Kesibukan yang menyengat bersama lambakan kerja yang masih tak sudah mengekang ruang waktu untuk terus menjenguk dunia luar. Namun dalam kegilaan mengejar masa yang tak pernah belas menanti manusia alpa, ana terpanggil untuk memberi maklum balas terhadap artikel celik minda terbaru milik sahabat, imakubex. Isu yang hangat dan sensitif namun dilihat dari aspek dan perspektif yang berbeza, credit utk beliau.
Isu yang dibangkitkan, mentality, double standard, diskriminasi. Namun bagi ana (secara peribadi) kedua-dua kes berkenaan tidaklah sepatutnya berjalan seiring begitu. Ana memahami sifat diskriminasi di kalangan rakyat (fokus: Malaysia) yang masih lagi menolak kewujudan kaum transgender malah meminggirkan terus kaum tersebut kerna aspek agama dan adat. Penolakan golongan tersebut atas dasar 'ia menyalahi hukum agama yang mereka anuti' malah kesan negatif yang dibawanya memang tidak dapat dinafikan lagi. Namun, atas alasan apa penolakan 'niqab' oleh kerajaan Perancis? (sori kalu salah tafsir artikel, my english is sucks.. muahhahaha..).. Adakah ia menyalahi mana2 agama? Atau pon mendatangkan kesan2 buruk mahupun menjadi punca percambahan masalah sosial yang lain? Cumanya ia dipinggirkan kerna tindakan para pejuang syahid yang mengebom dan diberi istilah pengganas itu berniqab. Maksudnya, bukan kerna niqab itu asalnya tetapi kerna 'perlakuan' tersebut maka terbinanya mentality tersebut. Sama lah juga dgn mentality sesetengah masyarakat Barat terhadap orang Islam dan sebagainya. Kerana itu ana katakan, kedua2nya tidak sepatutnya dibanding beza sebegitu. Maksudnya, pembinaan mentality negatif terhadap golongan transeksual adalah jelas berasas namun diskriminasi terhadap niqab? Ana tinggalkan dengan persoalan...
Namun penulisan sebegitu tidaklah membuktikan ana menyokong sebarang bentuk 'double standard' terhadap mereka yang menjalani proses transgender. Bagi kaum tersebut yang beragama Islam, ana fahami sebab penolakan masyarakat terhadap mereka. Fokus yang hendak diketengahkan oleh Imakubex ialah golongan transgender di kalangan bukan Islam yang 'tidak bersalah' dari sudut agama kerana tiada sebarang larangan terhadap perlakuan tersebut (based on their religion- perhaps). Namun, ana nak tanya? Agama mana yang membenarkan sebarang bentuk perlanggaran sunnatullah? iaitu ketentuan Allah? MMg lah dr sudut agama lain, ia tak dikenali sebagai 'ketentuan Allah' tetapi lebih dikenali sebagai hukum alam. Sama lah tuhh... Malah, golongan transgender ini bukan sahaja ditolak oleh masyarakat muslim malah turut dipandang enteng oleh masyarakat Malaysia amnya. Jika golongan trangender ini dikatakan ada hak untuk memilih siapa diri mereka, malah menentukan sendiri apa jantina mereka maka tak salah ana katakan masyarakat sendiri ada hak untuk menghukum 'perlanggaran nilai moral' dalam komuniti yang berkaitan.
Baik lah, kalau nak cakap pasal hak, semua nak bertegang urat.
Lebih elok kita cakap pasal penyelesaiannya. Yer, hak golongan ini untuk menentu hala tuju mereka dan hak masyarakat untuk buat tak peduli dgn golongan ini. Namun sampai bila nak pejam mata dan buat tak tau tentang kewujudan golongan nih? Kajian yang dilakukan Profesor Madya Dr. Teh Yik Koon (mungkin dah jd Prof kott...) Beliau telah mengetengahkan statistik2 bidang pekerjaan golongan transeksual ini hasil daripada penolakan masyarakat. Pemikiran masyarakat yang menutup penuh sebarang penglibatan golongan ini termasuklah bidang pekerjaan membuatkan mereka (golongan transeksual) seolah-olah tiada jalan keluar lain untuk mencari rezeki selain daripada bekerja di kelab malam, melacur dan sebagainya yang seangkatan (melibatkan sexual connections). Tanggungjawab masyarakat bukannya menghukum perbuatan mereka yang salah itu (di mata masyarakat) lalu membiarkan mereka2 ini terumbang-ambing dan keadaan menjadi lebih parah. Kerana tiada pintu rezeki yang lain (seperti yang didakwa), mereka memilih untuk membuat pekerjaan2 yang terlarang secara tak langsung terus membenih penyakit sosial yang lebih teruk di kalangan ahli masyarakat.
