Teman Bicara

Friday, July 18, 2008

50 Tanda Si Munafik (part 1) - muhasabah diri

Saat kebangkitan Islam tidak lama dahulu menjadi sejarah agung untuk dijadikan contoh tauladan. Kebangkitan Islam yang penuh dengan ranjau berduri mendapat tentangan dari pelbagai pihak sama ada secara terang-terangan mahupun secara sulit. Penentangan terhadap agama suci ini tidak berkesudahan sehingga ke hari ini. Mudah lah jika pihak yang menentang Islam itu memang terang-terang memusuhi Islam kerna pihak ini memang mudah dikesan dan diperangi. Apa yang dikhuatiri ialah pihak yang menyokong dan menatang Islam pada permukaannya namun memerangi Islam pada dasarnya. Ana berkata tentang satu golongan yang dipanggil munafik. Golongan ini amat merbahaya dan tidak mudah dikesan kerna dikaburi oleh ibadah dan sumbangannya yang dibuat-buat di hadapan para umat Islam.

Siapa dia si munafik? Ayuh kita telusuri sifat-sifat orang yang digelar munafik seterusnya muhasabah diri sama ada kita ini mengamalkan sifat-sifat golongan yang dibenci Allah ini.


1. Malas Beribadah Kepada Allah

Konsep malas beribadah mencakupi apabila seseorang malas mengerjakan solat, segan untuk menempati diri di saf pertama, enggan mencari ilmu pengetahuan dan berat melangkah untuk menghadiri majlis kebajikan. Di zaman Rasulullah saw, orang-orang munafik ini sama-sama mengerjakan solat bersama baginda tetapi malas dan tidak menampakkan kesungguhan.

Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, sedang Allah menipu mereka (membalas tipuan mereka). Apabila mereka berdiri hendak solat, mereka berdiri dengan malas serta riya’ terhadap manusia dan mereka tiada mengingati Allah, melainkan hanya sedikit. (An Nisa: 142)


Orang munafik juga datang ke masjid, dia memilih saf yang paling akhir sehingga tidak mengetahui apa yang dibacakan oleh imam dalam solat dan tidak menghayati pengajarannya.


2. Lupa Kepada Allah

Orang munafik yang punya sifat kemunafikan pada zahir dan batinnya tidak pernah terlintas untuk mengingati Allah swt baik ketika senang mahupun susah.

Mereka yang telah dikuasai oleh syaitan, lalu lupa mengingati Allah. Mereka itulah golongan (pengikut syaitan). Ingatlah bahawa pengikut syaitan itu orang yang rugi.


(Al-Mujahadah: 19)


3. Melalaikan Solat Fardhu

Yakni mereka yang sengaja melengah-lengahkan solat tanpa sebarang musabab yang dibolehkan mahupun tidak berada dalam keadaan dharurat (terketar-ketar tangan nih menaip ayat nihh... hehe. Terkena kat muka sendiri). Golongan ini mendapat ancaman dan seksaan Allah swt di akhirat kelak.

Sa’ad Bin Ali Waqqaf mengatakan,

Aku bertanya kepada Rasulullah saw tentang orang yang melalaikan solatnya, maka baginda bersabda; Maksudnya orang yang melambatkannya
(HR: Tarmizi)



Dalam hadith lain, Rasulullah bersabda;

Barangsiapa yang mahu menjaga solatnya maka adalah ia menjadi cahaya dan tanda bukti serta dapat menyelamatkan baginya di hari kiamat nanti, sedangkan orang yang tidak mahu menjaga solatnya dia tidak mempunyai cahaya dan tanda bukti serta penyelamat di hari kiamat nanti, bahkan ia kelak akan berkumpul dengan Firaun, Qarun, Haman, dan Ubaiy Bin Khalaf


(HR: Ahmad dan Tibrani)






4. Mempercepatkan Mengerjakan Solat

Iaitu mereka yang solat macam ayam patuk jagung. Fenomena nih mmg dah biasa sgt dah terutama masa solat zohor dan asar sebab nak kejar kuliah seterusnya. Maghrib pon tidak ketinggalan... hehe...

