Teman Bicara

Tuesday, August 19, 2008

Menuntut Ilmu Sepanjang Hayat

Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad... Slogan yang sering dilaung-laungkan dalam membentuk motivasi seterusnya membenih terjahan minda agar terus ghairah mengisi kekosongan ilmu di dada. Namun sejauh mana ia menjadi amalan seharian kita yang megah mendabik dada mendakwa;

'Aku sedang mencari ilmu kerana Allah?'

Pernahkah kita menilai sendiri; apakah dia ilmu?


Menurut sesetengah alim ulama (memetik kata-kata Ustaz Ahmad Dusuki) ilmu ialah satu percambahan pemikiran dan bertambahnya idea... Atau sesuatu yang semakin banyak kita ketahui apabila semakin lama hidup. Ilmu juga boleh ditakrifkan sebagai pengetahuan yang apabila ia semakin bertambah maka bertambah juga kita erat dengan Allah s.w.t. Muhasabah diri lagi; setiap hari ilmuku bertambah, InsyaAllah. Adakah dengan bertambahnya ilmuku maka bertambah juga TaQwaku? ~kena smash se dass... zasss... ^^

Menurut Ustaz lagi, ilmu itu datangnya dari empat sumber.

1)PANCAINDERA
Melalui penggunaan pancaindera, kita memperoleh ilmu. Kita lihat cahaya, kita tau ia datang dari lampu. Kita lihat ikan, hati terdetik 'itu ikan'.. Jika pancaindera mata tiada, masih ada telinga. Kita dengar bunyi, itu suara si hafizadam berdengkur... ^^ Begitulah hebatnya kurnia ALlah kepada hamba-hambaNya maka rugilah mereka yang menyalahgunakan nikmat yang Allah beri ke jalan kesesatan. Nikmat ini turut Allah kurniakan kepada makhluknya yang lain seperti haiwan dan malaikat.. Maka, apa yang mengangkat darjat kita sebagai Khalifah di muka bumi ini? Itu lah sumber kedua ilmu...

2)AQAL
Pancaindera yang kadang tersilap... Kadang mata silap melihat, kadang telinga silap mendengar, ingatkan si hafizadam yang berdengkur, rupanya dengkur si inche tok lysam.. (sempat plak smash org..^^)Maka yang mengawal dan menyelia serta mentafsir penterjemahan pancaindera ialah aqal. Aspek ini lah yang membezakan antara manusia dengan haiwan. Aspek ini juga yang mengangkat darjat manusia sebagai sebaik kejadian.Kerna itu aqal perlu dijaga dan dipelihara sebaiknya. Kerna itu Allah mengharamkan arak ke atas orang2 yang beriman kerna arak boleh merosakkan aqal yang waras. Seorang manusia yang beraqal apabila tidak menggunakan aqalnya untuk memikirkan kebesaran Allah malah menggunakan aqalnya ke arah kesesatan maka tarafnya lebih rendah dari haiwan.

Namun aqal ini tetap ada batasannya. Terdapat beberapa perkara yang luar dari jangkauan aqal seperti perkara ghaib, syurga neraka, hari kiamat, alam kubur, malaikat dan sebagainya... Had aqal ini juga boleh digambarkan dengan pengetahuan manusia yang tidak mampu menguasai semua bidang. Kalau dokter bina jambatan, basikal lalu pon dah runtuh.. Kalau penulis novel nak mebedah, bedah katak pon tak jadi... Kalau Ustaz nak jahit baju kurung, terjadi pulak kain sarung..gitu lahh.. (contoh perumpamaan jekk- terhiperbola lakk.. hehe)

Teringat pulak satu kisah yang pernah dipopularkan oleh Ustz Wan Sohor...
Sekumpulan ahli di dalam syurga ingin menjengok keadaan neraka dan sekumpulan ahli di dalam neraka ingin menjenguk keadaan di syurga. Maka mereka berbincang bersama untuk melaksanakan hasrat mereka. Maka kata sepakat diambil untuk membina jambatan syurga-neraka.. Setiap pihak akan bina separuh jambatan dan akan bertemu di tengah-tengah. ..(tatau camna diaorg bincang.. tipon kott...haha).. Maka satu tempoh masa telah pon disepakati untuk mempersiapkan jambatan tersebut. Tiba hari yang dinanti-nanti, jambatan yang dibina oleh ahli neraka telah pon siap dan mereka bergerak menuju ke hujung jambatan dengan harapan ingin menjenguk syurga. Nak dijadikan cerita, mereka terkejut. Orang2 ahli syurga tidak pon membina separuh lagi jambatan yang dijanjikan. Mereka memaki dan memfitnah golongan ahli syurga yang dikatakan tidak menepati janji dan belot perjanjian. Dijawab oleh ahli syurga...

