Teman Bicara

Tuesday, October 14, 2008

Semarak Cinta Berpaksi Paksa

Helaan nafas terasa berat menekan pundak hati, sedang fikiran serabut dengan persoalan. Aku kah yang bersalah? Jika hati sudah menolak, mengapa perlu mengocak gelojak rasa? Atas dasar apa aku harus menggalasnya? Monolog dalaman di sudut hati yang sendu. Tatkala sukma bersalut nestapa, nafsu kian mendiri takhta di sebalik akal yang waras.

'Ahhhh... Tinggalkan saja rundung nestapa itu. Buat sahaja semahumu...' bisikan syaitan terasa mendesah kalbu.

'Jangan begitu, sahabat. Dia tanggunganmu, dirimu harapannya. Kau harus sedar kenyataan itu' meningkah bisikan suci dari fitrah roh manusia.

Antara derita dan bahagia, antara cinta dan nestapa. Leraian air mata menjadi pendamping setia.


'Oh Tuhan.. Haruskah aku berdepan dengan persimpangan ini?' kalbu merintih mengharap sejalur sinar mengintai di sebalik gundah.

Melihatnya saja hati jadi mual, mata terasa berpinar. Jika diri sudah membenci, mampukah ku turut takdir Ilahi? Tertulis sejak azali, aku diciptakan untuknya. Itu ketetapan dan itu pilihanku, dahulu. Ya, memang dia pilihanku, dahulu.

'Hati boleh berubah, bukan? Bukan salahku jika hati beralih arah' datang lagi bisikan jiwa.

'Semudah itu kau melepas tangan? Lalu menidakkan pilihanmu dahulu?'

'Bukan salahku bila hati sering berbolak. Itu hak hati ku..' jerit batinku lagi.

'Maka, kembalikan arah hatimu padanya' bisikan fitrah masih cuba memujuk.

'Tetapi bagaimana?'

'Kenali dia, dekati dia dan cintailah dia' pujuk lagi sang fitrah.

Aku menghela nafas lagi.

'Kenali dia?' menelan liur.

'Mampukah aku?' tingkah hati.

Istighfar menghembus gusar hati, itu harapanku. Lalu langkah ku hayun tertib, mendekati.

Terasa sebu di dada. Isi perut membuak-buak, seolah berebut ingin keluar. Aku menjauh.

'Aku tidak mampu...' rintih hati. Sayu mengakui kelemahan diri.

'Cuba lagi, jangan mudah menyerah di pertengahan' meningkah bisikan itu lagi.

'Jangan paksa aku. Aku berhak membuat keputusanku sendiri !!!!' jeritan batin yang pincang. Membentak.

'Paksa? Tiada siapa yang memaksa kau memilihnya dahulu. Itu pilihan kau dan tanggungjawab kau kini untuk menggalasnya'

Terasa hati melirih sendu, merenik mutiara di kelopak mata.

'Apa yang aku harus lakukan, Tuhan? Aku tidak mampu...'

Lalu Tuhan menjawab,

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya
(Al-Baqarah, 286)

Lamunanku tersentak. Takdir ini untukku kerna aku mampu berdepan dengannya, itu kata Tuhanku.

'Dari paksa timbul cinta, sahabat....' menjelma lagi bisikan itu.

Aku menapak lagi ke sisinya. Bebola mata bertaut, sekadar sepi mewarnai pertemuan bersejarah itu. Aku soroti pandanganku ke segenap inci dirinya. Redup memandang, menikmati keindahannya. Aku telusuri fitrahnya, menyingkap rahsia keunikannya. Terasa ada damai bertapak di hati, ada cinta merecup di sukma. Terasa getar bahagia.

'Ya, inilah rasa yang pernah ku nikmati dahulu, hampir terlupa aku nikmatnya cinta'

Cinta mengusir pergi gumpalan gundah yang bertingkah di jiwa. Aku terus ralit bersamanya. Menyingkap helaian waktu bersama lembaran kisah yang terbentang di depan mata. Tiap bait ayat aku perhalusi dengan bijaksana. Berteman akal dan iman, nafsu telahku ranapkan. Aku memandangnya penuh syahdu, mengharap simpati agar sempat membaiki diri. Tidak akan aku mengadapmu bersama hati yang sebal lagi, itu pendirianku.

'Aku cintakan kau' kataku sambil tangan terus menyelak helaian di hadapanku.

Terukir senyum sejak sekian lama hati membungkam. Terasa berat tanggungjawab yang digalas namun pabila ia beriring cinta, yakinlah, dunia akan jadi milik kita. Walau sebeban gunung dihimpit ke atas pundak ku, demi cinta, akan ku harung jua. Aku cintakan kau, ILMU.




Ini adalah tanggungjawab ana yang utama. Buku-buku ini lah yang terpaksa ana rebus untuk dihadam isinya....huhu... konon








Subjek Kimia Kordinatan nih dah abes blajar dan dah abes kuliah (minggu lepas) tapi sampai skang ana tak tau aper yg ana dah blajaq... sades btoii
Hari khamis nih nak test nih.. aduyaaaiiii....






Ini pulak tanggungjawab ke-2 penting,tesis. Hancor tesis maka hancor lah transkrip. Tesis ini memang menjadi beban amanah di bahu... huhu




































Ini pulak bahan yang perlu dihadam kerna minat dan jugak tanggungjawab sebagai khalifah. Waduh2... kok banyak sekali....







Ini pn sebab minat yang mendalam untuk berkongsi ilmu, menyampaikan peringatan dan pengajaran, berkongsi cerita suka duka sebagai hamba Allah, serta berenang di lautan maya yang sangat luas ini. Namun kesibukan mutakhir ini mengakibatkan ia sedikit berhabuk... hohoho
La ni dah lap habok dahh...hehe




Gambar nih diletakkan atas permintaan inche hafizadam... sekian...






3 respons:

haha kak ey tak reti amik screenshot ke?
sian amik pakai kamera gmbr komp tuh

hola.... alang2 dah pegang kamera, amik jer lahh... hehe

mmg tak reti pon...
ajar arr....
tapi musti kena kutuk dulu giler2, kan?

eh eh, dah pndai laa..
xsempat nk ajar..
wakaka