Teman Bicara

Wednesday, October 29, 2008

Kecelaruan Fenomena UPSI

PRK baru abes, masa untuk menetapkan kabinet. UPSI memang penuh dengan kejutan. Memikirkan situasi hari ini, rasa seriau menghadapi dunia politik akan datang yang tentunya akan dipimpin oleh mahasiswa2 yang kini sedang bergelar penuntut. Penuntut apa? Penuntut ilmu formal, penuntut ilmu salah...

Ambik masa sikit nak bentangkan situasi PRK UPSI sejak kaki menjejak ke sini. Penat menjadi pemerhati senyap, sbb nak menghormati orang lain... (psss.... hausmate ana MPP gak - senyum ^_~)


Tahun pertama di UPSI...

Semangat berkobar2 nih. Banyak dengar cerita tentang pilihanraya kampus yang dikatakan hampir menyamai pilihanraya negara. Perang poster, mengundi, kempen, menifesto dan sebagainya. Tup2 dengar, tahun nih tak der pilihanraya. ~kecewa.

Sekadar mendengar 'bed time story' dari senior2 tentang kehebatan pilihanraya zaman mereka. Masa tuh, bukan setakat MPP jek kena bagi menifesto, nak jadi ahli Jawatankuasa Mahasiswa Kolej pn ada pilihanraya; Kolej Za'ba lahh..


Tahun ke-2...

Pun sama gak. Tak der pilihan raya, menang tana bertanding. Masa nih dah cerdik sikit. Dengar macam2 dari senior. Tak dapat kebenaran bertanding lah, dikecam oleh pihak atasan.. dan sebagainya. ~hampa lagi.


Tahun ke-3...

Tahun nih semangat sikit sebab dengarnya, mmg ada pilihanraya. Masa nak pilihanraya, perang poster... berlambak di sana sini. ~senyum. Masa nih baru menyedari kewujudan 2 puak di Universiti. Tak kesah lah, asal pegang tanggungjawab. Bermula pilihanraya yang ini, permainan kotor mula nampak. Cukup sekadar tengok jer kat flyers, program orang lain pn dikatakan program dia. Kejahilan pihak2 yang bertanding makin terserlah. Ramai yang menang tanpa bertanding, ramai pula calon yang jadi mangsa keadaan. Barisan kepimpinan yang tidak duduk satu line dengan pentadbiran, tak der sorang pn yang menang kerusi. Apekah? Malah, pelajar-pelajar ditakut-takutkan dengan isu posting, blacklist, kecaman peribadi dan sebagainya. Maklumlah, baru pertama kali menghadapinya, ketar jugak lah lutut mahasiswa di sini. Bila berkempen, siap orang boleh tanya... ko pembangkang ker? (sbb takut terundi 'pembangkang', nanti kena black list - err.. ana tak bertanding ek)


Tahun ke-4...

Ha... Tahun nih dah mula cerdik sikit. Semangat nak mengundi, semangat pulak mempromosi sahabat2 yang dipercayai. Berkempen di dalam kuliah, siap hantar sms dan sebagainya. Tambahan pulak rekod ana di kalangan kawan2 agak bersih jadi, mudah untuk mereka menerima calon2 yang ana sokong. Memang semangat tahun nih...

Sepanjang PRK, mahasiswa terpecah kepada 2 golongan; golongan yang selesa di tempat duduk, golongan yang nak merebut tempat duduk (kerusi). Mungkin sbb dah dua tahun duduk di kerusi tersebut, badan pun dah serasi. Sekali kena libas, itu yang terasa panas. Bermula lah golongan2 jahil ini menebarkan jarum2 dakyah mereka sehingga lebih terpamer kejahilan mereka...
Siap fitnah-memfitnah gelapkan duit lagi..huhu
Yang bekas MPP dulu gelap duit ribu2, main tutup2 cerita lak...~aduyaii
(ana tak cakap pihak mana betul, pihak mana yang salah. Cumanya, penyerangan berbentuk peribadi amat2 lah tidak ilmiah)

Maka, kebijaksanaan mahasiswa memilih pemimpin kian terserlah apabila barisan kepimpinan yang berkuasa selama 2 tahun, semakin nampak pincangnya di mata mereka. Janji tinggal habuk, peranan macam kain buruk. Bukannya menjadi penyampai suara mahasiswa ke pihak atas tetapi menjadi lembu cucuk hidung pihak atas untuk menyampaikan arahan kepada mahasiswa. Hilang fungsi, baik taik diri. Program mereka pula? Hebat sangat agaknya pergi ke Kemboja, seronok2 kat sana guna duit mahasiswa. Melancong ke Beijing, makan angin kat sana.....haha
Sungguh, tak nampak pun apa kebaikan yang dibawa. Maka, bila PRK kali ini berlangsung, satu gelombang besar-besaran menelan anak-anak ikan orang atasan...hua hua hua


Bab keputusan, bab pembentukan kabinet, boleh jengok sinih secara lebih detail.

muslimin sejati

UPSI kini



Ana tak mau ulas lanjut. Sekadar secara surface jek. Tapi, ana nak ketengahkan beberapa point penting utk beberapa golongan...


