3 maut, 2 parah termasuk bayi
Oleh AINSAFRE BIDIN
utusanperak@utusan.com.my
Tiga terbunuh termasuk sepasang suami isteri, manakala dua lagi cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di KM7.5, Jalan Maharajalela, Teluk Intan, 100 kilometer dari Keluang, semalam. - BERNAMA
TELUK INTAN 17 Ogos - Akibat tayar kereta yang mereka naiki meletup, tiga terbunuh apabila kenderaan itu hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah lori Jabatan Kerja Raya (JKR) di Kilometer 7 Jalan Maharajalela di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 12.35 tengah hari, dua lagi penumpang kereta Perodua Kancil tersebut termasuk seorang bayi berusia enam bulan cedera parah.
Mereka yang terbunuh ialah pemandu kereta, Edy Nor Yanto Raman Sjahjudin, 45, isterinya yang hanya dikenali sebagai Hozeiniye, 36, dan Abdullah Asnawi, 46.
Mangsa yang cedera parah ialah isteri Abdullah, Siti Samsiah Imam, 44, dan seorang bayi lelaki berusia enam bulan.
Edy Nor Yanto, Abdullah dan Hozeiniye merupakan warga Indonesia manakala Samsiah pula adalah rakyat tempatan.
Sehingga kini polis belum dapat memastikan hubungan bayi lelaki itu yang dikenali sebagai Mohd. Fahmi dengan keempat-empat mereka.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, semasa kejadian, kereta yang sarat dengan penumpang tersebut sedang menghala ke Hutan Melintang.
"Sejurus tiba di tempat kejadian, kereta itu hilang kawalan setelah dipercayai tayar hadapannya meletup. Kereta itu kemudian memasuki ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori JKR.
"Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Pemandu lori JKR dan kelindannya terselamat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Seorang saksi, Latip Farid, 40, berkata, ketika kejadian, dia sedang menanam pokok pisang di kebunnya yang terletak berhampiran kawasan kemalangan tersebut.
"Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan dan saya lihat sebuah kereta memasuki laluan bertentangan dan dirempuh sebuah lori," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Dia yang berlari ke tempat kejadian mendapati, seorang perempuan sedang menjerit meminta tolong manakala seorang anak kecil menangis.
"Saya cuba mengeluarkan mereka daripada kereta dan terus menahan sebuah kenderaan lain untuk membawa mangsa ke hospital," katanya.
Saya sendiri tidak tahu, mengapa saya meragui laporan ini. Katanya, kereta tersebut masuk ke laluan bertentangan. Seperti yang anda lihat dalam lakaran saya, kereta kancil tersebut bergerak dari Teluk Intan, menuju ke Hutan Melintang. Di selekoh KM 7.5 yang mempunyai 4 lane tersebut, kedudukan kancil adalah di kedudukan lane ke-4. Lori yang bertembung dengannya adalah sebuah lori JKR yang bergerak dari Hutan Melintang, menuju ke Teluk Intan. Jadi, lori tersebut akan menggunakan lane pertama atau ke-dua. Baiklah, kalau pemberita tersebut memaklumkan bahawa tayar kancil pecah dan terbabas ke jalan yang bertentangan, mungkin kereta tersebut telah merempuh lane ke-2, yakni istilahnya makan jalan lori yang dalam arah bertentangan. Jadi, kereta kancil akan mengalami kerosakan yang teruk di bahagian hadapan, yakni bahagian enjin. Namun, seperti yang anda lihat, kereta tersebut mengalami kerosakan yang teruk di bahagian tepi iaitu pintu pemandu dan pintu penumpang di belakang pemandu sehingga terpaksa dikopakkan oleh pihak bomba untuk mengeluarkan jenazah2 tersebut.
Baiklah... dengan keadaan kedudukan di atas, anda mungkin boleh simpulkan bahawa kancil masuk ke lane lori, dan lori langgar kancil, seterusnya terseret sampai ke divider sebelah kiri. Saya yang berada di tempat kejadian telah melihat beberapa kali, di lane ke-2 dan ke-3, tidak ada serpihan dan kesan hentaman di situ... Kebanyakan kaca dan serpihan kancil berselerak di lane ke-4 dan ada jugak sedikit di lane le-3... Adakah ia berkemungkinan membuat kesimpulan bahawa si kancil ini merempuh ke jalan bertentangan (yakni lane ke-2) lalu terseret (dengan tidak meninggalkan sebarang kesan perlanggaran seperti serpihan kaca) sehinggalah ia menghentam divider, barulah kaca-kaca tersebut berterabur...
Saya melihat kejadian tersebut agak kabur... Semasa melihat keadaan kemalangan, saya menjangka bahawa lori tersebut memandu dengan laju di lane ke-2 lalu merempuh kancil yang berada di lane-3 atau lane ke-4 berdasarkan keadaan kereta, kedudukan lori dan kawasan hentaman, serta keadaan jalan selepas kemalangan. Memang sering saya berulang di jalan berkenaan, pemandu-pemandu lori yang besar-besar sering menggunakan lane laju (yakni di lane-2 atau ke-3) dengan kurang berhati-hati. Memang menakutkan setiap kali berpapasan dengan lori yang besar-besar dan di pandu laju, termasuklah di kawasan 60km/jam yang terletak beberapa meter dari tempat kejadian. Namun, dah laporan ini dikeluarkan oleh pihak polis, terima sajalahhhhhh~ Sekiann....
Teman Bicara
Wednesday, August 18, 2010
Kemalangan di teluk Intan - 3 maut
kingdom of Masalah Ummah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 respons:
Post a Comment