Rasulullah bersabda;

Itulah solat orang munafik; lalu mempercepatkan empat rakaat
(HR: Muslim)

Sabda Rasulullah saw lagi;

Pencuri yang utama ialah orang yang mencuri solatnya. Lalu ada yang bertanya; Bagaimana caranya mencuri solat itu? Baginda bersabda; Itulah orang yang tidak menyempurnakan ruku’, sujud, dan bacaan di dalam solatnya.
(HR: Ahmad dan Hakim)


5. Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah

Sedangkan seorang muslim yang buta pon Rasulullah saw suruh pi solat berjemaah, ini kan pula mereka yang sihat walafiat. Senang jek nak tengok muslimin di sekitar kawasan tuh suka berjemaah di surau atau pon tidak; bandingkan bilangan saf masa solat Jumaat dengan solat lima waktu.. ^^
(Tp kat kolej kami, budak-budak yang keje Proton pn rajin solat kat sini so, teori di atas cann`t be applied... ^^)

Sabda Rasulullah saw;

Tidak ada yang akan meninggalkan solat jemaah kecuali orang munafik yang sudah diketahui kemunafikannya
(HR: Muslim)



6. Meninggalkan Solat Jumaat

Maksudnya sengaja meninggalkannya tanpa sebarang uzur syar’ie. Tentang keuzuran yang dibolehkan syara’, ana tak leh nak ulas lanjut, takut salah fakta.

Sabda Rasulullah saw;

Sungguh berhentilah orang-orang dari perbuatan mereka meninggalkan jemaah Jumaat atau sungguh Allah akan mematri hati mereka kemudian mereka menjadi (munafik) yang lalai.

(HR: Muslim)


7. Melakukan Dosa dan Kemungkaran Secara Sembunyi

Ayat di atas bukanlah bermaksud setiap kali kita melakukan dosa dan kemungkaran, kita pon dok announce.....

`Wahai orang-orang kampung... aku nak buat dosa nihh... nak buat kemungkaran nihh...`

Tapi ia bermaksud cam bermuka-muka lahh.... Depan orang dok buat benda baik-baik...Amar makruf, nahi mungkar. Tapi blakang orang, dia yang buat mungkarnya tuhh...

`Ohhhhh...... siapakah gerangan yang meletakkan cili di dalam sup ayam panggang saya nihh.... hehe. Ana manusia hina yang tidak terlepas dr dosa...`


Mereka bersembunyi daripada manusia, tetapi mereka tidak dapat bersembunyi daripada Allah, sedangkan Dia beserta mereka itu ketika mereka menyembunyikan dalam hatinya perkataan yang tidak disukai Allah. Allah meliputi pengetahuanNya apa-apa yang mereka kerjakan.
(An-Nisa:108)


8. Menyuruh yang Mungkar dan Melarang yang Makruf

Maksudnya menyuruh umat melakukan perbuatan mungkar dan maksiat. Kadang-kadang kita sendiri tak sedar perbuatan kita. Ana bagi contoh mudah;




Tipah : Ehh... Bedah, si Azman tu ajak aku keluar lahh... Tapi aku malu. Camna
nihhh ? Aku minat gak dgn dia…

Bedah : Yer ker ? Biar btoi ko nihh…
Mamat hensem tuhh… Rugi ooo… Kalo ko tak nak, aku cekup karang. Wehhh…. Pegi
arr… Nanti citer kat aku….








Haaaa….. gitulah situasinya. Berlaku dalam separuh sedar sebenarnya member tuh sedang menyuruh kepada yang mungkar. Lagi satu ;


Jenab : Eh, ko tengah buat per tuhh, Temah ? Mak aiihhh…. Tengah study. Gempak
sioottt…. Weh, jom teman aku p ronda-ronda Tasik Proton jap. Nak ushar mamat
semalam tu lahh....

Temah : Gila ko.... Aku nyer tutorial tak siap lagi
nih. Nak kene hempok dgn Prof Ramli?

Jenab : Lek lahhh... Ko tiru jek
lah aku nyer. Aku baru tiru si Bedah semalam. Jomm arr... Cam nie ar memberr...
Jom arrr....


