Perjalanan balik kampung dari Tanjung Malim ke Teluk Intan amat meletihkan. Hakikatnya, jarak antara keduanya tidak begitu jauh tapi sbb tak ada bas express dari kedua-dua lokasi menyebabkan ana terpaksa turun-naik bas beberapa kali. Namun perjalanan ana kali ini tidak sia-sia dan mengajar ana lebih menghormati diri sendiri. Perjalanan ana bermula...
Bas yang pertama bermula dr Tanjung Malim ke Sungkai. Mmg sesak dengan manusia yang pelbagai bau. Memandangkan hari ini hari Jumaat dan terdpt beberapa buah sekolah berasrama di sekitar kampus kami maka perebutan tiket, tempat duduk, dan ruang bernafas merupakan lumrah. Rezeki ana mmg baik sbb dapat tempat duduk yg agak selesa, bersebelahan dgn tingkap. Namun tidak begitu baik apabila sekumpulan pelajar lelaki (ana assume as student sbb nampak cam muda) melangkah masuk dan salah seorangnya bertenggek kat tempat duduk sebelah ana. Rakan2 si lelaki tadi pn dok sengeh2 cam kerang busuk sambil menjeling2 rakannya yg duduk sebelah ana. Namun ana buat mula kayu, malas nak amik port. Tetiba naik seorang gadis yang agak muda, free-hair, baju saiz s, duduk kt sebelah salah seorang kelompok lelaki tadi. Si nakal-si nakal tersebut terus mengusik rakannya...
'wooo... best ar ko.... duduk sebelah awek cunn...'
'weihh.. aper lagi... hahaha...' gelak cam kaming jekk...
'Huyoo... sedap2...' lebih kurang camtu lah.
Depan2 budak pompuan tuh, dan depan2 ana...
Kalau ana berada di tempat gadis tuh, ana akan rasa maruah ana seolah diinjak2, dipijak2... Terasa cam salah satu gangguan sexual, tak hormat dan sebagainya.. Itu lah yang ana rasa namun ana sendiri tidak pasti apa yang gadis itu rasa. Namun ana perasan ttg satu perkara. Si gadis tadi mencebik dgn muka yg dikerutkan, tanda menyampahh... ^^ Tentu lah dia tak suka, kan? hehe..
Bas ke-2, dari Sungkai ke Bidor. Ana naik ke atas bas dan hanya ada dua org perempuan di dalam bas tuh, ana dan makcik jual tiket bas. Lelaki2 muda memenuhi bahagian belakang bas. Ada yg duduk kat kerusi, ada yg duduk jek kat lantai sbb ramai sgt. Ana teragak2 utk terus berada di dalam bas dan bercadang utk turun balik dan menunggu bas yang seterusnya tp ana batalkan niat pabila wajah2 mereka yg ana pandang tersenyum pd ana, seolah menjamin keselamatan dan kehamonian ana sepanjang perjalanan. Tafsiran melalui sixth-sense.. hehe. so, ana duduklah kat seat dpn, sebelah seorg pakcik tua. Tak lama kemudian, masuk seorg pompuan yg bertudung namun tidaklah menutup aurat sepenuhnya (paham2 lahh...) Dia pakai baju saiz s gak, lengan pendek, tudung selempang... Dia masuk jek, satu bas bersorak... Mcm2 kata2 kurang manis ana dgr.. lauk lahh... ada yg sempat mengorat lahh... ada yg dok menyakat lahh...Langsung tak der rs hormat, rs segan....
Ada dua kemungkinan;
1- mungkin ana tak cun sehingga diaorg ignore jek ana...
2- mungkin sbb rs respect pd ana sehingga mereka tak usik ana..
ana lebih terima kemungkinan yag ke-2 tuh.. hehe
Ana dapat membuat satu kesimpulan di sini. Untuk membentuk hormat insan lain terhadap diri kita, kita perlu hormat diri kita dulu. Hormati diri, sayangi diri dengan memelihara diri kita. Angkat martabat diri sendiri. Perlihara rahsia (aurah) kita sebaiknya. Yang indah itu yang perlu diperelokkan lagi dengan dibungkus rapi. Benda cantik bila di dedah2kan, akan terpalit dengan kotoran2 dari luar. Isu aurat nih mmg dah lama bincang namun penyelesaiannya masih belum ditemui. Kenapa? di mana silapnya?
silapnya ialah kita kerap mencari, siapa yang salah dalam isu ini sehingga kita terlupa perkara pokok iaitu matlamat; untuk menyelesaikan isu ini. Ana percaya satu perkara. Kalau setiap manusia dalam dunia menghormati diri, berikan yg terbaik buat diri, tidak kira agama apa pn yg menjadi anutannya... tentu sekali masalah yang melibatkan perempuan nih akan menurun secara mendadak.
'Hormati diri anda, sebelum anda pinta utk dihormati..'
salam muhibah buat semua.
Teman Bicara
Saturday, July 12, 2008
Hormati diri sendiri
kingdom of Wanita Mahmudah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 respons:
kemungkinan pertama tuh lebih seswai sbnrnye..
wakaka
walau seploh ribu org yang menyokong statement anda, ana tetap tidak akan menerimanya... ^^
Post a Comment