Apa motif iklan neh? ana benar-benar tak faham...
Nak mempamerkan betapa bolehnya kanak-kanak berpimpin tangan? Atau nak memberitahu, kanak-kanak pun sudah master apa itu dating dan konsep 'boyfriend'... Atau, konsep candle light dinner, atau.... atau.... Kalau nak bercakap tentang perpaduan, ana lebih gemar yang ini...
Nak mempamerkan betapa bolehnya kanak-kanak berpimpin tangan? Atau nak memberitahu, kanak-kanak pun sudah master apa itu dating dan konsep 'boyfriend'... Atau, konsep candle light dinner, atau.... atau.... Kalau nak bercakap tentang perpaduan, ana lebih gemar yang ini...
Masih ingat lagi iklan yang ini?
Ini tentang adab... kalau yang di atas sekali itu pula, tentang apa ya? Sama-sama fikirkan... ^^
4 respons:
Masyarakat diajar untuk bercouple semenjak usia sek rendah lagi, bagaimana keadaan mereka pada masa akan datang. Besarnya tugas guru, mendidik membetulkan penanaman pemikiran yang salah. Terus berusaha..
Guru Agen Pengubah Masyarakat
Salam persahabatan..
Saya juga seperti 'kompius' menilai sudut mana moralnya iklan tersebut.
=)
ape la korang ni sume ... bkn nye die nak mempamerkan couple ke atau ape2 ... cube pikir dari sudut yg lebih positif ... die cuba nak pamerkan perpaduan dalam masyarakat ... dan bukannye terhad jika cina mesti berkenalan dah rapat sesama cina, melayu sesama melayu ... itu yg die nak tunjuk sbenarnye ... takde kekangan dalam perkenalan .... dalam percintaan ... be more positive .... lapangkan minda ... lihat secara mendalam ..
maxximus...
yupp... memang itu mesej tersurat yang ingin disampaikan. Namun, bukan tersurat sahaja yang akan dipandang oleh audiens.
ana bagi analogi...
Pembelajaran dalam kelas, itu adalah pembelajaran formal iaitu, apa yang terkandung dalam silubus. namun, berlaku juga pembelajaran informal, luar dari silibus iaitu nilai-nilai murni yang diterapkan. contohnya, bekerjasama, bersaing secara sihat, berusaha dengan gigih, dan sebagainya, samada yang cuba diterap oleh pendidik secara sengaja, atau nilai itu terpamer secara tidak sengaja.
Jika... seorang pendidik selalu lewat masuk kelas. Secara tidak langsung, dia mempamerkan disiplin masa yang teruk kepada para pelajar. Dan, jika guru itu diambil sebagai role-model oleh mana-mana pelajar, tabiat itu akan terserap di kalangan pelajar secara tidak langsung. Buruk, kan?
Jadi, dalam iklan di atas, point saudara adalah perkara yang tersurat. Namun, ada nilai2 negatif yang tersirat, yang mungkin secara tak sengaja diterapkan. Dan, siapa yang menjadi mangsa? Nilai indoktrin itu boleh meresap ke dalam minda audiens2 cilik kita...
Fikirkan saja natihnya pada masa akan datang...
Wallahu'alam...
Semoga Allah melindungi masyarakat madani kami... ^^
Post a Comment