Teman Bicara

Sunday, February 15, 2009

BOIKOT: Perlu kah?

Bismillah...

Isu yang tak lapuk di zaman. Selagi sedutan nafas tidak berhenti, selagi pembuluh darah megah beraksi, seantero dunia menjadi saksi kekejaman zionis Yahudi membedil relung-relung hati insan yang tidak hidup seperti layaknya seorang insan. Nista di mata, jijik, serta dipandang hina. Namun, merekalah perwira di hati kita. Cukup tersayat melihat perjuangan yang nyata tidak setara. Ketulan batu menentang dinding besi kereta kebal yang mapan. Lalu tujahan peluru merobek daging-daging yang menyelaputi tulang selangka. Bertabur, berkecai. Si sahabat di kiri, mengutip cebisan-cebisan daging mujahid agama.

'Ini bukti jihadmu, sahabatku. Aku akan menyusul' bisiknya penuh yakin.


Katakan padaku, siapa mereka untuk kita memaling muka dengan selamba? Sedangkan rakyat berbeza aqidah bertandang simpati, kita pula kian tidak peduli.


'Ini rumah kami' laungan yang di pandang sepi oleh saudara seaqidah.





"Apa gunanya aku memboikot? Jika hanya aku seorang yang laksanakan, sedang 100 000 tidak cakna, tiada kesannya juga, kan? Lagi, bukankah barangan itu dijual oleh saudaraku juga? Aku seolah menutup pintu rezekinya. Barang dagangan sudah pun sampai di sini malah si Laknatullah tu sudah terima habuannya. Urusniaga pembekal dengan peniaga sudah berlaku. Apa gunanya lagi? Bukankah peniaga yang harus lebih proaktif untuk menangani masalah ini?"


Komen dari seorang sahabat. Kecewa, kerna sahabat itu seaqidah denganku. Ya, ia merugikan peniaga2 kita yang selayaknya aku labelkan sebagai PEMBELOT kerna menyumbang dana ke atas peluru-peluru yang menunggu detik waktu untuk dilancarkan.
Oh, kau risaukan si PEMBELOT2 ini kergian harta. Kawan, harta atau nyawa yang lebih berharga?


Menjawab persoalan... Ya, aku akui bahawa tindakan si peniaga akan memberi impak yang lebih mendalam berbanding tindakan sendiri-sendiri, iaitu para pembeli.


Sungguh, aku kenal siapa McDonald. Aku arif siapa Coca Cola. Benar, Yahudi sedang kuasai dunia.

Namun, Yahudi hanya akan kuasai dunia sepenuhnya JIKA DAN HANYA JIKA kau biarkan dirimu dikuasai. Dengan kau menyerah kalah, dengan kau melemahkan diri. Juga dengan sifatmu yang hanya menuding jari.


Biar peniaga yang berhenti melombong barang Yahudi dari pembekal...
Biar pemain bola sepak Islam yang keluar dari Arsenal...
Biar kerajaan yang mengharamkan pembukaan francais makanan segera di Malaysia...


biar...
biar..
biar...

Barulah usaha boikot ini akan berhasil.


Begini aja aku menyentap.


KAMU !!!!!!

YA, KAMU !!!!!!


Kamu yang sedang membaca ini....


APA YANG KAMU LAKUKAN?

APA SUMBANGAN KAMU UNTUK MENGHENTIKAN KEGANASAN INI?

APA USAHA KAMU UNTUK MENYEKAT PENCABULAN HAK INI?



APA KAMU LAKUKAN?

APA? SEKADAR MENANTI MASA UNTUK BERSORAK-SORAI MERAIKAN KEMENANGAN PERANG BOIKOT?

ITU SAHAJA?



Malu aku ingin mengaku, kau saudaraku.... (menggeleng kepala)



Ada seorang anak kecil. Ralit mengutip tapak sulaiman yang terdampar lesu di gigi pantai. Lalu dengan hayunan tangan sekerah tenaga cilik, ia dlemparkan terus ke dalam desiran ombak. Senyum tanda puas.

"apa yang adik lakukan?"

"Tapak sulaiman ini kekeringan kerna di tolak ombak ke tepian. Tidak upaya ia hidup di tebing, tanpa air laut. Saya hanya cuba mengembalikan ia ke tempat asalnya"


"Tapi, mampukah adik? Ada beratus-ratus malah mungkin beribu, tapak sulaiman yang terdampar d sini. Mampukah adk?"

"Oh, mungkin saya tidak mampu menyelamatkan semuanya. Tapi sekurang-kurangnya, yang ini terselamat"

Katanya sambil menyambar salah satu tapak sulaiman lalu membuang ke laut.

"Dan ini juga selamat"

Katanya, mencampak satu lagi.

"Ini juga"

Masih mengulang perbuatan yang sama.

Usaha. Itu yang penting.Usaha dari konteks kia sendiri. Usaha dari tenaga kita sendiri. Dari pengorbanan kita sendiri. Buat apa mengharap orang lain yang mulakannya tanpa kita sendiri mengorak langkah?

Menyalak dan berkatalah, kita perlu bersatu.. Tapi, bukan kita sendiri yang memulakan langkah pertama. Bukan kita sendiri yang membenamkan cerucuk juang di hati-hati kita.

Sebesar rumah bermula dari sekecil bata. Aku berharap kau, sahabatku, menjadi salah satu bata yang bersatu. Usah khuatir kerna aku lah bata yang berada di bawahmu. Telah aku mengikat janji untuk bersatu hati. Kamu, sudah bersediakah untuk memeterainya?

Ayuh, sertai aku.. Allahuakbarrrr !!!!!!!!!

7 respons:

salam.....

hehehe....
anda ingin boikot boikotlah...bagus
tetapi orang ingin memboikot barang yahudi ibarat seseorang menyuruh remaja2x memboikot friedster,myspace dll...

Tiada siapa yang kata, jalan jihad ini mudah. Seperti cubaan meninggalkan tabiat merokok. Jihad juga tu... ^^

salam.....
a'ah tpkan jalan jihad susah la,(pada pandanganku)
sebab belajarpun malas,lalalaa....

ps:jihad ini senang diungkapkan tp susah dilakukan sebab itu aku tidak minat menggunakannya(takut termakan kata),hehheeh...

ooohhh.... melawan nafsu dan kemahuan juga jihad. Ia sudah sebati dalam diri. Setiap saat nafsu dan keinginan kita teruji dan setiap itu lah kia perlu berjihad. Jadi, katakan padaku, sampai bila kita ingin lari dari realiti bahawa manusia sinonim dengan jihad?

Setiap yang bernyawa, pasti ada keingnan. Keinginan itu dikawal oleh iman dan akal. Melalui jihad.

Tiada siapa yang kata jihad itu mudah dan,
tiada siapa juga yang kata hidup ini mudah..

Kita khalifah, kan? ^^

salam cikgu...
saya suka artikel cikgu ni..betul usaha harus dimulakan dari diri sendiri..tak kira kecil atau besar usaha tu, yang penting kita buat selagi termampu ..

waahhh.......
sedapnya ayat nie..

a'ah,aku setuju...
baiklah cikgu,sekarang terima sy menjadi anak murid tetapi xmahu memboikot,hehehe

ps:semoga cikgu berjaya memboikot dan mengajak yang lain...

Salam cikgu...

Saya syorkan supaya kita memboikot semuanya..termasuk sistem kapitalisnya sekali..