'Adik, datuk kamu sudah meninggal di Hospital Teluk Intan. Mari, saya bawakan kamu ke sana. Ayah adik yang menyuruh saya mengambil kamu'
Seorang lelaki asing, berkata-kata kepada seorang pelajar sekolah rendah SJK(C) ....
'Ai Mie, baik kita bincang dahulu dengan cikgu' bersuara si rakan, tatkala melihat Ai Mie bersetuju untk menerut kata lelaki tersebut.
Si sahabat yang setia pergi memanggil guru yang bertugas. Sekembalinya dia, Ai mie masih berdiri di luar pagar sekolah. Sedangkan lelaki tadi telah lesap di telan mentari sore.
Alhamdulillah, kes penculikan yang terselamat...
Lumrah, jika kedai di hadapan rumah tidak sampai 30 meter jaraknya, tidak menjadi kerisauan kepada ibu bapa untuk melepaskan anak perempuannya untuk ke sana, walau di waktu malam pekat. Kerana kealpaan tersebut, seorang remaja perempuan diculik di hadapan premis 7 eleven (24 hours). Mujur saja terdapat CCTV yang memudahkan sisatan kes tersebut. Penculik berjaya ditangkap, gadis mentah itu terselamat dari bahaya ngeri.
Syukur sekali lagi, Alhamdulillah...
Seorang pelajar tingkatan 1, dilanggar dari belakang. Mujur, tersenggul sedikit sahaja, cedera ringan. Si lelaki yang membawa kereta turun, mungkin ingin membantu dan bertanggungjawab.
'Maaf ya, adik. Abang tak sengaja. mari, abang hantar ke kelinik'
Situasi tadi memberi gambaran yang baik dari manusia sekitar
'Dia ingin membantu'
Rupanya, lain jadinya. Pelajar malang tadi diusung ke hutan dan diperkosa...
Astaghfirullah... Betapa perlu sikap prejudis terhadap kaum berlainan jantina.
Nauzubillah.... kes-kes seperti ini sering terpampang di dada-dada akhbar. lebih menggerunkan, kes yang terasa jauh, semakin hampir dekatnya apabila ia berlaku di kawasan kejiranan sendiri. Bukankah para syaitan ganaz diikat di bulan mulia? maka sudah ramai pula yang berhasrat untuk meminjam topeng kejahatan mereka?
Ya Allah... Musibah apakah ini? Kehancuran bangsa yang semakin berleluasa, alang bulan mulia dinoda dengan kejahatan sedemikian rupa. Terlalu murka kah Kau dengan kejahilan hamba-hamba Mu?
Wanita kian direndahkan martabat, diperlaku semahunya. Di mana lelaki-lelaki pelindung umat akhir zaman? Bayi tidak berdosa semakin ramai yang terbunuh, tidak sempat menjengah dunia. Ramai pula yang berhidup tanpa nasab keturunan yang jelas dan bersih.
Sekarang kau mengerti bukan, wahai umat...
mengapa Allah menyuruh kamu menutup aurat?
Mengapa Allah menyuruh kamu menjaga pergaulan?
mengapa Allah menyuruh kamu menundukkan pandangan?
Mengapa Allah menyuruh kamu bersifat cemburu?
Mengapa Allah menyuruh kamu berkelana diiringi muhrim?
Mengapa Allah menyuruh kaum adam yang bekerja di luar rumah? Sepatutnya, lelaki lah yang pergi ke kedai. kalau-kalau si perompak berniat jahat, bukanlah isteri yang tak berdaya yang diragut. Sepatutnya, si lelaki lah yang pergi ke kaunter minyak, mengisi minyak dan sebagainya. Kalau-kalau si penyeluk saku berniat jahat, bukanlah isterimu yang diraba-raba. Sepatutnya, si lelaki lah yang menghantar dan mengambil anak di sekolah. Kalau-kalau si anak nak diculik, bukanlah isterimu yang terpaksa bertarung nyawa dan maruah...
Sepertimana kau pelihara isterimu, sepertti itu jugalah tanggungjawab yang perlu dilangsaikan terhadap anak perempuanmu...
Biar lah dia menarik muka, ketika kau selubung gadis mu yang terdedah aurat dengan kain lebihan.
Biar lah dia menempik marah, tatkala kau melarangnya keluar tanpa muhrim yang setia.
Biar lah dia merajuk panjang, saat kau larang dirinya diusung lelaki ajnabi.
Biarkan ... Biarkan.. Asalkan, dirinya selamat di sisimu.
Teman Bicara
Tuesday, August 24, 2010
Ramadhan : Syaitan Berleluasa
kingdom of Masalah Ummah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 respons:
Post a Comment