih, tidak berminat dengan hidup antara simptom-simptom perasaan yang punah dihenyak obsesi arus global. Mujur masih ada manusia yang sudi mendengar berbanding menghakimi.



Seperti biasa, lagu yang melekakan bersama aksi poyo Hindustan yang kadang memualkan tekak. Ana memang sedikit alah dengannya. Namun, ketepikan semua ini. Cedok pengajaran dan intipatinya. Tentu anda akan menemukan sesuatu yang tidak ternilai harganya. Cerita ini cerita lama yang baru ana temukan keindahannya. Cerita yang punya keistimewaan tersendiri, tanpa taria-tarian wanita separuh bogel mahupun lenggok-lenggokkan ala clubbing. Tiada adegan bergocoh (bergaduh) sehingga menghambur darah, mahupun watak polis jahat dengan misainya yang sering dipintal-pintal. Juga tiada skrip cinta terhalang serta aktiviti merasuah sehingga berjuta-juta kror …… ^^

Memang menarik n_n



[+/-] Teruskan pembacaan...

Monday, May 11, 2009

Berdoa ertinya meminta

‘Semua bangun…’ laungan Haikal bergema, disambut mesra oleh paduan suara seluruh pelajar 4 Ehsan.
‘Bismillahhirrohman nirrohim…’ bacaan doa pembuka tirai sesi pengajaran dan pembelajaran. Tangan ditadah namun hati melilau entah ke mana. Ada yang matanya liar meninjau kiri dan kanan, entah apa yan dicari langsung tidak ketahuan. Syawal terkenyit-kenyit, memberi isyarat pada entah siapa. Ada juga yang sempat tersengeh-sengeh mempamer gigi. Entah apa yang lucu agaknya doa yang sedang dibaca. Selesai bacaan doa;

‘Bismillahhirrohmannirrohim. Sedar tidak apa yang kamu lakukan sebentar tadi?’ aku bersuara.
Mematung semua. Sunyi bagai laluan kubur. Mungkin dapat mengagak, gunung berapi menunggu masa untuk memuntah lava.
‘Jika saya meminta kepada kamu Fatah....’
Sambil menadah tangan ke arah Fatah, mata melata kiri dan kanan, tengkuk menjenguk sambil berputar 360°,
‘Fatah, saya nak pinjam duit awak, tiga puluh sen, mau beli aiskrim’
Pecah berderai tawa seluruh kelas. Lelucon selingan, punya makna tersirat.
Mataku tepat memanah kembali bola matanya. Serius.
‘Kalau saya meminta kamu dengan cara begitu. Sambil lewa, tidak bersungguh, tidak fokus dengan pandangan merayap entah ke mana, mau kamu tunaikan permintaan saya?’
Fatah menggeleng, mewakili jawapan seantero kelas. Sepi kembali. Lalat pun kecut melempar suara.
‘Begitulah kamu berdoa tadi. Kamu meminta agar dipermudahkan usaha kamu mencedok ilmu namun secara sambil lewa. Tidak bersungguh dan tidak fokus. Dengan doa yang seperti itu, apakah besar peluangnya untuk dimakbulkan?’ mula bernada tinggi.
Tidak aku pinta sebarang jawapan, sekadar bertindak sebagai stimuli untuk merangsang otak-otak mereka mula berkerja. Tamat sesi tazkirah ringkas. Baharu saja tubuh ingin berpaling mengadap papan hitam, aku didatangi Izzuddin. Matanya membulat, bergenang. Wajahnya serius, namun riasnya bagai menagih simpati.

‘Cikgu’ sapanya lembut. Aku kaget dengan auranya yang tampak berbeza. Sekadar menunggu bicaranya disambung.
‘Boleh dok beri kte 50 sen? Kte nok beli kepok ghehat nanti. Kte adok duit, ekgu. Akit peghut kte, lapor’
Tangan kanannya ditadah, sedangkan yang kiri terletak di perut. Memicit-micit ala kasihan. Wajahnya sengaja dikerut-kerut bagai terkena sembelit, nada suara merendah, cuba meraih ihsanku.

Terasa darah meluap naik ke kepala, amarah bagai ingin disembur bertalu-talu. Terasa diperbudakkan sewenangnya. Sekalian pelajar berdekah hebat. Hingar, bagai pasar tani. Kecindan yang selamba, berani nak kena penampar sulongku. Terpujuk aku melihat bibirnya menguntum senyum, aku terbuai sama dengan ritma ceria mereka. Aduyai.... siapa lah yang larat memaki pelajar yang sebegini? Memujuk dalam melawan. Aku sekadar mengetuk manja dengan pembaris akan tangannya yang dihulur. Aduh, gamat lagi .....

[+/-] Teruskan pembacaan...