Teman Bicara

Tuesday, August 19, 2008

Nilai Setitis Air Mata

Air mata merupakan perkara yang sinonim dengan wanita. Melalui air mata, wanita mengekspresi emosi, melalui air mata, wanita menagih simpati, melalui air mata, wanita bangun kembali, melalui air mata, wanita menyiat hati lelaki. Semuanya dengan air mata. Begitu juga dengan ana yang tidak terlepas dengan sifat wanita itu sendiri. Beberapakali air mata ana tumpah pada hari ini. Tampak sama semuanya namun punya nilai yang berbeza.


Hari ini sesi terakhir Istiadat Konvekesyen ke-10 sidang ke dua di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sahabat merangkap senior ana diuji Allah dengan tiba-tiba. Keluarganya yang telah bersiap-sedia untuk berangkat ke majlis konvokesyennya tiba-tiba membatalkan rancangan kerna ayahnya jatuh sakit.

'Kita merancang, Allah merancang. Namun perancangan Allah lah sebaik-baik perancangan'

Untuk mengembalikan semangat dan jernih wajahnya, ana menawarkan diri untuk berada di dalam dewan bersama-samanya. Buku nak ujian, tolak tepi dulu. Tatkala berkumandang muzik gamelan, hati ana cukup tersentuh. Diiringi ucapan amanat dari tampuk pimpinan atasan membuatkan ana terkedu. Merasai 'roh' dan suasana konvokesyen membuatkan hati ana terpana lantas sebak. Bertakung kolam air mata, menunggu masa untuk pecah berderai lalu melata. Insaf dengan perjuangan yang hampir ke penghujung sebelum diberi mandat untuk memikul tanggungjawab sebagai pendidik bangsa. Terharu dengan perjuangan yang penuh liku dan adakalanya hampir tersungkur tersembam ke Bumi. Tersenyum dengan kelakuan-kelakuan kurang bijak tatkala ilmu masih di takat tiga suku. Penuh warna, penuh duka, penuh ketawa.... Semuanya menjadi satu; leraian titisan air mata... Indahnya ciptaan Tuhan ke atas wanita...


Lalu mata ana tercantap pada seseorang yang kelibatnya amat2 ana kenali. Terpandang wajahnya membuatkan hati menjadi galau. Air mata yang baru hendak kering bertakung kembali. Mengenang kembali memori selama beberapa tahun namanya tersisip pada setiap sedutan nafas ana. Siapa lah ana untuk membuang jauh-jauh rasa cinta. Sekilas mata bertentangan meragut ketenangan yang cuba ana cipta. Ya Allah... besar sungguh dugaan yang ku rasakan pd waktu itu. Bukannya ana tak tau yang dia grad pada hari yang sama cumanya ana menyangka ana telah cukup kuat untuk berdepan dengannya setelah hampir setahun menyingkir namanya dari hati ana. Rupanya natijah 3 tahun memendam rasa masih terkesan sehingga kini. Jangan salah paham... Ana tak pon bercouple, sekadar memendam rasa... Ya... 3 tahunn.. Ana pernah kecundang dengan emosi lalu mengekspresi cinta pada insan yang tidak selayaknya ana meluahkan cinta. Menyesal tak sudah kerna akal dipasung dek emosi. Ana sangkakan ana sudah cukup kuat hari ini untuk berdiri di hadapannya tanpa merasa apa2... Pulang sahaja ke rumah, merembes air mata murah yang tidak bernilai. Menangisi sesuatu yang tidak pasti, yang tidak kita miliki. Namun ada daya. Insan cuma.


Sambil menekan papan kekunci, air mata ini masih merembes laju. Menyesal. Menyesal kerna berapa banyak air mata yang telah lahir di mata ini atas sesuatu yang tidak pasti. Menyesal kerna terlalu banyak air mata ini melerai kerna seorang lelaki.

Lalu ana sujud.... mohon kepada Pencipta.

'Pintaku agar kau tahan air mata ini dari melerai kerna perkara yang sia-sia. Pintaku agar kau pasungkan air mata ini dari melerai kerna suatu yang tidak pasti..'

Maka melerai lagi air mata kerna menyesali perbuatan kurang bijak atas kegagalan diri ana sendiri mengawal emosi, menghias hati.


Memetik kata-kata Dato' Dr Fadzilah Kamsah;
Air mata terbahagi kepada dua iaitu yang berkualiti dan yang tidak berkualiti. Air mata yang berkualiti ialah air mata yang menangis kerna Tuhan, air mata yang keluar kerna keinsafan, kerna taubat, kerna kejayaan, kerna syukur... Air mata yang tidak berkualiti ialah air mata yang merembes keluar kerna emosi yang memasung akal, kerna inginkan perhatian, kerna sesuatu yang tidak pasti, kerna sesuatu yang sia-sia...'


Siapa yang boleh membuang jauh-jauh rasa cinta? Ramai yang mencari cinta, juga ramai yang terjebak dengan cinta malah lebih ramai yang kecewa kerna cinta. Memetik kata-kata Ust Hasrizal, cinta itu tidak boleh dan tidak perlu dilawan, dibuang, disingkir dan juga tidak boleh dituruti. Ia perlu dikawal. Menurut Ustaz Pahrol Mohd Juoi, selagi mana cinta yang disemai itu dikepil bersama kerugian wang, kerugian masa, kehancuran matlamat hidup, itu bukan cinta.

Susah nak mentafsir erti hidup ini. Bukan semuanya tersurat malah kebanyakannya tersirat. Ilmu dan akal menjadi tonggak utama penyuluh jalan agar tidak sesat. Malah nilai setistis air mata turut punya tafsiran serta perspektif yang berbeza. Moga sama-sama kita menilai, mana taraf nilai air mata kita... Muhasabah diri hendaknya..

'Seorang lelaki yang beriman, nafsu di dalam hatinya umpama api di dalam batu. Selagi ia tidak digeser maka selagi itu lah ia aman berdiam di situ'

p/s: olahan kisah sahabat ana

3 respons:

Semoga Allah berikan ketabahan hati buat nti. Seseorang sedang menunggu nti, cume belum tahu siapakah jejaka tersebut.

"wanita-wanita keji adalah untuk laki-lai yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalh untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik." - An-Nur , 26

errr.... olahan kisah sahabat ana... heh heh heh

'Kita merancang, Allah merancang. Perancangan Allah lah sebaik-baik perancangan'

'Ada tikanya kau sukakan satu perkara sedangkan perkara tersebut memudaratkanmu. Ada kalanya kau bencikan suatu perkara sedangkan ia adalah yang terbaik buatmu'

Siapalah kita untk menilai apa yang terbaik untuk kita berbanding Pencipta kita sendiri... ^^