Itu contoh melarang yang makruf sambil menyuruh yang mungkar..... ^^

(sempoi tak ilustrasi tuh? Itu sekadar kekreatifan penulis untuk menggambarkannya tanpa ada kena mengena dgn yg mati mahu pon yang akan mati... gaya bahasa pon atas khayalan penuliss... hehe... ^^)


Orang-orang munafik lelaki dan wanita, sesetengahnya serupa dengan yang lain. Mereka menyuruh berbuat yang mungkar dan melarang berbuat makruf dan menggenggam tangannya (bakhil). Mereka lupakan Allah lalu Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang yang munafik itu adalah orang fasik.
(At-Taubah: 67)


9. Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan

Maksudnya bila ada member datang tersengguk-sengguk kat kita dengan muka yang berserabut bersama soalan yang tak kurang serabutnya, kita pulak dengan muka tenang bersam senyum kambing mengatakan,

`Aku tidak tahuuuu....`

(gaya bahasa dibaca seperti sajak dalam keset Kelahiran keluaran Al-Arqam tuhh... hehe)

Maka itulah antara sifat orang yang munafik....
Tapi ana tak pasti pulak sama ada menyorokkan tips exam mahupun soklan spot termasuk dalam golongan munafik atau tidak... hehe (mentang2 kamceng dgn lecturer)


Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa yang Kami turunkan di antara beberapa keterangan dan petunjuk, setelah Kami terangkan kepada manusia dalam Kitab, nescaya mereka itu dikutuk Allah dan dikutuk oleh oarang-orang yang mengutukinya.

(Al-Baqarah: 159)


10. Mengamalkan Riya’

Riya’ nih memang satu sifat yang sukar untuk dikesan sama ada oleh orang di sekeliling kita mahu pun kita sendiri sukar mengesannya dalam diri kita. Cukup sukar. Manurut Imam Al Ghazali, riya’ adalah mencari kedudukan di hati manusia dengan memperlihatkan perkara-perkara kebajikan.

Nak check sama ada kita punya sifat riya’ atau pun tidak, Saidina Ali ada bagi formula...
Orang yang bersifat riya’ itu ada tiga tanda;

- Malas apabila bersendirian
- Rajin apabila berada di khalayak ramai
- Ia menambahkan amal apabila dipuji dan dikurangkan amal apabila dicela.

Perbuatan riya’ ini termasuk dalam syirik kecil, merosakkan amal kebajikan, melunturkan kemurniaan akhlak, dan mendapat kemurkaan serta azab Allah.

Maka celakalah (azab) bagi orang yang solat, yang mereka itu lalai dari solatnya, lagi mereka itu riya’
(Al-Ma’un: 4-6)


Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riya’ kepada manusia.

(Al-Baqarah: 264)


Sabda Rasulullah saw;

Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil, lalu ditanya oleh sahabat; Apakah syirik kecil itu ya Rasulullah? Kemudian baginda bersabda; iaitu riya’.

(HR: Ahmad dan Baihaqi)



Fuhhh... Berpeluh menaip. Terketar-ketar tangan dan entah berapa banyak cili dah di rasa. Ada banyak lagi sifat-sifat orang munafik yang menjadi amalan dalam kehidupan harian kita kerna ia sudah pun menjadi perkara lumrah. Namun, yang hak tetap hak, yang salah tetap salah. Sepatah kata;

`Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul`



Papan kekunci ketak-ketak ini paling dekat dengan ana dan monitor ini ana yang tatap dulu sebelum sahabat-sahabat sekalian.... Mari sama-sama kita muhasabah diri.

Ini baru first part. Ana akan kembali lagi dengan fakta-fakta yang
lebih mengejutkan antumm semua... dan turut membuat ana terkezuttt sama....

Sebarang kesilapan fakta minta ditegur sbb kita sama-sama belajar dan akan sentiasa menjadi pelajar.


Wallahua’lam.




Sumber: 50 Tanda-tanda Orang Munafik by DRS. HANAFI MOHAMAD