'Selamat datang ke Sekolah Kebangsaan Selekoh. Semoga cikgu dapat menyesuaikan diri di sini' kata-kata aluan dari Penolong Kanan I skolah tersebut, kak Airah. Ana mendapat panggilan dari PPD beberapa hari sebelum itu, memaklumkan penempatan sementara sebagai guru ganti/guru sandaran di sebuah sekolah rendah. Alhamdulillah, spontan, ana bersujud syukur.
'Jika kebergantungan hanya diletakkan ke atas Tuhanmu, Dia akan membentangkan jalan keluar dari sumber yang tidak disangka-sangka'
'Jika kebergantungan hanya diletakkan ke atas Tuhanmu, Dia akan membentangkan jalan keluar dari sumber yang tidak disangka-sangka'
Hari pertama bertugas, juga hari pertama peperiksaan UPSR. Melihat persediaan guru dan murid, sempat pula ana mengimbau kenangan berbelas tahun dahulu. Pensil dan pemadam percuma, itu pembakar semangat menanda kertas OMR.. haha. Kanak-kanak sungguh. Apa yang menarik tentang pelajar UPSR di sini, mereka membaca da secata berjemaah. Maksud ana, membacakan doa. Bukannya mengaminkan beramai-ramai. Bacaan doa diketuai oleh Ustazah Fauziah, dan dituruti oleh para pelajar. Doa simple yang padat. Bermula dengan puji-pujian,
'Rabbi yassir waala tu'assir - Ya rabb permudahkan, jangan disusahkan urusan kami,
Berikan kepada kami kelapangan menerima ilmu'
Semasa taklimat terakhir sebelum masuk dewan peperiksaan, ana erkejut jugak dengan ayat seorang guru neh...
'Memang lah dalam peperiksaan tak boleh meniru... Tapi, jangan lah tutup-tutup sangat jawapan kamu tuh. Letak kat tepi-tepi meja sket. Sian kawan-kawan kamu, Kita sama-sama nak lulus, kan?'
Aduh.... Apekah? Mengimbau memori masa lalu. Indoktrin sedarikecil, meniru dan memberi tiru, kedua-duanya adalah jenayah mahupun kecurangan akademik yang serius. Kemudian? Dalam peperiksaan, ana dipaksa untuk memberi tiru kepada kawan-kawan, OLEH CIKGU SENDIRI. Sehinggakan ana terfikir ketika itu,
'Baik aku tak yah blajar. Aku tiru jek Aiman, duduk sebelah aiman. Penat je aku belajar'
Alhamdulillah... itu hanya satu pemikiran angin lalu, tidak menjadi mindsetting. Betapa bahayanya jika pemikiran seperti itu tidak diperbetulkan oleh guru-guru ana yang lain, yang lebih berperanan sebagai pendidik.
Sesi pengajaran dan pembelajaran tidak berlangsung seperti biasa kerna dikhuatiri akan menyebabkan pencemaran bunyi yang melampau. Jadi, para guru mengadakan ujian mengejut kepada semua pelajar yang tidak terlibat dengan UPSR. Ana relief beberapa kelas yang mempunyai taraf pemikiran yang berbeza. SK Selekoh menghadiahkan ana seribu satu pengalaman yang baru.
Selepas beberapa hari ana bergaul dengan pelajar sekolah rendah, ana dapati, mengajar dan mendidik mereka tidaklah sesukar mendidik pelajar sekolah menengah. Mengajar di sekolah menengah memerlukan ketahanan mental dan spiritual yang maha hebat atau, anda akan merasa bosan dengan pelajar anda sendiri. Mengajar sekolah rendah, penat badan mengejar mereka berlari-lari. Mengajar sekolah menengah, penat fikiran memikirkan cara supaya mereka minat untuk berlari-lari.. haha. Ironi sungguh.
Ini hasil di sini....
Ana ajar budak-budak tahun 4 lipat bintang. Ini hasil mereka. Ada yang jadik, ada yang penyek, senget dan terkoyak... haha
Ini lak games untuk tahun 5. Memisahkan basi-besi berkenaan, memanglah mudah bagi kita yang mempunyai tahap perkembangan otak yang tingg (perasaannn... haha). Tapi, uji minda ini agak sukar bagi mereka. Mrengek-rengek mintak hint lah, mintak tunjuk dulu lah... Mengada betol budak-budak tuh... hahaha...
Tapi yang keciwanya, hanya pelajar-pelajar lelaki sahaja yang teruja untuk mencubanya. Pelajar perempuan, menyerah sebelum usaha. Nampak susah jak, tarik diri. Kenapa, ya? Huhu~
Tak lama kemudian, ana mendapat tahu kemungkinan ana dihantar untuk mengajar di prasekolah pula. Amboooii.... seronoknyaaaa........ Terujaaaa..... ^^
4 respons:
Selamat mengajar..
teruskan mendidik mereka, walaupun pemikiran mereka belum matang tetapi memory mereka sudah dapat berfungsi.
teringat kpd cg2 sek rendah dulu. ana dalam perancangan untuk kumpulkan kawan2 sek ren dan akan beraya rumah cg kami dulu. rindunye kpd mereka semua..
Pelajar Mithali SKPP, 1999
ehem..ehem..
jeles sungguh tengok dia jadi cikgu praskolah...
erk..baru pasan, gambo ku sama..hehe
p/s: eya, i'm give up. dah mengalah. biar lah orang tua tu dengan ego nya..
to tg..
yup, memory mereka sudah bermula sejak berumur 3 atau 4 tahun. malah, peranan guru pada waktu itu, akan membentuk mindsetting mereka, yang akan dibawa sepanjang zaman...
Harap2, ana tidak tersilap langkah....
to lisam...
Spoil ar lisam... org tak citer g pasal ngajar prasekolah. Dia bukak citer dulu lak.. haha
ya, ana dah perasan lama dah. Dari tahun lepas, gambar korang sama.. ^^
lisam... org tua yang dimaksudkan tuh dah mohon maaf. so, apa tindakan lisam? Nak pertahankan ego gak ker? haha ...
Semua sayang kamu, takder yang sayang ana... huhu~
Post a Comment