'Wahai sahabat... Bukan kami berniat untuk mengengkari janji. Kami pon nak buat jambatan. Tapi dalam syurga nih tak der arkitek ke jurutera.... sumer masuk neraka. Kami nih ustaz2 jek yang ada kat sini.. Kami tak reti keje2 jurutera..'

haha... Kadang2 kita terlalu taksub dengan satu ilmu sampai kita pinggirkan ilmu2 yang lain sedang kita lupa; apa tafsiran ilmu sebenarnya...
(cerita ini sekadar rekaan kot, yg disampaikan oleh ustaz.. ^^)

Maka kekurangan akal dipandu oleh sumber ketiga dan keempat

3) ALQURAN dan SUNNAH
Maka sumber ketiga dan keempat ini lah sumber yang paling agung..Sumber ini lah yang jika berpaut padanya, manusia tidak akan sesat selama-lamanya..

'Aku tinggalkan umatku dengan dua perkara yang jika berpegang padanya, kau tidak akan sesat selama-lamanya; itulah Al-Quran dan As-Sunnah'

Ada dua perkara yang menjadi asas utama keperluan dalam hidup iaitu kesenangan dan ketenangan. Jika Allah mahu memberi senang maka akan Allah turunkan air daripada langit kerna air lah sumber kesenangan.

Air lah sumber kehidupan. Dalam kandungan, kita dikelilingi oleh air kutuban (amniotik) dan keluar dari rahim, kehidupan kita tidak betah tanpa air. Air lah sumber rahmat, air lah sumber rezeki.. sumber kehidupan

'Dan Dia-lah (Allah) yang menghantar angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan) sehingga apabila angin yang membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (kering-kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah. Demikian pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat'
(Al-A'raaf:57)

Maka, apa pula sumber ketenangan?

Ketenangan adalah anugerah Allah yang Allah campakkan ke dalam hati-hati insan yang menerima wahyu Allah, yang mengamalkan wahyu Allah, yang menjiwai wahyu Allah... Maka sumber ketenangan ialah Kalamullah yang turut menjadi sumber ilmu paling agung. Sebaik sahaja seorang muslim itu dilahirkan ke dunia, disunatkan azan ke telinganya untuk memulai proses penyampaian ilmu, penyampaian wahyu Allah. Proses itu dilakukan seawal usia menjengah dunia dan berterusan sehingga hampir menutp mata. Saat perang sakaratulmaut, hati akan ditalqinkan dengan kalimah 'Laila haillallah' menunjukkan proses pencerahan ilmu wahyu masih dilakukan di saat nyawa hampir tiba ke penghujungnya, tersekat di anak tekak.

Bila dah masuk ke liang lahad, ilmu sudah tidak dituntut walaupun manusia di sekeliling masih gigih mengajar. Camna tuh?

'Wahai si polan binti si polann... Sekejap lagi akan datang dua malaikat mungkar dan nagkir akan menyoalmu. Mereka bertanya; Siapa Tuhanmu? Siapa Nabimu? Apa Kitabmu? Mana kiblatmu? Siapa saudaramu? Maka usah kamu takut dan gentarrrr... Jawablahh..'

Kalau lah orang dalam liang lahad tuh buleh menjawab, jawabnya...

'Jangan gementar, ustazzz? Ustaz cuba masuk tengok skett...' ^^


Maka kesimpulannya; Menuntut ilmu dari buaian hingge ke liang lahad membawa maksud...

'Hidup ini bermula dengan talqin dan akan berakhir dengan talqin juga'

Wallahua'alam





1 respons:

terima kasih kepada cikgu eya kerana sudi berkongsi ilmu dengan pembaca2 blog, kata2 dalam box author cukup bermakna. Hope sentiasa di naungi hidayah Allah. Good Luck di dunia n akhirat