Teman Bicara

Wednesday, July 9, 2008

Tangan Yang Menghulur

Aku naik motor. Dalam perjalanan ke kolej, dengan kepenatan yang amat sangat. Ternampak seorang makcik dengan gerainya yang mini. Menjual air, goreng pisang, dan macam-macam lagi. Air soya yang berwarna putih, dari jauh nampak menggoda. Aku memberhentikan motosikalku di tepi jalan dengan maksud untuk menghilangkan dahaga. Namun, mata aku tercantap pada sekumpulan kanak-kanak yang bersantai berhampiran dengan gerai mini tersebut. Lagaknya seperti baru pulang dari latihan sukan. Pelajar sekolah rendah ku kira, muda sekali tampaknya. Pada telahanku, mereka sedang bertelagah sesama sendiri. Aku terus memerhati dan mengamati tiap butir bicaranya untuk cuba memahami punca pertelagahan. Akhirnya aku mengerti.



’Air soya satu ya, mak cik’ suara lunaknya mencecah cuping telingaku.

Lalu dia membuka dompetnya, ingin membayar. Lantas dia mengeluarkan RM2.00.

’Mak cik, berikan secawan air pada anak-anak itu ya’ dia menambah.

Allah sayang pada insan yang belas dan pemurah terutama kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang sedang bertelagah, terdiam seketika. Terkesima. Gadis tersebut menghadiahkan senyuman. Semasa gadis itu berlalu, kanak-kanak tersebut masih tidak putus-putus memberi ucapan terima kasih.

Tersenyum aku mengimbau nostalgia zaman muda ku. Aku juga pernah dibelanja oleh orang yang tidak dikenali. Betapa aku menghargainya amat. Kini aku dewasa. Nilai yang diberi tidaklah sebesar mana namun ia mampu mencambah gembira dan penghargaan yang amat sangat di hati kanak-kanak kecil. Dengan hanya RM1.00, gadis tersebut dapat membuat pahala yang sangat besar. Bersedekah dengan iklas, mengembirakan hati anak kecil, dan berbelas kasihan dengan makhluk terutamanya anak kecil.


Aku mencemburinya. Aku yang terserempak dahulu dengan kanak-kanak itu tapi dia yang buat pahala. Pengajaran yang dapat ku ambil, jangan bertangguh untuk membuat kebajikan. InsyaAllah.

0 respons: