Riwayat Bidadari Syurga - Menghimpunkan kisah para pejuang srikandi agama untuk dijadikan contoh tauladan seluruh umat. Buku penulisan Munif Ahmad ini digarap dengan harapan untuk menjadi inspirasi wanita hari ini agar berdiri di hadapan panji-panji perjuangan dan berjihad, sebaris dengan barisan para muslimin.
Penulis : Munif Ahmad
Penerbit : Hijjaz Records Publishing
Bil. muka surat : 243 ms
Penulis : Munif Ahmad
Penerbit : Hijjaz Records Publishing
Bil. muka surat : 243 ms
Ana berharap ana akan menjadi setabah Ummi Sulaim, tika anaknya dijemput Allah. Dengan tenangnya beliau mengkhabarkan perkabaran itu kepada suaminya, setelah suaminya berehat-rehat selepas pulang dari kerja. Juga berharap ana cintakan jalan syuhadah seperti Al-Khansaa', yang redha dan bersyukur apabila keempat-empat puteranya syahid di jalan jihad, menemui Allah di medan perang. Dengan tenangnya beliau bersyair;
'Wahai putera-puteraku
Jika kamu bangun esok pagi
Keluarlah memerangi musuh-musuh Allah
Dan keranaNya kamu akan mendapat kemenangan'
Tidak diratapi putera-puteranya yang gugur, tidak disesali putera-puteranya yang syahid.
Sejarah mengajar kita mengambil iktibar dan pedoman terhadap kelangsungan kisah lepas. Yang baik dijadikan contoh dan ikutan, yang buruk dijadikan sempadan agar tidak kita mengulangi kesilapan langkah mereka.
Membaca buku ini membuat ana ingin mengkaji dengan lebih lanjut tentang beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah;
Pemberontakan Jamal (Antara isteri Rasulullah saw, Aisyah dengan Khalifah Ali kwj)
Perang Shiffin (Khalifah Muawiyah dengan Ali kwj)
Korban Karbala (Pembunuhan secara kejam keturunan Rasulullah saw)
Kisah Fatimah r.a yang menentang perlantikan Abu Bakar rs sebagai Khalifah, selepas kewafatan Rasulullah saw
Kepimpinan semua generasi Khalifah Muawiyah
Serta peristiwa pergolakan krisis antara isteris-isteri Rasulullah
akibat daripada sifat cemburu
Bukan niat ana untuk mencari keburukan mahupun kelemahan atas setiap peristiwa yang berlaku. Tujuannya ialah untuk kita belajar, mana silapnya langkah mereka yang terdahulu dan menjadi sempadan agar tidak kita ulangi kesalahan tersebut. Peristiwa-peristiwa ini juga menunjukkan betapa mereka-mereka ini tidaklah bersifat maksum seperti Rasululllah namun, kekuatan iman mereka menjadikan mereka pejuang agama yang sejati..
Namun dalam kebanyakan kisah yang ana baca, seorang wanita srikandi Islam tetap tidak terlepas dengan fasa 'kejatuhan' yakni, ketidakstabilan emosi. Menangis, meratap, merayu malah ada yang sehingga hampir membelakangkan takdir. Perkara ini sememangnya satu kelaziman, memandangkan sifat wanita itu sendiri yang beremosi dan mudah tidak keruan. Apabila ditimpa ujian berat, wanita memerlukan seseorang untuk menyagga semangat, memujuk, merangsang dan menyokong perjuangan mereka. Jadi para muslimin di luar sana, jika inginkan wanita milik anda (yang sah sebagai hak milik) mempunyai daya tahan yang tinggi, andalah yang harus menjadi tongkat, menopang semangat dan perjuangan mereka. Kejayaannya dirai, kegagalannya diberi semangat baru, usahanya dipuji, pengorbananya diberi penghargaan, tangisnya diredakan, merajuknya minta dipujuk, serta kasihnya diminta disuarakan...
Itulah sifat seorang wanita, ingin dipandang keletahnya bagai anak kecil. Namun, semangatnya lebih utuh dari muslimin sejati. Emosinya kadang mengundang ketidaksenangan namun, kerna emosinya itu jugalah wanita lebih bersifat penyayang. dan sesungguhnya, Allah mengasihi mereka yang sangat mengasihi... ^^
p/s: Barangsiapa yang punya maklumat bahan bacaan yang bersesuaian untuk ana mengkaji peristiwa2 di atas dengan lebih lanjut, mohon diutarakan ya. Jazakallah...

0 respons:
Post a Comment