1)Golongan pemerhati

- Teutama yang duduk kat sebelah kerusi, tak bertanding, tak berkempen, tak bermenifesto, namun gigih menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Nasihat ana, tak guna kokok berdedai2, ekor bergelumang najis. Punyalah kuat bersuara di blog, tapi, guna anonymous. Kalau rasa anda di pihak yang betul, buat apa mahu takut? Malah jika dikumpulkan manusia2 yang sama side dengan anda, tak mustahil satu lagi gelombang perubahan boleh berlaku. Baru lah namanya pejuang. Kuat bertekak dalam blog, kat luar senyap dalam batu...huhu. Mari kita sama-sama berjuang. Contoh pejuang? Muslimin sejati (yang mmg satu UPSI tau identitinya), Hambaallah (siap letak gambar lagi).... Pengecut sejati? Dr. Luv...haha

- lagi, kalau nak menghentam tuh, tak kesah lah nak hentam kaw2 nyer pn. Yang penting, tunjukkan keihklasan anda menyatakan kebenaran dengan memberitahu pandangan secara ilmiah. Jangan lah main bahasa kasar, hoii... hoii... kalau nak sedap lagi, nyatakan sekali siapa yang mengutuk itu. Baru adil bagi mereka yang dikutuk, kan?
(tidak lah ditujukan khusus kpd sesiapa)

Medan maya nih medan kebebasan bersuara... (bebas sangat ker?). Tapi, berlaku adil lah. Jika antum rasa nak mengutuk peribadi orang, maka dengan beraninya mendedahkan identiti sendiri untuk rujukan lanjut. Baru lah ilmiah...har har har


2) Golongan Bakal Memerintah

- Kini, anda dipilih mahasiswa untuk memulakan gerak kerja. Yang penting, ingat objektif utama, untuk bekerja. Ana tak kesah saper yang duduk kerusi YDP as long as dia jalankan tugas, pihak pro-kebajikan ker, pro-kualiti ker... Kalau dua2 pihak tak jalankan tugas, turun ar dari kerusi tersebut.

- Janganlah kalut sangat jawatan apa yang disandang. Semuanya ada hikmah. Mungkin yang tak dapat jadi YDp, telah disuratkan begitu kerna Allah MAha Mengetahui, mungkin nta sendiri yang tak mampu pegang jawatan tersebut. Bagi yang dapat pegang MT, jangan nak bergembira kerna semakin tinggi jawatan, semakin tinggi tanggungjawab. Ketahuilah bahawa jawatan ini kesannya sampai ke akhirat kelak, akan dituntut haknya oleh kami semua.

- Apa yang ana harapkan, jawatan yang ditetapkan itu, benar2 mengikut sistem keadilan. Yang layak, pegang lah jawatan tuh. Fight for it (ramai ker yg rs dirinya layak?)... Yang rasa tak layak, undur lah senyap2, tak yah gaduh2, tak yah jadi boneka.

Sendiri muhasabah diri.. Yang penting, antumm semua berada dalam sebuah kapal. Jika ada dua nakhoda maka berderailah kapal di pukul arus yang menggila. Mangsanya? Anak2 kapal yang ramai nihh...


Peringatan keras dari ana;

i) Jaga amanah, tunaikan janji yang dibuat dulu.
ii) Jangan buat sesuatu ikut nafsu. Nak sesuatu kerna nafsu. Biarlah rasional dalam membuat
keputusan.
iii) Tanya balik pada diri, untuk apa antumm bertanding dulu? Untuk apa pula antumm
memegang jawatan sekarang?
iv) MUla bekerja SEKARANGGGGGGGGGG..... JANGAN ASYIK NAK GADOH2...


Bagi yang rasa kedudukannya tergugat, ketahuilah kegagalan anda sebelum ini mencarik kepercayaan para mahasiswa. Yang rasa diri mendapat sokongan, ketahuilah anda memegang tugas yang berat untuk menggalas kepercayaan yang diberi. Jika anda gagal melaksanakan tanggungjawab, kepercayaan itu juga akan turut sirna.

Berjuang kerna Allah. Selamat berjuang wahai para mujahid dan mujahidah...
Kami tetap sokong yang hak.


6 respons:

salam cikgu eya...tahun 3 tak pula rasa bahang menyengat macam tahun 4 ni, siap sebar cerita-cerita tak sedap dibaca kat satu dunia maya, sesapa pun boleh baca seandainya pernah melintas lingkaran blog-blog berkaitan. Adakah universiti lain juga menghasilkan laman-laman maya yang tidak sepatutnya diwujudkan semasa pilihanraya.

Bismillah...

sebenarnya, uni kita nih yang ketinggalan. kalau Uni lain, bahangnya hampir saja terbakar. Mahasiswa mereka bukan sahaja berani bertindak dalam kampus malah berani menyatakan hak di luar kampus. Itu belakang cerita lah, nanti kena bann...

masa tahun 3, kita baru pertama kali berdepan dengan pilihanraya. Mungkin masa tuh, masih jahil2 sikit tentang hak kita. Kalao nti perasan, kebanyakan gerakan 'berani' mula tercetus sejak tahun ini, kan? Tahun nih pembakar semangat revolusi akan datang. Semoga UPSI kembali gemilang..

Teruskan usaha wahai adik2 ku yang masih berpeluang berjuang di sini masa akan datang..
haha...

hah.... jangan pulaok ko pergi report kat dia pasal blog aku...

har.. har.. harr..

wah, hebat juga bahang PRK di UPSI ya? :)

Salam
Waaa...mesti best!
Saya dulu pernah belajar di UM sebelum ke Jepun dahulu. Dan tidak disangka-sangka dapat mengetahui secara langsung aktiviti PRK (sebab ramai kenalan senior yang terlibat langsung dengan PRK). Actually sangat menarik, dan adakalanya mengecewakan kerana sama seperti PRU. Sampai sekarang, memang takkan miss untuk update isu-isu sekitar PRK walaupun tidak dapat berada dalam scene sebenar.

Walaupun jauh, terasa nak juga tengok gelombang baru...