Teman Bicara

Wednesday, July 9, 2008

A Journey Begin with the First Step

Hari pertama menceburkan diri dalam dunia blogging. Sejak berjinak-jinak dengan dunia internet, sy kerap merantau dan menjadi pemerhati bebas di blog2 sahabat seperjuangan yang bersepah2 di alam maya ini. Keinginan untuk menulis dan berkongsi pendapat tu dah memang lama ada. Tapi entah mengapa lambat pulak hati nak terbuka untuk memulakan langkah pertama.Ya.... Langkah pertama.


A Journey Begin With The First Step


Semuanya bermula dengan langkah pertama atau juga dikenali sebagai anjakan paradigma untuk satu perubahan. Kejayaan yang dikecapi bermula dengan keberanian individu untuk melakukan perubahan dan memulakan langkah menuju perubahan. Anjakan paradigma inilah yang akan membenih momentum2 kekuatan untuk menuju kejayaan. Menulis dan mempamerkan apa yang terkandung dalam kotak fikiran ini memang nampak macam kerja mudah. Sekadar menaip kemudian, publish. Macam blogging ni. Tapi sedarkah kita, tentang cabaran-cabaran dunia penulisan? Setiap penulis bertanggungjawab ke atas setiap hasil penulisannya. Kalau tersalah (atau sengaja salah) tulis atau berkarya, menyentuh sensitiviti pihak tertentu mahupun menentang arus normal maka tunggulah masanya untuk menerima kritikan. Kalau setakat kritikan, boleh lah tahan lagi. Buatnya 'tersasul' tentang perkara yang serius, maka akibatnya juga serius.

Moga-moga blog ini memberi manfaat kepada anda yang membacanya juga kepada saya. Moga semangat yang tumpah ketika memerah otak mencari idea beserta kelenguhan jari menekan-nekan papan kekunci empat segi ini merupakan salah satu jalan ibadah yang memberatkan timbang neraca amal di akhirat kelak. Wallahua'lam.



cikgu_eya
9 Julai 08
4.14 pm

0 respons: