Teman Bicara

Sunday, October 12, 2008

Da'ie: TIDAK LAYAK MENGHUKUM

Bismillah...
Setiap mukmnin itu apabila terlafaz syahadah dari hatinya maka akan terbeban satu tugas di pundak, menyampaikan risalah Allah kepada seluruh umat. Memang itu lah selayaknya peranan kita sebagai hambanya. Sekalung tahniah buat mereka yang menggunakan segala sumber yang ada untuk berdakwah. Dunia internet tanpa sempadan waktu dan ruang ini turut menjadi wadah dalam penyebaran dakwah...


Dalam lautan maya yang amat luas ini, sudah tentunya kita akan bertemu pelbagai jenis 'ikan' yang mempunyai latar belakang yang berbeza, pemikiran yang berbeza, pembawakan yang beraneka ragam dan sebagainya. Adatlah jika wujudnya perbezaan, pertembungan antara dua atau lebih fahaman yang berbeza antara pihak-pihak tertentu. Pertembungan dari sudut ideologi adalah suatu yang lumrah. Unsur musyawarah, perbincangan ilmiah, tolak ansur dan pertukaran pendapat secara terbuka sering berlaku dan menimbulkan keterbukaan pemikiran yang lebih bersifat positif.

Namun apabila perbezaan, pertembungan, kecelaruaan dari sudut agama, satu isu yang ana kira sebagai isu sensitif,unsur negatif sering timbul sebelum perbincangan lanjut boleh dijalankan. Dewasa ini, ana terserempak dengan sebuah blog yang membincangkan tentang pandangan pemiliknya berkenaan agamanya, agama Islam. Berdasarkan pengamatan ana secara surface nya, penulis merupakan seorang muslim yang hanya pada nama tapi tidak pada iman. Kesimpulan ini adalah kesimpulan awal yang ana buat hanya berdasarkan sebuah artikelnya yang ditulis dan menimbulkan kontroversi di kalangan bloggers yang bertandang ke blog beliau. Sebagai seorang pelajar sains, habit kami untuk membuat kesimpulan awal (juga dikenali sebagai hipotesis) kemudian membuat eksperimen, meninjau data dan maklumat untuk mengesahkan kesimpulan awal sama ada kesimpulan tersebut betul mahupun tidak, boleh diterima mahupun tidak. Itu hukum membuat keputusan. Kemudian, baru lah boleh kita merangka tindakan lanjutan untuk kembali membetulkan keadaan.

Dalam proses membuat eksperimen, ana berusaha untuk mendalami setiap bait kata pemilik blog tersebut untuk cuba meninjau asas dan dasar pemikiran beliau. Untuk itu, ana turut menyarankan kepada beliau agar menulis artikel tentang pemikirannya tentang agama yang beliau anuti, pandangannya tentang Islam serta pengamalan nilai-nilai Islam dalam hidup beliau. Mungkin dari artikelnya maka kita akan dapat menyelami dasar pemikirannya seterusnya merengka gerak keja dakwah yang sesuai dan bertepatan dengan cara beliau berfikir, taraf ilmunya dan latar belakangnya. Itu perancangan hati ana. Namun, tindakan tidak wajar beberapa manusia yang campur tangan telah merosakkan planning ana sekaligus melenyapkan peluang berdakwah kepada sesiapa pun.

'Ko ni dah sesat'
'Ko nih Islam pada nama jek. Masuk neraka lah ko...'
'Hooiii... berani ko permainkan agama aku. Ko ingat ko nih bagus sangat?'
'Sudah batal syahadah saudara. Baik mengucap balik. Memalukan Islam jek'

Itulah antara feedback yang beliau dapat hasil penulisannya yang kontroversi. Ini kah akhlak seorang da'ie? Memng tidaklah semua da'ie berbuat demikian namun yang segelintir itulah yang memberi kesan yang besar dan tanggapan yang buruk orang awam terhadap masyarakat 'pendakwah'. Seorang da'ie ialah seorang penyampai ilmu, penyampai risalah dari Allah, mesej dari Allah kepada umat manusia... Itulah selayaknya kerja sebagai khalifah.


Menyampaikan ilmu pengetahuan bukanlah satu tugas mudah. Sebelum ilmu disampaikan, da'ie perlu mengkaji latar belakang masyarakat atau individu yang ingin disampaikan ilmu itu, pengetahuan sedia adanya, cara pemikirannya, apa yang terbuku di hatinya....
Perkara2 tersebut boleh diketahui melalui komentar dan perbincangan yang panjang...
Namun ada sesetengah da'ie yang cepat melatah apabila baru diprovok, terus menghukum sesat, bidaah, batal syahadah, masuk neraka dan sebagainya. Maka mereka yang dihukum itu akan berasa patah hati dan tidak berminat utnuk perbincangan lanjut dengan da'ie tersebut malah terus membina satu mindset negatif tentang da'ie. NYatakan kepada ana, anak murid mana yang nak duduk dengar ceramah gurunya jika hati sudah 'panas' dengan kata-kata guru?


Hanya kerna kejahilan yang sedikit, sabar yang sedkit tidak dibendung itu, kita menutup pintu2 hati mereka ini dari menerima cahaya. Salah siapa jika kita katakan mereka tidak menerima hujah dan sarana kita, wahai para da'ie?

Tugas penyampai ilmu ialah menyampaikan sehingga ilmu itu benar2 sampai, bukan menghukum...
Tugas menghukum ialah tugas Pengetua iaitu Allah... Tuhan sekalian alam. Kerna apa? Kerna kita tak tau mungkin satu hari nanti Allah berikan hidayah buat hambaNya yang kita pandang bersalah itu, dan kita yang mendukung syariat nih, belum tentu berdepan dengan pengakhiran yang baik... Semoga Allah meredhai kita semua... Ameen..



0 respons: