Teman Bicara

Tuesday, June 29, 2010

Makhluk Paling Hina

Berkelana seorang pemuda, meneroka dunia. Dalam fikirannya, ingin dicari seorang mualim untuk berguru. Sepurnama perjalanan, tibalah ia di tempat yang dituju. Perkampungan penjuru dunia, permai dari kancah metrapolitan. Si pemuda terdengar khabaran, seorang tua di kaki gunung, amat tinggi nilai ilmunya. Jiwanya yang dahagakan ilmu, disorot merempuh denai tua, mencari si mualim lagenda. Setibanya di tempat pertapa, si pemuda mengunjur hasrat.


'Wahai guru, ku mohon agar terima daku sebagai muridmu' kata si pemuda.
'Anakku, akan ku tunaikan hasratmu. Namun, bersyarat' balas mualim.
'Nah, katakan. Terus saja aku laksanakan'
'Telusuri lah denai ini, hai pemuda. Carikan bagi ku makhluk paling hina. Bawakan ia kepadaku. Akan ku terima kau sebagai muridku'
Seraya, langkah si pemuda diteruskan. Ligat berfikir, makhluk yang ingin dibawakan buat gurunya.


Di sepertiga perjalanan, ditemukan dia seekor anjing.
'Anjing ini najis, haram dimakan. Mungkin ia makhluk paling hina' fikirnya.
Lalu dibawakan anjing tersebut kepada si mualim.
'Tidak, hai pemuda. Bukan ini makhluk paling hina' jawab si mualim.
Kembali si pemuda ke hutan, mencari makhluk yang lain pula. Dipertengahan perjalanan, bertemu dengan seekor khinzir.
'Mungkin ini makhluk paling hina' si pemuda membuat telahan.
Namun sebaik tiba di hadapan si mualim, jawapannya menghampakan. Berjalan lagi si pemuda, mencari makhluk paling hina. Persoalan ligat berputar di fikiran,
'Apa yang paling hina? Haiwan yang diharamkan? Atau manusia yang punyai menggunung dosa?'


Tiba-tiba, si pemuda tersedak akan kejahilan sendiri, bagai tersentak dek sapaan malaikat. Mengempang titis mutiaranya, penuh hiba. Longlai langkah, kembali bertemu mualim. Bersama sedu-sedan, si pemuda bersuara
'Tidak layak bagiku menuntut denganmu, wahai mualim mulia. Aku lah makhluk paling hina'

'Ya ayyuhal walad (wahai anakku yang tercinta), telah Allah terangkan hatimu. Sesungguhnya benar, makhluk yang paling hina ialah makhluk yang menghinakan sesuatu yang lain. Itu ajaran yang pertama, buatmu' jawab si mualim.

Maka tinggal lah si pemuda bersama si mualim untuk menghirup mutiara hikmah ilmunya.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


[+/-] Teruskan pembacaan...

Wednesday, June 23, 2010

cemburu seorang suami


Kebelakangan ini, saya memang berminat dengan cd ceramah Ustaz Kazim. Beliau mengajar kitab Muhimmah, dan ceramahnya dirakam, disebar dalam bentuk cd. Teringat pula isu cemburu yang diketengahkan oleh seorang sahabat, digabungkan dengan enomena dewasa ini.

Cemburu seorang suami, adalah cemburu yang menyelamatkan seorang isteri. Katanya, pabila si isteri pergi ke pasar, ramai yang tersenggul-senggul, ramai yang terpandang-pandang (terutamanya bagi seorang wanita yang elok paras rupa), maka seharusnya ada sikap cemburu pada seorang suami. Dengan cemburu itu, si suami mengeluarkan arahan 'Ya humairah, biar abang yang pergi pasar. Maira duduk diam-diam dalam kereta'






Pabila si isteri keluar berseorangan ke kedai atau ke mana-mana, kerisauan seorang suami akan kemungkinan-kemungkinan buruk ke atas isterinya seperti dicabul, diragut, diperlekeh, diganggu dan sebagainya, maka seharusnya ditunjukkan sifat cemburunya melalui ayat 'Ya humaira, apa yang nak dibeli? Biar abang yang pergi ke kedai'
Jika pula si suami merasa perlu untuk si isteri memilih barang-barang keperluannya, maka hendaklah si suami menemankan isterinya bersama-sama. Bab ini yang susah ni. Tak ramai lelaki yang suka menemankan isterinya membeli, cerewet sangat katanya. Sedangkan cerewet si isteri, kerna ingin pilih yang terbaik dan bersesuaian..

Maka para suami, sepatutnya sifat cemburu ini disuburkan dalam hati masing-masing kerna sifat cemburu ini merupakan salah satu jalan untuk menjaga maruah, kesucian dan keselamatan si isteri. Namun, tidak cemburu itu berlebihan sehingga si suami menaruh syak atas sesuatu yang tidak sepatutnya, serta mengintai-ngintai kejahatan isteri atas suatu musabab yang tidak munasabah.

Maka, perlihralah isteri anda... Cemburulah jika lelaki lain yang memandangnya, terasa ingin membelai. Cemburulah jika lelaki lain melihatnya bersendirian, terasa ingin menemankan... cemburulah.

Maka, tidakkah anda cemburu apabila lelaki ajnabi melihat gambar isteri anda yang terpamer di merata-rata tempat, lalu berkeinginan terhadap hak anda? Fikirkan...






[+/-] Teruskan pembacaan...

Thursday, June 17, 2010

Senyumlah, disaat hati ingin menangis

Buat Cikgu Azmi, khasnya...

Adakalanya....
Hari yang panas dan ceria
Bertukar mendung seketika
Mentari merangkak pergi
Gumpalan awan bertandang sisi
Hati gundah
Tercari-cari
ke Mana perginya mentari yang dinanti

Begitulah hidup...
Di saat kau selesa dengan kehidupan
tiba-tiba kau diuji dengan kehilangan
kehilangan nikmat harta
kehilangan nikmat ilmu
kehilangan nikmat rakan dan keluarga
dan kau meratapinya....


Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu...
Yang menciptakan segalanya
yang menimpakan ujian
yang menjadikan sakit hatimu
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu
pasti akan damailah hatimu kerna...
masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia

Bukan Allah tak tahu derita hidupmu...
retaknya hatimu
sengsaranya sukmamu
Mungkin itulah yang Dia mahukan
kerna
Dia tahu
Hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak dan mudah untuk
DEKAT dan AKRAB dengan-Nya

Saat hujan turun membasahi hatimu
kau menangis kerna
merasa beratnya ujian tidak tergalas
~SenYumLaH~

kerna

Allah mendatangkan kepadamu pelangi nan indah
selapas hujan sirna kelamnya


'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya'

(Al-Baqarah:284)




p/s: zaman bila ntah sajak neh... haha (nukilan : nilam baiduri)

[+/-] Teruskan pembacaan...

Tuesday, June 15, 2010

Manfaatkan Cuti

Alhamdulillah... sepanjang cuti, hampir seminggu dihabiskan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik. Program Intensif Teknik Menjawab Soalan PMR peringkat negeri Perak telah dilaksanakan pada 4-6 Jun 2010. Program ini melibatkan 96 orang pelajar dari 12 buah sekolah yang meliputi 4 daerah di sekitar Perak, daerah Hilir Perak, Manjung, Perak Tengah dan Batang Padang.

Syukur... berkat kerjasama dan pengorbanan AJK yang terlibat, program dapat dijalankan dengan jayanya walaupun pada asalnya nampak macam mustahil untuk dilaksanakan. Mana tak mustahilnya, gerak kerja 2 minggu sebelum program. Baru nak bentuk jawatankuasa, baru nak panggil meeting dengan AJK dalaman dan sekolah2 terlibat. Maklumlah, kerja ad hoc, diberi secara tiba-tiba. Namun berkat pengorbanan dan kerjasama AJK, we make it possible.

Terima kasih .... kepada Bos, Ayahanda Tn Hj Hod atas sokongan, sikap optimis yang ditunjukkan kepada kami. Dalam keadaan saya kalut menerima tugas, dan merasakan mustahil ia terlaksana, ayahanda dengan yakin dan optimis berkata 'Boleh, buat jek. Susah apa, kita bekerja dalam pasukan'

Terima kasih... Cikgu Amin, Penolong Kanan 1. Di saat saya pening kepala untuk mengerah Jawatankuasa kerja peringkat dalaman, beliau mengambil alih tugas untuk membentuk AJK terlibat. Segala feedback, beliau yang menjawabnya.

Terima kasih.... En Rafie Ravie, Penolong Kanan Petang. Atas sokongan, bimbingan, kepercayaan, serta kelonggaran tugas-tugas tertentu sepanjang gerak kerja program.

Terima kasih ... Tn Hj Ibrahim, PK HEM. Pn Hjh Fatinah, Pk Kokurikulum. Serta 4 Guru Kanan (GK) selaku penyelaras AJK bertindak. Terutama kepada Tn Hj Hasan, siap join kuliah Subuh dan maghrib sepanjang waktu program.

Special thanx to Pn Suzana... Even she is not a 'Penyelaras RK' anymore, beliau tetap berpadu tenaga untuk menampung banyak kekurangan dan ketidakcekapan kerja saya. Saya orang baru, banyak cuai dan silapnya semasa bekerja. Banyak lagi perkara yang tidak teratur dan sering terlepas pandang. Terima kasih teramat sangat juga kepada Kak Hafsah, yang mana beliau banyak membantu Kak Su untuk meng'cover' kerja-kerja saya.

Juga setinggi penghargaan kepada kem Komanden, Cikgu Rosli Jamil yang menjadi tulang belakang program ini. Beliau bermalam di asrama, keletihan mengejutkan pelajar-pelajar waktu subuh, juga menguruskan perjalanan ulang alik pelajar dari asrama-sekolah dan sebaliknya, turut dibantu dengan jayanya oleh Pn Zakiah dan Pn Rahimah. Beliau juga yang mengerah pelajar untuk berjemaah setiap waktu, menguruskan pergerakan pelajar ke beberapa tapak program yang berkaitan... Penat sungguh beliau. Terima kasih.

Terima kasih ... Cikgu Yusnida. Cik Yusnida lah yang berjaga sepanjang malam, meronda dan memastikan keselamatan para peserta (peserta puteri terutamanya), mengejutkan pelajar untuk solat Subuh, dan dengan dedikasinya meng'take over' shift malam saya untuk membolehkan saya berehat sepanjang malam dan bersemangat pula menguruskan pelajar di waktu siang...

Terima kasih ... Cikgu Zulkarnain, Cikgu Roslan (yang menguruskan penginapan peserta), Cikgu Damanhuri, Cikgu Tahir. Penglibatan cikgu-cikgu menjadikan program ini berjalan dengan lancar.

Terima kasih ... Cikgu Halimah, yang menyusun jadual tugas guru-guru bahagian pengurusan makanan peserta dan urusetia. AJK di bawah beliau, Cikgu Raja, Cikgu Norsiah, Cikgu Salmiah, Kak As. Terima kasih gak kat Kak Mimi, menyediakan cenderahati untuk kegunaan sepanjang program.. Pn Parimala dan Pn Zalela, menyediakan bahan cetak, fail dan alat tulis untuk kegunaan peserta program. ustaz Halim, Ustaz Halimudin, Ustazah Yong dan Ustazah Afida pula menguruskan bahagian solat jemaah, pengisian tazkirah dan sebagainya yang berkaitan dengan kerohanian.

Terima kasih.. Tn Hj Cherel, Cikgu Pei Yong, Cikgu Ho, Pn Izah, Cik Marliya, Pn Lilly, Pn Chan, kak Zunarita, sama-sama menjayakan program ini.

Special thanx to en Shahrizan... sebab bukan sahaja berjaya menjalankan tugasnya sebagai AJK Persiapan Tempat dengan cemerlang malah, beliau berusaha meng'cover' kerja-kerja AJK lain sehabis baik. Terpaksa pula korbankan cutinya yang sedikit... Setinggi penghargaan atas pengorbanan tersebut.

Special thanx to Cik Izati.. beliau meletakkan diri sebagai pengganti Cikgu Kartini. Beliau juga banyak menampung tugas-tugas saya. Bermalam di asrama, diusung saya ke sana kemari untuk menguruskan peserta dan urusan luar yang berkaitan dengan program.. terima kasih.. selamat bercuti di Kelantan..^^


Bergerak ke Ulu Kenas

Selesai program JPN tersebut, esoknya saya bertolak ke Ulu Kenas untuk Kem Kadet Polis. Tidak lah berat sangat tugas saya, sekadar datang memantau dan tolong masak sikit-sikit. Jadual ahli kadet pun tak begitu ketat sangat, sehingga tak ada waktu rehat. kem kali ini adalah kem yang paling relax sekali bagi saya. Nasib baik, boleh jugak merehatkan badan dan minda. Alhamdulillah... syukur .. syukur .. syukur...

Kem ini berlangsung pada 7 - 9 Jun 2010. Masa majlis penutup, ramai jugak kadet yang pengsan.. tak serapan ker haper, bebudak neh.. adeh~

Balik dari Ulu Kenas, masih lagi semangat untuk kelas tambahan kumpulan galus pada keesokan harinya... Alhamdulillah...

syukur ... syukur ... selesai semua. Nak tumpu pada exam papers lak.. ^^

[+/-] Teruskan pembacaan...