Teman Bicara

Wednesday, February 18, 2009

Senyuman Cikgu

'Bakper nyer cikgu dok masuk kelas kiter, cikgu?'

Masih berdiam diri, tiada nafsu untuk membalas.

'Cikgu marah kat kiter, cikgu?'

Senyap lagi. Bukan hati ingin merajuk cuma fikiran terlalu serabut. Aduh, ujian sungguh. Pensyarah yang dijadualkan datang minggu hadapan, mengubah perancangan. Baru semalam beliau menelefon, mambawa berita kurang enak untuk didengar.

'Esok saya akan datang observe awak mengajar, eya'

Terasa jiwa melayang, kaki tidak berpjak di bumi nyata. Persediaan yang ntah ke mana, dengan emosi yang tidak mapan. Mampukah?


'Cikgu' menghembus khayalan semalam. Aku menadah wajah, menghadap punca suara.


'Kami tau kami nakal, cikgu' Taqiyuddin bersuara mendatar. Matanya tidak berani diangkat, menentang anak mataku.


'Kalau saya tanya mengapa kamu nakal, apa kamu nak jawab?'

Senyap balik.

'Kamu buat apa kat sini? Tak masuk kelas?'

'Masa cikgu sekarang ni, kan? Bakper nyer cikgu tak masuk kelas kami? Cikgu merajuk dengan kami ker?' nampaknya hanya Taq yang berani bersuara.


'Saya terlupa' jujur menjawab.

'Tak kan lah cikgu lupa nak masuk kelas kami. KAmi cari cikgu satu sekolah tadi' Fitri pula timbul berani.

Sunguh, aku terlupa tentang jadualku, dek kalut sangat dengan persapan untuk mengahadapi observation pensyarahku.

'Kamu nak tolong saya? Masuk lah' Kesian pula melhat mereka tercongok di gril pintu makmal. Tak berai melangkah masuk. Mungkin gusar tidakan mereka bakal megeruhkan keadaan. Lambat mereka melangkah, dengan bebola mata tepat ke lantai.

Sibuk mereka menolong apa yang patu. Sambil-sambil tidak jemu bertanya, asbab aku tidak masuk kelas mereka. Nak kata apa lagi? Aku sudah menjawab sejujurnya. Mereka yan tidak percaya.


'Cikgu jangan la tension sebab kami. Kami memang buas sket, cikgu. Lelaki kanggg..' Iskandar mencelah. Aku memandangnya bersilih ganti dengan Taq. Sepasang kembar di kelasku. Sama tinggi dan sama manis. Ya,dan nakal juga walau otak bergeliga.

'Tak per lah. Nanti saya kembalikan kelas kamu kepada Cikgu Saiful. Kamu tak suka saya mengajar kamu, kan? Dua bulan jer lagi saya di sini. Dua bulan sudah berlalu'

'Bakpernyer nak bagi cikgu Saiful plok? Kiter suker cikgu ngajor kiter. Kalu boleh, bertahun-tahun cikgu ngajor kiter'

'Habes, kamu bukannya dengar kata saya pon'

'Besalah cikgu, lelaki. Buass....' si Isandar masih tak jemu mengingatkanku tantang jantinanya. Tak perlu rasanya dia begitu, aku boleh menilai sendiri.

'Cikgu masuk kelas minggu depan yer, cikgu. Cikgu jangan tak masuk plok'

Beberapa ketika kemudian, aku mengarahkan mereka pulang ke kelas. Bimbang cikgu-cikgu sekitar terasa lain. Mana tak nya, lima pelajar lelaki dengan seorang guru praktikum yang muda, berada di makmal yang tak berapa disimbah cahaya. Tidak pernah pula waktu pengajaran dan pembelajaran, hanya lima pelajar yang terlibat. Sebelum melangkah keluar, sempat lagi mereka mengingatkanku tentang kelasnya.

Setiap kali berpapasan dengan pelajar kelas 4 Cendiakawan, berat untkku mengukir senyum. Bukan aku ingin merajuk. Sungguh. Sekadar memberi pengajaran untuk mereka lebih menjaga perlakuan.

Melangkah ke kelas, aku yang menentukan suasana pembelajaran pada sesi itu. Bermula dengan senyum, akan ceriala seisi kelas. Jika amarah sudah dijentik seawal waktu, suasana kelas turut akan berubah.


'Megat, Rizal. Tolong saya bersihkan sini. Tolong ambil penyapu,sapu sini sket' aku mengarah.

'Sekejap yer, cikgu...' Balasnya dengan senyuman yang dibuat-buat. Telahanku, arahan diterima namun tidak mahu dilaksana. Ingin lari begitu sahaja, mencari penyapu adalah alasan. Agak kecewa.

Tiba-tiba, terjengul wajah mereka d muka pintu, dengan senyum meleret. Penyapu? Sudah ku agak, tiada di tangan. Galak mereka nganjingkan (main-mainkan) aku. Tersengeh-sengah seperti kerang busuk, melongo di muka pintu. Aku menjeling lalu berpaling. Wajah mereka berubah, kuintai dari ekor mata.