Golongan ini seharusnya dibantu dan diinsafkan, sama seperti golongan penagih dadah. Jika penagih dadah yang seperti bangkai bernyawa itu kita laburkan wang yang banyak untuk dipulihkan, mengapa tidak golongan transgender ini? Sogokan ilmu tentang kesan buruk terhadap tindakan mereka serta hebahan maklumat di kalangan masyarakat (tentang bahaya transgender) amat perlu untuk membendung masalah ini, bukan sekadar menghukum golongan2 ini. Penyelesaiannya, masyarakat yang bersifat 'mendidik' lebih efektif berbanding bersifat 'menghukum' bagi menghilangkan kekalutan dalam perkara ini. Tetapi, untuk mengiktiraf terus golongan ini bersama tuntutan-tuntutanya ana memang tak sokong. Kenapa? Ia seolah-olah menggalakkan percambahan golongan ini. Memang, golongan ini semakin berkembang biak tanpa disedari oleh sesetengah pihak yang tak peduli namun itu bukan alasan untuk pengiktirafan tersebut yang seolah-olah membenarkkan tindakan mereka dari sudut undang-undang. Malah jika status 'sebenar' mereka tidak 'dipamerkan' akan mendatangkan kesukaran dalam hal nikah kahwen (bukan untuk agama Islam sahaja, adat pengebumian, dan urusan2 rasmi lain yang memerlukan pengesahan jantina ...
Ana bagi satu analogi. Di sekolah, pelajar-pelajar tidak dibenarkan menghisap rokok. Memang ada pelajar yang menghisap rokok namun bilangannya tidak begitu berkembang dan masih terkawal. Nak hisap rokok pon curi2. Tiba-tiba undang2 dipinda, membolehkan pelajar menghisap rokok di sekolah. Maka, berbondong2 lah pelajar yang dahulunya tersorok2 menyedut asap rokok di tandas, dalam keadaan takut2, kini dengan gah dan 'macho' nya menghisap rokok secara terang-terangan. Fenomena tersebut bakal menggamit keinginan pelajar lain pula untuk mencuba mahupun melibatkan diri dengan aktiviti berkenaan. Walau sehebat mana pon kempen anti-rokok berjalan dalam sekolah tersebut, keseronokan 'zahir' yang terlihat dikalangan si perokok2 ini membuatkan mereka yang memandang ingin sama turut serta. Maka berkembanglah puak perokok di dalam sekolah tersebut. Pabila satu hari nanti, keburukan rokok itu terkesan pada batang tubuh mereka maka tidak ada apa yang mereka mampu buat selain menyesal tanpa boleh kembali ke keadaan sedia kala, sebelum digelar perokok. Maka masalah rokok yang 'dihalalkan' melalui undang-undang itu berkembang dan generasi sekolah seterusnya penuh dengan perokok bersama asap rokok...
sekian....
Teman Bicara
Wednesday, July 23, 2008
Transeksual (maklum balas artikel)
p/s: perkara di atas sekadar pendapat peribadi penulis.
kingdom of Masalah Ummah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 respons:
Bismillahirrahmanirrahim,
Perhaps it is instructive to bear in mind that not 30 years ago, women working in any sector is considered taboo. Woman's rights are indeed almost entirely different than that of today
The same can be said about transgenders. Even in "the West", their existence is still shunned, but they are gradually being assimilated into society.
And bear in mind also that "the West", until quite recently, has been quite Christian, and to some extent, is still Christian up to today. Therefore, one might say that this issue will have to be dealt with soon in Muslim lands.
The question will remain the same, I would think, since Christianity, Judaism and Islam are faced with the same problems and seem to have similar solutions to those problems. Let us not kid ourselves by saying that our problems are unique; they really aren't.
Therefore, one might argue that by looking at history, morality are quite relative to the period of question. Greeks and Romans are known to have gay societies, and I do not believe the extent is just to those civilizations.
The question that is better asked is not whether or not we accept it now, rather, if in the future there is support for these groups, how are we going to justify our actions while keeping in line with the constitution of our country and being consistent all the while.
A good question to answer to a non Muslim is simply, "Who are you (Muslims) to tell us (non Muslims) how to live?". Looking at the current situation, is it justifiable? If not, then where is Islam's principle of freedom of choice? And how will Islam be appealing to human beings in general?
Wallahua'lam
p/s: It needs a discussion on rights, responsibilities, liberalism, freedom, community and a few other concepts. The treatment that is made here is, I think, is not enough to address the problems that arises in the discussions
Bismillah...
Sebelum melangkah lebih lanjut,ana nak tambah bidasan terhadap diskrimanasi terhadap niqab. Ia mmg satu diskriminasi. Kenapa? ana nak tanya... Pernahkah kita melarang para sami Buddha memakai pakaian ibadahnya? Pernahkah kita mengecam para rahib dengan kurudungnya? Mahupun menemplak cara pemakaian para penganut agama yang berbeza? Jadi, mengapa pula hanya kerna pakaian, iaitu niqab ada manusia yang mengamalkan double standard?... sentap yg itu.
