Teman Bicara

Tuesday, October 28, 2008

Penutup Pintu Hati : Salah Siapa?

'Aku benci Islam. Islam agama keganasan'
'Pegi mampos lah, Islam. Agama yang cantik, konon. Cantik sangat ke?'
'Biar aku diugut mati, tak kan sekali aku memilih Islam'

Luahan kata seorang sahabat non-muslim benar-benar menampar hatiku. Bias merahnya terpamer ke muka. Rasa tercabar di saat agama suciku diletak setaraf dengan telapak kakinya. Terasa darah mendidih.

'Apa maksud awak, Ann?' masih cuba mengawal emosi.
Dia sekadar berdiam dan berlalu. Istighfar lah wahai hati.

************************************************************************

Selesai sudah sesi ceramah tentang cabaran mualaf dari brother Lim Jooi Soon. Aku bersiap-siap ingin pergi.

'Eya, you dari UPSI, kan?' kak aleeya menghampiri.
Sekadar mengangguk lemah. Kepenatan menghenyak sisa kudrat yang tak seberapa.

'You kenal Anngela?'masih ingin memancing minatku.

Aku gagahkan telinga menadah setiap butir bicaranya. Cube menyelami rasa sekeping hati yang pernah dihentak hingga jatuh berderai.

'Angela ini masih sedang mencari. Sering merayau ke sana sini di dunia maya. Akak ada terserempak dengannya di usrah online'

Terkejut. Sekadar memandang, meminta penjelasan lanjut. Sirna sudah kantuk yang mengendeng di mata.

'Akak terserempak dengan dia di sana. Dia sedang cuba mencari rasa percaya'

Terasa keluhan di hujung nafas. Matanya memandang sayu.

'Kamu tahu apa feedback insan2 yang menggelar diri sebagai da'ie di situ?'

Menggeleng.

'Mereka menghambat Anngela keluar dari sana' terasa kurang percaya. Benarkah ia terjadi?


'Kau siapa? Sini tempat orang Islam. Kau bukan orang Islam'
'Berambus kau dari sini'
'Kau kafir, masuk neraka'

Aku beristighfar dalam hati. Ingatan melayang pada perbualan dengannya tempoh hari.

'Tidak hairanlah' desisku.

'Akak cuba mententeramkan dia. Akhirnya dia keluar dari perbincangan tersebut. Dia dihentam dan dikritik semahunya' menggeleng lagi.

********************************************************************


Katakan padaku, salah siapa ini wahai para da'ie? Mulia sangatkah kita berbanding mereka? Jika pintu hatinya tertutup untuk menerima Islam, siapa yang harus dipersalahkan?

Wahai para da'ie yang mulia...

Telah ana katakan, kita tidak layak menghukum.
Menghukum yang bagaimana?
Menghukum yang seperti ini...

Memetik kata-kata Brother Lim, kadang keindahan Islam itu tersorok di celah-celah kebusukan perangai orang kita. Bagaimana ia nak menarik hati-hati yang sedang gigih mencari?

Artikel saudara effysaiful ini amat baik untuk direnung bersama...

Jenguk juga di sini..

Sekian, dari insan yang tak sempurna juga.



4 respons:

Seandainya dikumpul kes-kes yang seangkatan dengannya, mungkin sudah beribu yang menolak Islam kerana hanya satu perkataan "ATTITUDE"...bagaimanakah kita di depan Allah SWT jika kita adalah salah seorang di antara golongan yang menyebabkan mereka yang terbuka hatinya menerima Islam lari menjauh dan terus menjauh...ya Allah, ampunkanku dan redhaiku...

apsal tak suruh dia jenguk iluvislam je..kan ramai yang tolong dia nanti..

TO ANONYMOUS

InsyaAllah... Baru jek nak mula step dakwah.