'Tak nak saya senyum dengan kamu lagi' wajahku sengaja ku simbah cuka, tegang.

'Bakper nyer la, cikgu tak mmboh senyum kat kiter?' Rizal yang sememangnya gemar mebuat senaman mulut itu bertanya,seolah tidak mengerti.

'Saya suruh kamu menyapu, kamu tak peduli. Malas saya nak senyum dengan kamu lagi'

Terus Rizal menyambar penyapu, berlalu untuk menyapu. Sambil mulutnya terkumat-kamit ngepekk (membebel) seorang.


'Cikgu kiter buat gurau, marah lalu (marah terus). Kiter bukan tak nak tolong, kiter main jek. Kiter boleh jer buat apa cikgu suruh...' entah apa yang mulutnya terus mengomel, aku dah tak dengar. Senyum saja sambil menggeleng.


Yang lain pon sibuklah membantu, kononnya. Tak ada penyapu, mereka mengutip sampah dengan tangan. Terbongkok-bongkok enam pelajarku menurut perintah hanya untuk menuntut senyum.


'Kalau ia pun nak bergurau, jangan lah buat perangai gitu depan pensyarah aku' desisku dalam hati.


Marah? Tidak.. Jarang sunguh aku melepas geram pada mereka.

Bagi seorang yang sentiasa tersenyum sepertiku, cukup sekadar aku lokek senyuman dengan mereka. Mereka tidak akan betah duduk bersahaja. Mula lah cuba sedayanya untuk membuat aku tersenyum semula.


Kadang dengan watak gila-gilanya, sengaja ingin memancing senyumku.
Kadang dengan mengusik pelajar perempuan, memaksa aku bersuara kembali tatkala aku mogok suara.


Penting rupanya senyumku untuk para pelajar. Maka, aku akan senyum... ^^ (sedang tersenyum)

12 respons:

kakEya, jaddi gile..
Bakpe-nyer cikgu dok masuk kelas~
haha

haha...

Part tuh jek yang jadik. Nak lebih jadik, kena sambar orang sini sorang... ^^

Mung ndakk ker? ^^

Pertama. Kena garang dan tegas.
Kedua. Kena baik pula.

Tenanglah cikgu oi. Kalau dah berdarah pendidik tu, takkan ke mana. Serahkan semuanya dalam doa. Biar pensyarah kau kasi markah baik-baik. Huhu.

b urself... ngan bebudak,kna garang2 dulu.. baik n wat lawak biar btempat...takut depa ni amik kesempatan atas kbaikan kita.........

salam cikgu eya...

Ohh, bunyi semacam bahase ganu je:)
Pandai ya bebudak tu bersuara. Berani pulak tu.
Apapun teruskan bersabar. Siapa jadi cikgu tentu dia tahu apa itu 'sabar'..

pe dye? cikgu nk sambar sorg?
sape? jgn lupe jemput..
xleh datang pun, tgk kad jemputan pun jadi laa~
hohoho

ibtasimi... ALLAH al-musta'an :)

salam ziarah entah keberapa kali namun entah berapa kali bersuara. Salam ukhwah.

Cikgu itu pewaris ulama', insyaALLAH tempatnya juga mulia bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat sana.

Barakallahu fiiki :)

Sang Pelangi...

oh, aku tenang2 aja. Untung saja tiada pelajarku yang gemar akan kereta tamiya. Jenuh pula aku menggeledah semak belakang sekolah, mencari mereka untuk diperambat masuk ke kelas. aku masih boleh bertenang... ^^



Nort

Dok tu nak buat lagu mana lagik. garang dah, baik pon dah. Gitu gak lah diaorg nih. Cumanya, mereka makin rajin masuk kelas ku.. ^^
Gembira.. n_n


Ibnurashidi

Oh... hanya jauhari yang mengenal manikam. Guru sahaja yang tahu bagaimana rasanya berdepan dengan pelajar seperti itu. Kering idea... ^^


Hafizadam...

Eh, tak boleh, apiss. apiss kena datang. Kalu tak, dok jadi majliss... ^^


Nahwannur...
Syukran sebab menziarah. InsyaAllah akan membalas ziarah. Ya, ana berharap ana jadi guru golongan itu, bukan guru yang dituntut hak nya oleh murid di akhirat nanti.

salam
lawak ar bdk2 tu..
cikgu diorg pn lawak gk..

bestnyer zaman skolah..

di mana time machine ku?? aku nk kembali ke zaman skolah..seronok kenakan cikgu2..hehehe

salam cikgu Eya....
semoga jadi pendidik yang bisa mencetus didikan berjiuwa pendidik dalam dunia pendidikan kerana hanya pendidik yang berjiwa pendidik mampu melahirkan anak didik yang terdidik mindanya dengan didikan yang berguna.

salam cikgu eya..

alala...akk...bkn main lg ea..