Teman Bicara

Saturday, September 5, 2009

Aku Cinta Kamu


Alhamdulillah.... Malam tadi adalah kemuncak rindu. Hampir sejam di talian, telinga yang terlekap telefon bimbit kian terasa bahangnya. Sekadar berborak tentang masa lalu. Kenangan-kenangan alam persekolahan bagai terpamer satu per satu di atas layar pentas. Kali terakhir ana mendengar suaranya ialah awal tahun ini, bulan Mac barangkali. Lebih dua tahun tidak bersua muka. Wajahnya, makin dimamah waktu, barangkali.






Cikgu Azmi. Beliau adalah seorang pendidik yang mendedikasikan seluruh kehidupannya untuk pelajar. Mendidik serta mengajar tanpa mengira waktu. Kami rapat sejak ana di bangku sekolah. Sweet 16 kata orang. Bertindak sebagai ayah angkat, (homeroom, istilah di MJSC KKB - Mara Junior Science Cllege Kuala Kubu Bharu) keterbukaannya dalam mendidik kami menjadikan beliau sebagai guru yang dekat di hati pelajar. Bukannya beliau tidak pernah menengking, menyepak, menendang, menghentak dan sebagainya. Namun, keikhlasan beliau mendidik anak bangsa lebih terpamer, setiap kali beliau menghukum para pelajarnya.


Pelajar yang lemah, dipimpinnya satu per satu. Pelajar yang cemerlang, disentapnya supaya tidak terlalu diawang-awangan. Gusar andai terlalu leka. Pagi mengajar, petang dan malam beliau mengadakan kelas tambahan. Lewat malam, tutor bersama pelajar-pelajar lemah, yang masih punya daya saing untuk belajar. Dahulu, kami cemburu dengan pelajar-pelajar putera. Di asrama, kami terpaksa light-off jam 11 malam. Namun, pelajar putera mendapat kelebihan. Ya, tetap light-off jam 11 malam. Cumanya, apabila lampu tertutup, mereka beramai-ramai menga'ambush' bilik cikgu azmi untuk belajar di sana, di bawah bimbingan beliau. Bertuah, bukan? Subjek matematik tambahan pula tu. Kalau pula terlalu ramai yang ingin meneguk ilmu, beliau akan menjadi penganjur utama untuk stay up di surau. Kami di asrama puteri sebelah surau, memandang dalam kecemburuan yang meluap-luap. Ingin sekali hati ini untuk turut serta.


MJCS Graduation

Tamat bergelar sebagai pelajar sekolah pada tahun 2003. Namun, silaturrahim tidak terhenti di situ. Sering kami berutus surat, membalas panggilan dan sebagainya, menjalin ukhwah sepanjang zaman. Apa pernah kamu berjumpa mana-mana guru yang sanggup berutus surat dengan pelajarnya? Menceritakan tentang cerita cintanya? Kisah hidupnya ketika bergelar bujang, pakwe kepada seseorang, tunang dan suami, semuanya dalam poket ana..Comel, kan?... Hatta kisah dirinya yang berunding wang mas kahwen turut sama dikongsinya.


Sepanjang ana di Universiti Pendidikan Sultan Idris, beberapakali beliau datang melawat. Sempat jugalah beliau merasa air tangan ana, barang sekali dua. Kadang datang bersendirian, sekadar untuk berborak. Kadang yang lain pula, bersama murid-muridnya. Barulah mereka kenal senior yang paling senior... first batch of MJSC KKB. hak3


Kini, beliau berasa keseorangan di tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur. Bekerja di HQ MARA, tidak memberikan kepuasan yang maksimum buat beliau. Beliau ketagih mengajar. Terlalu ingin mencurah ilmu dan membimbing pelajar. Sering pula beliau berulang alik ke Rawang, semata-mata untuk memenuhi kelas tambahan dengan bekas pelajar-pelajar beliau di MJSC KKB. Terharu ana mendengarnya. Cikgu Azmi adalah inspirasi hati ana, selain kedua orang tua. Seluruh hidupnya, beliau wakafkan untuk para pelajar. Tenaga, masa, wang ringgit. Betapa beliau memerlukan seorang isteri yang memahami serta mencintai para pelajarnya seperti mana dirinya.


'Masih adakah lagi sinar bahagian buat saya?' sayu hatinya

Teras canggung pula untuk memberi kata nasihat buat guru sendiri. Namun, manusia mana yang tidak berdepan dengan zaman kegelapan, kemurungan berpanjangan.

'Doakan saya dapat bertukar ke Johor, ya' pintanya lagi

Tidak. Jika beliau pulang ke Johor maka, sukarlah ana ingin bersua muka dengannya lagi.

'Saya doakan kebahagiaan cikgu' jawab ana.

'Biarlah Allah yang tentukan jalan mana untuk cikgu temui kebahagiaan itu. Allah yang aturkan kesemuanya. Yang penting, saya doakan cikgu bahagia'

'Saya sudah tidak mengimpi bahagia. Ujian datang bertimpa, menyebabkan saya tidak berasa akan mengecap bahagia' lirih suaranya. Sedikit serak.


Bahagia itu ada. Cuma mungkin belum berjumpa. Jangan berputus harap, cikgu. Berputus harap bermakna, terputusnya rahmat Tuhan. Jangan berhenti berharap. Kami mendoakan cikgu. Kami cintakan cikgu. Sungguh, bertahanlah. Demi kami, anak muridmu.




Cikgu Azmi, anda tidak bersendirian. Cikgu dikelilingi oleh anak-anak murid yang sentiasa mendoakan cikgu. Kami akan membela cikgu. Cikgu tidak pernah bersendirian. Kami lah anak-anak cikgu, pengganti zuriat cikgu buat masa ini.


Sesiapa pun yang berdepan dugaan maha hebat seperti yang dihadapi oleh beliau, mempunyai potensi yang tinggi untuk berputus asa. Berkorban diri untuk orang lain. Benar maknanya;

'Guru itu umpama lilin. Membakar diri untuk menerangi insan-insan lain yang dalam kegelapan'



Allah, sesungguhnya kami akui nikmat yang Kau sediakan baginya di syurga sana. Pinta kami, peliharalah hatinya agar tidak pernah berputus harap denganMu. Cintailah dia, sebagaimana dia mencintai kami. Redhakan lah hatinya dengan ujianMU serta, Kau redhailah perjalanannya di muka bumiMu ini.Teguhkan hati dan cintanya buat Mu, agar sentiasa hatinya segar dengan syahdunya cintaMu. Cintailah beliau, Allah. Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, Tuhan Yang Maha Belas lagi Maha Mengasihi. Cintailah Ckgu Azmi kami, kerna kami cintakannya sepenuh hati. Allah, ayuh kita bercinta..







4 respons:

This comment has been removed by a blog administrator.

Peribadi sebeginilah yang para bakal guru patut contohi. JazakAllah atas perkongsian yg amat menarik. Bnyk yg dapat belajar dari usaha2 cg azmi yg nti luahkan tersebut.

~Guru bukan pengajar tetapi pendidik~

This comment has been removed by a blog administrator.

Alhamdulillah...

Ana akan kongsikan juga 'kekejaman-kekejaman' yang dilakukan oleh beliau, sehingga para students menyayangi beliau dunia akhirat... ^^