Beralih kepada isu trangender. Pembedahan jenis ini merupakan satu aktiviti terlarang yang melanggar sunnatullah, penetapan hukum alam. Ia bukan sahaja dikecam oleh masyarakat Islam malah turut ditolak mentah-mentah oleh masyarakat lain. Samalah seperti isu tisu stem, pengklonan manusia yang cuba mencabar ketetapan alam, turut dibantah seanteronya. Persoalannya, mengapa Barat kian menerima isu homoseksual dan transeksual namun tidak pula di Malaysia? Hal ini terjadi kerana nilai moral Barat yang lebih terletak pada kepentingan peribadi yang menerima hukum yang bersesuain dengan kehendak dan jiwa mereka. Kerna itu lah moralnya turut berubah. Namun di Malaysia, rakyat berpegang kepada agama (secara majornya). Tidak kira lah agama apa sekali pon, kepercayaan terhadap hukum Tuhan masing-masing masih lagi utuh sedangkan di Barat, agama diasingkan dengan kehidupan melainkan dalam tiga aspek.. kelahiran, perkahwinan, dan kematian. Aspek moral? Ditentukan oleh kesesuaian mengikut kemahuan mereka sendiri...
Berkenaan dengan wanita bekerjaya, memang ia menjadi suatu yang asing suatu ketika dahulu tetapi budaya tersebut berasimilasi dengan budaya tempatan dan kian diterima masyarakat. Kenapa?
1) Adakah isu tersebut melanggar sebarang hukum alam?
2) Adakah ia membawa impak negatif pada amnya?
3) Adakah ia boleh membenih sebarang penyakit masyarakat?
Wanita bekerja... masyarakat makin menerima apabila impak positifnya makin ketara malah ia menjadi salah satu sumber 'survive' dalam dunia yang kian menggila..
Apa kes pula dengan trangender?
1) Ia melanggar hukum alam dari sudut agama mana pon..
2) Memberi impak negatif yang ketara...
- kesihatan individu
- kecelaruan nasab
- kesulitan urusan rasmi
3) Fenomena ini turut membenih penyakit masyarakat.
- kita blom nampak lg impak jangka panjang. Agak2, dgn condition yg camtuh, penyakit kelamin apa yang akan muncul dan tersebar dikalangan rakyat jika tidak dibendung?
- Berlakunya perkahwinan sama jantina (malah mungkin ianya tidak disedari pon..)
Itulah antara sebab mengapa ia ditolak oleh masyarakat. Ya, mmg Barat telah menerimanya. Suatu ketika dahulu, Barat telah menerima zina, alcohol, dan sebagainya... Apa yang terjadi? Keruntuhan akhlak.. Kehancuran belia negara.. Barat juga memberi kebenaran pemilikan senjata api untuk kawalan keselamatan secara peribadi, kononnya. Apa yang terjadi? Muncul pembunuh2 yang muda... yang masih di bangku sekolah.. Adakah ini yang kita mahukan?
Bendung sebelum tersadung...
Nak tambah skitt...
Apabila masyarakat memulaukan golongan2 transeksual, dari satu sudut ia memang dilihat sebagai diskriminasi, double standard. Itu jika dilihat dari aspek begitu. DAri sudut lain pula, keengganan masyarakat menerima mereka membuatkan mana-mana individu yang berniat untuk melakukannya untuk berfikir habis-habisan sebelum membuat keputusan. Secara tak langsung ia membantu dalam usaha mengawal populasi golongan ini.
Namun, jika rakyat kian menerima mereka, dengan mudahnya mereka melaksanakan keinginan mereka. Mengapa ana katakan sedemikian? Kerana kebanyakan mak nyah (lelaki yang berpakaian spt wanita) masih tidak melakukan pembedahan transgender kerna faktor tekanan masyarakat dan penerimaan keluarga mereka.
Jika kedaan ini berterusan, populasi ini akan terus berkembang sehinggakan kita sendiri tak dapat nak membezakan antara yang tulen dan yang palsu. Buatnya ada di antara kita yang 'terkahwen' dengan golongan ini tanpa rela? Tiada zuriat yang akan lahir (kalau tak silap ana) kerna organ pembiakan dalaman mereka tidak sejajar dengan yang luar. Mungkin akan muncul pula penyakit2 kelamin yang baru... hasil perlanggaran sunnatullah.
Abes lahh... petir datang sambar kiterr... hehe
salam, first of all saya nak tegur ur word " my English is ***** " watch out ur words ok, i think dat word not suitable to use.
for comment, i agree with ur opinion for niqab. suatu diskriminasi jika larangan hanya kepada kepada orang Islam sahaja. Zaman skrg, Islamophobia semakin menebal..itu suatu realiti.
Utk golongan transgender, mereka perlu bimbingan tp bukan keterbukaan diberikan. ana stuju dengan analogi rokok yg diberikan..
Rise with Islam
wsalam...
ngeh3... thanx for da teguran.. ^^
Post a Comment